Thursday, January 29, 2015

Sang Kecil Kena Denda

Kringgg ....... Kringgg ......
"Abang, cikgu cakap Afi Darwisy malas kat sekolah," suara sang isteri yang sedikit marah menelefon aku.
"Lah... Malas macam mana pulak dah?" Aku bertanya.
"Semalam sayang suruh dia buat kerja sekolah tapi dia malas, letihlah.... Sakit tanganlah ... Eee geram sayang," panjang lebar sang isteri mengadu.
"Lepas tu, yang buat sayang marah ni cikgu Ateh tu, dia pergi cerita kat Kak Tie (bukan nama sebenar) yang Afi ni malas nak buat kerja sekolah", mengadu sang isteri lagi.
"Alamak... Ada lagi ker cikgu yang berperangai macam tu kat Malaysia ni?" Aku berseloroh.
"Tu la pasal abang" pendek pulak jawapan dari sang isteri. 
"Macam ni lah sayang, esok sayang slow talk dengan cikgu tu, cakap kat dia elok-elok" jelas aku kepada sang isteri.
"Dah panggil dah tadi tapi dia buat tak dengar pulak" sambung sang isteri.
"Panggil elok-elok lepas tu cakap elok-elok Insya Allah ok nya" aku cuba memujuk sang isteri.
"Tak pe lah pasal Afi tu balik nanti abang settlekan" jawap aku sebelum menamatkan perbualan. 

Seperti biasa aku akan ambil sang kecil dari rumah pengasuh. Aku relax lagi sebab belum sampai rumah. Apabila sliding door rumah sudah dibuka dan meletakkan barang-barang dibahu dan tangan. Aku menanyakan kepada sang kecil.
"Afi Darwisy!! Hari ni ada kerja sekolah?" Sambil melabuhkan punggung ku ke sofa.
Sang kecil hanya menganggukkan kepala nya.
"Kalau dah ada apa lagi buatlah" suara aku masih mantain.
Saat itu wajah sang kecil ada sedikit berubah. Lalu dibawanya keluar bekas pensil dan sekeping kertas (kerja sekolah tadika zaman ini). 
Kelihatan seperti ada sedikit pemberontakkan dalam telah berlaku. Aku biarkan sahaja tanpa berbunyi. 
Ada 5 gambar yang perlu diwarnakan dan menyambung titik-titik putus gambar tersebut. Gambar pertama berjaya disiapkan. Sang kecil menyambung kerja sekolahnya untuk gambar kedua. Saat itu aku seperti biasa akan mengadap komputer di bilik belakang. Walaupun aku tinggalkan sang kecil di hadapan, tetapi aku pasang telinga. Kedengaran pemberontakkan telah mula turun ke perbuatan, dimana sang kecil mengetuk-getuk meja menggunakan pensilnya. 

Aku keluar ke ruang tamu dengan bertemankan rotan di tangan kananku. Bermulalah lakonan air mata dari sang kecil. 

"Janganlah tinggalkan Afi sorang-sorang, ayah temankanlah Afi" teresak-esak menahan tanggisan. 
"Ok ayah teman, Afi Darwisy siapkan semua kerja sekolah Afi kalau tidak ayah rotan" suara aku mula tegas. 

Maka sang kecil meneruskan kerja sekolahnya sambil berlinangan air mata. Tinggal lagi 2 gambar yang masih belum siap. Ketika itu pemberontakkan kali ketiga berlaku dimana sang kecil mula menconteng bukan lagi mewarna. 

"Afi Darwisy .... Afi Darwisy kata besar nanti nak jadi doktorkan?" Tanya aku.
Sang kecil hanya menganggukkan kepala nya. 
"Kalau nak jadi doktor Afi Darwisy rak boleh malas-malas, kena buat semua kerja sekolah, dengar cakap cikgu, dengan cakap ayah ibu", terang aku sambil memeluk bahu sang kecil. 
"Lepas ni setiap kali cikgu bagi kerja sekolah, Afi Darwisy kena siapkan dulu baru boleh buka tv dan pergi main" aku menjelaskan kepada sang kecil. 

"Haaa ... Kan cantik tu Afi Darwisy warna, boleh pun buat", pujian dari aku kepada sang kecil. 
"Ok... Afi Darwisy siapkan lepas tu tunjuk kat ayah", aku mengarah sang kecil.

Maka sang kecil meneruskan kerja sekolahnya. 

"Dah siap Afi Darwisy?" Tanya aku.
"Belum" pendek jawapannya.
"Dah siap?" Sekali lagi aku tanya.
"Beluummm" pemberontakkan kali ke 4 mula tercetus.
10 minit kemudian aku menanya sekali lagi. "Dah siap kerja sekolah?" Dengan nada yang mendatar.
"Ayah ni jangan tanya dah, dah siap nanti Afi bagi taulah" sang kecil mula feed up.
"Ok ok Afi Darwisy siapkan dulu, dah siap tunjuk kat ayah.

