Friday, November 7, 2014

Lily Putih

Pagi ini aku merasakan sama seperti hari-hari yang lalu. Tetapi terdapat sedikit kelainan yang aku sendiri tidak dapat jawapannya. Kicauan burung dari jendela tingkap aku pada awalnya membuatkan aku tersenyum tetapi lama kelamaan terasa sedikit debaran di hati aku yang sedikit keras terutamanya untuk mengatakan cinta. 

Tuala merah jambu di penyidai aku tarik perlahan. Ku gagahi langkah menuju ke bilik mandi untuk menyegarkan badan di pagi hari minggu ini. Sejam aku di dalam bilik air, aku kembali tersenyum menuju ke meja solek. Haruman Gucci aku sembur di leher ku dan make up nipis aku saluti wajah kuning langsat yang seiras dengan wajah bonda tersayang. 

Debaran aku kembali terasa apabila aku semakin dekat dengan pintu rumah yang berwarna coklat gelap. Krakk pintu dibuka dan seperti hari-hari sebelumnya sejambak bunga pasti ada menghiasi meja santai di branda rumahku. 

"Buat gadis pilihan". Ungkapan untuk hari ini. Kalau semalam "kau pujaanku" dan kelmarin "tanpamu hidupku tiada erti" ungkapan hari ini betul-betul membuatkan hujung minggu aku menjadi tidak keruan. 

"Siapa mamat ni aduhh", sambil mengigit bibir yang berwarna merah jambu menjadi idaman semua lelaki untuk dikucup. 
"Dah seminggu mesti ada bunga untuk aku, di tempat yang sama dan waktu yang sama", bisik aku lagi. 

Dia tahu aku sukakan bunga Lily putih. Dia tahu citarasa aku, siapa dia? Surat khabar Berita Harian menjadi tatapan aku  di pagi hari minggu. Tiada apa yang menarik cuma kisah budak sekolah yang semakin liar membuli pelajar yang lemah. Tiba-tiba!!! Kalau tuan puteri nak kenal siapa saya, jam 12.00 tengah hari di Coffee Street, berbaju kemeja putih dan berseluar jeans biru. Tulisan dengan pen marker biru di ruangan sukan membuatkan mata aku yang pada mulanya masih mengantuk menjadi terang benderang. 

Tanpa berfikir panjang aku bergegas mencapai kunci Myvi Putih hasil titik peluh aku di dalam dunia perunding kewangan MAA Takaful. Masih ada lagi 30 minit untuk aku sampai tepat pada masanya di tempat yang dijanjikan. Di kotak fikiran aku saat ini aku perlu sampai sebelum dia sampai supaya aku tidak kekok dan malu. 

Tetapi harapan aku meleset. Kedatangan aku seperti sudah dirancang dengan rapi kerana hanya ada satu sahaja parking betul-betul di hadapan Coffee Street. Mata aku liar mencari orang yang aku ingin sangat kenal gerangannya. Dihujung kedai orang yang aku cari sudah ada. Berbaju kemeja putih berseluar biru. "Mungkin itulah lelaki yang selalu menghantar bunga kepada aku setiap hari dalam minggu ni", aku bercakap sendirian. 

"Assalamualaikum", salam yang terkeluar dari mulut ku.
"Waalaikumsalam Ayu", sambil memusingkan badannya memandang ke arahku.

Saat ini aku bagaikan tidak percaya. Saat  ini bagaikan ada satu kejutan elektrik terkena pada tubuh badanku. Saat ini kedua belah kaki ku lemah tidak mampu untuk berdiri.

"Awak Ejat? Mohd Aizat Mohd Azlan? Tingkatan 5 Sains 1 Sekolah Sains Tengku Abdullah Raub?" Suara aku sedikit tinggi. 
"Ye saya Siti Nuridayu Dahalan, budak kelas kamu yang kamu paling benci sekali".

Saat itu aku seperti nak melompat untuk peluk mamat di hadapan aku ni. 10 tahun kami berpisah dan tidak tahu khabar berita. Kali terakhir ketika tingkatan 5 di padang bola selepas penampar sulung aku melekat di pipi kanan mamat ni. 

"10 tahun, awak tidak banyak berubah Ayu", ujar Ejat sambil mempersilakan aku duduk.
"Awak pun tak banyak berubah, rambut masih lagi tercacak dan tinggi awak macam sama jer 10 tahun dulu" balas aku dengan senyuman yang lebar bagaikan sampai ke telinga.

Perbualan semakin rancak diantara kedua-dua rakan lama yang kembali bertemu. Gurauan dan gelak ketawa mewarnai suasana petang di Coffee Street yang masih belum ramai pelanggannya. Kisah 10 tahun lalu kini kembali diceritakan kembali. Tidak lupa juga kisah terbaru di dalam kehidupan masing-masing. Aku bersyukur kerana ditemukan lagi dengan si mamat poyo ni. 

Kini kami hidup bahagia disamping hero dan heroin aku eh terlupa pulak yang dalam perut ni sorang lagi. Kisah bunga ros telah aku dapat jawapannya. Dan baru aku perasan ungkapan-ungkapan pada kad ucapan yang tersisip rapi di bungkusan bunga Lily putih aku setiap pagi itu adalah tajuk-tajuk novel yang pernah dia hadiahkan kepada aku setiap kali di hari jadi ku. Terima kasih mamat poyo, terima kasih Ejat, terima kasih suamiku.


No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...