Friday, September 30, 2016

6 tahun Afi Darwisy

Fuhh lama sungguh tak menconteng banyak sungguh habuk kat sini. Nak sangat menconteng tapi last-last menconteng di IG jer hahaha. 

So alang-alang nak menyapu habuk ni just nak tampal jer gambar-gambar birthday boy yang ke 6 tahun 9 September 2016 ari tu. Sapa lagi kalau bukan sang kecik anak tunggal aku Afi Darwisy. Seperti biasa aku dan isteri buat makan-makan di tadika. Kali ini sang kecik memilih kek padang bola. Entah apa yang difikirkan masa tu sebab dia pilih padang bola. Aku punya la standby gambar kartun Thomas la, pokemon la dan sebagainya last-last dia pilih kek bola sebagai kek hari jadinya yang ke 6. 


Apa pun tak kisah la kek apa pun yang penting Selamat Hari Lahir Afi Darwisy. Semoga menjadi seorang anak yang soleh dan membahagiakan ayah dan ibu. 



Ohhh seperti biasa setahun sekali dia akan dapat la hadiah yang sedikit rare dari kebiasaannya. Kali ini aku memilih untuk membelikan sang kecil Lego. Tapi bukan satu tetapi dua yang besar punya. Suprise yang aku buat kali ini, aku bagi hadiah tu di keesokkan harinya bukan di hari jadinya. Nampak juga la dia nak tanya mana hadiah dia tapi mungkin tak terkeluar dari mulut dia. 



Dan yang best kali ni, dia sendiri yang memasang dan dibantu juga oleh sang isteri. Abis jari jemari kena gam hahhaha. 

Selamat Hari Lahir Afi Darwisy Bin Mohd Amirul Azwar 

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...