Wednesday, July 8, 2015

Selamat Tinggal Teman


"Woiiii !!!! Padam api tu", kedengaran suara yang datang dari arah trek stadium. Kelihatan kelibat seorang yang bertubuh sasa dan besar berlari ke arah teres atas lalu memegang leher Boy (bukan nama sebenar) yang ketika itu sedang asyik membakar suar selepas tamat perlawanan. Itulah pertama kalinya seorang musibat Elephant Army ditangkap dek kerana membakar suar. 

Tetapi selepas kejadian tersebut beliau banyak membantu musibat-musibat berbaju hitam ini dari pelbagai aspek kecuali penyeludupan barang-barang terlarang. Beliau banyak memudahkan setiap pergerakkan musibat berbaju hitam di luar stadium mahupun di dalam curva. Beliau juga adalah sebagai perantaraan di antara musibat berbaju hitam dengan pihak pengurusan Stadium Darul Makmur sekiranya ada masalah-masalah yang perlu diselesaikan. 

Kalau dikira memang tiada siapa yang mengenali beliau di Stadium Darul Makmur tersebut, tetapi bagi musibat berbaju hitam beliau adalah insan yang paling banyak membantu. Siapakah yang aku maksudkan? Beliau ialah Ahmad Zamani Ariffin a.k.a. Bob/John Pembantu Am di Perbandanan Stadium Darul Makmur yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir minggu lepas akibat jangkitan kuman di dalam badan. Di bulan yang baik dan penuh barakah ini beliau meninggalkan kesemuanya hanya amalan yang dibawa.

Perginya beliau sangat dirasai oleh musibat berbaju hitam. Rasa seperti baru semalam mereka saling kenal mengenali diantara satu sama lain. Arwah yang berasal dari Batu 3 Kuantan Pahang, tidak pernah sombong dengan sesiapa malah dalam  menjalankan tugas di dalam stadium beliau sering mengeluarkan perkataan maaf sekiranya terpaksa bertindak kasar dan keras ke atas musibat berbaju hitam.

Sesungguhnya Allah S.W.T. lebih menyanyangi beliau. Selamat jalan wahai sahabat, selamat jalan wahai teman. Semoga setiap amalan baik kamu akan memelihara kehidupan baru kamu di sana nanti. Setiap kenangan yang dicipta bersama akan menjadi perantara kepada ayat suci Al-Quran sebagai tanda ingatan kepada kamu wahai sahabat. 

Al-Fatihah

 

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...