Monday, July 18, 2016

Kami Penyokong


Penyokong hadir dari pelbagai latar belakang. Mereka melihat dompet cukup untuk susu anak, bayar bil eletrik dan air maka diasingkan sejumlah kecil kepingan wang di dompet untuk bersama-sama pasukan kesayangan di mana sahaja mereka beraksi. Malah ada yang terpaksa mengasingkan kepingan wang tersebut dengan nilai yang sedikit besar kerana sang anak dan isteri turut menyarung jersi kebanggaan negeri mereka. Justeru itu mereka penyumbang kepada dana bola sepak negeri kesayangan mereka dan penyumbang kepada pembangunan bola sepak negeri. Hadir bukan semata-mata untuk melihat. Hadir bukan semata-mata untuk menyokong. Hadir bukan semata-mata untuk mengeji tetapi hadir untuk bersama-sama mngerakkan fenomena budaya penyokong seantero dunia. Apabila semua seiring dan sejalan maka teguhlah tiang kejayaan. Ayuh sarungkan jersi dengan lencana di dada beserta mafla di bahu dan melangkah bangga walau apa pun yang berlaku. Menang tidak bermegah, kalah tidak mengalah.

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...