20 minit kemudian....

"Ayahh!!! Dah siap" sambil menunjukkan kertas kerja sekolahnya kepada aku. 
"Haaa boleh pun cantik pun Afi Darwisy buat," puji aku kepada sang kecil.
"Ok Afi Darwisy nak apa? Kita pergi beli" tawaran istimewa daripada aku kepada sang kecil.
"Afi nak Kit Kat ayah" jawap sang kecil yang sudah mula tersenyum.
"Ok ... Kita tunggu ibu balik lepas tu kita pergi beli banyak-banyak Kit Kat ye" sambil mengosok-gosok kepala sang kecil. 

Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya engkaulah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Bukalah pintu hati Afi Darwisy untuk beliau mudah menerima ilmu. Lapangkan lah dadanya dan dan cergaskanlah fikirannya. Sesungguhnya engkaulah yang maha besar dan maha agung. Aminnnn




Sunday, January 25, 2015

Promo Pakej RM 1,999.00


Sudah lama Dhedaun Picture tidak buat promo. Sekarang Dhedaun Picture tengah setup Dhedaun Picture Gallery itu yang sibuk sikit. Apa-apa pun di masa yang terluang sempat juga lah Team Dhedaun Picture buat promo bagi tahun 2015.

RM1,999.00 untuk 3 majlis di hari penyatuan di antara sepasang kekasih. Nikah + Sanding + Outdoor. Maka cukup lengkaplah satu album buat pasangan yang baru bergelar suami dan isteri

Jangan lepaskan peluang ini hanya perlu buat panggilan atau whatsapp atau email kepada kami Dhedaun Picture.

For wedding photography package :
call/whatsapp 
Email : dhedaunpicture@gmail.com
FB: www.facebook.com/dhedaunpicture
Instagram: Dhedaun Picture
#dhedaunpicture #malaywedding #wedding #weddingpromotion #solemnization #photography #weddingpotrait #love #lovewedding #friends #pakejwedding #dhedaunpicturestudio 


Thursday, January 15, 2015

Pasca Banjir | Paya Kecil Temerloh

Skuad sukarelawan membersihakan sebuah rumah di Paya Kecil Temerloh
Kerja-kerja pembersihan dibahagi kepada beberapa bahagian.
Keadaan rumah mangsa di Paya Kecil, Hulu Temerloh.
Sebahagian daripada sukarelawan IKIP membersih di bahagian atas rumah.
Rumah yang dinaiki air dibasuh di dalam program pasca banjir oleh sukarelawan.

Wednesday, January 14, 2015

Hari Pertama Sekolah

Lokasi : Tadika Kemas Putra Putri Kuantan Pahang.

Aktiviti pertama para pelajar adalah bermain lego untuk menyesuaikan diri di tempat baru.

Perkara biasa dihari pertama persekolahan terutama bagi seorang kanak-kanak.

Menyendiri kerana sedih ditinggalkan ayahnya.

Bergenang air mata dikelopak menahan sebak apabila ayah dan ibunya pulang.

Kesedihan yang sangat dirasai oleh anak kecil ini di hari pertama persekolahan 

Monday, January 12, 2015

Hari Pertama di Tadika

Seawal pagi sang kecil bangun dengan penuh bersemangat. Mandi sendiri, ambik baju sendiri, pakai baju sendiri, pakai seluar sendiri, dan stokin sendiri. Cuma rambut kena sang ibu sikatkan dan pakaian kasut sekolah. Mulut sang kecil tak reti nak diam. Membebel jer nak pergi sekolah katanya. 




"Ayah!! Cepatlah!! Afi nak gi sekolah ni", jerit sang kecil. 

Jam lagi 15 minit sebelum pukul 8.30 pagi. Waktu persekolahan Tadika Kemas Putra Putri. Cuti yang dimohon oleh aku dan sang ibu adalah semata-mata untuk melihat sang kecil melangkah pergi ke sekolah. Teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Sama jer situasinya. Cuma yang membezakan, aku masa tu berseluar pendek. Sebab tu orang panggil aku anak cina hahahahha. 

Perjalanan ke sekolah hanya mengambil masa 10 minit. Apabila sampai pelajar lain dah ramai dan asyik bermain lego. Kelihatan ada seorang bapa yang sedang memujuk anaknya yang tidak mahu berpisah. 

