Thursday, November 21, 2013

Hari ni hari ulang tahun perkahwinan ku




Assalamualaikum dan salam kekeluargaan
Wow dah lama sangat tinggal blog kawan ni sampai bersawang jadinya emm letih gak nak menyapu dan membersihkan blog ni. Banyak cite yang kawan tak sempat nak berkongsi. 

Sebelum kita cite benda yang dah lepas lebih elok rasanya kita cite kisah hari ini. Orang tua-tua kata lebih afdal.

Pejam celik pejam celik hari ini 21 November 2013, tarikh ni 4 tahun yang lalu tepat jam 11.22 pagi kawan sah menjadi suami kepada Siti Nur Baizura bt Mohd Noor. Berbaju melayu putih bersongket hitam bersongkok hitam dengan tenang dan sekali lafaz "aku terima nikahnya Siti Nurbaizura bt Mohd Noor dengan mas kawinnya dua puluh dua ringgit lima puluh sen tunai". 

Saat itu sebak di hati dirasai. Bergenang air mata di kedua belah mata ku yang menawan ni. Mana taknya kawan akan melangkah ke satu alam di mana alam baru dalam hidup ku. 

Alhamdulillah kini telah 4 tahun kami bersama. Pedooh la kalau tak ada bertelingkahan dan perselisihan paham anatara kami. Bak kata arwah P. Ramlee dalam lagunya "sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri". Kami lalui dengan penuh kesabaran dan menyelesaikan segala permasalahan dengan baik. 

4 tahun ini juga alhamdulillah kami di anugerahkan dengan seorang cahaya mata yang sangat handsome macam ayahnya. Afi Darwisy yang kini telah mencecah umur 3 tahun 2 bulan. 

Justeru itu kepada isteri ku yang tersayang :
Abang mencari permaisuri bagi rumahtangga ku,
Abang mencari teman ku,
Abang mencari kekasih ku,
Abang mencari menantu kepada ibubapa ku,
Abang mencari cucu kepada datuk nenek ku,
Abang mencari kakak kepada adik-adik ku,
Abang mencari adik keoada saudara-saudara ku yang tua,
Abang mencari keluarga bagi kaum keluarga ku dan 
Abang mencari ibu kepada anak-anak kita.
Abang sayangkan sayang dunia akhirat. Terima kasih kerana menerima abang seadanya. Terima kasih kerana menyanyangi abang dan mencintai abang.

Selamat hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke-4.


No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...