Tuesday, February 25, 2014

Kuantan | Pahang


Lanskap Photography | ISO 100 | f 22 | 30 sec | 10mm | ND 400 

Into The Hole | Tembeling Resort | Kuantan


HDR Photography | ISO 100 | f 18 | 3 exp | ND 400

10-1 bukan 1-10

Bila bercakap tentang kesilapan yang pernah kita lakukan sememangnya manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sedang Nabi junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Sendiri pernah melakukan kesilapan ini kan pula kita manusia biasa yang kerdil di atas muka bumi Allah ini, pastinya tak lepas dari melakukan kesilapan. 

Tetapi jangan kerana sekali kesilapan yang kita lakukan kita dihukum bagaikan 10 kali kita lakukan kesilapan tersebut. Sebagai contoh dan juga sebuah kisah benar di mana Esah (bukan nama sebenar) di dapati lari daripada rumah. Bila ditanya mengapa jawap sang Esah adalah kerana tak tahan dengan leteran sang ibu. 

Sang Esah nampak 1 kesilapan sang ibu iaitu suka berleter kepadanya, tetapi dia tidak sedar ada 9 lagi kebaikan yang sang ibu lakukan kepada sang anak. Hanya dengan kesilapan yang 1 itu lah Sang Esah bagaikan telah menghukum sang ibu dengan tindakan dia lari daripada rumah. 

Justeru itu, sama-sama kita renungkan bersama. Adakah kerana 1 kesilapan yang pernah rakan kita lakukan kita nak buang 9 lagi kebaikan yang dia lakukan di dalam kehidupannya. Itu lah sifir kehidupan kita sebagai manusia biasa. Biarlah 10-1 bukannya 1-10. 

Friend | Kuantan | Pahang


HDR Photography | ISO 100 | f 11 | 3 exp | ND 400

Saturday, February 22, 2014

Mr Canada

Cuaca petang tadi nampak macam biasa jer tapi firasat kawan mengatakan yang petang ni sunset cun membuatkan kawan tak sabar-sabar nak pacak tripod.

Tiba-tiba sang kecik bersuara, "ayah nak McD".

Sambil menjeling ke jam kereta kawan tak jadi bagi signal ke kanan. Roda keretaku bergolek terus menuju ke Teluk Cempedak memenuhi hasrat sang anak. 

Setelah habis RM28.80 siap makanan untuk kami sekeluarga. Dengan sepantas kilat kawan mengarahkan roda Honda Accord hitam ku menuju ke Tembeling Resort.

Saat itu matahari dah nak jatuh dan kelihatan langit mula mengguning bercampur plak dengan biru. Kompom cun petang ni, bisik hati kecilku. Setelah tripod di pacak, shutter di tekan, sang ibu dan sang anak dah berkelah kawan menjilat bibir menantikan shutter release. Yes!!! Memang cun yesss!! Next compo plak. 



Haa yang nak distorykan ni hadir seorang mat salleh berasal dari Canada katanya yang juga memegang kamera Sony Nex5. Bermula lah perbualan diantara kami. Di pendek kan cerita perbualan kami berkisar tentang pencemaran pantai . Sebenarnya Mr Canada ni memang selalu datang ke Kuantan dan menetap di Tembeling Resort. 6 month at Malaysia, 6 month at Canada katanya. 

Katanya pantai di Kuantan semua cantik dan kawan sebagai penduduk di Kuantan sepatutnya berasa bangga. Tetapi terdapat juga pencemaran sambil menunjukkan di jari kasar dia kesan minyak yang terdapat dipesisiran pantai. Dia berharap kawan sebagai orang muda yang sukakan kepada keindahan alam supaya melaporkan pencemaran yang berlaku itu kepada pihak berkuasa. Katanya lagi itu tanggungjawab kita sebagai penduduk di kawasan ini. Kawan hanya mampu tersenyum dan mengatakan i try my best sir.

Tanpa disedari mentari yang cun tadi dah semakin nak hilang. Arghhhh rugi-rugi lalu cepat-cepat kawan ubah compo kamera kawan. Alhamdulillah kawan sempat juga merakamkan beberapa gambar lanskap yang cun dan meletup.



