Thursday, November 29, 2018

Cerita Sang Juara


Jika di tanya apa bakti kita kepada negara? Pastinya ada yang termanggu terdiam. Pastinya ada yang mengaru kepala yang tidak gatal. Pasti ada yang merenung jauh menghitung jasa dan bakti yang ditaburkan. Kita bukan pejuang yang mengalas senjata bertempur di medan peperangan untuk menjaga keamanan negara. Kita bukan ahli fikir untuk merenung ekonomi supaya menjamin kesejahteraan anak dan cucu cicit kita. Kita bukan dermawan untuk membantu mendirikan mercu tanda kemegahan negara.


Tetapi kita hanyalah seorang penyokong yang mengeluarkan wang ringgit dari titik peluh membanting tulang empat kerat setiap hari. Kita hanyalah seorang peminat acara sukan yang paling digemari oleh semua. Wang yang di keluar kan bukan sekadar untuk sekeping kertas yang akan dikoyakkan untuk melepasi pintu ke pentas pertarungan. Wang yang di keluar kan bukan sahaja untuk mengerakkan empat roda mahupun 2 roda atau terbang ke angkasa raya. Wang dikeluarkan bukan sahaja untuk kos setiap halangan sebelum sampai ke lapangan kegilaan. Malah kudrat serta dilema kehidupan bukan sahaja untuk di persiakan.


Langkah sang perwira semakin kukuh terpacak di lapangan nan hijau. Rentak tari sang perwira semakin indah mewarnai kemeriahan bangunan yang telah diubahsuai. Hanya selangkah lagi impian menjadi kenyataan. Hanya dua putaran lagi kejayaan menjadi rialiti. Hanya sedetik lagi kenangan kian tercipta menghiasi lipatan sejarah jiwa pertiwi. Kali ini aku tanya kan sekali lagi. Di manakah kita pabila sejarah kian mula tertulis sebagai tatapan generasi muda suatu masa nanti.


Jika sang perwira bertahktakan lencana di dada demi kejayaan tidak mustahil untuk aku, kau, dia, dan kita menyahut seruan yang telah disemboyankan demi sebuah kejayaan bergelar juara. Kita korbankan wang dan ringgit. Kita persiakan detik dan masa. Kita pertaruhkan kerja dan keluarga kerana sejarah ini hanya datang sekali. Ayuh kita zahirkan harapan ini untuk kita menjadi sebahagian di dalam lembayung kejayaan sang juara.

Tuesday, November 20, 2018

Review Polis Evo 2


Filem:
Polis Evo 2

Penilaian:
5 / 10

Pengarah:
Joel Soh & Andre Chiew

Genre:
Aksi

Durasi :
125 minit

Pelakon:
Zizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat,
Erra Fazira, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Mike Lucock, Ramdan Misnon,
Syafie Naswip, Hairul Azreen, Riz Amin, Jeff Catz, Dennis Yin & Etc

Tarikh Tayangan:
22 November 2018

Produksi:
Blackflag

Pengedar:
Astro Shaw Sdn Bhd


Sinopsis:
Sebuah filem yang mengisahkan Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam)  terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan ekstremis ajaran sesat yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari (Hasnul Rahmat) menyerang dan menawan pulau tersebut. Sani ditahan oleh kumpulan itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan itu dari tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri kacau bilau yang dilakukan oleh kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia (Raline Shah) dan membantu empat orang anggota pasukan khas daripada 10 yang dihantar bagi membantu misi ini. Mereka bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menangkap Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 orang tebusan di pulau itu. Bermula lah babak-babak yang mendebarkan dan aksi tembak menembak. Di mana kesemua pasukan khas yang di hantar terkorban kerana terpaksa berjuang mempertahankan tembusan sementara menantikan 30 minit bantuan. Dan diakhiri letupan C4 membunuh kesemua penganas termasuk Hafsyam Jauhari yang ditembak mati sementara Khai dan Sani cedera parah.


Ulasan :
Polis Evo 2 sebenarnya merupakan sebuah filem yang sarat dengan aksi tembak menembak, pertempuran serta letupan bermula sejak awal filem sehingga kepada babak klimaks filem ini. Tidak ketinggalan dengan permainan minda psikologi yang berbicara berkenaan agama, tanggungjawab, perasaan dan persahabatan. Namun, setiap babak aksi ini yang wujud di dalam filem ini sebenarnya adalah untuk menutup plot cerita filem yang lemah. Tidak keberatan untuk aku katakan babak-babak ini sebenarnya yang berjaya menyokong logik plot cerita dan mencipta momentum filem ini ke satu tahap yang memuaskan hati para penonton.


