Wednesday, October 29, 2014

Sperma ku terpancut

Tik tik tik air paip yang tidak ditutup kemas membuatkan mata aku masih tidak mahu tertutup. Terasa berat jer badan ini untuk melangkah ke bilik air untuk menutup kemas kepala paip supaya keheningan malam tidak menganggu aku. Televisyen masih dibuka tetapi remote ditangan menukar-nukar rancangan tidak tahu yang mana satu berjaya mencuit hati untuk aku tonton. Sekali sekala mata aku menjeling ke jam yang tergantung di dinding. 

Kedengaran sayup-sayup suara wanita memberi salam. Ku gagahi langkah ke pintu depan rumahku. Dari samar-samar cahaya lampu jalan kelihatan seorang wanita berambut pendek paras bahu, berpakaian lengkap terapi agak seksi sambil memegang beg. 

Aku kehairanan. Sekali lagi aku aku menoleh ke jam di dinding rumahku. 
"Eh baru jam 10.00 malam rupanya, tapi kenapa awek ni datang rumah aku? Siapa dia ni", bisik hati kecil aku.

Aku membuka sliding door, sambil membetulkan kain pelikat yang aku pakai. Ke kanan ke kiri kepala aku memandang kalau-kalau ada jiran tetangga yang melepak mengambil angin malam saat itu. 

"Waalaikumsalam, ye saya cari siapa ye"? Tanya aku sambil menjeling ke arah tubuh badan gadis yang kelihatan seperti Emma Maembong ni.
"Erkk maafkan saya bang, saya ni tak tahu nak kemana sebab saya kena halau dari rumah", jawab gadis tersebut.
"Ehhh kamu duduk di mana? Macam mana boleh sampai ke sini"? Aku semakin pelik.
"Saya duduk di perumahan belakang sana, tadi kena kejar di anjing jadi saya takut saya lari ke arah umah abang sebab nampak abang terbaring di hdapn rumah tadi", jawab awek tersebut dengan panjang lebar.
"Dah tu macam mana ni? Awak nak mintak tolong apa dari abang?" Tanya aku lagi.
"Kalau tak keberatan izinkan saya bermalam dahulu di rumah abang boleh? Jawab awek tersebut sambil tunduk ke jalan.

Arghhh sudah aku menjadi tak keruan. Takkan aku nak bawak masuk awek ni ke dalam rumah. Mati aku kalau jiran-jiran nampak atau perasan. Tak pasal-pasal aku kahwin percuma malam ni. Tapi..... 

"Em macam ni lah awak dah makan?", tanya aku lagi untuk menyedapkan hati aku yang tidak keruan ini. 
"Sudah bang", jawab awek tersebut pendek.
"Emmm .... Aaaaa ..... Ok lah masuk lah bagi sini beg kamu tu", kepala aku tidak henti-henti memandang ke kiri dan ke kanan. 

Line clear. Cepat-cepat aku tarik tangan awek tu masuk ke dalam rumah. Lampu garaj aku biarkan terpasang. Pintu pagar dan grill aku pastikan telah berunci cuma sliding door sahaja aku biarkan terbuka luas. 

"Buatlah macam rumah sendiri ye aaaa ... " 
"Lisa", jawapan yang pendek tapi cukup untuk aku meneruskan perbualan. 
"Lisa nak mandi dulu ker atau apa ker", aku menyusun keadaan diri ku supaya kembali normal. 
"Em boleh jugak bang tapi saya tak bawak tuala atau baju lebih, dalam beg ni  pun laptop jer yang ada", petah pulak awek ni bercakap.
"Ok tak pe tak pe, nah tuala dan baju, jap kamu nak kain pelikat ker atau seluar pendek" aku menjadi sedikit nakal.
"Tak kisah lah apa-apa bang tapi sebenarnya saya tak pandai nak pakai kain, tak tahu nak ikat macam mana, karang terlondeh pulak susah" sambil tersenyum sinis. 

Amboi dia pancing aku dulu lah pulak. Tak mengapa relax-relax jangan gelojoh. Aku semakin menjadi berani dan kembali normal. 

