Saturday, December 29, 2012

Kuasa rindu seorang anak.....

Anak adalah anugerah Allah yang paling berharga. Aura yang terhasil daripada seorang anak sangat lah dirasai oleh sang ibu dan sang bapa. Situasi ini tidak terlepas di dalam kehidupan kawan sang sperma di mana di kala keseorang di ruang tamu, yang hanya bertemankan bantal biru dan tikar Sarawak riuh rendah si kecil Afi Darwisy terngiang-ngiang di telinga sang sperma. Bau masam peluh si kecil Afi Darwisy turut dihidu dek hidung sang sperma di saat ini.

Lantas sang sperma teringat di suatu pagi sebelum melangkah kaki untuk menghidupkan enjin kereta menuju ke Lembah Klau - Melaka - Lembah Klau.

Sang Sperma : "Afi Darwisy .... Afi Darwisy ..... Bangun !!!!!"

Afi Darwisy hanya mengelengkan kepalanya .........

Sang Sperma : "Bangunlah Afi Darwisy ... Nak gi umah mama tak"?

Afi Darwisy gelengkan kepalanya.

Sang Sperma : "Bangunlah .... !!!! Nak ikut ayah ke"? Tanya sang sperma.

Afi Darwisy : "Sayanggggg ayahhhh"..... Sambil peluk sang sperma.

Sang sperma terkedu ..... Sambil membalas pelukan si kecil yang busuk bau air liur basi.

Tatkala kerinduan yang melonjak di saat ini membuatkan sang sperma mengalirkan air mata. Sabar sayang ayah balik esok ye ..... Bisik hati kecilku....




Friday, December 28, 2012

Pahang vs Johor Darul Takzim

Perlawanan pertama Pasukan Pahang Darul Makmur pada 8 Januari 2013 di Stadium Darul Makmur adalah

Selamat datang Pahang ke Liga Super

Setelah semusim di Liga Perdana, kini skuad Tok Gajah kini kembali ke kancah Liga Super. Suka duka di Liga Perdana menjadi pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan. Begitu juga dengan EA12, kini mereka akan kembali menguasai Gate 11 untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka beraksi.

Tetapi EA12 masih mendahagakan sokongan dan kerjasama daripada penyokong-penyokong lain untuk bersama-sama memecah keheningan malam di Stadium Darul Makmur. Bunyi gendang yang dipalu beserta alunan Chant yang berkumandang masih tidak mencukupi lagi. Justeru itu, ayuh rakan-rakan semua kita bersama-sama melontarkan suara dengan Chant untuk memberi semangat kepada pasukan kesayangan kita dan menambahkan gerun pihak lawan.

Dahulu kita hanya menonton sambil mengigit kuaci Cina yang manis. Tetapi era masa kini, kita menonton sambil bernyanyi dan menari. Kawan masih ingat dahulu tatkala umur masih muda, melangkah ke stadium menyaksikan perlawanan. Yang keluar dari mulut kawan adalah, babi, bangsat, bodoh, bangang, cun, alamak dan pelbagai lagi. Tetapi kini tidak lagi, yang keluar dari mulutku hanyalah .....

Amuk Tok Gajah oooooo.... Amuk Tok Gajah ..... Alealeale ooooooo

Jika anda semua ingin merasai saat ini, jangan malu jangan segan sisipkan keris dipinggang, persiapan tari mu, perkemaskan vokalmu bersama kami di Curva Gate 11.


Thursday, December 27, 2012

Bayualamfotodesign kepada Dhedaun Picture

Dahulunya lebih dikenali sebagai bayualamfotodesign, tetapi itu bermula tahun 2006 hingga 2010. Bergerak secara solo, mencari pengalaman dan rezeki melalui andaman-andaman yang terdapat di Negeri Pahang Amnya dan Kuantan khasnya.

Banyak pengalaman dan rintangan yang dilalui, ditipu, dipergunakan, album tidak diambil dan pelbagai lagi. Tetapi itu semua adalah asa, garam di dalam perniagaan. Manakan ada perniagaan yang mudah, yang tiada cabarannya. Cabaran itulah yang akan mendewasakan kita.