Seperti biasa sang kecil akan berada di dalam dunianya sendiri. Seorang diri duduk di kerusi dan memandang sekeliling. Sememangnya dia tidak akan pergi bermain bersama dengan pelajar lain yang tekun dengan lego masing-masing. Sang kecil membawa diri dengan mengambil mainan buah-buahan dan di letakkannya di atas meja. Cikgu yang mengajar mempelawa beberapa pelajar lain untuk bermain bersama sang kecil. 

"Afi ibu balik dulu ye, Afi duduk dengan kawan-kawan ye?" Terang sang ibu kepada sang kecil sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. 

Tangan disambut dan diciumnya. Tentang anak kecil yang penjaganya baru sahaja berlalu pergi tadi, menjerit sekuat-kuat hati. 

"Perkara biasa ni," ujar cikgu tadika tersebut. 


Apabila aku dan sang isteri selesai bersalaman dan mencium sang kecil, kami pun berlalu pergi untuk pulang. Tatkala itu kelihatan air mata sang kecil mula bergenang mengalir perlahan ke pipi. 



Tepat jam 12.00 tengah hari aku dan sang isteri kembali ke Tadika Putra Putri untuk ambik sang kecil. Air mata yang bergenang pada belah pagi tadi hilang sama sekali. Yang kelihatan hanyalah wajah-wajah keriangan. 

Di dalam kereta sekali lagi sang kecil membebel. 
"Afi makan bubur",
"Afi minum kopi, ehh milo"
"Afi main dengan kawan-kawan"
Di antara bebelan sang kecil menceritakan kepada aku dan sang isteri. 

Ya Allah Ya Tuhanku.... Bukalah pintu hati anakku untuk mudah menerima pendidikan awalnya... Berikanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas dirinya ..... Sesungguhnya engkaulah yang maha penyayang dan yang maha mengasihani. 


Sunday, January 11, 2015

Post Traumatic Respond Team

Pagi ni giliran team pejabat aku pulak turun padang bersama-sama dengan sukarelawan IKIP yang juga sahabat Kafe@teen Pahang. Destinasi yang kami tuju adalah tidak lain dan tidak bukan Temerloh. Kekuatan yang dibawa adalah seramai 44 orang sukarelawan dan 14 anggota LPPKN Pahang termasuk pensyarah IKIP sendiri. 


Pergerakkan sebiji bas, 1 van, 1 Hilux dan 1 kereta membelah LPT seawal pagi dan berhenti di RnR Temerloh untuk bersarapan pagi. Nasi lemak ayam disajikan sebagai pengalas perut untuk memulakan tugasan kemanusian di 4 buah lokasi yang telah dijanjikan. 

Tepat jam 10.00 pagi team telah sampai di checkpoint yang pertama iaitu di Hulu Temerloh di Kampung Paya Kecik. Paras air di sini pada masa banjir dahulu adalah setinggi atap rumah lebih kurang 15 kaki dalamnya. Rumah yang menjadi hala tuju kami adalah rumah sepasang warga emas. Keluasan rumah yang besar dan mempunyai dua tingkat memaksa kami membahagikan tugasan supaya tidak berterabur. 



Bayangkan lah rumah papan yang dilanda banjir dan ditengelami air selama 8 hari menambah cabaran kepada kami. Dinding-dinding rumah dan lantai abis reput. Kami terpaksa berhati-hati untuk mencuci takut-takut kalau papan yang kami pijak terpatah. Tapi dalam berhati-hati Sang Bob telah meriuhkan suasana kerana lantai yang dia pijak pecah dan kakinya mengalami sedikit kecederaan (terseliuh). 

Boleh dikatakan 90 peratus perabut tidak lagi boleh digunakan. Semuanya reput dan lembik kerana terlalu lama berendam di dalam air. 

Kerja-kerja pembersihan berterusan hinggalah jam 1.00 tengah hari. Alhamdulillah ruangan di dalam rumah seperti dapur, bilik dan ruang tamu telah bersih daripada lumpur dan hanya tunggu ianya kering. Selebihnya seperti pinggan mangkuk dan pakaian kami letakkan setempat untuk memudahkan mangsa untuk membasuh dikemudian hari. Kami tidak mampu untuk menghabiskan seratus peratus kerana masih ada 3 rumah yang perlu diselesaikan. 


Checkpoint ke-2 kami adalah di kawasan Paya Pulai. Di kawasan tersebut sama 
seperti di checkpoint 1 tadi di mana air sama paras dengan atap rumah. Strategi di Checkpoint ke-2, kami membahagikan  kepada 3 pasukan. Pasukan pertama juga ke rumah warga tua. Walaupun beliau mempunyai anak tetapi keadaan stornya tidak mampu untuk mereka selesaikan. Jadinya pasukan pertama ini hanya perlu membersihkan stor dan membuang barangan-barangan yang sudah rosak. 