Kalau tadi aku tak tahu nak tengok cerita apa di televisyen ni sekarang aku biarkan channel 134 Astro menjadi tatapan. Lampu ruang tamu aku matikan hanya bertemankan lampu malap di dinding. Tiba-tiba....!!!!

"Abang nak air panas?" Tanya si Lisa 
Terkejut aku bila pulak dia ni siap mandi? Aku toleh ke belakang kelihatan Lisa mengenakan baju kameja putih dan ... dan .... dan hanya berseluar dalam???? Hendak ku jerit takut orang dengar. Hendak ku melompat nampak sangat kegelojohan aku. Aku tersenyum sambil "boleh juga, kopi, gula, air panas ada dekat almari tu" muncung-muncung mulut aku.
"Amboi bang muncung betul mulut tu, simpan lah sikit", Lisa bergurau sambil mengambil kopi dan gula untuk dibancuh. 

"Aiiii bergurau lagi dia ni ek" hati aku berdetij lagi. 
"Jap jap dia ni orang atau .....", aku kembali tidak normal.
Aku mencari jalan untuk mengikut kata orang tua-tua. Kalau nak tengok orang tu manusia ke hantu tengok melalui celah kangkang.
"Ehh .. Kaki jejak tanah, tak ada perubahan pun," aku garu punggung ku yang sedang menongeng.
"Abangggg !!! Lisa bukan hantu lah, Lisa manusia lah, tak percaya meh sini pegang Lisa ni," terkantoi aku menongeng hehehe.
"Maaf lah Lisa, abang bukan apa tak pernah alami situasi macam ni, selalunya abang kalau nak bawak balik awek abang bawak jer, tapi kali ni awek yang datang sendiri tu yang abg pelik tu", karangan bahasa melayu aku bagi pada Lisa.
"Abang ni tak percaya lagi ye?, ok kejap ye", sambil meletakkan kan gelas kopi O panas di atas meja dan menghampiri aku.
"Cuba abg sentuh Lisa", ujar Lisa
Aku cuit pipi dia, hidung dia, angkat tangan dia, pegang bahu dia. Aah la Lisa manusia lah. Tapiii kejap, aku menarik Lisa dan jenguk ke leher dia. Tak de ok sah Lisa manusia. Dalam hati aku yessss. 

"Kenapa Lisa tak pakai seluar abang bagi tu? Tak sejuk ker pakai underware jer? Soalan bodoh dari aku.
"Panas la abang lagi pun Lisa kat rumah memang macam ni, kadang-kadang pakai bra dengan underware jer" jelas si Lisa.

Wow!!!! Nafsu aku sudah mula melompat. Sang kecil dekat dalam tu dah tak senang duduk sekejap bangun sekejap tidur. Nasib baik aku pakai kain pelikat tebal, kalau pakai cap Indon kain licin tu emmm segar bugar lah dia. Nampaknya Lisa sudah selesa di rumah aku. Dan aku sendiri dah selesa dengan kehadiran dia di rumah aku, perasaan takut pada mulanya tadi sudah hilang sama sekali. Lisa pun sudah semakin berani merebahkan diri nya di sebelah aku. Sambil melayan cerita Sundal Bolong di channel 134 ni. 

Tanpa disedari tangan aku automatik memegang bahu Lisa dan dalam masa yang sama Lisa memberi tindak balas dengan keluhan manja yang keluar dari mulut si gadis berbadan sedikit padu ni. 

Allahu Akhbar !! Allahu Alhbar !! Allahu Akhbar Allahu Akhbar !!! 

Aku terpingga-pingga. Lisa!! Ruang tamu kosong. Bilik belakang kosong. Tandas kosong. Aku dapat rasakan sesuatu yang tidak selesa di kemaluan ku. Aku ketawa keseorangan. Di usia aku 30-an aku masih lagi mimpi basah?!! Tak masuk dek akal langsung tapi realitinya sperma aku terpancut membasahi kain pelikat yang aku pakai. 



