Wednesday, May 8, 2013

Kecundang Jua Akhirnya ...

Nampak gayanya Kempen 365 Hari Bersama Foto kecundang dipertengahan jalan. Eh pertengahan apanya suku je rasanya. Apakan daya, kesibukan kerja dan sebagainya menghalang untuk meneruskan kempen tersebut. Pada hakikatnya, kawan boleh jer menipu dengan mengambil stok gambar untuk dimasukkan ke dalam blog dan Facebook sebagai tatapan, tetapi pada peringkat awal sebelum melaksanakan kempen ini, kawan telah berazam untuk tidak menipu.

Walau apa pun terasa dan tergerak di dalam hati kecil ini untuk aku mulakan semula kempen ini tetapi perlukan masa dan waktu yang sesuai untuk terus kembali berkarya. Insya Allah


TIFO ...? Apa tu TIFO...?


Kita melangkah ke stadium untuk menyokong pasukan kesayangan kita. Di dalam stadium juga ada pelbagai ragam manusia dan gelagat mereka menyokong pasukan kesayangan mereka. Kedengaran juga bisik-bisikan kecil dari barisan penyokong setia menanyakan kepada rakan-rakan di kanan, di kiri, di hadapan dan di belakang.


Pemuda A : "Weh... aku dengan orang cakap TIFO ... TIFO ... benda tu ek?" 
Pemuda B : "Tah la weh .... keh pun tak tahu gok ni ... tak penoh dgr plak sebelum ni wehh ..." jawab pemuda B     dengan mimik muka yg sgt pelik.
Pemuda C : "aku ada terbaca dalam poster kat page Elephant Army semalam tentang tido ni, katanya malam ni akan dipamerkan, kita tengok je la,"...
Pemuda A & Pemuda B : beres beres ... janji kita menang malam ni ....

Tidak dapat dinafikan perkataan TIFO sememangnya amat pelik bunyinya. Asal usul perkataan TIFO ini adalah dari perkatan ITALI. Ianya adalah  merupakan salah satu elemen penting dalam ULTRAS. TIFO ini adalah suatu PAPARAN KOREOGRAFI yang membentuk IMEJ sesebuah GAMBAR DAN TULISAN yang dihasilkan . Pembikinan TIFO ini adalah dilakukan dalam SKALA YANG RAMAI, DISIPLIN YANG MANTAP, PADU JITU DAN SEANGKATAN DENGANNYA diperlukan dalam membentuk koreografi paparan tersebut.

Gambar-gambar dan tulisan yang digunakan pula adalah untuk MEMBANGKITKAN SEMANGAT pemain kesayangan mereka dan mungkin akan MENAKUTKAN pemain pelawat.  

Bahan-bahan yang digunakan dan diperlukan pula adalah seperti plastik, kertas yang membentuk paparan atau pun kosong, bendera dan banner yang besar, paper rolls dan sebagainya bergantung kepada kreativiti penyokong. Walaubagaimanapun ianya bukan sekadar bahan yang digunakan, mereka juga menggunakan kudrat, usaha dan titik peluh mereka untuk menghasilkan sesbuah TIFO tersebut. Tidak ketinggalan masa yang diluangkan tinggal anak isteri di rumah, bawak anak isteri ke tempat perlaksanaan, makan minum mereka dan sebagainya. Selain daripada itu wang ringgit yang mereka laburkan bukan daripada mana-mana sumbangan, tetapi dari poket atau dompet mereka juga.

Justeru itu, cuba kita renung-renungkan sejenak. Kita lapangkan fikiran. Kita tarik nafas dalam-dalam. Kita hayati usaha mereka, titik peluh mereka. Apa yang mereka laksnakan adalah untuk pasukan kesayangan mereka dan untuk dikongsi dengan semua PENONTON  di dalam sesebuah STADIUM yang mereka jejaki.





Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...