Sunday, November 24, 2013

Luahan Hati Sang Fotografer Perkahwinan

Salam pagi Ahad yang indah…..Entry ni adakah untuk menerangkan kenapa harga photography bagi suatu wedding agak mahal. Semua di bawah merupakan keadaan yang terpaksa kawan tempuhi. Harga kawan masih murah jika di bandingkan dengan ghodong-ghodong yang sudah menempah nama dalam bidang wedding photography ni.Tapi kalau dengan kawan, still boleh dapat diskaun jika dibawa berbincang.

KOS FOTOGRAFI PERKAHWINAN

1.KOS TETAP - kos maintenance kamera dan aksesori.

Bagi photographer yang serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Ada sesetengah orang cakap….” kamera tak penting , tapi org yang belakang tu lebih penting ”sebenarnya kenyataan itu sesuai kepada hobbyist tapi tidak kepada serius photographer.
contoh aksesori – speedlite / flash – biasanya berharga RM550 ke atas 

kalau jurufoto ambil untung RM200 – 300 dibuatnya speedlite  tu rosak lepas majlis 
kan dah negatif keuntungannya. Flash kawan ada dua, dan nilainya masa saya beli dulu melebihi 3K.
LENS – CANON EF 18-200MM – RM 2298

CANON 5D MARK II – RM 6800
BODY CAMERA – body paling murah RM 1500 untuk beginner kalau pro boleh mencecah RM40K. Ini semua tidak termasuk lighting & barang sampingan yang lain. Kamera kawan pula ada dua masa kawan beli dulu awal keluaranya tahun 2009 body sahaja 6K. 
2.KOS MASA BEKERJA & TENAGA 
Bagi kawan ini merupakan perkara paling penting. Kalau majlis bersanding hingga outdoor ia dah meliputi lebih 6-8 jam bekerja (kawan tak cas masa tambahan). Itu tak termasuk sekiranya shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 6-8 jam). Juga perancangan awal atau plan bagi gambar2 yang hendak diambil perlu dibuat. Satu tanggungjawab besar bagi mengambil gambar pengantin, sebab moment tu mungkin berlaku sekali je seumur hidup.Tak kesian kat pengantin kalau momen indah tu tak dirakamkan dgn betul…kalau kawan, kawan sendiri pun marah kalau gmbr tak cantik dan tak cover keseluruhan majlis. Jadi jangan ingat boleh hentam klik2 kamera ja tanpa fikirkan angle, lighting etc. Gambar candid juga penting, malah lebih penting dari gmbr2 outdoor atau studio. Sebab? Kalau kita amik gmbr outdoor dan studio, pengantin boleh pose berkali2 utk kita dapatkan shot yang menarik. Kalau candid? Mati hidup kembali pun, moment tu akan berlaku sekali ja….rugi kalau tak dapat capture momen tu kan.

Kalau photographer part time mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing (contohnya macam kawan ni). Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit dan rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 1 atau 2 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja dari pagi sampai petang. Hujung minggu tak boleh buat editing sebab ada job lain pula. Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga ( bg yg berkahwin ) serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga nya?
3.KOS PROFESIONAL

Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia juga penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran kendalikan kamera, kemahiran editing, pengalaman dan lain-lain. Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda membayar untuk ‘skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau aku nyanyi lagu BRUNO MARS (sapa BRUNO??kawan sendiri tak kenal) orang nak bayar RM2 pun belum tentu, tapi kalau BRUNO sendiri yang naynyi mungkin boleh bayar RM15000 padahal lagu yang sama. Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki.Ini tak termasuk kos untuk pembantu photographer kalau photographer membawa pembantu untuk dapatkan lebih gambar yg menarik mesti la photographer kena bayar kpd pembantu dia tu.Itu da berapa?

4.SELECTING & EDIT

Tipulah kalau ada photographer tak edit gambar. Kawan rasa semua mesti edit lah, walaupun sikit,termasuk kawan sendiri. Ada org suka natural , ada org suka photo manipulation. Satu editing makan masa 5 minit ke 1 jam bagi sekeping gambar! Cuma, bila kita setting siap2 pada kamera akan menjimatkan masa utk editing. Contoh lah katakan, gambar yang kita ambil tu cantik, tapi gelap. Kalau cuci of course gelap kan?Kena juga masuk Photoshop utk cerahkan sikit kan? Dah kira edit lah tu…Cuma biasanye utk tujuan promosi, photographers akan letakkan 10 -15 keping yang paling baik je kat web/blog/FB.At least kita cuci dlm 100 – 300 keping tu adalah gambr2 yang terbaik utk masuk dalam album nanti.
5.KOS ALBUM & CUCI GAMBAR
Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Kalau cuci gambar untuk sticky albun tu murah la bawah RM100.Itu baru kos album & cuci gambar tak termasuk Frame & gambar besar bersize 8R ke 12R.Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.

