Tuesday, December 18, 2012

Permata hatiku kini 2 tahun 3 bulan

Sedar tak sedar Afi Darwisy sudah 2 tahun 3 bulan. Sedar tak sedar nombor 1 hingga 10 telah bermain di bibirnya. A hingga Z pun menjadi mainannya. Ayat- ayat suci Al-Quran masih diperkemaskan lagi untuk pemantapan diri.

Dahulunya lariannya tidak laju, kini telah seiring dengan larian ibunya. Kalau dahulu tak pandai apa-apa kini dia sudah mampu mendengar kata dan menurut perintah.

Bila lagi kawan nak tambah ek ... Insya Allah ada rezeki tahun depan ini Afi Darwisy akan berteman untuk bermain, belajar, makan dan sebagainya. Afi Darwisy kau lah permata hati ayah dan ibu. Jadilah insan yang soleh, insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.







No comments:

Post a Comment

Kerja Kerana Allah

Pernah kah kita menganggap bahawa pekerjaan kita seharian merupakan suatu bentuk amanah? Atau adakah cukup sebagai cara memperoleh gaji atau...