Bagi pasukan ke-2, mereka perlu membersihkan sebuah rumah juga di kawasan yang sama. Bagaikan tidak disentuh oleh penghuni rumah tersebut maka pasukan ke-2 menjalankan tugasan mereka ditemani gelak ketawa dan senda gurau sesama sendiri.


Manakala bagi pasukan ke-3, mereka perlu membersihkan sebuah rumah warga emas yang tinggal berseorangan disebelah rumah yang kedua tadi. Sememangnya kehadiran sukarelawan seperti ini mampu meringankan beban mangsa-mangsa banjir kali ini. Sekaligus mampu membuatkan mereka kembali tersenyum. 

Ucapan terima kasih tidak lekang dari mulut mereka. Wajah keceriaan dan kegembiraan jelas terpampang di wajah mereka. Kami akhiri program kami tepat jam 5 petang dan kami kembali ke Kuantan dalam keadaan yang sangat memenatkan. Terima kasih kepada team LPPKN Pahang dan terima kasih kepada sukarelawan IKIP yang bermandi peluh dan lumpur bersama-sama. 


Afi Nak Pergi Sekolah

"Afi Darwisy!! Mandi cepat," jerit aku kepada anak teruna aku.
"Nak pergi mana ayah?", tanya sang kecil.
"Kita nak pergi beli baju sekolah Afi Darwisy la... Kan Afi nak pergi sekolah," jelaskan sambil menanggalkan pakaiannya.

Terkedek-kedek sang kecil menuju ke bilik air denga tuala yang diletakkan dibahunya. 

"Ayah!!! Tunggu Afi tau," kedengaran suara sang kecil menjerit dari dalam bilik air. 

Di dalam perjalanan menuju ke bandar aku menunjukkan kepada sang kecil sekolah tadika Kemas yang akan menjadi pengalaman baru baginya mulai minggu hadapan. Terteleng leher sang kecik apabila sang hitam melintasi Tadika Kemas yang terletak lebih kurang 3 km daripada rumah. 

"Ayah.. Ibu.. Afi nak beli baju, nak beli seluar, nak beli kasut, nak beli buku," sang kecil memulakan perbualan.
"Kasut ibu dah belikan dulu kan," jawab sang ibu.
"Ehh !! Lupa pulak Afi," sambil tersengeh. 
"Ayah ... Ibu ... Beg sekolah pun Afi dah ada tak payah beli," sang kecil menyambung perbualan. 
"Nanti Afi Darwisy kena belajar betul-betul ye, dengar cakap cikgu, jangan nakal-nakal tau," pesan aku.
"Ok ayah.... Nanti Afi nak jadi doktor", terang sang kecil.

Terkejut aku bila sang kecil menceritakan cita-cita dia bila dia besar nanti. Doktor... Wahhh alhamdulillah sejuk perut sang ibu mengandungkannya. Tersenyum aku sepanjang perjalanan hinggakan tak sedar kami sudah sampai. 

Lokasi pertama yang kami tuju adalah ruangan baju sekolah. Jelas terpampang diwajah sang kecil keseronokkan untuk ke sekolah. 


"Ayah!! Seluar mana? Seluar?," sambil mendepakan kedua-dua tangannya.
"Jom kita cari seluar pulak" sambil memimpin tangannya.
"Haaa tu seluar," sambil tersengih menunjukkan ke arah susunan seluar yang berlipat. 
"Ok Afi Darwisy, baju dah ada seluar dah ada apa lagi ye?" Tanya aku kepada sang kecil.
"Stokin ayah stokin," jawab sang kecil. 
"Yes ... Betul jom".

Kesemuanya telah lengkap. Kami pulang dengan perut yang kelaparan. Destinasi seterusnya adalah KFC, untuk mengisi perut yang kruk krik berbunyi. 

Di rumah cepat-cepat sang kecil ingin mencuba pakaian sekolahnya sebelum sang ibu basuh dan digosok. 

Segak, handsome, comel Afi Darwisy berpakaian sekolahnya. Ya Allah!! Lapangkanlah dada anakku, terangkanlah jiwa dan fikiran anakku untuk mudah menerima ilmumu ya Allah. Berikanlah kesejahteraan yang berpanjangan dan kepintaran yang tidak kunjung tiba. Amin amin ya rabbal alamin.


Nafsu Haruman Rose

Bila aku lalu disebelah pasti haruman Rose akan menusuk ke lubang hidung aku yang sedikit besar. Setiap kali aku terlihat kelibat sang haruman Rose di mana sahaja pasti aku akan cepat-cepat pasang langkah untuk bersandar di dinding atau buat-buat sibuk berhampirannya. Tak dapat banyak, dapat sedikit pun aku tak kisah janji haruman Rose dari badannya mewarnai lubang hidungku. 

