Monday, October 13, 2014

Ceritara Booth Dhedaun Picture

"Awang jom masuk booth pengantin bulan 10 ni nak?" Tanya aku pada Awang.
"Beres aje, lama tak masuk exhibition pengantin ni leh up harga" ujar partner aku panjang lebar.
"Ok cun awok fikirkan pakej, kawan siapkan apa yang patut untuk booth" ujar aku dengan penuh semangat.

Hari demi hari kami siapkan apa yang sepatutnya kami kena lakukan. Walaubagaimanapun dugaan dan cabaran pastinya ada itulah lumrah kehidupan. Awang kerja shif aku pulak sibuk dengan outstation dan program. Tapi perjuangan Dhedaun Picture mesti diteruskan dengan aku memohon cuti gantian selama seminggu dan alhamdulillah diluluskan. Dalam masa seminggu itulah kami bertungkus lumus membuat persiapan untuk Karnival  Gerbang Perkahwinan Mega 2014 yang diadakan di Megamall Kuantan Pahang selama 3 hari bermula 10-12 Oktober 2014.

Dalam masa seminggu ini juga Awang telah mencipta satu tag line yang turut mendapat perhatian orang ramai iaitu "...bukan 1, tapi 2, tak mungkin 3..". Hari berganti hari masa exhibition dah semakin hampir. 

Hari Khamis geng-geng andaman dah mula bawak masuk barang dan pasang. Geng-geng fotog melepak sambil bergurau senda. Saat ini lah aku mula terfikir untuk merealisasikan apa yang dah aku tengok dalam google. Tapi peruntukan untuk menyiapkan nya boleh tahan kasor harganya. Sama kasar jugak masa untuk menyiapkan nya. Tapi aku rasa aku boleh buat Insya Allah. Terus aku dail nombor Awang dan menceritakan plan aku. Alhamdulillah dia bersetuju tetapi masih samar-samar kerana perbualan hanya di telefon bukan melakar di atas kertas.

RKringgggg loceng handset aku berbunyi tepat jam 6.30 pagi. Selesai menunaikan kewajipan aku mengadap komputer untuk menyiapkan kerja-kerja terakhir pada hari Khamis sebelum bermulanya Festival Gerbang Perkahwinan Mega 2014. Menjelang tengah hari aku gerak ke kedai kayu untuk membeli barang-barang keperluan seperti kayu, playwood, skru dan pelbagai lagi. Masalah pertama aku terpaksa hadap adalah lori. Takkan nak sumbat dalam Sarena Awang playwood dengan kayu kayan tu. Nasib baik Lori Jauhari Jati ada. Sebelum tu aku berceritalah sedikit dengan Tok Mat apa plan aku. Dan sebagai pakar dalam bidang kayu ni Tok Mat secara tak langsung menjadi penasihat utama dalam plan aku selain Wan B yang mencadangkan aku membeli playwood yang dah dicat dan dia sponsor batang besi sebagai pemegang playwood yang akan aku bina. 

Tepat jam 6 petang kerja-kerja memotong, menskru, memasang dijalankan dengan bantuan dari Awang yang tak tido lagi balik dari kerja dan Poji dengan pakaian kerja lagi ohh sungguh komited rakan-rakanku. Akhirnya tepat jam 8.30 malam semuanya selesai hanya tunggu untuk dibangunkan sahaja. 


Jam 10.00 malam kerja-kerja untuk membangunkan partition idaman dilaksanakan dengan bantuan Afiq Ali. Pada mulanya termenung jugak sebab nak guna skru mana nak lekatkan pada besi, nasib baik ada Ayie yang bermurah hati bagi skru besi untuk kami pasang. TQ Ayie hehehhehe. Jarum jam bergerak laju sedar-sedar dah menunjukkan tepat jam 3.00 pagi alhamdulillah partition dah siap dibina tinggal lagi kerja-kerja pemasangan lampu pulak. Kali ini Wan Azmin mengambil alih sebagai orang letrik. Dengan mata yang dah kuyu (sememangnya sepet) beliau melaksanakan tugasan tersebut dengan cemerlang alhamdulillah. 