Monday, October 27, 2014

Harapan semua

Harapan semua .... Darul Makmur bertahta .... Harapan semua Pahang kekal juara .... Ooooo ooooo ooo ooo ooo oooo oooo oooo Ale ale ale kita bertemu lagi Ale ale ale kami masih di sini .... Harapan semua darul makmur bertahta ... Harapan semua Pahang kekal Juara .... 

Tahniah pasukan Pahang sekali lagi berjaya melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia 2014. Perjalanan yang berliku di sepanjang edisi Piala Malaysia kali ini, Pahang sekali lagi membuktikan mereka adalah pasukan yang mampu mempertahankan Piala Malaysia di bumi Pahang Darul Makmur. Mereka bangkit daripada kekalahan separuh akhir pertama di Darul Aman seperti seekor sekumpulan gajah yang menyerang sebuah kota kecil di Darul Makmur. 

Kali ini Pahang akan bertemu dengan pasukan bintang pilihan iaitu JDT I yang turut berjaya melangkah ke perlawanan selepas menewaskan KL Felda United. Pertembungan yang sememangnya menjadi perhatian ramai. Pertemuan ini bukan sahaja 22 org pemain di atas padang tetapi juga di tempat duduk penonton di antara Elephant Army (Ultras Pahang) dan juga Boys Of Street (Ultras Johor). 

Di harapkan Pahang dapat mengekalkan kejuaraan yang mereka menangi tahun lalu pada 1 November 2014 ini. Itulah harapan semua orang-orang Pahang. Harapan yang mengunung tinggi setinggi Gunung Tahan. Harapan sepanjang sungai Pahang. Harapan sebesar tanah jajahan Negeri Pahang Darul Makmur. 





Thursday, October 23, 2014

Kena Lipat

Jam di dinding baru menunjukkan pukul 1.00 pagi. Kalau aku tidur waktu ini nescaya aku akan terlajak. Pukul 3.00 pagi aku perlu bersiap-siap untuk bertolak bersama sang biru ke Kuala Lumpur untuk menduduki Peperiksaan KPSL di ibu pejabat LPPKN. Pada mulanya aku bercadang untuk gerak bersama sorang mamat ni tapi aku dah kena lipat gulung baik punya. 

Dari pagi aku telefon tidak berangkat, ok aku positifkan fikiran aku sebab dia tengah ada program. Tengah hari aku telefon semula, juga tidak berangkat. Belah petang sekali lagi aku hubungi kali ini panggilan aku dijawab tetapi katanya akan telefon semula sebab program tak habis lagi. Aku tunggu dan tunggu hinggalah selesai aku menunaikan kewajipan fardhu Maghrib. 

"Rul orang rumah aku nak balik Puchong la", terang dia.
Saat ini aku dah tak ada mood untuk bercakap tapi aku buat cool jer.
"Tak pe lah kalau macam tu, aok nak gerak bila",? Tanya aku.
"Kejap-kejap lagi lah, atau aku boleh tunggu ko kalau kau nak gerak sekali" jelas dia.
"Oh... Tak pe lah ko mesti tidur Puchong, ko gerak jer lah dulu, pandai-pandailah aku" jawab aku lalu aku tamatkan perbualan.

Saat itu sebenarnya aku dah tak boleh untuk berfikir. Sememangnya aku tak suka drive ke KL atau secara last minit tukar plan. Tapi apa kan daya dah kena lipat kan. Jam handset aku berbunyi pada jam 3.00 pagi. 

"Sayang... Sayangg .. Bangun abang nak gerak dah ni", sambil menepuk-nepuk kaki isteriku. 
"Afi Darwisyyyy ayah nak pegi kerja dah ni ... Bangun sayang bangun", aku kejutkan pula sang kecik yang sedang nyenyak tidur.

Sang biru sudah mengaum dan bersiap sedia untuk menuju ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Lambaian tangan sang isteri dan sang kecik membuatkan aku semacam malas nak gerak tapi ini masa depan ku bersama LPPKN. Ohh kenapa aku tak gerak lebih awal?. Sebenarnya Sabtu dan Ahad aku ada pakej perkahwinan Ella dan Yunus manakala malam pulak nak tengok live Kedah menentang Pahang. Jadi aku ambik keputusan untuk gerak awal pagi ke Kuala Lumpur. 

