Thursday, May 14, 2015

Suatu Petang

Deruan ombak yang memukul pantai membuatkan jiwa aku tenang. Diselang-selikan dengan kicauan burung dan angin yang bersepoi-sepoi bahasa menyapa badanku. Nun jauh di sana kelihatan anak-anak kecil yang bergelak ketawa bermain air sambil membina istana pasir. Sang ayah dan ibu mereka turut bersama-sama sang anak bergelak ketawa riang. Secara automatik terukir senyuman di wajah aku melihat kebahagian yang ditunjukkan oleh mereka. 

100 plus yang sudah tidak sejuk ku capai lalu ku teguk. Hilang rasa dahaga di tekakku. Ku lihat jam di tangan masih awal, baru jam 6.00 petang. Langit di angkasa masih belum menunjukkan warna-warna kemerahan atau keorenan akan keluar, tetapi corak awan yang sedikit unik mencorakkan suasana petang yang damai. 

Sedikit demi sedikit langit yang putih kebiruan bertukar warna menjadi oren kemerahan. Terselit jua warna ungu kebiruan. Manakala awan yang putih bagaikan sisek di angkasa. Ya Allah cantik sungguh ciptaan yang maha esa. Tripod berkaki tiga ku pacakkan dan kamera kesayangan ku pahatkan di atas. Ditambahkan dengan beberapa aksesori tambahan kulengkapkan pada kameraku lalu ku mula merakamkan suasana keindahan alam ciptaan yang maha esa. 


Kisah siang akan berlalu pergi sebagai kenangan dan kisah malam akan membuka lembaran baru. Siang yang diceritakan dengan pelbagai kisah pahit manis akan digantikan dengan malam yang dikatakan sedikit seram atau suasana ketakutan. Itulah lumrah kehidupan. Tetapi pada hari ini ianya telah bertukar di mana siang adalah cerita yang bertopengkan kehidupan tetapi malam adalah kisah realiti duniawi. 

Sayup sayup kedengaran alunan dari kitab suci Al-Quran dari masjid yang berdekatan. Ku simpan kameraku dan ku bersihkan tripod usangku. Keindahan yang cantik saujana mata memandang sebentar tadi kini bertukar menjadi kelam hanya lampu-lampu neon di sepanjang pantai mewarnai keindahan. 


No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...