Itulah aktiviti aku semasa aku mengenali seorang wanita yang boleh dianggap ibu sebenarnya. Hanya kerana bau wangian yang dipakai olehnya membuatkan jiwa aku meronta. Nasib baik aku masih ada kekuatan iman kalau tidak nahas dah sang wanita yang wangi semerbak itu. 

Sampai sekarang aku masih terbawa-bawa bau Rose yang dipakai dan ku ceritakan kepada rakan-rakan ku. Cerita-cerita yang disampaikan bagaikan sebuah cerita seks. Mimik muka yang dibuat sambil bercerita mengiyakan lagi kisah seks orang tua.

Korang jangan salah paham ek hahahahha. Perangai ni bukan perangai aku, tetapi perangai sang bulat. Lepas ni boleh lah aku panggil Bulat Rose nama panggilan baru kepadanya. 

Kepada Sang Bulat Rose, jangan marah ye.... U ur my prend hahahhahaha.


Saturday, January 10, 2015

Ceritera Pasar Malam

Sekali sekala kalau pergi pasar malam memang merbahaya. Hakikat sebenarnya aku memang suka pergi pasar malam tapi aku memang takut tak dapat kawal pengeluaran duit yang keluar daripada poket aku yang kempis ni.

Semalam aku ke pasar malam Innderapura. Sebab nak bagi sang isteri berehat dan tidak memasak jadi balik dari kerja kami mengambil keputusan untuk beli sahaja di pasar malam. Rasanya dah beberapa bulan kaki aku ni tak menjejak ke pasar malam. Seperti biasa aku akan keluarkan sekeping duit kononnya nak abiskan duit yang keluar jer dan tak nak dah ambik dari dompet dah tapi..... 


Kedua-dua tangan aku penuh dengan barang, termasuklah tangan sang isteri. Padahal kat rumah tu yang tinggal hanya kami berempat sahaja, bungkusan yang terpaut kat jari jemari kami bagaikan ada 10 orang kat rumah. 

Bila dikira, ditambah tolak hampir RM100 hasil dari pembelian di pasar malam. Perghhh aku sendiri tak sedar. Cepat-cepat aku melangkah terus menuju ke kereta. 

Sememangnya pasar malam adalah tempat yang paling bahaya hahahahhaa.


KuantanKuCrew turun padang

Keadaan daerah-daerah di Pahang yang mengalami banjir semakin pulih. Aktiviti sebagai sukarelawan sebelum banjir dan semasa banjir telah dilaksanakan dengan jayanya. Kini tiba masanya untuk sukarelawan selepas banjir atau lebih dikenali sebagai Pasca Banjir untuk turun padang membantu mencuci, membuang, mengemas dan sebagainya. 

Destinasi kali ini adalah di rumah Ardillah Abdul Manaf. Keadaan rumah beliau yang ditenggelami benar-benar menguji ketabahan dan kesabaran mereka. Banjir sebelum ini hanya memenuhi kawasan bawah rumah tetapi kali ini ampuh satu rumah. 



Kisah sebenar team ini adalah misi ke Gua Musang Kelantan, tetapi selepas diperbincangkan dan dipertimbangkan Temerloh sasaran mereka. Sememangnya membantu rakan-rakan yang ditimpa musibah lebih bermakna menghulurkan bantuan. Dengan pergerakkan 2 biji kereta mereka menuju dengan satu harapan iaitu mengembalikan senyuman di wajah-wajah mereka.

Usaha mereka di sana seharian hanya mampu untuk membantu 3 buah rumah. Ada sebuah rumah yang hanya didiami oleh seorang wanita tua. Sayu dan sugul terpancar dari wajah wanita tua itu yang boleh kita panggil dengan panggilan nenek. Tapi korang nak tau tak ada juga cerita kelakar. Sebelum nak cerita aku nak ketawa dulu. Hahahahahahaha kehkehkehkeh..... Nenek tua tersebut menanyakan soalan kepada Pok Chang sambil menunjukkan ke arah Bulat a.k.a. Khairul Azrin.
"Dia tu lelaki ke perempuan?", selamber nenek tua tersebut menanya.
Sapa yang dengar abis ketawa terbahak-bahak. Apa lah dosa sang Bulat sampai nenek tua tu boleh tanya soalan cepu emas macam tu. 

Pertolongan mereka diteruskan sehinggalah ke petang. Pelbagai suka duka gelak ketawa diabadikan. Terima kasih team Kuantankucrew. Korang memang best. 