Kini kawan berdiri di atas tiket Dhedaun Picture, yang kawan bangunkan bersama-sama sahabt kawan sang Shazrul Edwan atau lebih dikenali sebagai nama Awang. Hasil daripada lawatan kami ke Pesta Perkahwinan yang diadakan di Kemaman. The Puteh adalah segala-galanya. ter

Sambil menghisap rokok diluar dewan bersama Sang Awang. (masa tu masih perokok tegar)

Kawan : Awang! Mu tak de rasa nak join event macam ni ker? Tanya kawan serius.
Awang : ada gak terfikir, jawab Awang ringkas.
Kawan : acu cuba aok try tengok The Puteh, album puih, kerusi putih, meja putih, karpet putih, business kad putih boleh dikatakan nama The Puteh tu sinonim dengan apa yang mereka buat, best weh best, terang aku dengan penuh perasaan.

Awang mengangguk tersenyum sinis. Sambil berborak bersama Faiq (members of The Puteh). Ramai yang menyokong kami, oleh yang demikian di dalam perjalanan pulang dari Kemaman ke Kuantan kami fikirkan nama yang sesuai dan langkah-langkah untuk memulakan syarikat ini.

Hinggalah sebelum kami bergegas untuk mencari bahan sunset di sawah padi pada hari itu, kawan terpandang daun-daun yang menghijau di pohon. Oleh yang demikian terkeluar dari mulutkan Dhedaun. Di pendekkan cerita setelah diperbincangkan maka wujudkan Dhedaun Picture. Hingga ke hari ini rezeki Dhedaun Picture alhamdulillah bertambah rezeki.

Wednesday, December 26, 2012

Matahari kian terbit

Setelah 2 hari berturut-turut hujan membasahi bumi, hari ni matahari kian bersinar. Sang suri rumah pastinya tersenyum kerana saat ini baju yang banyak tidak basuh atau kering dapat dikeringkan. Kedai-kedai yang dimasukki air banjir semalam hari ini boleh jemur apa yang patut.

Walaubagaimanapun ini semua tidak boleh di pandang remeh kerana langit masih lagi mendung di saat ini. Bila-bila masa sahaja hujan kan turun. Bercerita tentang banjir, pada hari Isnin yang lalu Bandar Kuantan telah mengalami banjir kilat. Boleh dikatakan kebanyakkan laluan utama dinaiki air paras-paras tayar kereta, dan ada juga yang paras bumbung kereta.

Sebenarnya banjir kilat ini adalah kerana perbuatan kita sendiri sebagai penduduk di Bandar Kuantan. Mengapa? Kerana sampah-sampah yang kita buang merata-rata seperti putung rokok, tisu, pembalut makanan dan pelbagai lagi. Apabila sang MPK dan JKR menjalankan tugas mereka, banjir yang melanda Bandar Kuantan kian pulih dan kembali seperti sediakala.

Monday, December 24, 2012

DO’A MOHON PERLINDUNGAN DARI BERBAGAI MACAM MALA PETAKA DAN BENCANA ALAM

DO’A MOHON PERLINDUNGAN DARI BERBAGAI MACAM MALA PETAKA DAN BENCANA ALAM
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْغَرَقِ وَ الْحَرَقِ وَ الْهَدْمِ وَ الزَّلاَزِلِ وَ الْقَحْطِ وَ جَدْبِ الْبِلاَدِ وَ نَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ الْفَيْضَانِ وَ طُغْيَانِ اْلأَمْطَارِ وَ الصَّوَاعِقِ الْمُحْرِقَةِ وَ نَعُوْذُ بِكَ مِنَ الطُّوْفَانِ وَ اْلأَعَاصِيْرِ وَ الزَّوَابِعِ وَ الصَّرْصَرِ وَ الدَّ بُّوْرِ وَ سَائِرِ الْعَوَاصِفِ الْعَاتِيَةِ وَ نَعُوْذُ بِكَ مِنْ جَمِيْعِ الْبَلاَيَا وَ الْمِحَنِ وَ الشَّدَائِدِ وَ اْلأَمْرَاضِ وَ الْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَ مَا بَطَنَ اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ لَنَا وَ لِأَهْلِنَا وَ أَقَارِبِنَا وَ عَشِيْرَتِنَا وَ قَرْيَتِنَا وَ الْمُسْلِمِيْنَ أَجْمَعِيْنَ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ

Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari bahaya karam tenggelam, kebakaran, ambruk dan runtuhnya bangunan, bencana gempa, kemarau dan kekeringan, bencana banjir hujan di luar batas normal, sambaran petir taufan dan badai angin puting beliung, angin puyuh, angin sharshar, angin dabbur, segala jenis angin yang berhembus keras dan kencang, segala jenis bala’ bencana, paceklik dan kelaparan, krisis ekonomi dan keuangan, wabah penyakit, fitnah hidup dan segala godaan, baik yang nyata maupun yang tersembunyi. Ya Tuhan kami! Selamatkanlah kami, keluarga dan kaum kerabat serta semua warga desa kami dan semua kaum muslimin



Sunday, December 23, 2012

Prihatinkah kita sebagai manusia?

Hari ini aku shopping bersama isteri dan anak kesayanganku di East Cost Mall, Kuantan. Salah sebuah pasaraya yang terkemuka di Bandar Kuantan. Biasalah kalau hari-hari cuti ni parking sampai ke atas atap la jawabnya. Kawan tak ketinggalan roof top Zon 3 la WEK kawan berhenti.

Kisahnya bermula pabila kami melangkah untuk turun ke Level 3 dengan menggunakan travelator Yang tidak berfungsi mungkin kerana rosak. Seperti sebelum-sebelum ini juga berlakulah kejadian yang tidak diingini di mana seorang warga tua tergelincir jatuh akibat licin kerana tidak berfungsi. Saat itu kawan ok lagi kerana kelihatan warga tua itu kembali bangun sambil memeriksa kasutnya yang masih lai kelihatan baru.

Di dalam hati kecilku, "bukan kasut pakcik penyebabnya tapi travelator ni yang menjadi punca"' bisik hati kecilku.

Cerita itu tidak berakhir di situ setelah berbelanja mengikut kemampuan dan budget, kami kembali ke WEK untuk pulang dengan menggunakan lif di Zon 2. Si kecil Afi Darwisy terlentok di bahu ku keletihan. Kali ini kawan kembali menggunakan travelator tersebut untuk membayar parking di mesin Level 3. Sekali lagi kejadian yang tidak diingini berlaku, seorang wanita mengandung terduduk jatuh kerana licin akibat travelator yang tidak berfungsi. Kali ini hati kawan menjadi marah dan sakit hati. Kawan bergegas ke WEK untuk turun ke reception untuk membuat aduan.

Di kaunter aduan, kawan melaporkan kejadian tersebut. Tetapi sebelum itu kawan bertanya kepada petugas tersebut ada atau tidak pelanggan yang datang membuat aduan. Jawapan yang kawan terima adalah tidak ada seorang pun yang mengadu. Sekali lagi terdeik di hati kecil kawan, dimanakah rasa tanggungjawab dan keprihatinan masyarakat di kala ini.

Setelah menulis aduan, kawan memaklumkan kepada petugas tersebut supaya mengambil tindakan segera dan kawan memberi tahu bahawa kawan akan datang sekali lagi untuk memasikan travelator itu berfungsi.

Cuba kita bayangkan kalau yang jauh tersebut adalah isteri kita yang sarat mengandung. Cuba kita bayangkan yang jatuh itu adalah ayah atau ibu kita yang tulangnya telah reput. Dan suba kita bayangkan kalau yang jauh itu adalah anak atau adik kita yang masih kecil. Tukarlah mindset kita dan tanamkanlah perasaan tanggungjawab dan keprihatinan yang tinggi sesama kita.

Wahai ECM, ingat kawan akan datang untuk pastikan perkara ini tidak berlaku lagi...


