Saturday, June 28, 2014

No Idea

Sebenarnya pagi ni kawan tak ada idea untuk menaip. Tapi jari jemari kawan ni gatal jugak nak menaip. Oleh kerana tidak perlu nak bersusah payah bukak komputer dah sekarang hanya perlu taip password handset scroll blogger dah boleh taip.

Dalam kepala otak kawan ni macam-macam nak diluahkan ke dalam cerita dang sperma ni tetapi tidak kesampaian untuk dicoretkan tak tahu kenapa. 

Seperti biasa kawan sayang untuk melelapkan mata serangkan esok banyak perkara yang perlu kawan settlekan. Pertamanya esok terpaksa gerak ke Temerloh untuk perjumpaan dengan rakan-rakan Elephant Army. Belah petang pulak nak ke Teluk Cempedak untuk Fiesta Samba Brazil bersama team Persatuan Jurufoto Negeri Pahang pulak. Dalam masa yang sama esok dah start untuk berterawih. 

Pada hakikatnya kawan sepatutnya memilih hanya satu aktiviti yang harus kawan attend tetapi tak boleh. Kawan harus juga menghadirkan diri untuk kedua-dua aktiviti tersebut walaupun dalam masa yang sama kawan terpaksa mengabaikan masa bersama keluarga di saat-saat Ramdhan Al-Mubarak kian menjelma. 

Hajat untuk bawa sang kecik untuk menonton cerita robot (Transformers) mungkin tidak kesampaian. Perasaan inilah yang menghantui diri kawan sekarang. 

Memang susah untuk membuat keputusan sebenarnya dan kawan terpaksa untuk menyerahkan keadaan ini kepada Allah SWT. Dan dalam masa tang sama kawan mengharapkan supaya sang isteri dan keluargaku memahami keadaan diri kawan sekarang. 

Apa-apa pun jika niat kita baik Insya Allah segala urusan akan dipermudahkan. Quranic Law Of Attraction. 

Thursday, June 26, 2014

Warna Warni Liga Malaysia

Musim 2014 merupakan musim yang paling best berbanding dengan musim-musim sebelum ini. Keputusan siapa juara liga hanya dapat ditentukan di perlawanan terakhir liga di mana perebutan di antara JDT I atau Selangor. Malah pada perlawanan terakhir ini juga amat berkualiti di antara perlawanan JDT I VS Sarawak dan PKNS FC VS Selangor.

Perbelanjaan yang berlipat kali ganda pasukan JDT I yang diterajui oleh Tengku Mahkota Johor akhirnya berbuahkan hasil dengan menjulang Piala Liga Super 2014. Pelbagai rintangan yang mereka lalui dan beberapa rombakan yang dilakukan berbuahkan hasil walaupun hanya 1 piala tetapi kejuaraan ini boleh membawa nama JDT ke perlawanan AFC bersama-sama Pahang tahun hadapan. 

Walaupun ucapan selamat jalan kepada pasukan T-Team dan PKNS FC kerana terpaksa beraksi di Liga Perdana pada tahun hadapan dan ucapan selamat datang kepada PDRM FC dan KL Felda United yang mengorak langkah ke Liga Super 2015. 

Selamat datang juga kepada Kuantan FA dan Kuala Lumpur kerana berjaya melangkah dengan penuh bergaya ke Liga Perdana pada tahun hadapan. 

Sesungguhnya warna-warni Liga Malaysia 2014 adalah fenomena baru kepada peningkatan taraf bola sepak Malaysia. Stadium pastinya akan sunyi dalam masa 2 bulan ini kerana kita akan melangkah ke bulan Ramadhan dan Hari Raya. Kegembiraan di stadium akan kembali untuk merebut Piala Malaysia 2014 selepas raya nanti. 


Monday, June 23, 2014

Kegemilangan Pahang

Tidak keterlaluan kalau kawan katakan tahun 2013 dan 2014 adalah merupakan zaman kegemilangan sukan bola sepak negeri Pahang. Bermula dengan menjuarai Piala Malaysia, diteruskan dengan menjuarai Piala Sumbangsih, seterusnya menjuarai Piala FA baru-baru ini dan pada hari ini pasukan Kuantan FA yang beraksi di Liga FAM telah menjuarai Liga FAM 2014 dan akan melangkah bergaya tahun hadapan ke liga perdana. Kemungkinan besar kesinambungan kejuaraan arena bola sepak di bumi Pahang Darul Makmur berterusan pada malam nanti (Isnin malam) iaitu perlawanan akhir Piala Presiden 2014 antara Pahang U21 menentang Perak U21. 

