Alhamdulillah selamat pulang ke rumahku syurgaku. Setelah 2 hari di Bandar Ikan Patin Temerloh menjalankan tugas untuk Bengkel Kemahiran Keibubapaan Berkeperluan Anak OKU.
"Afi Darwisy! Mana air yang ibu beli semalam?" Tanya aku sambil mengikat tuala di pinggang.
"Dalam kotak atas tu", jawab sang kecik muncung-muncung mulut untuk menunjukkan air yang aku maksudkan.
"Mana Afi Darwisy? Tak ada ni", aku membelek almari tempat menyimpan barangan makanan di rumahku.
"Eee ayah ni," sang kecik menuju ke arah aku sambil mencekak pinggang dan menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan di mana air tersebut disimpan oleh sang ibu.
"Oooo kat sini ibu simpan ye," ujar aku sambil membuka tudung tupaware berwarna kuning di dalam almari.
Air yang aku maksudkan adalah Extra Juice. Air ni aku tak pernah rasa sehinggalah Sang Abby Salleh memperkenalkan pada aku semasa aku turun ke Pekan melihat Rosa FC training. Pada mulanya aku tetap dengan aor kebiasaan aku iaitu Kopi O Ais, tapi dalam masa yang sama aku menyedut juga lah sedikit dari gelas Sang Abby Salleh untuk merasa sendiri air yang dikatakan sedak itu.
Yup!! Memang sedap. Lebih sedap dari air Sanquick nipis kurang manis. Selepas kejadian di Pekan itu aku bercerita dengan sang isteri lalu pada hari semalam sang isteri wasap gambar sang kecik sambil memegang satu papan Extra Juice yang telah dibelinya.
"Afi Darwisy!! Macam mana nak buat air ni?," tanya aku.
Sebenarnya aku tak tahu nak buat macam mana air ni.
"Ayah ambik la air dalam peti tu. Lepas tu ayah bubuh la dalam gelas," sang kecik mengajar aku cara-cara menghidangkan Extra Juice ni.
"Air sejuk ke air panas ni?", tanya aku sedikit gusar dengan tunjuk ajar sang kecik tadi.
"Air sejuk la ayah lepas tu isi susu", jawab sang kecik sambil menuju ke almari menunjukkan susu yg berada di dalam almari tersebut.
"Ish buat apa letak susu pulak?" Tanya aku kehairanan.
"Yelah!! Letak susulah, baru sedap", dengan muka yang mengada-gada.
Aku bancuh serbuk Extra Juice tersebut dengan air batu tanpa mengisi susu sepertimana yang diajar oleh sang kecik. Bukan tak percaya tapi pelik jer. Lalu aku minum dengan dimulakan Bismillahiraanirahim.
Sah betul dah memang kena letak susu. Dengan muka yang cebik aku pandang ke arah Afi Darwisy. Sang kecik ketawa sambil mengatakan, padan muka ayah tak dengar cakap afi.
No comments:
Post a Comment