Jumaat, 10 Oktober 2014.
Oleh kerana semalam payah nak pejam mata mungkin kerana tidak sabar untuk menantikan hari pagi aku dah terlajak tak sedarkan diri. Terjaga sahaja dari tidur aku tengok handset aku 8 miss call dari Awang hehehhee, maaf ye Awang. Cepat-cepat aku mandi dan Qadar Solat subuhku. (Subuh gajah ker Subuh Zirafah aku pagi tu). Tetapi aku tidak terus ke Megamall kerana ada perkara lain yang perlu aku selesaikan. Selepas Solat Jumaat aku sampai di Megamall dengan nasib yang sangat baik kerana dapat parking betul-betul depan pintu Starbuck berdekatanlah dengan booth Dhedaun Picture. 

Petang itu aku keseorangan kerana Awang ada pakej nikah. Abang Sham (Photographer Nikonia) yang membantu aku mengikat tali tangsi untuk mengantung gambar-gambar frame. Jam 5.00 petang lampu booth di pasang sebagai simbolik booth Dhedaun Picture bersedia menerima pelanggan-pelanggan  yang hadir ke karnival ini. 

Suasana di hari pertama suram mungkin kerana hari Jumaat tapi ada juga yang melangkah masuk dan duduk untuk mengetahui keistimewaan Dhedaun Picture. 

Sabtu, 11 Oktober 2014.
Hari kedua suasana di Megamall Kuantan sedikit meriah. Pelbagai acara diadakan dan majlis perasmian serta gimik perasmian adalah majlis kahwin yang disambut dengan menaiki Rapid Kuantan dan bersanding di atas pentas di karnival ini. Alhamdulillah di hari kedua rezeki Dhedaun Picture berjaya memperolehi pelanggan yang membayar deposit. 



Pada hari kedua ini juga tetamu undangan karnival ini beramah mesra dengan semu pemilik booth. 70 booth yang menyertai kesemua beliau lawati. Tidak ketinggalan juga di booth kami. Terima kasih ye Khai dan Rosma. Cenderamata daripada kami tu promite-promote la sikit ye ☺️. 


Ahad, 12 Oktober 2014
Hari ketiga berjalan seperti biasa tiada yang berbeza. Bercerita tentang "... Bukan 1, tapi 2, tak mungkin 3..." Dan memberi peluang kepada pelanggan merasai produk yang ditawarkan. Pelanggan demi pelanggan kami terima dan alhamdulillah rezeki itu ada. 

Ada sorang makcik ni dari jauh dia asyik snap jer booth Dhedaun Picture. Aku perhatikan sahaja gelagat makcik tu dalam 15 minit. 

"Makcik suka la tengok cara kamu", ujar makcik tersebut. 
"Cara kamu sediakan booth ni pun makcik sangat suka", tambah makcik tersebut. 

Aku dengan Awang tergamam apabila makcik tersebut meluahkan apa yang beliau lihat di booth kami. Tapi banyak juga takut nak masuk, kerana katanya mesti mahal pakej. Biasalah tu kami masih di landasan yang sebenarnya. 






Demikianlah sedikit perkongsian yang dapat aku contengkan.

Penyertaan Dhedaun Picture pada karnival kali ini adalah lebih kepada penjenamaan closed client adalah nombor dua jika ada ianya adalah bonus kepada kami. Sesungguhnya aku puas dengan apa yang telah kami lakukan. 

Tepat jam 10.00 malam lampu di booth Dhedaun Picture aku padamkan bermakna tamatlah sudah penyertaan kami di karnival kali ini. Kerja-kerja untuk mencabut partition tidak sesusah memasang jadi hanya 1 jam sahaja masa yang digunakan. Pastinya selepas ini post mortem hari dilaksanakan untuk peningkatan dari masa kesemasa. 

(Inilah gambar yang aku google)

(hasil dari titik peluh kami)

Dhedaun Picture akan meneruskan perjuangan yang belum selesai. Selepas ini mungkin "... Bukan 1, tapi 2, kadang-kadang 3, jarang-jarang 4, sikit-sikit 5..."


No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...