Ianya adalah satu perkembangan yang sangat positif dan diharapkan fenomena kejuaran di bumi Pahang ini akan berterusan dari masa kesemasa. Pada masa yang sama diharapkan sokongan padu dan doa rakyat Pahang tidak putus-putus kepada pasukan-pasukan kesayangan kita ini. 

Ucapan tahniah kepada kesemua yang terlibat yang berjaya menaikkan sukan bola sepak di Negeri Pahang, diharapkan usaha dan komitmen yang dijalankan pada hari ini berkekalan dan berterusan hingga bila-bila. 

Tahniah kepada pasukan Kuantan FA yang telah menjuarai Liga FAM 2014 dan akan melangkah ke Liga Perdana pada tahun hadapan. 

Teruskan usaha majulah sukan untuk negara.



Saturday, June 21, 2014

Persatuan Jurufoto Negeri Pahang

Setelah sekian lama kini Persatuan Jurufoto Negeri Pahang telah berjaya didaftarkan dengan jayanya. Walaupun dengan pelbagai rintangan yang melanda akhirnya kerja murni ini sucsess dengan cemerlang. Diterajui 7 orang AJK penaja dan telah dilancarkan oleh YB Dato' Suhaimi selaku wakil kepada Dato' Johari Hussain pada 18 Jun 2014 baru-baru ini di malam Extravaganza Gala Night yang berlangsung di Hotel Vistana Kuantan Pahang.

Walaubagaimanapun kisah yang tidak boleh kawan lupakan adalah ketika untuk mendaftarkan persatuan ini. Sememangnya ringan jer tangan ini untuk menumbuk muka sang Muslimi apabila kisah sebenar kaedah untuk mendaftarkan persatuan diperjelaskan oleh pegawai di Jabatan Pertubuhan Persatuan (ROS) di Indera Mahkota baru-baru ini. 

Masih terngiang-ngiang ditelinga ku di mana sang Muslimi mengarahkan kawan supaya menyiapkan pendaftaran persatuan ini beserta dengan perlembangaan yang lengkap selewat-lewatnya 5 hari. Bertungkus lumus kawan menyiapkan 13 muka surat dengan perlembagaan PJNP ini. Tetapi setiba sahaja di ROS ;

Aku : "Assalamualaikum kak kami datang nak daftar persatuan", sambil mengeluarkan borang-borang dan dokumen yang telah sang muslimi print dengan pelbagai salinan. 

ROS : "waalaikumsalam dik, kita sekarang dah guna online lah dik dah setahun dah kita guna online", jelas akak yang bertugas dengan senyuman.

Saat itu sang Muslimi dan sang Jenang hadir ke kaunter pertanyaan dengan muka yang blur. 

ROS : "kamu bawak semua dokumen? Kalau bawak boleh la siapakan di komputer akak", jelas akak ROS.

Tanpa membuang masa kami bergegas ke tempat duduk akak ROS yang comel  untuk menyiapkan proses pendaftaran Persatuan Jurufoto Negeri Pahang. Apabila komputer telah dibuka sekali lagi perasaan untuk menumbuk muka Sang Muslimi membuak-buak. Sesungguhnya sistem Eresos sangat lah mudah dan cepat. Hanya perlu isi dan klik, isi dan klik . Pekerjaan kawan sebelum ini yang memakan masa 5 hari untuk menyiapkan perlembagaan persatuan, pada saat itu hanya 1 jam telah dapat disiapkan dan terus diluluskan secara lisan oleh timbalan pengarah ROS. Maka tanggal 17 Jun 2014 Persatuan Jurufoto Negeri Pahang telah ditubuhkan dengan misi dan matlamat yang baru seiring dengan peredaran masa masa kini. Di harap PJNP sentiasa cemerlang Gemilang dan Terbilang. 

Tergugat

Malam ni kawan dapat lihat sekali lagi kegilaan geng-geng gile ni di Teluk Cempedak tadi. Huru hara di buatnya. Bermula dengan permainan X-Box dimana baru jer pasang geng ni dah serbu dulu. Tak cukup dengan itu abis soalan-soalan kuiz diaorang nak jawab. Lebih-lebih lagi bila penganjur bawak keluar hadiah jersi negara-negara Piala Dunia sekarang. Selesa sahaja aktiviti yang dirancang geng-geng ni buat hal sendiri pulak dengan bermain street soccer di khalayak ramai. Orang lain khusyuk layan game Italy VS Costa Rica tapi geng-geng ni bermandi peluh.

