Monday, December 25, 2017

Edisi Ke-4 Cemerlang

Menganjurkan sesuatu kejohanan bukanlah mudah. Perancangan dan perbincangan yang terperinci amat diperlukan untuk mencapai pelaksanaan yang cemerlang. Tetapi akan hadir jua seketul dua kekurangan kerana kita hanya insan biasa yang merancang tetapi yang pasti hanya terbaik dan kekal abadi adalah dari maha pencipta Allah SWT.




Untuk tahun ini Royal Town Sodalto menjadi tuan rumah bagi edisi ke-4. Bertempat di Legend Futsal, Kuantan sebanyak 15 pasukan akan berentap. 15 pasukam ini terdiri daripada sub-sub Elephant Army diseluruh Pahang dan juga daripada ibu kota. 




Acara ini sebenarnya adalah acara dwi tahunan yang berobjektifkan pemuafakatan mengeratkan tali persaudaraan. Dan yang pasti misi utama diadakan kejohanan Futsal Tertutup Elephant Army ini adalah bertujuan untuk mengembalikan komrad-komrad ke curva lengkuk gate 13 di musim Liga Malaysia 2018. 




Sepanjang tahun mereka berganding bahu, akrab bersama memberi sokongan kepada pasukan tersayang. Jatuh bangun mereka redah dengan hati yang cekal. Pabila tiba dipengakhiran musim aktiviti ini diadakan bagi memotivasikan semula dan menanamkan kembali semangat untuk mereka beraksi di teres laman sendiri mahupun di laman lawan.




Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja kejohanan. Tanpa kalian pastinya kejohanan ini tidak dapat dianjurkan dengan cemerlang. 




Bagi aku rasanya ini adalah kejohanan terakhir. Setelah menjadi juara bertahan dan membawa balik piala pusingan. Walaubagaimanapun Rossifumi merupakan pasukan yang cukup mantap dari edisi yang pertama sehinggalah ke-4 ini. 


Saturday, December 23, 2017

Malam Biar Jasa Jadi Kenangan

Biar mati anak, jangan mati adat...begitulah betapa pentingnya adat dalam kehidupan orang melayu...Orang Melayu kaya dengan adat...Orang Melayu juga terkenal dengan sifat lemah lembutnya...

Semenjak dari dulu lagi orang melayu telah mengatur kehidupan mereka dengan adat. Pentingnya adat dalam kehidupan mereka adalah untuk memastikan keteraturan, kesejahteraan tercapai agar dapat hidup dalam suasana yang aman damai. Kebanyakan Adat adalah merupakan peraturan dalam kehidupan orang melayu.

Orang melayu telah mewujudkan hukum adat dalam kehidupan mereka semenjak dahulu lagi seperti adat beraja, adat bernegeri, adat memerintah, adat menghukum dan banyak lagi bagi melancarkan lagi kehidupan mereka.






Keindahan adat tersebut membuatkan aku untuk menjadikan tema bagi Malam Biar Jasa Jadi Kenangan. Majlis makan malam untuk Yang Berbahagia Dato’ Dr Norlasiah Ismail iaitu Ketua Pengarah LPPKN Negeri Pahang. Walaupun dari peringkat awal banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi, tetapi berkat kesabaran dan ketelusan hati untuk menjadikan malam itu sebagai satu malam kenangan alhamdulillah berjaya.





Yang paling bermakna bagi aku sebagai floor manager malam itu adalah tandu. Terima kasih Razman The Twinlight Bridal yang bagi harga sangat berpatutan dan asa benda alah itu. Maka cantiklah malam tersebut dengan yang dirai di bawa menggunakan tandu diiringi 5 pahlawan melayu dan 7 orang puteri menuju singahsana.




Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan pengorbanan yang kalian hulurkan tidak dapat di bayar dengan wang ringgit hanya ungkapan terima kasih sebagai penawar hati.

Tuesday, December 12, 2017

Ilmu Pembudayaan Masyarakat



Masyarakat berilmu boleh difahami sebagai masyarakat yang mengutamakan kebenaran dan hakikat. Bagi masyarakat berilmu, tiada yang lebih berharga dan bernilai selain kebenaran yang didedahkan oleh ilmu itu sendiri. 


Dalam hubungan ini, ilmu dan ilmuwan itu seumpama pelita yang menyuluh atau mencerahkan, dan diamanahkan untuk menampakkan 'yang benar jelas benarnya dan yang salah terang salahnya'. Demikian mustahaknya peranan golongan ilmuwan dalam pembudayaan masyarakat. 


Justeru itu dikala nyawa masih dikandung badan berkongsilah apa sahaja ilmu yang ada di dalam diri supaya ilmu itu akan terus berbakti menuju wawasan yang hakiki.

Sunday, December 10, 2017

LAGENDA 12



Peristiwa maha misteri dan dahsyat ini telah tercatat di dalam benak fikiran pencinta sukan bola sepak, melalui kisah-kisah yang disampaikan turun temurun dari sama ada bentuk lisan atau tulisan. 


Dua insan yang sinonim dengan sepasang angka yang menjadi igauan ngeri pihak lawan dan pujaan di hati para peminat. Dua insan yang memiliki keistimewaan yang tersendiri tatkala sepasang nombor itu terpahat di belakang susuk tubuh yang tumpahnya darah merah di bumi Pahang Darul Makmur. 


Walaupun umum mengetahui kehebatan dan kecemerlangan mereka, tetapi tidak ada pula yang dapat mendabik dada menerangkan secara terperinci bagaimana sepasang nombor yang dipakai mereka  itu kini lesap dan hilang tanpa pengantinya. 


Merekalah LAGENDA 12.


 

Wednesday, December 6, 2017

Semangat Membara



Tidak ada masa bagi kita untuk terus khayal seperti katak di bawah tempurung. Kini adalah masa bagi kita memulakan kembali perjalanan kehidupan kita. Jangan beranggapan segala ujian yang kita hadapi tidak ada penghujungnya.

Kekallah positif bahawa segala masalah dan ujian kita hadapi pasti ada jalan penyelesaiannya. Terpulang kepada kita untuk bersabar, berusaha dan bangkit untuk menghadapi, menyelesaikan dan seterusnya meneruskan kehidupan di hadapan kita ini.


Ujian dalam kehidupan silih berganti, terpulang kepada kita untuk sabar menghadapi, demi meniti perjalan kehidupan di hari muka nanti, tingkatkan ketakwaan, keikhlasan serta kesabaran hati, dalam menghadapi segala dugaan yang diberi, segala yang baik atau sebaliknya adalah semua dugaan daripada Ilahi, menguji sejauh mana ketebalan iman dalam diri kitani, sejauh 

mana keikhlasan kita menghadapi, sejauh mana penyelesaian masalah kita cuba cari, sejauh mana ketakwaan, kesabaran serta kepositifan terus kekal berkembang dalam sanubari diri kita sendiri.


Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...