Lebuhraya Pantai Timur pagi itu lengang, tak banyak kereta di atas jalan. Perkara yang paling meresahkan aku adalah tahap mengantuk dan kabus yang tebal sepanjang perjalanan. Seri Jaya dah lepas, Maran pun dah dilalui. Mata aku semakin pedih dan berair. Aku terpaksa berhenti di RnR Temerloh kerana kabus semakin tebal. Aku mengambil keputusan untuk tidur sekejap dengan harapan tidur di dalam kereta tidak selesa dan aku akan mudah terjaga.

Arghh padah padah!!! Jerit aku. Jam di tangan menunjukkan pukul 7.00 pagi. Sempat ke tidak ni bisik hati kecilku. Aku bergegas mengerjakan solat Subuh dan apabila selesai aku cepat-cepat menekan  pedal minyak memecut menuju ke Kuala Lumpur. 130 - 140 meter sang biru. Nak lebih lagi aku dah tak berani kerana kondisi sang biru ni tidak mengizinkan. Di dalam perjalanan aku menghubungi pihak urusetia memaklumkan kelewatan aku. Kata mereka peperiksaan akan bermula jam 9.00 pagi kalau dah terlambat terpaksa lah repeat peperiksaan hari pertama tahun hadapan. Nampak gayanya rezeki aku untuk menyelesaikan peperiksaan aku sekaligus tidak berkesampaian. 

Aku sampai ke Kuala Lumpur tepat jam 9.00. Keadaan jalan yang sudah mula jem membuatkan aku pasrah. Aku redha dengan apa yang berlaku. Dan inilah pengajaran dalam diri aku. Jangan terlalu berharap kerana diri sendiri akan merana. 


Wednesday, October 22, 2014

Sepasang Spring Kasut


"Tokey kasi itu spring 11 pasang, campur-campur warna ya," nyaring kedengaran suara gadis bertahi lalat di atas bibir sambil menunjukkan spring kasut yang hendak dibelinya. 
"Aiyaa amoi manyak ooo kasut kamu," tanya apek berkaca mata bulat berbaju pagoda putih berseluar coklat pendek.
"Ini saya punya kawan order la tokey," sambil mencapai plastik spring yang baru dibeli.
"Oooo lu punya boyprend manyak kasut maaa," pelat tokey sambil muncung-muncung mulut. 
"Heheh ok la tokey terima kasih ya, nanti saya datang beli lagi" cepat-cepat sang gadis beredar dari kedai apek cina berbaju pagoda. 

Kereta Myvi putih dipandu dengan penuh berhemah. Sesekali sang gadis menjeling ke tempat duduk sebelah. Apabila menjeling pastinya senyuman akan terukir dari wajah manis sang gadis. Mesti dia suka aku beli spring ni, bisik hati kecil sang gadis. 

... Rindu rindu hatiku rindu .... Kepada mu oh juwita ku ... Hatiku rindu sayang kepada kamu .... Dikir Abang Halim Yazid berkumandang di corong radio kereta yang dipandu. 

Tapi itu dulu, ketika cinta kian berputik, tatkala hati kian terpaut kerana ketampanan dan kemanjaan sang pujaan  hati. Kini semuanya menjadi kenang-kenangan. Tetapi beg plastik yang berisi spring kasut yang telah lama di beli dahulu masih terikat rapi di bonet kereta. 

"Apa salah aku terhadap diri dia?" Soal aku pada diri aku sendiri. Selama ini aku sayangkan kau tanpa berbelah bahagi walaupun aku tahu ramai gadis-gadis lain keliling pinggang kau. Tapi aku tetap sukakan kau. Mungkin aku tidak cukup sempurna untuk bersama dengan dia. 

Dulu mungkin aku bodoh menunggu kau. Dulu mungkin aku buta kerana menagih kasih sayang dari kau. Tapi hari ini tidak lagi. Kehidupan aku perlu diteruskan. Segala yang berlaku sebelum ini biarlah berlalu menjadi kenangan dan rahsia di dalam lubuk hatiku. 