Walaubagaimanapun tiba-tiba bila kawan bukak facebook adalah mamat ni komen seperti bau-bauan ketidakpuasan hati. Bagi kawan kamu langsung tidak profesional. Secara terang-terang kamu cuba untuk membakar api kemarah beberapa insan lain. Dan tidak keterlaluan kalau kawan katakan kamu adalah talam dua muka. Di hadapn kamu berbuat baik laksana pijak semut di lantai tidak mati tetapi di belakang orang kamu laksana sang merak yang mengembangkan ekornya bagi orang melihat kemegahan diri sang merak. 

Pabila kawan baca posting kamu, hilang perasaan respect kawan terhadap kamu. Sekiranya ada ketidakpuasan hati, gunakan lah medan yang sepatutnya bukan seperti di laman sosial yang dipandang oleh berjuta insan seantero dunia. 


Thursday, June 19, 2014

Extravaganza Gala Night

Bermula dengan borak-borak kosong di kalangan insan yang selalu melepak minum bercakap tentang pelbagai tajuk tercetus idea untuk mengadakan dinner santai-santai dikalangan fotografer yang dah lama sangat tidak berkumpul. Idea yang tercetus pada malam itu diterima sebulat suara maka meeting pertama di adakan di Tok Gajah Cafe membincangkan apa yang perlu dilakukan dan pembahagian tugas kepada semua yang sukarela melaksanakan.

Tarikh 18 Jun di pilih untuk merealisasikan idea yang tercetus itu. Maka bermulalah gerak kerja gile ini kerana hanya ada 3 minggu untuk mencari target 100 orang tetamu dan tanpa ada budget khusus. Setiap tugasan diselesaikan dengan cemerlang oleh semua jawantankuasa daripada jawatankuasa tempat hinggalah jawatankuasa dokumentasi. 

Cabaran yang dihadapi pastinya untuk memastikan 100 jemputan bagi kos Hotel Vistana dapat dibayar. Cabaran seterusnya adalah untuk menjemput dan mencari sponsor sponsor hadiah. Tidak lupa juga cabaran untuk mencari talent yang sudi untuk menjayakan runway pada malam tersebut. Dan yang pastinya cabaran yang paling mencabar adalah dari aspek pengurusan di mana cabaran yang hadir adalah dari pencangahan idea, komitmen dan sebagainya. Walaubagaimana pun ianya dapat diselesaikan dan diuruskan dengan penuh semangat setiakawan.

3 malam terakhir semua jawatankuasa all out menyiapkan check list masing-masing tanpa mengira keletihan minda, badan dan emosi. Dan akhirnya semuanya terjawab di hari berlangsungnya Extravaganza Gala Night. Tepat jam 11.00 malam semua nya berakhir alhamdulillah semuanya berjalan lancar kalau ada cacat cela bagi kawan itu semua masalah kecil kerana dengan tenaga dan kemampuan yang ada itu adalah yang terbaik. Sesungguhnya kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanyanya. Yang baik itu datang nya dari Allah dan yang buruk dan kurang itu datangnya dari kelemahan kami sendiri. U all best. 


Sunday, June 15, 2014

3 Piala 3 Coach

2013 bermulalah episod garang sang Tok Gajah dibimbing oleh jurulatih tempatan yang tidak asing lagi di arena bola sepak Malaysia, Dollah Salleh. Setelah 22 tahun bumi Pahang tidak merasai kejuaran Piala Malaysia, tahun 2013 kejayaan tersebut direalisasikan oleh anak buah beliau di atas padang. Perebutan piala yang berprestij itu adalah diantara Pahang VS Kelantan dimana Stadium Shah Alam menjadi saksi kejayaan sang Tok Gajah. 

Liga Malaysia 2014 menjanjikan aksi-aksi yang lebih menarik. Pahang kini di kendalikan oleh Ronald Smith dan ujian pertama beliau adalah untuk merampas Piala Sumbangsih. Perlawanan yang di berlangsung di Stadium Darul Makmur menentang Lions XII. Sekali lagi Matias Ruben Conti menjadi hero pasukan Pahang dengan jaringannya. 