Thursday, January 8, 2015

#banjerosquad #kuantankucrew #teamwakafmasjid

Tahun lepas mereka dah ada dan berkumpul di pondok Taman Kerang, Kuantan Pahang dan di Rumah Sani Kumbing. Mereka berkumpul sebagai satu nama iaitu sukarelawan banjir. Kalau dahulu hanya lebih kurang 10 orang sahaja dan satu kelompok lagi lebih kurang 15 orang. Tapi untuk tahun ini mereka bergabung dengan hanya menggunakan tanda hastag sebagai pengenalan. Mereka yang aku sebut-sebutkan adalah #skuadbanjero #kuantankucrew #teamwakafmasjid. Objektif utama mereka hanya satu iaitu membantu mangsa-mangsa banjir, tidak kira dari segi bantuan makanan, keperluan, pemindahan, pembersihan dan sebagainya. 


Bagi tahun ini 2014 lokasi di Taman Kerang ini diberi nama Base HQ. Di sini mereka akan mengumpulkan barang-barang daripada orang awam. Tidak ketinggalan juga mereka telah mengamanahkan seorang pemegang amanah iaitu Apai untuk sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kewangan. Pergerakkan bagi tahun ini lebih teratur dan bilangan sukarelawan bertambah. Anggaran sukarelawan yang hadir purata seramai 30 orang sehari. 

Base ini dibuka dari seawal pagi hinggalah kelarut malam dan kadang-kadang tidak tutup langsung. Oleh kerana banjir kali ini menglibatkan banyak daerah maka skuad yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini telah menubuhkan beberapa pusat kecil sebagai checkpoint untuk penghantaran barang. Di antaranya adalah Base Pekan yang terletak di Masjid Baru Pekan, Base Maran di Surau Taman Impian, Base Jerantut, Base Temerloh di RNR Temerloh dan juga Base Kemaman. 

Base-base kecil ini akan menghantar ke kawasan-kawasan yang kritikal dan pusat-pusat yang tidak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pergerakkan kali ini mendapat bantuan sepenuhnya daripada geng-geng 4X4, geng-geng lori dan tidak ketinggalan sponsor daripada sukarelawan dari utara tanahair iaitu Penang dengan menyumbangkan 2 biji bot untuk kegunaan di kawasan-kawasan yang ditengelami air. 



Boleh dikatakan setiap hari barang-barang untuk bantuan mangsa banjir akan dipenuhi di base HQ Kuantan. Ada yang datang sendiri menghantar, ada yang hanya bank in duit kepada pemegang amanah, ada yang telefon suruh ambik barang dan yang paling tidak kami sangka ada hamba Allah yang memberikan kad kredit beliau untuk kami guna membeli barangan-barangan keperluan yang masih tidak mencukupi. Tidak ketinggalan juga kenangan mengambil barang daripada base TUDM. Sememangnya kenangan banjir tahun 2014 ini tidak akan aku lupakan. 


Selain daripada menerima barangan keperluan daripada orang awam di base HQ Taman Kerang, pihak Masjid Negeri sendiri memberi pinjam dapur masjid untuk dijadikan tempat memasak memandangkan ada sumbangan bahan mentah daripada orang awam seperti ayam, beras, sayur-sayuran dan sebagainya. Oleh yang demikian diketuai oleh chef dan Kak Izan maka secara rasminya dapur Masjid Negeri dijadikan base untuk memasak dan bungkusan yang telah siap diikat akan dihantar ke kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti. 




Sepanjang kami bertungkus lumus untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir, kami juga mendapat liputan daripada pihak media. Tetapi ada kelakarnya disebalik kehadiran pihak media di base HQ ni. Kehadiran seorang warga German yang fasih berbahasa Malaysia menghantar barangan untuk mangsa banjir telah diviralkan melalui Youtube dan  diambil oleh pihak Astro untuk disiarkan di dalam berita awani. Selepas kejadian itu ramai pihak media hadir ke base termasuk base Maran untuk membuat liputan. Terima kasih Astro, RTM dan NTV7. 

Pelbagai kenangan telah aku abadikan buat kali ini. Suka, duka, gelak ketawa, senda gurau, maki terkeji dan sebagainya tapi aku tidak pernah simpan di dalam hati. Pengalaman tidak tidur langsung kerana menunggu kontena barang sampai dan juga kontena yang kena rembat dek orang lain semua menjadi penulisan aku kali ini. Betul lah kata orang tua-tua, kalau kita buat baik dengan hati yang ikhlas Insya Allah perkara yang baik akan kita perolehi. Kenapa aku taip macam tu? Kerana setiap kali kami balik dari menghantar barangan atau keletihan mengangkat barang-barang terutama air mineral pastinya ada habuan yang menanti contohnya, burger dari Burgembira, Burito dari Burgerak, Barbican dari Ahmad Jenang, Roti dan Kek dari Aiza KFC, Domino Pizza dan sebagainya lagi. Tidak lupa juga tempe, sambal hitam nasi kerabu ish banyak lagi lah. Sebab itulah mereka semua ni kuat dan bersemangat apabila menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang sukarelawan. 

