1 Mei 2015 (Jumaat)
Hari Kelima
Seawal jam 5 pagi perwira-perwira pasukan bola sepak LPPKN telah bersiap sedia untuk berjuang sehingga titisan peluh yang terakhir. Hari ini mereka akan bermain dengan hanya mempunyai seorang simpanan sahaja. Pasukan yang akan dihadapi adalah UMS yang juga tuan rumah kejohanan kali ini. Keupayaan mereka berlari ke atas ke bawah kiri dan ke kanan mungkin akan memberi mereka sedikit kelebihan.
Tepat jam 8.30 pagi perlawanan dimulakan. Coach Bro Ajis mengambil inisiatif untuk terus bertahan tetapi sekali sekala melancarkan serangan balas. Begitulah pada minit yang keberapa entah captain Pek berjaya melarikan bola dari tengah hingga ke pintu gol UMS tetapi sayang tendang daripada beliau melambung tinggi.
Cabaran semakin meninggi kerana walaupun bermain awal pagi tetapi panasnya seperti bermain dibelah tengah hari. Tatkala barisan pertahanan mempertahankan pintu gol, Sang Mokhtar berlanggar dengan penyerang pasukan lawan. Saat ini aku terus memandang ke arah Coach Bro Ajis dan pada masa yang sama memandang ke bangku simpanan yanh kosong. Alhamdulillah tiada apa yang dirisaukan setelah Mokhtar kembali bangkit meneruskan perjuangan.
Setelah sekian lama bertahan, akhirnya pintu gol yang dikawal oleh Mokhtar ditembusi jua. Pasukan aku terpaksa menerima kekalahan ditangan UMS. Maka berakhirlah perjuangan team LPPKN ke Sukan Badan Berkanun 2015 di Sabah ini. Tetapi keputusan yang diterima amat membanggakan. Kedua-dua bahagian yang disertai berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan.
Masih ada 2 hari di bumi Kota Kinabalu ini. Yang pastinya keesokkan paginya trip ke Kundasang seawal pagi. Nantikan ceritera Mendaki Kundasang di posting akan datang.
No comments:
Post a Comment