STICKY ALBUM
RM350


CONTOH CUSTOM ALBUM
Harga Dibawah ini adalah harga bagi  satu custom album sahaja. Untuk harga perkhidmatan  fotografi adalah berlainan.
Saiz
Album
Jenis Kertas
(Oil Based)
Penambahan 2 Helai
Jenis Kertas  (Hot Press)
Penambahan 2 Helai
Jenis Kertas (Gloss Metalic)

Penambahan 2 Helai
8 x 12RM450RM42RM485RM43RM495RM44
9 x 11RM505RM47RM550RM49RM455RM50
10 x 10RM510RM47RM555RM49RM465RM50
10 x 12RM510RM47RM555RM49RM465RM50
12 x 12RM570RM53RM625RM56RM645RM58
11 x 14RM590RM54RM645RM57RM665RM59
10 x 15RM590RM54RM645RM57RM665RM59
12 x 15RM590RM54RM645RM57RM665RM59
12 x 18RM610RM56RM665RM59RM685RM61
12 x 20RM655RM60RM710RM63RM720RM64
14 x 14RM655RM60RM710RM63RM720RM64
14 x 17RM655RM60RM710RM63RM720RM64
15 x 15RM655RM60RM710RM63RM720RM64
14 x 19RM700RM64RM765RM68RM785RM70
13 x 20RM600RM64RM765RM68RM785RM70

Kesimpulannya…ada sebab kenapa harga pakej fotografi ni agak mahal…bukan saja letak…untung mestilah kena ada kan..tapi kena cover semua di atas tu juga…Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu?

Itu belum dikira kos luar kawasan lagi…sebenarnya banyak lgi kos lain.
Kawan  harap dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang dikenakan oleh seorang photographer wedding ni. Kawan juga harap semua faham & jelas.








Pabila Malam

Jam menunjukkan 4.40 pagi. Seperti biasa peneman setia ku dikala ini ada di tapak tangan ku. Apa lagi tak lain dan tak bukan remote control. Abis semua channel kawan tukar. Walaupun hari ni sang Astro dengan baik hati on semua channel percuma katanya. Tengok Almeria vs Real Madrid, ayam sangat sang Almeria ni. Lalu capai je la ipad ni untuk borak kosong dalam ni.

Sekali sekala sang kecik sebelah kawan ni merengek sendirian. Mengigau agaknya, tah apa yang di ngigaukan tu pun kawan dok tahu. Tak cukup dengan rengekkan dia tu kaki tangan tepat kena muka dengan perut kawan ni, sabor je la.

Hakikatnya kawan ni kalau time cuti-cuti hari minggu ni memang susah nak tido malam. Terasa macam sayang jer nak abiskan hari ni dan tak sanggup nak melihat hari menjadi siang. Tapi apa kan daya dah menjadi lumrah alam yang malam mesti bertukar menjadi siang dan yang siang pasti akan bertukar menjadi malam. Nak tak nak semua insan atas dunia ni kena terima perubahan alam ni.

Tapi kalau tak tido padah kawan esok ni. Sebab esok banyak program yang kawan kena selesaikan. Program rasmi, program tak rasmi malah program separuh rasmi pun memenuhi dairi perjalanan hidup kawan pada pagi karang.

Kan best kalau kawan jadi macam sang isteri yang sedang nyenyak tidur dan sang anak ku yang lena diulit mimpi ni. Oh mata ku oh mindaku.

Saturday, November 23, 2013

Kita Sudah Juara

Ku Lihat Ku Sokong Ku Banggakan ... 
Untuk Negeri Pahang....
Teruskan Berjuang ......
Oale Ale ... Ale Ale Tok Gajahku ....
Oale Ale ... Ale Ale Tok Gajahku ....
Oale Ale ... Ale Ale Tok Gajahku ....
Oale Ale ... Ale Ale Tok Gajahku ....
Syukurlah 
Kita Sudah Juara ....
Kita Sudah Juara ....
Piala Malaysia......
Oale Ale ... Ale Ale Tok Gajahku ....
Oale Ale ... Ale Ale Tok Gajahku ....
Oale Ale ... Ale Ale Tok Gajahku ....
Oale Ale ... Ale Ale Tok Gajahku ....

Mengalir air mata pabila 90 minit di tambah dengan 4 minit masa tambahan di Stadium Shah Alam. Tahun 2013 merupakan tahun kegemilangan pasukan Pahang. Pada awalnya dilabelkan sebagai pasukan yang tidak memberi sebarang saingan kerana datang dari Liga Perdana. Dan tanggal 3 November 2013 pasukan Pahang membuktikan mereka setaraf dengan pasukan-pasukan hebat yang lain dengan menjulang piala berprestij iaitu Piala Malaysia.