Friday, December 21, 2012

Sepak mula.......l

Tak lama lagi, bermulalah sepak mula Liga Super 2013. Pastinya sesetengah penyokong tidak sabar-sabar untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi. Johor Darul Takzim dengan pelaburan yang besar. Barisan pemain yang memang dikenali ramai seperti Mat Yo, Saffee Sali, pasangan kembar Aidil dan Zakwan, Safiq Rahim, Azmi Muslim dan pemain import Guiza.

Tidak lupa juga pasukan-pasukan lain yang nyata-nyata pembelian dan perubahan pasukan yang amat ketara pada musim baru ini. Dan yang pasti tidak ketinggalan pasukan ku yang dahulunya berhempas pulas di Liga Perdana kini kembali melangkah ke Liga Super, Pasukan Pahang Darul Makmur atau lebih dikenali dengan Tok Gajah.

Kali ini Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan menggunakan khidmat jentera daripada Pasukan Selangor iaitu Amirul Hadi Zainal, Razman dan Azidan. Mereka kini semakin serasi dengan perkembangan yang positif di dalam perlawanan-perlawanan persahabatan yang diadakan. Selain daripada itu pembelian pemain import daripada Mecidonia dan Maghribi juga nampak lebih kosisten. Seterusnya tidak dilupakan perkembangan pemain-pemain tempatan yang lain seperti Alex, Gopi, Koji, Hapis dan kesemua sekali.

Formasi 4-4-2 mungkin akan digunakan di mana keeper utama iaitu Nasril Nordin yang berhijrah daripada Perak bagi menggantikan wan Azraei yang kembali ke negeri asalnya Terengganu. Barisan pertahanan yang dibarisi oleh Shahrizan, Razman, Puyen dan Zaiza mengukuhkan kekebalan pertahanan Pahang. Manakala arkitek yang diketuai oleh Amirul Hadi, Azidan, Hapis dan Gopi mempu mengerakkan serangan akan akan diketuai oleh Alex dan pemain import. Tidak lupa juga pemain-pemain simpanan yang mampu mengubah corak permainan Pasukan Pahang.

Ayuh sahabat semua kita penuhkan stadium untuk menyokong pasukan kesayangan anda semua. Satukan sorakkan mu, demi negerimu.


Madah kata....

"Tidak dapat kita kenali seseorang itu sahabat melainkan pada TIGA perkara, tidak dapat kita kenali seseorang itu sahabat melainkan waktu susah, tidak dapat kita kenali seseorang itu berani melainkan pada waktu berjuang dan tidak dapat kita kenali seseorang itu pemaaf melainkan pada waktu marah"

"Hidup ini ibarat roda, hidup ditengah kota banyak cabaran dan dugaan hadapi ia dengan tabah"

"jangan biarkan ianya menanggis kerana kegagalan, tapi biarkan ianya menanggis kerana kejayaan"

Tuesday, December 18, 2012

Mutiara Hati

"Kadang-kadang kita menilai seseorang itu hanya daripada luarannya, sedangkan kita tidak mengkaji isi dalamannya bagaimana".......

"kehidupan di muka bumi ini hanyalah sementara, bagaikan seperti sebuah kapal yang hanya berlabuh sebentar di pelabuhan"........

"hidup ini ibarat roda, hidup ditengah kota, banyak cabaran dan dugaan hadapi ia dengan tabah",.....

Permata hatiku kini 2 tahun 3 bulan

Sedar tak sedar Afi Darwisy sudah 2 tahun 3 bulan. Sedar tak sedar nombor 1 hingga 10 telah bermain di bibirnya. A hingga Z pun menjadi mainannya. Ayat- ayat suci Al-Quran masih diperkemaskan lagi untuk pemantapan diri.

Dahulunya lariannya tidak laju, kini telah seiring dengan larian ibunya. Kalau dahulu tak pandai apa-apa kini dia sudah mampu mendengar kata dan menurut perintah.

Bila lagi kawan nak tambah ek ... Insya Allah ada rezeki tahun depan ini Afi Darwisy akan berteman untuk bermain, belajar, makan dan sebagainya. Afi Darwisy kau lah permata hati ayah dan ibu. Jadilah insan yang soleh, insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.







