Wednesday, March 15, 2017

Afi dan duit belanjanya


Semakin hari kau semakin membesar. Kalau permulaan sekolah sebelum ini ibu dan ayah dipaksa bangun pagi untuk memasak makanan untuk di bawa ke sekolah. Tetapi kini segalanya telah berubah.


Kalau dahulu aku tidak pernah hiraukan RM1.00 yang berwarna biru ini. Selagi boleh ku bayar, akan ku bayar dengan RM1.00 yang berada di dalam dompet ku. 


Kini segalanya berubah, sebesar-besar RM di dompet ku akan ku bayar dan ku pinta di pulangkan bakinya dengan nilai yang paling kecil. Ianya hanya untuk lima hari sang Afi Darwisy bersekolah rendah dan KAFA nya. 


Aku tersentuh hati apabila pada suatu hari apabila pulang dari sekolah, 

"ayah nak ais kream"

"Afi Darwisy ada duit tak?", tanya aku di bawah panas mentari.

"Ada dua ringgit Afi belikan untuk ayah sekali ye", jawab si kecil dengan penuh harapan. 

"Ok, pergi cepat"

"Ayah, tadi Afi makan nasi lemak seringgit ada lagi duit dua ringgit sebab tu Afi nak beli aiskream untun Afi satu, untuk ayah satu"


Aku hanya tersenyum dan mengungkapkan 'terima kasih Afi Darwisy.



Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...