Melakukan sesuatu pekerjaan bukan hanya demi mengejar material kehidupan termasuk wang ringgit, kekayaan harta benda tetapi bagaimanakah kita mampu bekerja dengan efektif, dedikasi dan penuh tanggungjawab serta amanah. Penjagaan waktu bekerja walaupun hanya bekerja dari rumah (BDR) atau yang biasa kita dengar Work From Home (WFH) adalah istilah yang popular pada musim Perintah Kawalan Pergerak Bersyarat (PKPB) akibat pandemik Covid-19 ini. Walaupun ia suatu kelebihan kerana kita hanya duduk di rumah sambil melakukan kerja pejabat, tetapi perlu juga diingati tentang susun atur kerja supaya selari dengan kehendak majikan dan produktiviti kerja berada di tahap yang maksimum.
Allah SWT menciptakan kita untuk menjadi serang hamba yang dapat memberikan manfaat bagi orang lain termasuk orang yang ada di sekeliling kita mahupun keluarga kita sendiri. Jika sudah ada jaminan yang demikian, maka setiap orang yang bekerja teruslah bekerja dan jangan bimbang dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Dari Ibnu Mas'ud RA, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya ruh qudus (Jibril), telah membisikkan ke dalam batinku bahawa setiap jiwa tidak akan mati sampai sempurna semua bahagian rezekinya (masing-masing). Kerana itu, bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah cara dalam mendapatkan rezeki tersebut. Jangan sampai tertundanya rezeki mendorong kalian untuk mencari rezeki tersebut dengan cara bermaksiat kepada Allah. Kerana rezeki di sisi Allah tidak akan diperoleh kecuali dengan taat kepada-Nya." (Riwayat al-Tabarani)
Ini yang aku cuba terapkan di dalam kesakitan yang aku alami apabila ditugaskan di Bulan Keluarga Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Cameron Highlands baru-baru ini. Biar pun pelbagai dugaan dan cabaran, kesakitan, kemarahan dan sebagainya aku letak di dalam jiwa aku adalah kerana Allah SWT. Aku buang jauh-jauh perasaan marah perasaan memberontak kerana aku tahu Allah maha mengetahui.
Keletihan? Kesakitan? Hanya Allah yang tahu tidak perlu untuk kita menunjuk-nunjuk kita bekerja kerana perbuatan itu mampu untuk menghitamkan mata hati kita. Tak perlu kita nak bermegah-megah dengan apa yang kita lakukan kerana itu akan membuatkan keangkuhan yang mampu membinasakan kita.
Buat kerja biar smart dan santai insya Allah segalanya dipermudahkan. Tak perlu nak tunjuk hebat, tidak perlu untuk tunjuk hero. Jangan cari kesalahan orang lain teropong sendiri kesilapan yang ada dalam diri. Ianya lebih manis kerana kita perlukan kerjasama semua. Tidak termampu untuk kita bekerja keseorangan kerana di dunia ini Allah telah menetapkan kita perlu bekerjasama dan berganding bahu.