Dumped Off | Tembeling Resort | Kuantan


Colour Of Life | Tembeling Resort


Wednesday, February 19, 2014

Misi di teruskan

Akhirnya Pahang melangkah ke Separuh Akhir Piala FA. Misi untuk ke AFC, nampak gayanya berpeluang awayday luar negara lah. Patutlah kisah sang pengadil menjadi buah mulut penyokong dan pihak atasan. Sememangnya mutu pengadilan amatlah rendah. Sekiranya ianya berlarutan maka bola sepak di Malaysia takkan sampai ke mana.

Apakah tidakan pihak FAM tentang isu pengadilan ini? Tak kan nak dibiarkan begitu sahaja. 

Malam ini sememangnya Hafiz Kamal adalah hero kepada warga Pahang. Sepakan percuma beliau sangat-sangat menakjubkan. Di saat-saat terakhir bekiau menggunakan pengalaman dan ketenangan yang beliau miliki untuk memastikan Pahang menempah tiket ke separuh akhir Piala FA. Sebelum itu Koji menjaringkan gol pertama dengan tendakan half volley yang sungguh cantik walaupun dibayangi oleh pertahanan gergasi PDRM Rafael. 

Di peringkat separuh akhir nanti Pahang akan bertemu JDT l di mana Stadium Larkin sebagai gelanggang di pusingan pertama. Kenangan tahun lepas kini kembali. Bagaimanakah perlawanan tersebut akan dilaksanakan? Adakah di stadium berkecuali? Tanpa penyokong? Atau kawalan keselamatan tahap maksimum? Kita nantikan lah nanti

Walaubagaimanapun sukan bola sepak sebenarnya mampu untuk memupuk persaudaraan dan mengeratkan tali persaudaraan bukannya pergaduhan dan permusuhan. 

Monday, February 17, 2014

Fotografi Landkap

Assalaamu'alaikum dan selamat sejahtera. Ada 3 faktor penting dalam menentukan 'pendedahan yang betul' / correct exposure iaitu Apertureshutter speeddan ISO.  Faktor-faktor ini lah yang menyebabkan gambar jadi cerah atau gelap. Maka sebaiknya kita mesti faham terlebih dahulu apa itu aperture, shutter speed dan ISO untuk kita melangkah lebih jauh dalam dunia fotografi termasuklah fotografi landskap (landscape photography).

Kali ini saya hanya akan menceritakan tips-tips untuk mengambil gambar landskap dan pemandangan mengikut pengalaman dan apa yang saya pelajari dan kaji selama ini. Saya akan mulakan sedikit sahaja dulu dan saya akan tambah dari semasa ke semasa jika ada apa-apa tips yang terlintas di kepala saya.  Penulisan ini on the spot je ni, tidak dirancang :D

Tips-tips mengambil gambar landskap dan pemandangan

1 - Untuk mengambil gambar sunrise atau sunset dengan masih mengekalkan warna langit dan agar tanah tidak menjadi gelap gelita, maka sebaiknya anda gunakan GND (gradual neutral Density) filter. Ianya adalah sejenis filter yang diletakkan di depan muncung lense, bagi menggelapkan sedikit langit agar tidak wash out / over expose. 

Atau jika anda tidak berduit banyak untuk beli filter tetapi mahir menggunakan Adobe Photoshop, anda boleh lah tembak 2 exposure sekurang-kurangnya.  Satu expose agar tanah cerah dan jelas, biar pun langit agak over expose. Kemudian expose satu lagi  dengan langit agak gelap dan mengekalkan warnanya, biar pun tanah / landskap menjadi gelap.  Kemudian masuk dalam Photoshop, tindan kedua-duanya menjadi dua layer. Letakkan gambar yang mengandungi langit over expose tadi di bahagian atas layer. Kemudian erase bahagian langitnya sahaja, agar yang tinggal dalam gambar itu bahagian langit yang agak gelap dan berwarna tadi.