"Tapi apa aku nak buat dengan spring-spring kasut yang berlambak-lambak ni?" Termenung aku sejenak. 
Pingg!! Ping!!! Pongggg!!!! 
Mengamuk kenderaan kat belakang sebab aku masih lagi tidak bergerak sedangkan lampu trafik light simpang empat dah lama hijau. Kelam kabut aku dibuatnya nasib baik gear automatik, kalau tidak pasti tersenguk-senguk sebab mengelabah nak masuk gear. 

Sekali lagi sang gadis menjeling barangan yang diikat di dalam plastik. "Apa aku nak buat dengan benda alah ni"? Campak ke sungai? Bagi kawan-kawan aku yang lain? Atau aku simpan sahaja di rumah boleh aku guna pada kasut-kasut aku yang akan aku belintak lama lagi. 

Kini aku semakin bahagia walaupun kadang-kadang wajah dia terpampang di hadapan aku. Terima kasih atas segalanya. Sehingga berjumpa lagi

Sunday, October 19, 2014

Taat, Setia & Harapan

Tepat Jam 12.15 tengah malam tadi 2 biji bas komrad Elephant Army Kuantan bersama beberapa biji bas fan Pahang memulakan perjalanan ke Utara Malaysia.   Berbekalkan taat setia dan harapan yang tinggi mereka mengorak langkah tanpa mengira wang ringgit dan cuti mereka untuk bersama-sama dengan pasukan kesayangan mereka. 

Suasana akan semakin hangat apabila mereka akan bergabung dengan bas-bas dari daerah yang lain. Kelainan kali ini adalah kesemua bas Elephant Army adalah komrad tegar yang akan berpadu suara melontarkan chant-chant yang berbau serangan psikologi dan membangkitkan semangat pemain. 

11 pemain di atas padang Stadium Darul Aman akan ditemani dengan anggaran 1000 pemain ke-12 yang berdarah Tok Gajah hadir dari seluruh pelusuk Malaysia. Warna kemegahan bendera Negeri Pahang hitam putih akan chant bersama, akan melompat bersama, demi Pahang Darul Makmur amnya dan mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia khasnya. 

Iringan doa ku panjatkan semoga semuanya selamat dan membawa bekalan gol yang akan merealisasikan impian menjadi kenyataan. 


Thursday, October 16, 2014

On tour

Buat masa sekarang semua laman sosial sedang terbakar dek DP daripada Elephant Army. Lagi yang membuatkan terbakar adalah t-shirt keluaran khas untuk awayday. Apa kan daya aku tak dapat turut serta bersama mereka. Pada mulanya dan best dah sebab dapat merasai suasana Stadium Darul Aman, tetapi oleh kerana kebangsatan FAM semuanya musnah seperti rumah yang sedang dijilat api yang marak. 

Kalau dulu aku pasti akan mencari jalan untuk turut bersama-sama berawayday untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayanganku. Tapi kini aku dah tidak mampu untuk mengubah jadual yang telah dirancang dan yang telah tertulis di dalam dairi kehidupan aku. Bukan disebabkan semangat aku dah luntur tetapi keadaan ng tidak mengizinkan. Baru-baru ni aku terlibat bersama Dhedaun Picture di Karnival Gerbang Perkahwinan Mega 2014 di Megamall. Ahad ini pula aku ada pakej fotografi dan Isnin aku akan menduduki peperiksaan jabatan. Manakala pada 24 hari bulan nanti aku nak masuk gua untuk Nature Photography Camp 2014. Sememangnya sudah tidak boleh dielakkan lagi.

Walau apa pun doa aku dan sokongan aku tidak akan berbelah bahagi demi Pahang Darul Makmur walaupun aku anak kelahiran Kedah Darul Aman.


Monday, October 13, 2014

Ceritara Booth Dhedaun Picture

"Awang jom masuk booth pengantin bulan 10 ni nak?" Tanya aku pada Awang.
"Beres aje, lama tak masuk exhibition pengantin ni leh up harga" ujar partner aku panjang lebar.
"Ok cun awok fikirkan pakej, kawan siapkan apa yang patut untuk booth" ujar aku dengan penuh semangat.