Lebih kurang 2 minggu aku dan sukarelawan lain berkampung di base masing-masing hinggalah pada hari Rabu  7 Jan 2015 secara rasminya base HQ di Taman Kerang telah ditutup. Base pertama yang telah ditutup adalah Kemaman, selepas itu Jengka, diikuti Jerantut, Temerloh selepas LPT sudah boleh dilalui dan Base HQ Kuantan. Kerana jalanraya telah boleh diakses oleh semua bantuan. Pada 9 hari bulan base Maran pula ditutup kerana tugasan telah selesai. Dan secara rasminya juga dapur juga telah ditutup pada hari ini. Yang tinggal sekarang hanya base Pekan yang terletak di Masjid Baru Pekan. 

Walaubagaimanapun sukarelawan ini masih lagi berhubung dan gerakkan diteruskan untuk Pasca Banjir. Story pasca banjir kena tunggu keluaran akan datang. Sesungguhnya gerak kerja kali ini adalah gerak kerja yang paling seronok walaupun dalam keletihan. Tidak bernaung di bawah mana-mana agensi, NGO dan parti, hanya berdiri di atas kaki sendiri tapi mereka mampu untuk bertindak setanding dengan orang lain. 

Terima kasih kepada semua sukarelawan tidak kira kamu berada. Untuk team Iji di Kuala Lumpur terima kasih banyak-banyak untuk #projectRP memang rare barang-barang dari KL. 


Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang, kepada sponsor, kepada team-team 4X4, lori, bot dan sebagainya dan terutama thank you very very much kepada semua sukarelawan yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik semua. Amin. 

Friday, January 2, 2015

Dugaan Banjir 2014

Bermula dengan negeri-negeri belah utara dibawa ke belah Pantai Timur banjir kali ini betul-betul menduga semua pihak terutamanya mangsa-mangsa banjir. Paling kritikal di Kelantan yang lumpuh sepenuhnya. Kini Pahang pula yang tidak lagi surut malah semakin meningkat paras air. Keadaan semakin hari semakin kritikal. Pelbagai cerita dan spekulasi diwar-warkan di laman-laman sosial digembar-gemburkan dengan pelbagai persoalan. 



Sesungguhnya penghujung 2014 ini pasti akan tersemat disetiap sanubari masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya. Sehingga ke hari ini banjir di Temerloh dan Pekan masih belum surut. Manakala di Kelantan sudah beransur pulih tetapi keadaannya Masya Allah ibarat diserang oleh Thunami seperti mana yang berlaku di Acheh suatu masa dahulu. Rumah yang didirikan sebagai tempat berlindung hilang dek air banjir yang melanda. Harta benda yang mereka sayangi musnah sama sekali. Tidak ketinggalan juga tentang isu kematian yang direkod mahupun yang tidak kita ketahui. 



Sesungguhnya inilah dugaan yang perlu dihadapi. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Bayangkan saat mereka keluar daripada pusat pemindahan atau tempat-tempat yang mereka menyelamatkan diri mereka, pulang ke rumah. Rumah yang dibina dengan cantik hilang, yang tinggal hanyalah tangga batu. Kereta yang mereka beli hasil titik peluh mereka juga tidak kelihatan, rupa-rupanya terbalik dibawah gaung. 

Tabahlah wahai teman wahai saudara-saudaraku. Allah sentiasa akan menguji umatnya. 


Bro Nampak Motor Gua?

Seawal pagi aku bersiap untuk ke Program 3S@LPPKN bersama warga Bentong di Dewan Majlis Perbandaran Bentong. Seawal pagi itu juga aku dapat whatsapp daripada sang isteri.
"Abang.. Motor sayang tak de dah. Kuar umah jer yilex dah", whatsapp dari sang isteri. 
Cepat-cepat aku buat panggilan dan menanyakan kisah sebenar. Rupa-rupanya pagar rumah tidak berkunci patutlah senang sang pencuri masuk dalam dan rembat Ego Hitam kepunyaan isteri aku. Semasa sang isteri membuat laporan polis, pihak polis memberitahu bahawasanya pada hari tersebut ada 7 kecurian berlaku. Sememangnya sang pencuri betul-betul buat kerja diaorang. 

