Tuesday, May 5, 2015

Misi di Sukanun 2015

27 April 2015 (Isnin)
Hari pertama

Akhirnya aku menjejakkan juga kaki ke negeri di bawah bayu iaitu Sabah. Maka lengkaplah semua negeri dalam Malaysia telah aku jejaki. Kedatangan aku di bumi Sabah ini, bukanlah kedatangan untuk bercuti, tetapi ada misi yang aku dukung di bahu ku ini. 

Kontigen LPPKN yang terdiri seramai 25 orang atlet dan 3 orang pegawai akan berjuang ke Sukan Badan Berkanun 2015 yang diadakan di Negeri Sabah. Untuk edisi kali ini hanya 2 permainan yang disertai iaitu bola sepak senior dan dart.  



Pelepasan kontigen LPPKN disempurnakan oleh Yang berbahagia Ketua Pengarah LPPKN, Dato' Dr. Siti Norsilah di Ibu Pejabat LPPKN Kuala Lumpur tepat jam 10.00 pagi. 


Setiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kami terus ke UiTM KK untuk pendaftaran masuk ke perkampungan sukan. Aku menjadi kejutan budaya di Kota Sabah ini. Jam di tangan baru menunjukkan jam 6.00 petang tetapi cuaca bagaikan jam 7.30 malam ni semenanjung. Selain daripada itu keadaan lalulintas di jalanraya Kota Kinabalu ini tersangatlah jemnya. Dan aku perhatikan pengguna-pengguna motor amat kurang. Tidak seperti di bandar-bandar semenanjung dimana motosikal adalah pengangkutan paling penting untuk mengelakkan jem. 



Bayangkan perjalanan yang hanya memakan masa 20-30 minit berlarutan hingga 1 jam setengah ke 2 jam untuk sampai ke UiTM KK. Apabila pendaftaran selesai dibuat kami bergerak ke kolej kediaman. Nah sekali aku terkejut kerana penginapan kami adalah di tingkat 5. Lif tiada yang ada hanyalah anak tangga. Memang fit la aku turun naik turun naik.

Cerita hari pertama tidak habis di sini. Kelaparan mula melanda perut masing-masing, lalu jam 9.00 malam kami semua keluar untuk mencari makan malam. (Jam 9.00 bagaikan jam 11.00 malam di semenanjung).

Kami memilih untuk mengisi perut di area tepi laut di tengah-tengah Kota Kinabalu. Pelbagai jenis ikan, sotong, udang, ketam dan bermacam-macam lagi makanan laut terhidang dengan pelbagai saiz. Aku menjadi geram melihat makanan-makanan yang sememangnya menjadi kegemaran aku, tetapi aku teringat anak isteri di semenanjung. Lalu aku mengambil keputusan untuk memilih makanan yang biasa-biasa sahaja. Selesai makan tibalah masa untuk bayar dan saat inilah aku bersyukur sangat kerana memilih makanan yang sederhana sahaja. Bayangkan kalau aku pilih air buah yang harganya RM8.00 segelas. Sedangkan aku minum kopi O ais sahaja dah RM3.00. Nak buat macam mana kan saat-saat ni lah semua peniaga akan mengambil peluang kerana ramai orang luar datang. 

Selesailah hari pertama aku di bumi Sabah. Untuk cerita hari kedua kita sambung kemudian. Panjanglah kisah kali ni sebab aku berada di Sabah selama seminggu. 

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...