Monday, December 17, 2012

Paralimpiyad berlabuhkan tirainya....

Tamatlah sudah Sukan Paralimpiyad 2013. Satu pengalaman yang tidak dapat kawan lupakan. Banyak perkara yang membuatkan kawan muhasabah sendiri diri ini. Insan yang serba kekurangan, insan yang ditarik keistimewaan pancaindera mampu untuk memberi saingan di dalam dunia sukan.

Bermula dengan Majlis Perasmian pada hari Ahad (hehehhehe kawan dok hadir sebab seruan negara di Stadium Bukit Jalil lebih penting) sehingga lah 14 hari bulan Majlis Penutupan Rasmi Sukan Paralimpiyad 2013.

Pelbagai acara sukan dipertandingan seperti olahraga, renang, angkat berat, lawn bowl, badminton, memanah, futsal, bowling, bola keranjang dan banyak lagi. Terdapat juga acara baru seperti ragbi kerusi roda dipertandingkan kali ini.

Pengalaman aku bermula di kolam renang, di mana aku terasa diri aku sangat kerdil dan 'loser', kenapa? Kerana insan yang cacat tangan dan kaki mampu berenang laju sedangkan kawan dok pandai berenang. Begitu juga di gelanggang olahraga, mereka menggunakan kudrat mereka yang ada untuk berlari sepantas mungkin.

Setiap hari kawan bermuhasabah diri kawan apabila merakamkan gambar-gambar atlet-atlet yang kurang upaya ini. Dan kawan kagum dengan semangat dan perjuangan mereka.

Mereka tidak seperti atlet yang sempurna di luar sana. Kejayaan mereka hanyalah sekadar untuk membuktikan mereka juga mampu untuk bersaing seperti atlet yang normal. Kejayaan mereka bukan lah wang ringgit atau habuan yang menanti. Mereka sepatutnya boleh dijadikan role model kepada atlet-atlet yang ada sekarang, bukan wang ringgit yang dikejar tetapi semangat bersukan demi negeri khasnya dan negara amnya.

Kepada semua atlet Paralimpiyad 2012 kali ini, kawan mengucapkan tahniah yang tidak terhingga dan syabas kepada yang berjaya dan tidak berjaya kerana walaupun anda tidak berjaya mendapatkan pingat, tetapi anda berjaya membuktikan insan istimewa yang kurang upaya mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan insanyang normal disekeliling mereka. Syabas ...!!!! Tahniah......!!!!!! Oyeeeee













Sunday, December 9, 2012

Misi negara....

Esok, 9 Dis 2012, misi mesti menang sebagai bekalan apabila beraksi di tempat lawan pula. Tiket dah ada, mafla dah ada, baju dah ada, kasut dah ada, stokin dah ada, seluar dah ada kereta dah checking, tinggal tenaga sahaja yang masih belum ada lagi.

Walau apa pun Pasukan Malaysia atau Harimau Malaya mesti menang pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada hari esok, 9 Dis 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dari Pahang kami turun ke Bukit Jalil tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada skuad Harimau Malaya. Konvoi bersama-sama komrad yang lain demi Malaysiaaaaaa ..... Oooooo Demi Malaysia ...oooooooo....

Hari ini kami datang kerana mu..... Hari ini dua hati jadi satu..... Darah engkau darah aku jadi satu..... Selamanya Malaysia di hatiku .....




Saturday, December 8, 2012

Ultras.......oh Ultras......

Orang di luar kadang-kadang tertanya-tanya Ultras tu apa? Moh kawan cerita, Ultras pada mulanya bertapak di Itali dan berasal dari perkataan Itali 'oltre' yang membawa maksud 'beyond' atau dalam Bahasa Melayunya di 'luar kotak' atau 'melebihi segala-galanya'. Menunjukkan di sini, Ultras tidak sama dengan penyokong biasa. Ultras mahukan satu kelainan dan perbezaan di dalam menyokong serta sanggup melakukan apa sahaja demi pasukan yang di sokong sehingga boleh meragut nyawa sendiri.

