Walaubagaimanapun kisah yang tidak boleh kawan lupakan adalah ketika untuk mendaftarkan persatuan ini. Sememangnya ringan jer tangan ini untuk menumbuk muka sang Muslimi apabila kisah sebenar kaedah untuk mendaftarkan persatuan diperjelaskan oleh pegawai di Jabatan Pertubuhan Persatuan (ROS) di Indera Mahkota baru-baru ini.
Masih terngiang-ngiang ditelinga ku di mana sang Muslimi mengarahkan kawan supaya menyiapkan pendaftaran persatuan ini beserta dengan perlembangaan yang lengkap selewat-lewatnya 5 hari. Bertungkus lumus kawan menyiapkan 13 muka surat dengan perlembagaan PJNP ini. Tetapi setiba sahaja di ROS ;
Aku : "Assalamualaikum kak kami datang nak daftar persatuan", sambil mengeluarkan borang-borang dan dokumen yang telah sang muslimi print dengan pelbagai salinan.
ROS : "waalaikumsalam dik, kita sekarang dah guna online lah dik dah setahun dah kita guna online", jelas akak yang bertugas dengan senyuman.
Saat itu sang Muslimi dan sang Jenang hadir ke kaunter pertanyaan dengan muka yang blur.
ROS : "kamu bawak semua dokumen? Kalau bawak boleh la siapakan di komputer akak", jelas akak ROS.
Tanpa membuang masa kami bergegas ke tempat duduk akak ROS yang comel untuk menyiapkan proses pendaftaran Persatuan Jurufoto Negeri Pahang. Apabila komputer telah dibuka sekali lagi perasaan untuk menumbuk muka Sang Muslimi membuak-buak. Sesungguhnya sistem Eresos sangat lah mudah dan cepat. Hanya perlu isi dan klik, isi dan klik . Pekerjaan kawan sebelum ini yang memakan masa 5 hari untuk menyiapkan perlembagaan persatuan, pada saat itu hanya 1 jam telah dapat disiapkan dan terus diluluskan secara lisan oleh timbalan pengarah ROS. Maka tanggal 17 Jun 2014 Persatuan Jurufoto Negeri Pahang telah ditubuhkan dengan misi dan matlamat yang baru seiring dengan peredaran masa masa kini. Di harap PJNP sentiasa cemerlang Gemilang dan Terbilang.
No comments:
Post a Comment