2 -  Untuk menghasilkan gambar lampu berbintang-bintang dalam landskap pada waktu malam , anda perlu sempitkan / kecilkan aperture , iaitu dengan menambah nilainya seperti F/16 , F/18, F20, F22 ....... Makin sempit / kecil aperture, makin jelas lah bintang-bintang tu. Cuma mesti di ingat, jika keadaan agak low light (tidak berapa cukup cahaya), noise nya pun akan menjadi lebih JELAS! 


Maka untuk mengurangkan noise (bintik-bintik dalam gambar), anda boleh la mherendahkan nilai ISO, seperti ISO 200 dan ISO 100 biasanya dah kurang noise. Dan jika anda melakukan Long Exposure (pendedahan lama) , sebaiknya ON kan Long Exposure Noise Reduction di dalam setting exposurenya. 

Tetapi perlu diingat, jika anda ON kan Long Exposure Noise Reduction, bermakna akan ada waktu proses selepas anda expose. Sebagai contoh, jika anda expose selama 2 saat, maka waktu proses dalam kamera selepas itu akan ada juga selama 2 saat. Begitu juga jika anda expose selama 20 minit (ketika mahu menembak Star Trails umpamanya) , maka kamera akan proses pula selama 20 minit selepas itu. Bermakna, memakan masa selama 40 minit untuk siap sekeping gambar, huhu.

Ada banyak software untuk reduce noise (kurangkan noise), tetapi pilihan saya ialah Neat Image.

3 - Jika anda mahukan landscape yang sharp keseluruhan gambar, maka pastikan lense anda sudah di set pada fokus infiniti. Ada lense yang fokus infiniti nya dengan kita merapatkan fokus ke arah lawan jam. Sepertimana yang saya pernah guna pada kit lense Sony Alpha 200 dulu. Tetapi bukan semua lense fokus infiniti nya dibiarkan rapat begitu. 

Jika lense anda ada simbol 'infinity' , maka set kan fokus mengikut penanda yang disediakan. 

Perhatikan contoh gambar lense di atas, simbol infiniti seakan-akan nombor 8 terbalik secara horizontal tu. Penanda untuk pastikan fokus ke infiniti ialah garis putih di tengah-tengah petak fokus. Biarkan ianya sama setentang dengan penanda dari simbol infiniti itu. Keadaannya seperti dalam gambar.

Dan pastikan aperture semakin kecil, biasa nya F11 , F13 ke atas adalah bagus untuk shoot foto landskap.

4 - Jika anda suka mengedit gambar agar lebih details, maka anda boleh menggunakan plugin LucisArt yang apabila di install akan masuk ke dalam Filter Photoshop. Tetapi saya lebih suka kepada Topaz Adjust , ianya juga plugin untuk Photoshop. Atau pun jika anda suka HDR, anda boleh gunakan software yang dapat blend berlainan exposure seperti Photomatix, Easy HDR dan sebagainya. 

Dan juga jika anda malas untuk shoot atau ejas gambar berlainan exposure, anda boleh saja gunakan perisian Dynamic-Photo HDR. Dengan sekeping gambar sahaja anda boleh menukarkannya kepada HDRi. 

5 - Cari foreground interest (subjek-subjek menarik di bahagian depan landskap) terlebih dahulu sebelum shoot landskap, kerana ia akan menjadikan gambar lebih menarik dan ada rasa kedalaman / sense of depth dalam gambar tersebut. Composition (gubahan) yang biasa digunakan ialah dengan mengikut ROT (Rule Of Third) iaitu meletakkan subjek tersebut pada kedudukan satu pertiga dalam gambar. Dan boleh juga letakkan subjek di tengah-tengah (center) mengikut kesesuain keadaan.

Walaubagaimana pun, untuk menghasilkan gambar landskap yang lebih ketara nampak perspektifnya dan lagi luas, saya cadangkan anda angkat satu Ultra Wide Angle lense, sekurang-kurangnya 10-20mm.  Ultra Wide Angle lense boleh memuatkan pemandangan lebih banyak masuk dalam frame gambar dari wide angle lense biasa.

Walaupun bukan semuanya saya praktikkan begitu, tetapi begitulah kebiasaannya bila saya mahu shoot landskap dan pemandangan.

