Tuesday, September 30, 2014

Extra Juice

Alhamdulillah selamat pulang ke rumahku syurgaku. Setelah 2 hari di Bandar Ikan Patin Temerloh menjalankan tugas untuk Bengkel Kemahiran Keibubapaan Berkeperluan Anak OKU. 

"Afi Darwisy! Mana air yang ibu beli semalam?" Tanya aku sambil mengikat tuala di pinggang.
"Dalam kotak atas tu", jawab sang kecik muncung-muncung mulut untuk menunjukkan air yang aku maksudkan.
"Mana Afi Darwisy? Tak ada ni", aku membelek almari tempat menyimpan barangan makanan di rumahku.
"Eee ayah ni," sang kecik menuju ke arah aku sambil mencekak pinggang dan menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan di mana air tersebut disimpan oleh sang ibu.
"Oooo kat sini ibu simpan ye," ujar aku sambil membuka tudung tupaware berwarna kuning di dalam almari.

Air yang aku maksudkan adalah Extra Juice. Air ni aku tak pernah rasa sehinggalah Sang Abby Salleh memperkenalkan pada aku semasa aku turun ke Pekan melihat Rosa FC training. Pada mulanya aku tetap dengan aor kebiasaan aku iaitu Kopi O Ais, tapi dalam masa yang sama aku menyedut juga lah sedikit dari gelas Sang Abby Salleh untuk merasa sendiri air yang dikatakan sedak itu. 

Yup!! Memang sedap. Lebih sedap dari air Sanquick nipis kurang manis. Selepas kejadian di Pekan itu aku bercerita dengan sang isteri lalu pada hari semalam sang isteri wasap gambar sang kecik sambil memegang satu papan Extra Juice yang telah dibelinya. 

"Afi Darwisy!! Macam mana nak buat air ni?," tanya aku. 
Sebenarnya aku tak tahu nak buat macam mana air ni. 
"Ayah ambik la air dalam peti tu. Lepas tu ayah bubuh la dalam gelas," sang kecik mengajar aku cara-cara menghidangkan Extra Juice ni. 
"Air sejuk ke air panas ni?", tanya aku sedikit gusar dengan tunjuk ajar sang kecik tadi. 
"Air sejuk la ayah lepas tu isi susu", jawab sang kecik sambil menuju ke almari menunjukkan susu yg berada di dalam almari tersebut. 
"Ish buat apa letak susu pulak?" Tanya aku kehairanan.
"Yelah!! Letak susulah, baru sedap", dengan muka yang mengada-gada. 

Aku bancuh serbuk Extra Juice tersebut dengan air batu tanpa mengisi susu sepertimana yang diajar oleh sang kecik. Bukan tak percaya tapi pelik jer. Lalu aku minum dengan dimulakan Bismillahiraanirahim. 

Sah betul dah memang kena letak susu. Dengan muka yang cebik aku pandang ke arah Afi Darwisy. Sang kecik ketawa sambil mengatakan, padan muka ayah tak dengar cakap afi.







Saturday, September 27, 2014

Taman Kerang

Bila sebut nama Taman Kerang mesti penduduk di Pahang tahu di manakah Taman Kerang tersebut. Diperbuat daripada batu dijadikan seperti tugu dan dihiasi dengan air pancut. Terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan tempat yang sering menjadi tumpuan warga kuantan dan pelbagai aktiviti di adakan di sana. Tetapi apa kena mengena kerang dengan Kuantan? Nak cakap Kuantan banyak pantai sebab itu kerang menjadi simbolik nya tidak juga.

Sampai la pada suatu pagi aku melepak kat Taman Kerang ni dan berborak dengan seorang pakcik yang membesar di bandar Kuantan dari awal tahun 60-an lagi. Menurut beliau sebenarnya tugu kerang yang ada sekarang ini bukan lah untuk melambangkan Kuantan di negeri Pahang. Sebenarnya tugu kerang yang tersergam ditengah-tengah bandar Kuantan ini adalah ihsan daripada pemilik  stesen minyak Shell pada tahun 60-an dahulu kala. Sepertimana yang kita tahu logo Shell adalah kerang jadi tugu yang dibina ini adalah salah satu cara untuk mempromosi stesen minyak milik beliau. 