Watak Rian yang dilakonkan oleh Raline Shah  adalah seorang pelakon dan model berbangsa Indonesia berdarah Melayu yang tinggal dan besar di Medan. Dia dikenali ketika menjadi salah seorang finalis Puteri Indonesia 2008  dengan begitu cantik dan meyakinkan. Dimulakan dengan pengenalan sebagai seorang 'penjenayah' sebelum akhirnya dibongkarkan sebagai salah seorang anggota polis dari Indonesia. Aku tertarik untuk melihat penderitaan yang dialami oleh watak ini yang terpaksa taat kepada arahan ketuanya iaitu Komisaris Adli Apda (Cok Simbara) melalui tontonan babak awal yang melibatkan Rian di dalam bilik tidur yang terletak di atas sebuah kapal mewah bersama Riky Kumolo (Tanta Ginting). Pengorbanan yang ditunjukkan oleh watak anggota polis wanita ini sememangnya satu pengorbanan yang sangat gila dan hal ini telah berjaya membantu membina emosi dan pergerakan tubuh wanita ini dengan begitu baik dan menyokong plot cerita. Cuma pengakhiran watak Rian ibarat tergantung tanpa kesudahan hanya pernyataan daripada Khai dan Sani di Akhir babak. Sayang, watak yang cantik dan mencabar sepanjang lakonan berakhir tanpa plot.



Watak jahat Hafsyam lakonan Hasnul Rahmat. Secara jujurnya, adalah watak ekstremis agama  yang luar biasa. Kekuatan dialog  yang dituturkan dan permainan psikologi oleh watak antagonis terutama watak ekstremis agama seperti Hafsyam membuatkan filem ini menampilkan kejahatan yang tersendiri. Dialog yang berjaya terpahat di dalam minda aku adalah, "Jika betul pegangan aku salah dan pegangan kau betul, kenapa Tuhan takdirkan aku untuk berdiri di depan kau manakala kau melutut di depan aku!". Manakala babak Sani dikurung bersama anggota yang telah mati menunjukkan permainan psikologi yang tragis. Cuma kehebatan watak jahat di dalam Polis Evo 2 ini hanya pada dialog dan muka bengis di hadapan kamera kekejaman tidak mencapai piawaian aku. Sebagai contoh di akhir babak di mana anggota yang menghantar Imam Husyairi di biarkan begitu sahaja oleh Hafsyam, sesuatu yang luar biasa dilakukan oleh seorang penganas. Begitu juga sayangnya bakat pada Sofi Jikan yang terlalu mudah dimatikan begitu sahaja.


Seterusnya adalah  watak Dato' Azizat yang dibawakan oleh Erra Fazira. Sememangnya pemilihan yang tepat dan luar biasa kerana kebolehan yang ada pada Erra di dalam drama Gerak Khas ditafsirkan dengan sebaik mungkin di dalam filem ini. Cuma yang mengagalkan aku untuk meletakkan filem ini sebagai filem pilihan aku adalah kebijaksanaan dan krebiliti seorang pegawai atasan yang tampak gagal mecerminkan  kehebatan sebuah pasukan yang diberi nama skuad gerak khas.



Manakala watak utama Polis Evo 2 iaitu Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam)  tidak dapat disangkal lagi kewibawaannya. Komitmen dan kerja keras kedua pelakon ini membawa cerita yang mula ditayang secara menyeluruh 22 November 2018 di nanti-nantikan oleh pengemar filem-filem aksi Melayu. Penggunaan dialog yang bersahaja dan santai memberi ruang kepada penonton untuk menarik nafas bagi meneruskan filem yang berdurasi 138 minit ini. Tidak dapat dinafikan bahawasanya Zizan adalah merupakan seorang pelawak justeru itu adegan lawak yang mencuit hati tidak akan ketinggalan. Masalah aku di sini adalah aku tidak boleh terima di dalam babak yang tengah tegang dan dramatik tiba-tiba gelak ketawa satu panggung memotong mood aku secara tidak langsung. Oh seperkara lagi tentang babak yang terakhir di mana adegan Sani ditembak dan Khai ditusuk pisau di perutnya cukup mencemaskan bagaikan tiada harapan lagi untuk mereka menghirup udara di dunia ini tetapi berakhir di atas kerusi roda di tepian pantai.



