Tuesday, December 10, 2013

Kisah sang banjir

Hujan Ahad dan Isnin yang berpanjangan telah membuatkan paras air Sg. Kuantan dan Sg. Belat semakin naik. Amaran Jingga dah dikeluarkan. Walau bagaimanapun kawan tetap relax dan cool sebab kawasan kawan ni x pernah dinaiki air, cuma barisan belakang jer la yg naik kat area umah pengasuh sang Afi Darwisy tu pun paras garaj jer. 

Pagi tu kawan mengenakan kameja kuning air yang baru dibeli oleh sang isteri dengan penuh semangat kawan start enjin kereta lalu bergerak ke pejabat. Tepat jam 8.00 pagi sang isteri kol lalu memberitahu air dah naik sampai garaj. Kawan jadi kelam kabut ditambah dengan cemas bila lihat gmbar sang kecik sedang bermain air. Kawan bergegas untuk pulang ke rumah. 


Jam di tangan menunjukkan 8.45 pagi semua kenderaan dah tak lepas nak masuk ke Taman Sri Damai Perdana. Lagi kecut perut kawan dibuatnya. Paras air dah sampai betis kawan tapi alhamdulillah dalam rumah masih belum naik. Cepat-cepatlah kawan dengan sang isteri mengemas dan mengangkat apa yang sempat. Kononnya air tak naik paras bahaya jadi kawan hanya angkat apa yang patut jer lah. 

Jam 9.15 pagi Kak long dengan Kak ngah kawan datang nak ambik sang kecik bawak balik Taman Guru termasuk makcik kawan dan sang isteri. Saat tu air dah masuk rumah paras betis so di luar dah paras lutut. Kawan mula cemas kerana banysk barang rak settle. Lepas settlekan sang kecik kawan settlekan plak barangan eletrik letak di tempat yang tinggi. 




Jam 10.00 pg air semakin naik dah paras pinggang di luar rumah, memang laju dia naik. Motor kawan dah separuh dah kena air. Setiap sejam kawan masuk umah. Tengok apa yang patut. Paling kawan risau destob kawan la, ye lah banyak kerja yang tak settle lagi. Jam 12.00 tengah hari air dah startik dalam rumah paras pinggang kat luar plak dah paras dada. 

Perasaan kawan dah tak keruan sebenarnya. Tadi kak long lawan datang nak selamatkan sang kecik last-last taman guru plak tak lepas masuk. Air dah. Paras pinggang jugak. Tak pasal-pasal kena ambik semula sabg kecik. Patah gak la tangan dengan bahu dukung sang kecik dari karyawan 7 sampai ke simpang luar. 

Malam tu kawan dengan family tido di opis kawan. Tak sanggup kawan stay kat pusat permindahan yang tak asa bekakan eletrik dan terlalu padat. Sekirang-kurangnya kalau bermalam kat opis makan senang nak cari dan ada api air. 

Ini baru kisah hari pertama esok lusa kawan story plak babak di hari kedua ye. 


No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...