Terkejut juga aku bila dengar cerita yang diceritakan oleh pakcik ni. Banyak lagi perkongsian sejarah lama Kuantan yang dikongsi jadi kena tunggulah lain kali ye. 



Saturday, September 13, 2014

Mood ON

Semenjak dua menjak ni aku bersemangat jer nak mengambil gambar kahwin. Mungkin disebabkan nak mengumpul duit kot. Tapi masalahnya bila nak edit. Bercinta rasanya nak edit beratus ratus beribu ribu gambar yang dah di ambil. Walau apa pun tanggungjawab aku sebagai pengarah Dhedaun Picture kena diteruskan. 

Kini Dhedaun Picture dah menjangkau 5 tahun selepas dipenjenamaan semula daripada bayualamfotodesign. Kini aku perlu dan mesti cari kedai sebagai platform untuk Dhedaun Picture semakin gah di alam jurugambar perkahwinan. 


Terus membesar

Suis lampu dah aku tutup. Sumber cahaya yang tinggal hanyalah daripada Philips 32 inci di atas rak yang menayangkan cerita tanah kubur. Satu lagi sumber cahaya adalah lampu tandas.  Sedang khusuk melihat cerita kesukaan aku ini tiba-tiba kelihatan ada budak berlari menuju ke bilik air. Terkejut jugak lah aku sebab hari dah tgh mlm awal pagi, tengok plak cerita yang menginsafkan manusia ni sedikit membuatkan aku terperanjat. 

Rupa-rupanya sang kecik Afi Darwisy berlari nak terkencing. Alhamdulillah nampak nya Afi Darwisy dah semakin membesar dah pandai berdikari. Ya Allah, engkau bantulah aku untuk terus membimbing anak aku supaya menjadi anak yang soleh, anak yang menyenangkan semua orang. 

Thursday, September 11, 2014

Birthday Boy

Alamak birthday Afi Darwisy hari ni aduh macam mana boleh lupa ni. Aku terus buat panggilan kepada sang isteri memberitahu. Rupanya sang isteri pun terlup hari ni adalah hari ulang tahun kelahiran Afi Darwisy yang ke 4 tahun. Apa kan daya jatuh pada hari pertama bekerja di minggu yang baru. 

Nampak gayanya hanya sambutan kecil-kecilan jer lah yang mampu aku berikan kepada anak lelaki aku sorang tu. 

Selesai sahaja aku training petang itu aku bergegas ke kedai kek untuk beli kek blueberry chess yang ada patung Mickey Mouse. Perancangan aku bersama sang isteri simple jer. Aku suruh sang isteri tutup lampu dan menyorok bersama sang kecik sementara aku masuk ke dalam rumah sambil menyanyi dan memegang kek yang mempunyai 4 batang lilin yang dinyalakan. Apabila sang kecik dengar nyanyian aku terus dia berlari keluar dan terkejut melihat aku yang sedang memakai topi birthday dan kek ditangan. 

Sang kecik sama-sama menyanyikan happy birthday dengan wajah yang sangat ceria dan meniup lilin yang sedang bernyala. Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah kesejahteraan anak ku, jadikanlah beliau sebagai seorang anak yang soleh yang disenangi oleh semua orang termasuk ayah dan ibunya. Jadikanlah anakku seorang yang berpelajaran bijak pandai, sesungguhnya engkaulah yang maha penyayang dan mengasihani. 


Wednesday, September 10, 2014

Bersawang

Perghhh lama sungguh tak sapu sawang kat sini. Padahal banyak perkara yang boleh dicontengkan tapi kemalasan yang membataskan tindakan. Kalau dulu-dulu memang patut la susah sebab nak bukak switch komputer lah nak tunggu loading lah dan sebagainya. Tapi sepatutnya sekarang tak timbul isu kemalasan tu sebab semua berada di jari jer. 

Nampaknya aku ni bukan lagi seorang blogger yang mantop. Tapi aku takkan berputus asa. Aku tetap akan teruskan perjuangan yang belum selesai.

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...