Dan kini Zainal Abidin Hassan pula menjadi pengendali pasukan Pahang setelah Ronald Smith meletakkan jawatan beliau sebagai ketua jurulatih dan  kembali ke Australia. Kreativiti Zainal kian terserlah selepas perlawanan demi perlawanan dan meletakkan Pahang di pentas final Piala FA 2014 menentang KL Felda United di Stadium Shah Alam. Pahang terus menunjukkan kehebatan mereka di arena bola sepak Malaysia dengan mengalahkan KL Felda United dengan keputusan 2-1. 

Semalam kawan ada berbual bersama Coach Zainal dan beliau mengenangkan kekalahan ke atas Selangor dan Terengganu kerana kekalahan itu merencatkan perjalanan Pahang untuk bersaing menjadi pendahulu carta liga super yang berbaki 3 perlawanan sahaja lagi. Tetapi kawan respect dengan ayat beliau yang terakhir iaitu, kita jangan tamak mungkin tiada rezeki kita untuk menjadi juara liga super. 



Tuesday, June 10, 2014

Pahang Juara Piala FA 2014

Rasanya masih belum terlambat untuk kawan ucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Negeri Pahang Darul Makmur yang telah berjaya menambah koleksi piala dan kali ini adalah Piala FA. Perlawanan akhir yang menemukan pasukan Pahang menentang pasukan KL Felda United di Stadium Shah Alam pada 7 Jun 2014 baru-baru ini berkesudahan 2 berbalas 1. Gol-gol pasukan Pahang dijaringkan oleh Faizol Hussain pada minit ke 79 dan Dickson Nwakaeme pada minit 89 cukup membuktikan Pahang layak bergelar juara. Walaubagaimanapun pasukan Pahang dikejutkan dengan gol awal dari Junior Wilson pada minit ke 22.

Permainan pada malam itu sebenarnya cukup mendebarkan di mana KL Felda United lebih banyak menguasai bola sehinggakan memaksa Khairul Azhan penjaga gol Pahang terpaksa bekerja keras untuk memastikan pintu golnya tidak dibolosi. Walaubagaimanapun pada minit ke 22 Junior Wilson bijak meloloskan diri daripada pertahanan pasukan Pahang yang diketuai oleh ketua pasukan Razman Roslan fan menewaskan Khairul Azhan walaupun cuba di nafikan oleh Poyeng tetapi tidak sempat untuk menahan bola yang bergolek masuk ke sebelah kanan pintu gol Pahang. 

Selepas gol pembukaan itu kedua-dua pasukan berbalas serangan dan pada minit ke 37 Pahang berpeluang menyamakan kedudukan hasil daripada tandukan terbang Azidan tetapi palang gol menjadi penghalang. Jentera tengah pasukan KL Felda United yang diketuai oleh Indra Putra Mahyuddin langsung tidak gentar dan gugup walaupun pasukan ini pertama kali beraksi di pentas akhir. Babak pertama berkesudahan KL Felda United mendahului Pahang dengan jaringan 1-0. 

Babak kedua diteruskan dan sekali lagi peluang pasukan Pahang untuk menyamakan kedudukan hasil percubaan daripada Matias Conti dengan melakukan aksi akrobatik (half volley) berjaya di tampan kemas oleh penjaga gol Felda. 

Ribuan penyokong pasukan Pahang sekitar 50 ribu orang tampak resah hinggalah Zainal memasukkan Faizol Hussain dan jelas terbukti pencaturan yang dirancang membuahkan hasil. Tendangan jarak jauh yang sangat cantik dan laju mengegarkan gawang gol Felda. Gol tersebut jelas memberi semangat kepada 11 pemain di atas padang untuk menambah gol bagi memastikan Piala FA 2014 menjadi hak milik mereka. 

Akhirnya penyerang sensasi Pahang Dickson Nwakaeme memastikan kejuaraan menjadi milik mutlak Pahang. Hasil hantaran ke belakang oleh Zesh Rahman mengelirukan pertahanan pihak lawan dan dengan tenang Dickson merembat deras ke penjuru belah kiri gawang KL Felda United. Terduduk lesu anak buah Irfan Bakti setelah mendahului dengan jaringan Wilson tetapi di saat-saat akhir mereka kecundang dengan pasukan yang dilabelkan oleh peminat bola sepak tempatan dengan panggilan King Of Comeback. 

Tahniah Pahang setelah Piala Malaysia, Piala Sumbangsih dan kini Piala FA berjaya dijulang dan di bawa pulang ke bumi bertuah Pahang Darul Makmur. 


Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...