Seseorang Ultras tidak mempunyai nama dan pengenalan diri, hanya rakan terdekat yang mengenalinya. Seseorang Ultras akan sentiasa menutup mukanya di stadium dan sememangnya tidak mahu dikenali oleh sesiapa. Pakaian seseorang ultras melambangkan mereka tidak mengikut trend masa kini dan lebih selesa bersama 'hoodie' atau jaket hitam yang menutup imej mereka.

Ultras sanggup meredah hujan dan panas terik untuk datang lebih awal sebelum pasukan yang di sokong memulakan perlawanan. Dengan kata lain. Ultras lah golongan pertama akan tiba di stadium. Ultras sanggup meninggalkan keluarga, pekerjaan, pengajian dan kawan-kawan biasa demi panji yang mereka wakili. Ramai yang kehilangan kerja, bercerai, gagal dalam peperiksaan, menjadi miskin. Ribuan duit habis setiap tahun untuk membeli tiket, flare, membuat choreo dan sebagainya. Ini lah penyokong bola sepak yang sebenar.

Di dalam diri seseorang Ultras, terdapat emosi dan keghairahan menyokong yang tidak dapat di rungkai dengan kata. Hanya yang terlibat akan merasai kelainannya dan tidak akan difahami langsung oleh orang biasa. Ultras tidak mengajak orang lain untuk bersamanya tetapi ia timbul dalam niat dan hati masing-masing untuk bersama berjuang bersama Ultras.

Ultras juga cukup lali dengan kritikan dan cacian dari pelbagai pihak termasuk pihak media, ahli politik dan polis. Namun semangat Ultras tidak pernah sekali pun luntur untuk terus menyokong pasukan mereka hingga ke akhir hayat.

Bola sepak membuatkan Ultras ini cukup bersatu di bawah satu panji. Sanggup berkongsi makanan, sanggup berkongsi rokok dan langsung tidak pernah hirau tentang duit yang mereka keluarkan. Kerana semangat di antara mereka adalah lebih penting dari segala-galanya. Jika salah seorang di landa masalah. Semuanya akan turut bermasalah.

Ultras ini cukup terkenal dengan fanatik mereka yang terlampau gila di dalam bola sepak. Hanya yang betul-betul gila akan menyertai Ultras dan mereka sanggup membuat apa-apa perkara yang di luar jangkaan setiap kali menyokong pasukan mereka. Pyro, Choreo, Tifo, Corteo serta macam-macam lagi yang akan mereka lakukan untuk membentuk suasana sebenar menyokong dalam bola sepak.

Ada yang mengatakan Ultras adalah golongan yang jahat dan kejam. Namun semua itu adalah salah sama sekali. Ultras pada mata orang lain adalah tukang gaduh. Tetapi sebenarnya, Ultras lah yang menjadi benteng pertahanan utama dan mewakili semua penonton yang lain untuk mempertahankan panji mereka. Ultras akan bertindak jika mereka di serang. Dengan kata lain. Jika anda mencari pasal dengan Ultras. Itu satu silap yang besar. Ultras bukan bergaduh sesuka hati. Tetapi adalah demi sayang dan cinta mereka yang tidak berbelah bahagi kepada bola sepak.

Demi Malaysia ooooooo....Demi Malaysia ooooooo...... Demi Malaysia......

Friday, December 7, 2012

Anak Oh Anak

Dari mata turun ke hati, dari hati lahirnya perasaan, dari perasaan lahirnya perhubungan, dari perhubungan lahirnya kehidupan. Hasil perhubungan yang suci diantara seorang jejaka tampan dengan seorang wanita jelita. Percintaan yang direstui oleh kedua-dua belah keluarga dan agama. Daripada 120 ribu sperma yang di rembeskan hanya satu. Hanya satu yang berjaya menembusi dinding keperawanan seorang wanita.

Maka bercantum lah sang sperma bersama telur seorang wanita. Dari hari ke hari minggu ke minggu bulan ke bulan. Dari segumpal daging dijadikan tulang-bedulang, dari sebesar tapak tangan kini telah semakin membesar. Roh telah ditiupkan, mata telah kelihatan, telinga, hidung, mulut, tangan dan kaki telah kelihatan.

