Bukan hanya institusi kekeluargaan sahaja yang menjadi medan pendidikan di dalam membentuk sahsiah dan jati diri remaja hari ini. Tapi bukan juga institusi pendidikan sahaja yang di kerahkan untuk mencantikkan suasana alam keremajaan mereka, malah institusi kemasyarakatan lain juga main peranan dalam mencantikkan seterusnya mengharumkan tumbesaran keremajaan gen Y yang kini mengorak langkah menuju ke alam dunia tanpa sempadan.
Kesemuanya memainkan peranan yang penting. Keluarga + Pendidikan + Kemasyarakatan - keangkuhan = kecemerlangan kehidupan. Tanpa keluarga tiada siapa yang boleh membimbing mereka dari jam 5 petang hingga 7 pgi esoknya. Tanpa institusi pendidikan dari jam 7 pagi hingga 5 petang siapa yang akan meninjau-ninjau mereka saat itu. Selebihnya jam-jam yang percuma itu tanpa institusi kemasyarakatan tidak mampu kita dapat mewarnakan dunia keremajaan menjadi cantik seantero dunia.
Ini lah aku mengambil sedikit jam-jam yang ada untuk bersama mereka berkongsi cerita dan pengalaman dalam usaha untuk menyisip keris di pinggang sebagai panduan, menghembus aura bagi memastikan pencak tari mereka di atas muka bumi Allah ini teratur dan tersusun. Kerana itulah aku sering memberi perumpamaan, manusia mempunyai pilihan yang pasti iaitu tangan kanan dan kiri. Cacat tangan kanan maka susahlah untuk kita menyuapkan nasi ke mulut untuk mengenyangkan perut. Tapi manusia masih ada tangan kiri sebagai ganti menyuapkan nasi ke mulut. Begitulah kehidupan ini, jika kita tidak mampu untuk berdiri di kaki sendiri masih ada insan lain yang boleh memberi pertolongan.
No comments:
Post a Comment