Tuesday, December 17, 2013

Pusat Pemindahan Banjir

Air telah surut di rumah kawan pada hari Rabu sedangkan ditempat lain masih kekal seperti hari sebelumnya tidak juga surut. Saat itu pabila kawan dah kembali ke rumah hanya satu perkataan yang terungkap di mulut ku. Masya Allah. 

Kawan termenung melihat banyak barangan perabot kawan rosak. Masa tu jugak kawan hanya redha kalau-kalau peti sejuk dan mesin basuh dapat dihidupkan. Bau tidak dapat digambarkan yelah tah air apa2 yang mengalir ketika banjir tersebut. Boleh dikatakan 95% barangan perabot kawan tidak dapat diginakan lagi dan dihumban ke luar untuk dibuang. 

Walaubagaimanapun alhamdulillah barangan elektrik masih selamat dan boleh digunakan setelah dikeringkan dan test pasang ianya hidup seperti sediakala. 

Tapi saat itu jugak kawan lihat ketabahan sang isteri mengemas rumah. Sesungguhnya kawan dianugerahkan seorang isteri yang sangat cekal dan tabah. Terima kasih Ya Allah. Keadaan rumah kawan dah macam tongkang pecah bagaimana pula dengan rumah mangsa yang lain. Pastinya lebih parah dan lebih menyayat hati. Kawan pasrah.

Kerja-kerja mengemas adalah bermula pada hari khamis kerana air kembali surut di bahagian kuantan tetapi di Sg Lembing dan Pekan dinaiki air semula. Waktu ini juga bantuan mula berpusu-pusi sampai. Sesungguhnya keprihatinan warga Malaysia umumnya dan Kuantan khasnya sangat-sangat membanggakan. 

Tetapi ketika mengemas pastikan berhati-hati kerana mungkin ada haiwan yang bersembunyi dibatas almari di bawah karpet dan tilam atau sebagainya. Ada juga di sesetengah rumah yang terdapat ular sawa sebesar betis sedang berehat dan tak lupa juga sang lipan yang menggeletek keluar apabila diganggu. 

Cerita di pusat-pusat permindahan sebenarnya lagi sedih. Ada beberapa kisah di mana sesetengah pusat permindahan tak cukup makanan. Ada makanan dan barangan keperluan yang dicatu. Ada yang tidur di atas lantai. Ada yang sempat lagi nak mencuri. Ada yang skodeng wanita tukar pakaian. Malah ada yang sempat untuk meraba pabila malam menjelma. Sudah la ditimpa bencana yang teruk, masih lagi nak berkelakuan bangang seperti yang dinyatakan.

Sesungguhnya kejadian banjir kali ini membawa seribu kenangan kepada semua. Terima kasih yang memberi bantuan. Terima kasih kepada yang memberi sumbangan. Terima kasih kepada yang menyelamat. Sebenarnya dah tak best nak menaip sebab dah lama kejadian ni berlaku. Tapi inilah pengalaman kawan sebagai mangsa banjir dan juga sebagai penyelamat yang bertugas ketika banjir. 






No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...