Untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap bikan sahaja terpandang ke arah sponsor nya yang besar bagaikan mengalirnya air sungai Kuantan, tetapi bagaimana pihak pengurusan menguruskan sesebuah pasukan tersebut supaya menjadi sebuah pasukan yang disegani. Buah fikiran dan percambahan idea dari banyak kepala perlu disatukan menjadi satu keputusan supaya keputusan itu tidak mendatangkan masalah kepada pasukan. Brianstorming dan cadangan daripada individu lain juga diperlukan supaya perasaan 'kepunyaan' ada di dalam setiap insan yang seragam menyarungkan lencana di dada.
Itulah yang dilakukan oleh V83. Sebuah pasukan bola sepak yang kecil tetapi mempunyai hati yang besar. Sebuah pasukan yang tidaklah hebat seperti pasukan lain tetapi mempunyai pengurusan yang melebihi pasukan negeri. Tidak dapat disangkal lagi perjalanan yang mengikuti langkah yang teratur pastinya akan melangkah bergaya suatu hari nanti. Itulah hukum alam di mana dari 'zero to hero'.
Aku juga sudah mula terjebak dengan pasukan ini kerana aku juga 83. Pada sebelumnya aku hanya dengar-dengar dan mengintai laman sosial mereka. Bukan apa pendirian aku, jika ada individu yang betul-betul bersungguh untuk menaikkan martabat bola sepak negara aku perlu balas jasa beliau dengan komitmen kita. Sedangkan aku ini lara bab komitmen. Yelah banyak lagi komitmen yang perlu aku selesaikan terutama yang hakiki. Tetapi jika sudah jodoh itu tidak kemana orang tua-tua kata. Kini aku mengisi kekosongan posisi penjaga gol bagi pasukan ini.
Oh lupa pulak aku, apa ke benda v83 ini? V83 adalah merupakan sebuah pasukan bola sepak yang terdiri daripada mereka-mereka yang lahir pada tahun 1983. Di mana pada suatu masa dahulu mereka ini pernah menjadi musih antara satu sama lain. Musuh yang diperkatakan adalah mereka berlawan antara satu sama lain untuk memenangi kejohanan bola sepak sekolah-sekolah 15 tahun dahulu 10 tahun dahulu. Kini mereka di bawah satu bumbung bukan Pahang, jauh sekali Malaysia tetapi V83.
Kuala Lumpur tersergam indah kotaraya yang penuh dengan dugaan dan cabaran di dalam kamus hidup aku kini aku jejaki lagi bersama V83. Setiba di Kuala Kumpur destinasi pertama persinggahan kami adalah The Zone. Fuh korang percaya atau tidak kami diberi penginapan yang bertaraf pemain liga super gua cakap luuu. Tepat jam 3.30 petang kami bergerak ke Angkasapuri dengan memakai pulak kit warm up fuhhh gile memang gile kalau korang nak tahu kawan tak bawak baju lain pun melainkan baju yang telah dibekalkan.
No comments:
Post a Comment