Hari demi hari kami siapkan apa yang sepatutnya kami kena lakukan. Walaubagaimanapun dugaan dan cabaran pastinya ada itulah lumrah kehidupan. Awang kerja shif aku pulak sibuk dengan outstation dan program. Tapi perjuangan Dhedaun Picture mesti diteruskan dengan aku memohon cuti gantian selama seminggu dan alhamdulillah diluluskan. Dalam masa seminggu itulah kami bertungkus lumus membuat persiapan untuk Karnival  Gerbang Perkahwinan Mega 2014 yang diadakan di Megamall Kuantan Pahang selama 3 hari bermula 10-12 Oktober 2014.

Dalam masa seminggu ini juga Awang telah mencipta satu tag line yang turut mendapat perhatian orang ramai iaitu "...bukan 1, tapi 2, tak mungkin 3..". Hari berganti hari masa exhibition dah semakin hampir. 

Hari Khamis geng-geng andaman dah mula bawak masuk barang dan pasang. Geng-geng fotog melepak sambil bergurau senda. Saat ini lah aku mula terfikir untuk merealisasikan apa yang dah aku tengok dalam google. Tapi peruntukan untuk menyiapkan nya boleh tahan kasor harganya. Sama kasar jugak masa untuk menyiapkan nya. Tapi aku rasa aku boleh buat Insya Allah. Terus aku dail nombor Awang dan menceritakan plan aku. Alhamdulillah dia bersetuju tetapi masih samar-samar kerana perbualan hanya di telefon bukan melakar di atas kertas.

RKringgggg loceng handset aku berbunyi tepat jam 6.30 pagi. Selesai menunaikan kewajipan aku mengadap komputer untuk menyiapkan kerja-kerja terakhir pada hari Khamis sebelum bermulanya Festival Gerbang Perkahwinan Mega 2014. Menjelang tengah hari aku gerak ke kedai kayu untuk membeli barang-barang keperluan seperti kayu, playwood, skru dan pelbagai lagi. Masalah pertama aku terpaksa hadap adalah lori. Takkan nak sumbat dalam Sarena Awang playwood dengan kayu kayan tu. Nasib baik Lori Jauhari Jati ada. Sebelum tu aku berceritalah sedikit dengan Tok Mat apa plan aku. Dan sebagai pakar dalam bidang kayu ni Tok Mat secara tak langsung menjadi penasihat utama dalam plan aku selain Wan B yang mencadangkan aku membeli playwood yang dah dicat dan dia sponsor batang besi sebagai pemegang playwood yang akan aku bina. 

Tepat jam 6 petang kerja-kerja memotong, menskru, memasang dijalankan dengan bantuan dari Awang yang tak tido lagi balik dari kerja dan Poji dengan pakaian kerja lagi ohh sungguh komited rakan-rakanku. Akhirnya tepat jam 8.30 malam semuanya selesai hanya tunggu untuk dibangunkan sahaja. 


Jam 10.00 malam kerja-kerja untuk membangunkan partition idaman dilaksanakan dengan bantuan Afiq Ali. Pada mulanya termenung jugak sebab nak guna skru mana nak lekatkan pada besi, nasib baik ada Ayie yang bermurah hati bagi skru besi untuk kami pasang. TQ Ayie hehehhehe. Jarum jam bergerak laju sedar-sedar dah menunjukkan tepat jam 3.00 pagi alhamdulillah partition dah siap dibina tinggal lagi kerja-kerja pemasangan lampu pulak. Kali ini Wan Azmin mengambil alih sebagai orang letrik. Dengan mata yang dah kuyu (sememangnya sepet) beliau melaksanakan tugasan tersebut dengan cemerlang alhamdulillah. 


Jumaat, 10 Oktober 2014.
Oleh kerana semalam payah nak pejam mata mungkin kerana tidak sabar untuk menantikan hari pagi aku dah terlajak tak sedarkan diri. Terjaga sahaja dari tidur aku tengok handset aku 8 miss call dari Awang hehehhee, maaf ye Awang. Cepat-cepat aku mandi dan Qadar Solat subuhku. (Subuh gajah ker Subuh Zirafah aku pagi tu). Tetapi aku tidak terus ke Megamall kerana ada perkara lain yang perlu aku selesaikan. Selepas Solat Jumaat aku sampai di Megamall dengan nasib yang sangat baik kerana dapat parking betul-betul depan pintu Starbuck berdekatanlah dengan booth Dhedaun Picture. 