Di dalam kau menendang-nendang, kau menumbuk-numbuk dan kau berenang-renang. Ibumu dan ayahmu tersenyum riang merasakan ada gerakkan dari dalam perutnya. Kadang-kadang si ibu mengaduh kesakitan si ayah cemas melihat, tetapi itu semua pengalaman untuk menantikan kau dilahirkan.

Si ayah cemas memegang tangan si ibu.... Si ibu menjerit kesakitan.... Keistimewaan seorang wanita iaitu dapat merasai kesakitan yang teramat sangat apabila untuk melahirkan anak kesayangan mereka yang tak dapat dirasai oleh si ayah. Jeritan kecil kian terdengar ... Alhamdulillah seorang putera dilahirkan dengan cukup sifatnya. Si ibu tersenyum paba si ayah mengazankan di telinga si anak.

Kau di beri didikan, kau diberi ilmu pengetahuan, kau di belai. Itulah kau sang sperma daripada 120 ribu hanya satu. Itulah kau sang sperma.



Mulut ....

Mulut ..... Salah satu pancaindera yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Untuk umatnya. Mulut digunakan untuk berkata-kata ..... Mulut digunakan sebagai penghubung untuk untuk mengisi kelaparan kekosongan perut tatkala lapar ...... Mulut juga digunakan sebagai penghubung untuk menikmati keenakkan air yang kita inginkan dan yang pasti mulut juga adalah sebagai untuk mencantikkan keindahan wajah-wajah cantik seorang wanita dan wajah-wajah tampan seorang jejaka.

Walaubagaimanapun mulut juga boleh membawa malapetaka kepada sesuatu isu dan keadaan. Dengan mulut oleh memcah belahkan diantara satu sama lain. Dengan mulut juga akan boleh menimbulkan pergaduhan di antara dua belah pihak. Dan dalam erti kata lain bahaya sang mulut pabila berkata yang negatif bahaya la keadaan itu.

Justeru itu, sisipkan ke dalam hati segenap manusia iaitu fikirkan dengan menggunakan akal yang waras tindakan kita sebagai manusia lemah bahawasanya dengan menggunakan senjata mulut mampu menghancurkan sebuah negara, keluarga malah agama sendiri. Masya Allah.



Saturday, December 1, 2012

Misi Mesti Menang

Sabtu, 1 Disember 2012, sekali lagi Sang Harimau akan bertemu dengan Sang Garuda di Stadium Bukit Jalil. Misi Mesti/ wajib/ pasti menang Harimau Malaya ke atas Sang Garuda kalau ingin mengekalkan kejuaraan 2 tahun yang lalu di dalam Kejohanan AFF Suzuki ini. Dahulu peringkat kumpulan kita dibelasah dengan 5-1. Tetapi kita telah menjadi juara apabila bertemu semula pasukan ini di perlawanan akhir. Adakah kali ini Sang Harimau Malaya berjaya menahan asakan daripada Sang Garuda dan terus memperoleh kemenangan yang sangat-sangat didahagakan oleh semua penyokong-penyokong Malaysia.

Misi mesti menang adalah topik utama, topik seterusnya adalah topik menjaga maruah negara daripada terus diperlekehkan oleh penyokong-penyokong Indonesia yang terlalu dengki, bengang, sakit hati dan yang sewaktu dengannya terhadap Pasukan Malaysia. Mereka sanggup menimbulkan kontroversi dengan membakar bendera kebangaan kita Bendera Malaysia. Mereka sanggup menjauhkan maruah kita dengan memijak-mijak bendera keagungan kita Bendera Malaysia. Mereka mencaci, mereka memaki, mereka menyemburkan kata-kata kesat kepada keluarga, agama, bangsa dan negara kita.

Adakah kita ingin biarkan semua itu berlaku di tanah tumpah darah kita Malaysia? Ayuh semua .... Ayuh penyokong-penyokong semua ...... Susun rentak dan tari di gelanggang ditemani keris tersisip dipinggang ..... Dengan alunan suara yang dipadukan dengan gendang dan drum mengalunkan ........ Demi Malaysiaaaaaa ...... Oooooooo..... Demi Malaysiaaaa..... Ooooooo...

