Tuesday, July 22, 2014

Personaliti Unggul (Bahagian 1)

Semua orang nak jadi seorang individu yang mempunyai personaliti unggul. Terutamanya seorang yang bergelar pelajar. Tetapi persoalannya bagaimana kita nak mendidik diri kita untuk memiliki personaliti yang unggul. 

Bila bercakap tentang unggul pastinya seseorang itu perlulah tahu apa maknanya unggul. Apa yang dimaksudkan dengan personaliti? Personaliti mengikut kamus dewan adalah ciri-ciri tingkah laku seseorang atau keperibadian di dalam diri manusia. Manakala unggul pulak membawa maksud manusia yang mempunyai sifat keperibadian yang tinggi, berhemah tinggi dan sifat tingkah laku yang hebat dan baik. 

Bercakap tentang personaliti unggul ianya boleh dibahagikan kepada 3 bahagian besar dahulu iaitu Unggul Fizikal, Unggul Sosial dan Unggul Spritual. 

1. Unggul Fizikal.
Untuk menjadi seorang yang unggul perkara yang paling utama untuk kita ketahui adalah diri kita sendiri. Kita hendaklah tahu dan kenal apa kelebihan dan kekurangan di dalam diri kita. 

Aspek pertama ini adalah fizikal diri kita. Cuba kita cermin-cerminkan diri kita dari luaran. Apa yang kita nampak di dalam cermin tersebut. Ini tidak kadang-kadang remaja atau individu hari ini berdiri lama di hadapan cermin hanya untuk melihat rambut yang disikat rapi, tudung yang dipakai cantik, bedak yang diisi tidak bertompok dan sebagainya. Tapi pernahkah kita cermin-cerminkan diri kita tentang kelebihan yang ada pada fizikal kita dan tak lupa juga pada kelemahan fizikal kita. 

Kita kenali diri kita melalui cermin di hadapan kita dengan melihat sebenarnya  ciptaan kita sangat cantik dan cukup pancainderanya. Dari itu sudah terbukti di mana aspek yang pertama ini telah membuktikan bahawasanya kita telah memiliki personaliti yang unggul. Tetapi tidak dapat dinafikan tidak semua ciptaan  itu sempurna. Tetapi itu bukan ukuran untuk menidakkan bahawa kita tidak unggul. 

Sebagai contoh seorang pelajar yang yang mempunyai kekurangan di mana kedua tangannya dilahirkan cacat. Tetapi dengan berkat kesabaran dan usaha yang ada pelajar itu mampu untuk menulis menggunakan jari jemari kaki yang masih ada. Kekurangan pada mulanya menghadkan perbuatan dan tingkah laku pelajar itu dapat diatasi dengan berkat kesungguhan untuk mengatasi kekurangan diri untuk menjadi seorang pelajar yang unggul daripada kalangan pelajar lain yang cukup sifatnya.

Bersambung ..... 

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...