Petang itu aku keseorangan kerana Awang ada pakej nikah. Abang Sham (Photographer Nikonia) yang membantu aku mengikat tali tangsi untuk mengantung gambar-gambar frame. Jam 5.00 petang lampu booth di pasang sebagai simbolik booth Dhedaun Picture bersedia menerima pelanggan-pelanggan  yang hadir ke karnival ini. 

Suasana di hari pertama suram mungkin kerana hari Jumaat tapi ada juga yang melangkah masuk dan duduk untuk mengetahui keistimewaan Dhedaun Picture. 

Sabtu, 11 Oktober 2014.
Hari kedua suasana di Megamall Kuantan sedikit meriah. Pelbagai acara diadakan dan majlis perasmian serta gimik perasmian adalah majlis kahwin yang disambut dengan menaiki Rapid Kuantan dan bersanding di atas pentas di karnival ini. Alhamdulillah di hari kedua rezeki Dhedaun Picture berjaya memperolehi pelanggan yang membayar deposit. 



Pada hari kedua ini juga tetamu undangan karnival ini beramah mesra dengan semu pemilik booth. 70 booth yang menyertai kesemua beliau lawati. Tidak ketinggalan juga di booth kami. Terima kasih ye Khai dan Rosma. Cenderamata daripada kami tu promite-promote la sikit ye ☺️. 


Ahad, 12 Oktober 2014
Hari ketiga berjalan seperti biasa tiada yang berbeza. Bercerita tentang "... Bukan 1, tapi 2, tak mungkin 3..." Dan memberi peluang kepada pelanggan merasai produk yang ditawarkan. Pelanggan demi pelanggan kami terima dan alhamdulillah rezeki itu ada. 

Ada sorang makcik ni dari jauh dia asyik snap jer booth Dhedaun Picture. Aku perhatikan sahaja gelagat makcik tu dalam 15 minit. 

"Makcik suka la tengok cara kamu", ujar makcik tersebut. 
"Cara kamu sediakan booth ni pun makcik sangat suka", tambah makcik tersebut. 

Aku dengan Awang tergamam apabila makcik tersebut meluahkan apa yang beliau lihat di booth kami. Tapi banyak juga takut nak masuk, kerana katanya mesti mahal pakej. Biasalah tu kami masih di landasan yang sebenarnya. 






Demikianlah sedikit perkongsian yang dapat aku contengkan.

Penyertaan Dhedaun Picture pada karnival kali ini adalah lebih kepada penjenamaan closed client adalah nombor dua jika ada ianya adalah bonus kepada kami. Sesungguhnya aku puas dengan apa yang telah kami lakukan. 

Tepat jam 10.00 malam lampu di booth Dhedaun Picture aku padamkan bermakna tamatlah sudah penyertaan kami di karnival kali ini. Kerja-kerja untuk mencabut partition tidak sesusah memasang jadi hanya 1 jam sahaja masa yang digunakan. Pastinya selepas ini post mortem hari dilaksanakan untuk peningkatan dari masa kesemasa. 

(Inilah gambar yang aku google)

(hasil dari titik peluh kami)

Dhedaun Picture akan meneruskan perjuangan yang belum selesai. Selepas ini mungkin "... Bukan 1, tapi 2, kadang-kadang 3, jarang-jarang 4, sikit-sikit 5..."


Sunday, October 12, 2014

Sebelum mata tertutup

Mata aku semakin layu. Badan semakin letih dan lemah. Tapi sebelum aku baca doa tidur nak juga aku sapu sedikit debu-debu kat sang sperma ni. 

