Monday, June 6, 2016

Hari pertama Afi Darwisy Berpuasa


Alhamdulillah .... Tahun ni masuk tahun ke enam aku berpuasa bersama anak dan isteri. Dan hari ini adalah sejarah bagi sang kecik iaitu Afi Darwisy di mana beliau berjaya menghabiskan puasa dengan jayanya. Walaupun baru berusia 6 tahun tetapi sang kecik berjaya menjadi seorang hamba Allah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. 

Seawal pagi jam 4.30 sang kecil bangun terus ke bilik di mana ibunya sedang nyenyak tidur. 

"Ibu bangun sahur", ujar sang kecil.

Dengan berlaukkan daging masak kicap sang kecil penuh berselera menyuapkan nasi ke mulut sebagai persediaan untuk berpuasa di hari pertama Ramadhan 1437H. 

Seharian sang kecil bersama dengan aku di pejabat kerana mamanya tiada balik kampung selama 3 hari. Tidak langsung merengek kelaparan atau dahaga. Hinggalah di saat-saat akhir berpuasa lebih kurang jam 6.50 petang.

"Ayahhh ... Afi lapar", muka comelnya mengerut menahan lapar.
"Sbar ye Afi Darwisy lagi sikit jer lagi nak berbuka", ujar aku sambil mencium dahi si kecil.
 
Sang kecil kembali ke hadapan televisyen menyambung melayan kartun Mr. Bean di channel 611. 

Allah Akbar Allah Akbar ....

Kedengaran azan berkumandang dan kami tiga beranak menandah tangan mensyukuri nikmat Tuhan. 

Tahniah Afi Darwisy Insya Allah boleh penuh tahun ni Afi Darwisy berpuasa.

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...