Piala Emas Raja-Raja

Malam ini Pasukan Pahang Piala Emas Raja-raja telah memenangi perlawanan suku akhir pertama 2-1 menentang Pasukan Terengganu. Tetapi kawan pelik sungguh dengan player-player Ganu ni, sikit-sikit jatuh, sepatutnya makan telor penyu jadi kuat ..... Walaubagaimana pun tahniah diucapkan.

Tahniah yang tidak terhingga juga kepada barisan komrad EA yang sentiasa mengalunkan 'chant-chant' untuk memberi semangat kepada pasukan kesayangan mereka.

Ayuh ayuh ayuh Tok Gajahku .... Hari ini kita sudah menang ... Hoiiiii

Syabas Harimau Malaya

Selamanya selamanya selamanya Harimau Malaya……takkan ada takkan ada takkan ada Harimau Malaysia ……lelelelelelele aaa oooooooo lelelelele aaaa aaaa lelelelelele aaaa oooooo lelelelelele aaaaa Harimau Malaya Harimau Malaya.

Syabas kepada Harimau Malaya di atas kemenangan bergaya ke atas Laos semalam. 4-1 satu permainan yang sungguh mendebarkan dan mutu permainan yang amat bagus dari kedua-dua pasukan.

Semalam baru kawan nampak pertahanan yang dahulunya pasukan lain ibaratkan seperti Pasukan Italy … Di mana barisan Mahali, Aidil, Fadhli, Azmi dan pemain gantian Zubir berjaya mengekang asakan pasukan lawan.

Tetapi kemenangan Pasukan Malaysia semalam adalah kerana jentera tengah yang sangat dasyat idea dan kreativiti Shafiq, Shakir, Kunalan dan Wan Zack benar-benar membuatkan segelintir penyokong tegar Laos tercengang tidak terkata apatah lagi barisan kejurulatiahan Loas yang sering kali kelihatan mengaru-garu kepala yang tidak gatal mencari jalan untuk menyaingi di kawasan tengah.

Barisan penyerang juga tidak mengecewakan kelihatan Safee sememangnya inginkan jaringan pada hari semalam lebih kurang 7 cubaan daripada beliau dan tidak lupa juga daripada Mat Yo yang mungkin nilai beliau akan lebih tinggi selepas ini . Pemain-pemain ganian yang masuk seperti Min dan Badrol tidak kurang hebatnya. Walaubagaimana pun kawan terkilan kepada Rajagopal kerana menyisihkan Apek dan memasukkan Farizal hanya kerana kesilapan perlawanan pertama, tepat jangkaan ku di mana Farizal akan menggantikan Apek yang sugul di bangku simpanan.

Misi wajib menang telah dikotai seterusnya misi wajib menang demi maruah negara pulak pada jari Sabtu ini Harimau kan menerkam Sang Garuda di bumi pertiwi …. Bangun semua penyokong …. Satukan hati mu …… Tinggikan sorakkan mu ……. Demi Malaysia ….. Oooooooo Demi Malaysia

Kini ku kembali

Dahulu dikenali sebagai Kisah Aku ..... kehidupan Aku, kini wajah baru tetapi masih mengekalkan blogspot sebagai sumber untuk melatih aku menulis. Semangat ini kembali dilahirkan apabila seorang hamba Allah yang ditemui ketika aku menyampaikan ceramah di suatu program.

Encik ? : Kamu ..........?
Aku : ye saya.... Kenapa ye encik ? Tanya aku kehairanan.
Encik ? : kenapa lama tak update blog kamu? Sambil menunjukkan blog aku yang dahulu dengan menggunakan gadget mahal beliau...
Aku hanya mampu tersenyum dan hanya mengatakan 
Aku : Insya Allah encik akan muncul semla, sambil tersenyum.

Setelah difikirkan setelah dikaji akhirnya..... Wujudlah Cerita Sang Sperma.

https://picasaweb.google.com/109229301730790871692/113012?authkey=Gv1sRgCOabybX31IOKJw




Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...