Sunday, May 10, 2015

Sejahat-jahat musibat hitam

Sesungguhnya penyokong bola sepak ni sama seperti pemain bola sepak sebenarnya. Kenapa aku kata sedemikian rupa ianya adalah kerana pemain bola sepak kalau memberikan kemenangan kepada peminatnya mereka akan memperoleh pujian, diagung-agungkan dan malah pantang terjumpa pasti akan berselfie sepuas-puasnya. 

Sama jugak lah dengan penyokong sebenarnya. Kalau kita sering memenuhi kehendak penyokong-penyokong lain mereka akan komen bagus, mantap, hebat, paling terbaik dari yang terbaik dan sebagainya. Tetapi apabila ada penyokong yang bertindak sedikit agresif mereka mula akan mengeji, memaki, membodohkan dan sebagainya. 

Mungkin kalian sudah lupa atau sememangnya tidak tahu menahu tentang apa itu Ultras. Aku pernah menconteng tentang tajuk Ultras suatu masa dahulu. Kalau korang nak baca lebih lanjut kena carilah mana duduknya. Sepatah aku katakan apa itu Ultras. Ultras ni sekumpulan musibat yang menyokong pasukan bola sepak kesayangan mereka dengan agresif atau setapak lebih (fanatik).

Contengan ini aku mulakan adalah kerana kejadian malam tadi dimana laman sosial Elephant Army iaitu Ultras Pahang telah diserang dengan patukan jari jemari di papan kekunci dengan hebat dan rakus. Hanya kerana 15 batang flare atau suar dan 4 biji 'smoke bomb'. 


Tidak dapat dinafikan bahawasanya sang Ultras ini tidak akan lari dari beberapa perkara. Ini kerana mereka melaksanakan dengan penuh perancangan dan teratur. Itu cara mereka untuk bergembira di dalam curva mereka dan pastinya pemegang-pemegang suar dan bom asap ini tidak akan bertindak melulu atau sesuka hati. 

Berbalik pada kejadian semalam, selama ini mereka rehat mereka relax mereka layan kemeriahan yang biasa-biasa di dalam stadium. Dalam masa yang sama ultras negeri-negeri lain bersukaria menghidupkan lampu atau asap yang dibenci oleh penyokong biasa.  

Saat ini yang jahat semuanya Ultras, yang bangang semua Ultras, yang degil semua Ultras dan sebagainya tapi yang baik semua penyokong biasa, yang baik semua FA dan yang baik semua FAM.


Buruk-buruk Ultras ni diaorang bakar suar dalam 3 saat dan lebih kurang asap berkeliaran dalam masa 10 minit jadinya total 10 minit 3 saat. Selebihnya mereka mengeluarkan kederat mereka selama 94 minit, mengeluarkan wang ringgit mereka untuk bersama pasukan, membuang masa mereka untuk pergerakkan dan sebagainya. Tapi sedar tak kalian semua di mana penyokong biasa buruk mereka 90 minit atau sampai 2-3 hari habis game kalau kalah. Mereka akan maki mereka akan keji mereka akan membangsatkan. Bagaimana pula dengan FA? Seperti semalam mereka buat semula perangai lama dengan mengeluarkan sebanyak 5 ribu tiket tambahan dan mengumumkan hanya seramai 31 ribu yang hadir sedangkan setiap tempat duduk dipenuhi hinggalah dilaluan dan tangga dah sah-sah memaksimumkan kuantiti penonton mungkin seramai 38 ribu orang. Tidak cukup dengan itu di dalam mesyuarat perlawanan pintu gate akan dibuka pada jam 5.30 petang tetapi jam 6.00 petang baru hendak dibuka. 

Itu cerita tentang penyokong biasa dan FA bagaimana pula dengan FAM? Rasanya tidak sesuai kalau nak campur adukkan contengan ini dengan FAM sebab kalau contengan FAM kena tajuk khas. Cukup lah dengan poster dibawah sebagai info.


Justeru itu kalau kalian semua mematuk di papan kekunci dengan kelajuan super sonik buat letih jari jemari kalian yang lembut itu sahaja. Musibat berbaju hitam ini dengan cara mereka. Taiplah Mr Google untuk menambah pengetahuan apa itu Ultras apa itu Flare dan apa itu Pyro.

Aku menulis bukan kerana aku sebahagian daripada mereka, aku menulis bukan kerana aku menyokong mereka tetapi aku menulis kerana itulah realitinya seorang Ultras. Tiada penyokong setia seperti kalian tiada lah Ultras, tiada Ultras tiadalah kemeriahan. Saling bantu membantu, tolong menolong demi satu tujuan iaitu demi lencana di dada. Demi mencapai kemeriahan di alaf baru dan demi satu kejayaan.

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...