Tuesday, November 4, 2014

Pahang Pasukan Luar Biasa

Tanggal 1 November 2014 merupakan tarikh keramat buat semua warga Pahang Darul Makmur. Stadium National Bukit Jalil menjadi saksi kepada kejayaan pasukan Pahang yang boleh dikategorikan sebagai pasukan luar biasa dikancah bola sepak Malaysia. Tahun ini sekali lagi Pahang membuktikan mereka adalah juara Piala Malaysia 2014. Tapi kali ini adalah final idaman ramai iaitu bertemu JDT 1. 

Perlawanan yang berlarutan sehingga ke tendangan penalti selepas keputusan terikat 2-2. Pada babak pertama Pahang membuka tirai jaringan hasil daripada tendangan percuma Azidan di tanduk tepat oleh Dickson Nwakame menewaskan Al-Hafiz. Tetapi jaringan tersebut tidak bertahan lama kerana Figuaera pula menjadi pemusnah dengan jaringan gol hasil daripada kekecohan di hadapan gol. 

Sebelum melangkah ke bilik persalinan JDT 1 pula mendahului pasukan Pahang hasil daripada jaringan Diaz menewaskan Khairul Azhan. Di dalam kesibukkan Pahang mencari gol penyamaan Saifulnizam atau lebih dikenali sebagai Poyeng dilayangkan kad merah kerana menumbuk Amri Yahya. 53 minit merupakan masa yang panjang untuk diharungi oleh pasukan Pahang yang terpaksa berhadapan 11 orang pemain JDT sedangkan mereka hanya 10 orang. 

Walaubagaimanapun sekali lagi mereka membuktikan kehebatan dan luar biasa mereka di atas padang kerana jaringan penyamaan daripada Dickson Nwakame sangat-sangat ditunggu oleh puluhan ribu penyokong Pahang. 

Perlawanan berterusan sehingga masa tambahan dan sepakan penalti. Sekali lagi Pahang  membuktikan mereka telah bersedia untuk menjulang Piala Malaysia 2014 dengan meletakkan pemain pertahanan dan Hafiz Kamal untuk menendang. Khairul Azhan menjadi wira Pahang kerana menyelamatkan sepakan penalti Shahrul Idhlan Talaha. 

Tahniah Pahang dan cuba lagi JDT. Bola itu bulat. Bola itu kejam. 





No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...