Kepuasan yang tidak dapat dinyatakan dalam bentuk kata-kata mahupun apa jua keadaan pada hari kedua Festival Gerbang Pengantin Mega 2014 ini aku sangat-sangat berpuas hati. Tetapi kepuasan hati aku bukan lah dari segi majlis yang berjalan tetapi kepuasan booth aku sendiri bersama Awang iaitu Dhedaun Picture. Komen dan luahan hati para pelanggan yang datang alhamdulillah satu impak yang positif untuk Dhedaun Picture. 

Walaubagaimana pun tag line "... Bukan 1, tapi 2, tak mungkin 3, masih teruskan. Esok adalah hari terakhir Dhedaun Picture bersama para pelanggan di Megamall kuantan. 

Mata dah berat sangat esok nak berperang lagi. 

Jumpa esk

Saturday, October 11, 2014

Suatu kepuasan

Sekarang jam menunjukkan jam 5.38 pagi Sabtu 11 Oktober 2014. Aku masih belum tidur. Nak cakap mata tak mengantuk, rasa macam mengantuk. Nak cakap badan tak letih, tersangat lah letihnya. Tapi yang pasti jawapannya aku memang tak boleh tidur. Mungkin aku tak sabar untuk buka booth Dhedaun Picture  pagi karang si Festival Gerbang Pengantin Mega 2014 di Megamall Kuantan. 

Cerita semalam dah berlalu. Iaitu hari pertama festival. Seperti biasa suasana biasa-biasa sahaja. Kebanyakkan tetamu yang datang adalah untuk mengumpul flayers sampai penuh ditangan mereka. Itulah kuasa pembeli. Mencari yang terbaik untuk diri mereka. Cerita hari ini kita tak tahu lagi bagaimana. Walau apa pun aku sangat bergembira kerana apa yang aku inginkan telah mejadi realiti. 

Opsss apa yang aku harapkan tu? 


Gambar di atas ini lah panduan aku untuk aku realisasikan. Abaikan tiang sebatang tu. Semasa berbincang dengan awang aku terus google untuk mencari contoh dekorasi untuk booth Dhedaun Picture. Dalam banyak-banyak yang aku search contoh kat atas inilah yang menjadi idaman hati. Kalau dilihat seperti mudah sahaja nak dibuatkan. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu betapa strugglenya team Dhedaun Picture untuk merealisasikan impian aku ini. 

Tepat jam 5 petang hari Jumaat, 4 lampu dan 2 bunting yang menjadi simbolik booth Dhedaun Picture telah dipasang dan bersedia untuk menerima pelanggan yang hadir. Berbekalkan tag line "...bukan 1, tapi 2, tak mungkin 3.." ramai tang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh kami. 

Aku berdiri di penjuru booth Dhedaun Picture sambil tersenyum bangga dan bersyukur. 

Mungkin tak sama dengan yang aku google tetapi 80% bagi aku ianya adalah sama dengan apa yang aku idam-idamkan. Terima kasih kepada semua yabg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Terutamanya kepada Awang rakan kongsi aku kerana bersetuju dengan cadangan aku ini. 

"...bukan1, tapi 2, tak mungkin 3..."

Thursday, October 2, 2014

20 sen

Hari ini pastinya setiap stesen minyak diseluruh negara akan dipenuhi dengan kenderaan yang ingin mengisi minyak. Situasi ini sering kali akan kita lihat pada setiap kali kenaikan harga minyak. Termasuk lah pada hari ini, dimana sekali lagi harga minyak akan naik pada jam 12.01, 2 hari bulan Oktober 2014. Sebelum ini harga bagi seliter minyak adalah RM2.10 bagi Ron 95 manakala bagi Ron 97 adalah kekal dengan RM2.58 seliter. 

Peningkatan sebanyak 20 sen telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia mengeluh kerana pastinya harga-harga lain selepas ini turut akan naik kerana kos pengangkutan akan meningkat. Peningkatan harga minyak ini pastinya akan memberi kesan yang mendalam kepada semua pengguna kenderaan. Walaubagaimanapun riaksi ini pastinya akan dirasai dalam seminggu dua ini sahaja. Selepas sebulan suasana akan kembali akan normal kerana kita tidak sedar tentang kenaikan 20 sen ini disebabkan minyak merupakan keperluan kepada semua orang untuk menggerakan kenderaan mereka.  


Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...