Ramai komentar meramalkan perlawanan akhir Pahang bertemu Kelantan akan memihak kepada pasukan Sang Kijang. Walaupun hujan yang turun dengan lebat pada sebelah petang dan sepanjang perlawanan tidak sedikit pun mencacatkan rentak perlawanan akhir yang penuh dengan dramatik.

Bermula dengan kemasukkan pemain-pemain Pahang ke dalam padang pada jam 7.00 petang dengan segak berkot, bertali leher, berseluar slack dan berkasut hitam melangkah memasuki padang menemui para penyokong. Saat itu jugalah berkumandang chant 3K yang dilaungkan oleh penyokong-penyokong setia pasukan Tok Gajah. Ditambah pula dengan mainan flashlight seluruh Stadium Shah Alam mengemparkan lagi suasana di dalam stadium.

Tepat jam 8.45 malam walau pun hujan yang turun sememangnya lebat tidak menghalang pengadil untuk meniup widel sepak mula perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 Pahang menentang Kelantan. Serangan demi serangan tidak lupa pertahanan mempertahankan benteng mereka maka pada babak kedua bermula minit ke - 58 penyerang import daripada argentina Matias Conti menanduk cantik menerjah gawang yang di kawal oleh penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi hasil daripada hantaran lintang yang sangat cantik daripada pemain yang paling berpengaruh di dalam skuad Tok Gajah iaitu Azamudin Akil atau lebih dikenali sebagai Alex. 

Gol tersebut kekal sehingga ke minit akhir perlawanan walaupun asakan yang bertali arus daripada pasukan Kelantan dapat di halang oleh pemain pertahanan dan benteng terakhir Pahang Khairul Azhan. Perjalanan yang penuh berliku d harungi oleh pasukan Pahang kini merek atelah menjulang piala tersebut dan dikongsi bersama penyokong setia Tok Gajah.  Sesungguhnya mereka telah mengembalikan suasana bola sepak di tanah tumpah Darul Makmur. Terima kasih pemian Pahang, terima kasih Dollah Salleh, terima kasih persatuan Pahang dan terima kasih penyokong setia Pahang.

Misi 92 kini telah berjaya dan harap momentom ini akan berkekalan tidak kira siapa yang menerajui di peringkat pengurusan dan tidak kira siapa sahaja yang bermain di atas padang. Ini adalah satu permulaan bagi pasukan Pahang, dan teruskan berjuang oh pahlawan ku. 









kredit gambar daripada utusan/ dunia sukan/ tok gajah.com

Thursday, November 21, 2013

Hari ni hari ulang tahun perkahwinan ku




Assalamualaikum dan salam kekeluargaan
Wow dah lama sangat tinggal blog kawan ni sampai bersawang jadinya emm letih gak nak menyapu dan membersihkan blog ni. Banyak cite yang kawan tak sempat nak berkongsi. 

Sebelum kita cite benda yang dah lepas lebih elok rasanya kita cite kisah hari ini. Orang tua-tua kata lebih afdal.

Pejam celik pejam celik hari ini 21 November 2013, tarikh ni 4 tahun yang lalu tepat jam 11.22 pagi kawan sah menjadi suami kepada Siti Nur Baizura bt Mohd Noor. Berbaju melayu putih bersongket hitam bersongkok hitam dengan tenang dan sekali lafaz "aku terima nikahnya Siti Nurbaizura bt Mohd Noor dengan mas kawinnya dua puluh dua ringgit lima puluh sen tunai". 

Saat itu sebak di hati dirasai. Bergenang air mata di kedua belah mata ku yang menawan ni. Mana taknya kawan akan melangkah ke satu alam di mana alam baru dalam hidup ku. 

Alhamdulillah kini telah 4 tahun kami bersama. Pedooh la kalau tak ada bertelingkahan dan perselisihan paham anatara kami. Bak kata arwah P. Ramlee dalam lagunya "sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri". Kami lalui dengan penuh kesabaran dan menyelesaikan segala permasalahan dengan baik. 

4 tahun ini juga alhamdulillah kami di anugerahkan dengan seorang cahaya mata yang sangat handsome macam ayahnya. Afi Darwisy yang kini telah mencecah umur 3 tahun 2 bulan. 

Justeru itu kepada isteri ku yang tersayang :
Abang mencari permaisuri bagi rumahtangga ku,
Abang mencari teman ku,
Abang mencari kekasih ku,
Abang mencari menantu kepada ibubapa ku,
Abang mencari cucu kepada datuk nenek ku,
Abang mencari kakak kepada adik-adik ku,
Abang mencari adik keoada saudara-saudara ku yang tua,
Abang mencari keluarga bagi kaum keluarga ku dan 
Abang mencari ibu kepada anak-anak kita.
Abang sayangkan sayang dunia akhirat. Terima kasih kerana menerima abang seadanya. Terima kasih kerana menyanyangi abang dan mencintai abang.

Selamat hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke-4.


Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...