Bercakap tentang aspek sinematografi, bagi pengamatan aku ianya tidak lah seummmmpp dengan nama filem. Walaupun ada beberapa babak yang  melibatkan tembakan serta letupan berjaya dipertontonkan dengan kemas dan menarik. Polis Evo 2 ini bergenre aksi maka babak-babaknya gemar dipertontonkan dengan pergerakan kamera yang adakala terlalu lama di dalam keadaan yang bergerak, bergoyang atau berpusing kesana kesini di dalam tempoh waktu yang agak panjang. Ini adakalanya agak memenatkan aku yang menonton memandangkan hampir 90 peratus filem ini dipenuhi dengan babak aksi. Tidak cukup dengan itu gaya berlawan juga tidak menarik dan mendukacitakan. Selain itu, ada juga beberapa plot klimaks filem ini yang bagi aku ada sedikit unsur klise yang sudah boleh dijangka. Sebagai contoh, apabila Sani putus semangat apabila minda nya berjaya diracun oleh Hafsyam Jauhari dan akhirnya beliau kembali berjuang untuk membenteras penganas dan menyelamatkan tebusan.



Secara keseluruhannya Polis Evo 2 ini tidak lah seteruk mana. Plot babak erti persahabatan dan amanah kepada tugas jelas dilakonkan dengan penuh penghayatan. Lakonan letupan bom dan aksi cemas membuatkan para penonton tidak sabar-sabar apa yang akan berlaku seterusnya. Tetapi dari hati kecil ku kalau dapat di perkemaskan lagi dari beberapa aspek nescaya Polis Evo 2 ini akan membuatkan aku ke pawagan sekali lagi. Seperkara lagi mungkin bayangan Paskal lebih kuat membuatkan minat aku terhadap filem ini di bawah piawaian yang sepatutnya. Secara jujur aku katakan terlalu jauh beza di antara kedua filem ini. Aspek aksi yang dipertontonkan, aspek misi yang dijalankan, adegan pertempuran, aspek penghargaan dan aspek kehidupan jelas jauh ketinggalan dengan Paskal.
Apa-apapun, aku sekali lagi mengucapkan jutaan tahniah kepada semua krew produksi serta para pelakon yang terlibat di dalam menjayakan filem Polis Evo 2 ini. Sekurang-kurangnya ada beberapa filem aksi yang mempamerkan kehebatan dan keagungan pahlawan yang berjuang mempertahankan ibu pertiwi.

Sunday, November 11, 2018

Afi Darwisy dan Kuala Lumpur


Akhirnya aku berjaya menunaikan permintaan sang kecil untuk melihat dengan lebih dekat Putrajaya dan KLCC. Percutian ke rumah abang ipar aku di Puchong dan menghadiri majlis perkahwinan sepupu isteri aku, aku gunakan sebaik mungkin. Sememangnya aku tidak suka berjalan-jalan di ibu kota Kuala Lumpur dek kerana kesesakan lalulintas dan jalan raya yang terlalu asing dalam hidup ku. Tetapi apabila terkenangkan sang kecil langsung tidak berjalan dan tidak mengenali bangunan-bangunan kebangsaan negara aku gagahi.



Jelas kelihatan wajah keriangan sang kecil bersama sepupu-sepupunya menikmati keindahan bangunan kebanggaan rakyat Malaysia. Maafkan ayah anak ku ayah tak mampu untuk menaburkan kenangan manis di dalam kehidupan mu. Apa yang termampu ayah akan laksanakan. Ya Allah peliharakan lah keluarga aku. Atur kan lah perjalanan aku sekeluarga ke jalan yang engkau redhai. Dan akhirnya aku memohon engkau jadikan anak aku anak yang soleh dan mampu untuk memimpin ayah dan ibunya ke syurgamu.





Lokasi terakhir kami adalah IKEA. Kenapa aku nak ke IKEA ni? Sebab pertama nak makan meatball dia dan yang kedua adalah kerana aku tahu sang kecil, Afi Darwisy dia suka tempat-tempat yang boleh menghias rumah. Tempat-tempat yang dia boleh tengok susun atur sesuatu barangan dan sebagainya. Selama 4 jam berjalan tak mengadu pun letih atau sebagainya cuma dahaga mintak air jer hehehehhe



Apa-apa pun ini jer yang termampu aku berikan kepada sang kecil. Di dalam keadaan yang aku hadapi dan alami sekarang sang kecil hanya dapat tatapi dan bukannya merasai sepenuhnya keindahan ciptaan manusia sebagai kebanggaan rakyat Malaysia khasnya.

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...