Kisah kecurian motor tidak habis lagi. Pada hari Jumaat pagi EX5 Merah kepunyaan adik ipar aku pulak yang hilang. Kami sekeluarga bermalam di Dhedaun Picture Studio di barisan Kamdar bahagian belakang mengadap MGS kerana rumah aku dinaiki air. Pada hari pertama tiada apa yang berlaku. Bukan motor adik aku sahaja yang parking kat situ, motor-motor lain pun ada juga. Jadi aku tidak ragu-ragu untuk parking di hadapan tangga studio aku. Pada hari pertama aku balik lewat lebih kurang jam 5.00 pagi. Tapi pada hari kedua bermalam di studio aku balik awal kerana aku terlalu letih dan ada kerja yang perlu aku lakukan. Jadinya lebih kurang jam 1.30 pagi aku balik ke studio. Seperti biasa aku kunci handle motor dan   dirantai rapi. 

Pagi Jumaat dengan semangat untuk membersih rumah adik ipar aku menanyakan soalan yang tidak sedap didengar.

"Bang! Letak motor kat mana?", persoalan daripada Dullah. 
"Tempat biasalah", jawab aku sedikit tahu apa kata-kata seterusnya dari adik ipar aku yang tinggal bersama aku sekeluarga sekarang. 
"Tak de dah motor", ujar Dullah.
"Allah Akhbar", mengucap panjang aku.

Apalah nasib aku, macam-macam dugaan yang menimpa. Sudahlah sekarang sedang dilanda musibah banjir ada juga pencuri bangsat yang buat kerja bangsat waktu-waktu ni. 


Thursday, January 1, 2015

Banjir Kembali Lagi

24 Disember 2014.
Hujan tidak lagi berhenti. Turunnya semakin lebat jatuh ke bumi. Kesemua warga Kuantan berjaga-jaga kerana takut kalau-kalau tahun ini air kembali naik membanjiri kawasan perumahan mereka. Aku juga tidak senang duduk. Sekejap-sekejap aku keluar meninjau keadaan air yang mula meninggi. Sedikit demi sedikit aku sekeluarga mengemas barang-barang di dalam rumah. 

3.00 pagi air mula memenuhi jalan di kawasan perumaha aku Taman Seri Damai Perdana. Kali ini aku kejutkan adik ipar aku dan isteri untuk membantu aku mengemas. Peti ais, mesin basuh, kerusi, almari tv dan barangan-barangan lain telah kami angkat. Barangan elektrik pula aku masukkan ke dalam kereta. Tepat jam 4.30 pagi air yang pada mulanya hanya memenuhi jalan kini telah mencecah buku lali di luar rumah. Penduduk lain sorang demi sorang mengalihkan kenderaan mereka ke bahagian atas taman aku. Keadaan air semakin meninggi dan bila-bila masa akan memasuki ke dalam rumah. 

Barangan penting dan berharga telah kami masukkan ke dalam sang hitam dan sang biru. Yang tinggal hanya pakaian dan kotak-kotak pinggan mangkuk. Aku hanya redha sekiranya air melepasi takat biasa. Azan subuh berkumandang air semakin naik. Aku menggegar mana-mana rumah yang masih tidak menyedari air telah mula untuk memasuki rumah mereka. Sang hitam dan motor telah alu hantar ke atas yang tinggal hanya sang biru. Sang biru tak de masalah untuk harung air sebab dia tinggi. Jam 7.00 pagi air mula sama paras dengan pintu sliding door rumahku. Setelah memastikan semuanya dalam keadaan selamat dan di tempat tinggi aku bersama keluarga keluar daripada rumah untuk tidur di Dhedaun Picture Studio. 




Hujan semakin hari semakin lebat. Tanda-tanda untuk berhenti tidak kelihatan malah hujan terus membasahi bumi. Berita tentang negeri-negeri jiran semakin parah seperti di Kelantan. Tidak ketinggalan juga daerah-daerah di dalam Pahang seperti Kuala Lipis, Jerantut, Maran, Temerloh dan Pekan membuatkan aku sekeluarga berdebar. 2 malam kami bermalam di Dhedaun Picture Studio dan pada hari Jumaat pagi kami kembali ke rumah kerana air telah kembali surut. Alhamdulillah banjir kali ini hanya sekaki sahaja di dalam rumah tidak seperti tahun lepas setinggi pinggang aku. 





Maka bermulalah operasi membersih dan mengemas. Saat yang paling menyeksakan apabila banjir telah surut. Walaubagaimanapun rumah mesti kena dikemaskan dan dibersihkan. Sesungguhnya inilah cabaran yang Allah duga kepada umatnya. Maka kita hendaklah redha dan tabah untuk hadapinya. 

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...