Wednesday, April 12, 2017

Hidup Ini Hanya Pinjaman


Kenangan itu pastinya terindah. Tiada memori yang terlupa apabila kenangan itu seindah suria. Kenangan yang mampu mengubah cara gaya kehidupan kita. Jika sebelum ini aku hanya mampu mengenakan nasib ku tapi kini aku kembali ketawa, kembali tersenyum, kembali bersemangat. Tetapi bisikan syaitan itu masih kuat menyatakan aku untuk terus leka. Leka dengan segala suruhannya. Leka dengan ketaksuban kehidupan hari ini. Leka dengan cara gaya kehidupan kita hari ini.


Mungkin telah terlalu lewat untuk aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan dan rakan sepasukan V83 kerana sudi menyambut hari lahir kami yang lahir pada bulan Mac. Penghargaan ini menyeronokkan realiti kehidupan kita


Perjalanan hidupku masih panjang. Jangkamasa untuk aku meminjam nafas yang tiada satu ukuran bilakan jangkamasa itu akan berakhir sangat sukar. Hari ini kita bergembira, esok kita kesedihan dan lusa kita menanggis. Itulah sifir kehidupan kita. Sifir kehidupan yang normal di muka bumi Allah ini. Dari beribu-ribu sperma yang berenang mengejar ke destinasi hanya satu, hanya satu yang berjaya menembusi dinding lembut. Satu itu siapa? Satu itu aku. 


Aku yang dilahirkan tanpa tahu apa-apa, tetapi Allah S.W.T. Mengurniakan kita penglihatan, pendengaran dan sebagainya untuk kita mensyukuri nikmatnya. Hidup di dunia ini singkat, pada ketaatan seorang hamba agar hidup kita tidak sia-sia menuju kubur yang gelita. 


Bertaubatlah, ia sebaik-baik amal dan bekal memohon keredhaan baginya semoga ada bekalan menuju ke alam sana. Anak soleh, doa merekalah penyelamat kedua ibu apanya. Sedekah jariah, amalan mengatasi usia. Sebelum akhirat menuju pergi ke Syurga Allah.

Tuesday, April 11, 2017

Demi Sebiji Bola


Menjadi seorang pemain bola senang dilihat di mata bagi kita insan yang menyokong tetapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Senarai pemain 28 atau 30 dan hanya 18 pemain akan disenaraikan mengisi ruangan senarai nama pemain yang akan beraksi. Malah hanya 11 orang sahaja yang akan mengisi ruangan posisi di atas padang. 


Walaubagaimanapun mereka tidak akan berkarat di bangku simpanan tenaga mereka tetap diperlukan di saat-saat yang diperlukan dan ketika itu mereka akan berjuang dengan penuh semangat kesukanan serta berjuang sehingga titisan peluh yang terakhir menitik jatuh ke rumput yang hijau. 


Kesungguhan mereka tidak boleh dipandang rendah kerana mereka adalah perwira-perwira yang dahagakan sokongan daripada para penyokong sebagai bonus persembahan mereka menjadi lebih menakjubkan dan mengemparkan stadium yang sedang beraksi. Siapa tidak mengenali Asshari Samsuddin seorang silent killer di bahagian serangan. Seorang yang sedikit pendiam tetapi penuh dengan kenakalannya. Kedua tangan yang dicantumkan melambangkan huruf S adalah simbolik kepada pemain Pahang yang semakin meningkat prestasi permainannya. 


Tidak lupa kepada seorang lagi pemain tengah negara suatu masa dahulu yang berasal daripada negeri nun jauh di atas iaitu Kuching Sarawak. Joseph Kalang Tie seorang yang cukup peramah dan baik hati. Beliau tidak pernah menampakkan wajah kemarahan hanya senyuman dan gelagat lucunya. Tatkala beraksi pastinya beliau akan beraksi dengan penuh semangat walaupun pasukannya sekarang bukanlah negeri kelahiran beliau. 


Pernah kejadian di Stadium Negeri, Kuching, dimana pabila beliau melangkah masuk ke padang beliau telah diboo dan di maki oleh penyokong kelahiran beliau sendiri. Kalau kita berada di tempat beliau apakah perasaan kita? Tapi pemain-pemain ini kesemuanya profesional. Anasir-anasir luar tidak dilayan yang hanya ada di dalam minda mereka adalah berbakti demi lencana di dada.



Monday, April 10, 2017

Klimaks realiti kehidupan


Setiap insan ada tanggungjawabnya yang tersendiri, tidak kira tanggungjawab itu adalah tanggungjawab hakiki seperti memberi nafkah kepada keluarga, makan gaji dengan majikan dan sebagainya. Tanggungjawab terhadap sosial kehidupan kita seperti beriadah bersama rakan sepasukan, minum kopi ais di Farouk Maju, dan banyak lagi. Serta tanggungjawab kita terhadap Tuhan yang satu, seperti mengerjakan segala rukun Islam seperti mana yang tercatit di dalam kamus kehidupan kita yang hakiki iaitu Al-Quran. 


Itu jika sang sperma tetapi kita bercakap dari konteks realiti kehidupan kita sebagai manusia. Kesibukan yang hadir adalah menjelma dari kesanggupan kita sebelum ini. Jika tidak mampu tamatkan ia dengan kecemerlangan bukan dibiarkan berbau busuk bagaikan bangkai yang terdampar di gilis BMW 5 siri. Tetapi jika mampu untuk mengharunginya, susun langkah dan perkemaskan rentak tari supaya ianya berkesudahan dengan senyuman dan kelapangan hati yang satu.



Jangan mmpertikaikan apa yang telah berlaku dan akan berlaku kerana ianya mampu memanggil sang syaitan mendampingi lalu lalai dengan segala arahan serta suruhan seperti yang telah tertulis cantik di dada-dada kitab dan Al-Quran yakni pegangan manusia sepanjang zaman.


Oleh itu, kembali kepada kejadian manusia mengapa Nabi Adam A.S di hantar oleh Allah ke muka bumi ini. Yang pasti dan yang kita tahu hanya kerana melanggar perintah dengan memakan buah Khuldi, sedangkan banyak lagi perkara yang perlu ditafsirkan oleh kita manusia mengapa kisah ini berlaku. 

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...