7 - Pada peringkat permulaan, adalah perlu juga anda meniru gaya fotografi fotografer lama dan professional. Tetapi lama kelamaan, sebaiknya perlu ada gaya dan cara tersendiri agar tidak nampak terlalu stereotype.

8 - Ambil masa untuk memilih awan dan langit yang menarik. Tidak semestinya anda sampai ke lokasi, anda terus tembak dan terus pergi dari situ  (melainkan terlalu kesuntukan masa).  Tetapi menunggu datangnya awan yang menarik adalah amat bagus untuk mendapatkan hasil landskap yang menarik. Perlu kesabaran yang tinggi sikit lah. 

Biasanya, suatu landskap yang menarik pun jika langit nya tidak menarik, gambar pun kurang mengujakan.  Begitu juga kalau langit sudah menarik, tetapi landskap pula kacau-bilau dan tidak menarik, maka tidak mengujakaan juga hasilnya.  Tetapi jika kita dapat landskap yang menarik dan langit nya pun menarik, maka insyaAllah hasilnya adalah foto landskap yang mengujakan.

9 - Tangkap pergerakan dalam sesuatu landskap, umpamanya ombak yang menghempas pantai, awan yang berarak, pokok-pokok yang ditiup angin, burung terbang lalu, air terjun menderu dan sebagainya. Jika ada pergerakan di dalam landskap, foto akan menjadi bertambah dramatik.  Contoh seperti pusaran air laut di tepi pantai dalam gambar di bawah (tapi tak lah lawa sangat :P). 


Gambar di atas saya gunakan konsep 'slow shutter' , kalau tak silap saya antara 0"5 , 1/10 ke 1/20 shutter speed gitu. Dengan waktu pagi yang sudah agak cerah , maka saya gunakan ND Filter (ND 400). Dan shot dilakukan ketika air laut kembali semula ke laut (untuk mendapatkan efek pusaran air itu, kerana air berpusar di celah-celah batu ketika kembali semula ke laut),

Gambar di bawah ini pula seolah-olah ombak menyerbu ke pantai, juga saya gunakan teknik 'slow shutter'. Cuma beza dengan gambar di atas, saya shoot ketika ombak menyerbu ke pantai, bukan ketika kembali ke laut semula. Anda mesti 'trial and error' dalam mengejas shutter speed kamera untuk melihat hasilnya.




10 - Mesti perhati betul-betul garis horizon, agar landskap tidak nampak senget sangat (ataupun istilah yang biasa digunakan jika menembak gambar pantai iaitu 'air laut tumpah').  Memang boleh diejas semula dalam software untuk edit gambar, tetapi sebaiknya setting kamera awal-awal agar horizon tidak senget.

Gambar yang mengandungi horizon yang ketara sengetnya nampak seperti gambar yang tidak stabil dan tidak cermat dalam menangkapnya.  Jika horizonnya betul, barulah nampak satu hasil kerja yang kemas dan teliti.

11 - Apa sahaja cuaca boleh ditangkap , tidak perlu tunggu saat sunrise , sunset dan hari panas terik sahaja. Hari gelap nak hujan pun boleh jadi dramatik jika kena pilihan langit dan suasananya. Begitu juga jika ada ribut, petir, pelangi dan sebagainya. Asalkan kita berhati-hati dan pilih tempat sesuai untuk menangkap gambar.

Fitnah

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.
Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel, SMS atau medan sosial masa kini. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.

....rujukan dari Laman Belia Islam

Friday, February 14, 2014

Bersawang

Wow banyak nya lah sawang kat sini. Eh dah masuk tahun baru pun, satu nukilan pun kawan tak coretkan kat sini. 

Sepanjang tumbuh nya sawang di sini banyak sangat kes, isu, masalah dan pelbagai lagi perkara telah berlaku. Baik dari segi kehidupan kawan, sahabat-sahabat kawan, minat kawan, dunia semasa dan yang sewaktu dengan nya.

Tapi walau apa pun yang berlaku dan yang sedang berlaku kehidupan hendaklah diteruskan, cabaran dan dugaan juga perlu dihadapi dengan tabah dan sabar.

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...