Wednesday, May 20, 2015

Keasyikan Sang Burung Bertengek

Air kopi o yang panas di dalam cawan putih kuhirup perlahan. Emmm cukup segalanya. Kopinya, gulanya tahap kepanasannya semua cukup lengkap membuatkan tekak ku merasai kenikmatan yang tidak kunjung tiba. Sebab itulah setiap hari aku akan ke kedai Pak Seleman untuk merasai kenikmatan air kopi o yang dibuat oleh anak daranya. 

Walaupun air kopi o yang dihidangkan kepada sangat sedap dan melazatkan tetapi siaran di televisyen yang tergantung di hadapan kedai Pak Seleman ini tidak menyelerakan aku. Setiap masa tak ada cerita lain yang akan dibuka. Pastinya wrestling menjadi pilihan Pak Seleman. Nak cakap dia yang tengok tidak juga. Ye lah kalau dia yang tengok nampak gayanya pelanggan-pelanggan yang datang tak dapat makan lah. 

Sebab itulah mata aku akan sentiasa memerhatikan anak dara Pak Seleman yang ku panggil 'burung bertengek'. Selama aku melepak mengeteh di kedai ini aku tak pernah nak tanya namanya, tak pernah nak cuba-cuba bercakap dengannya dan tak pernah-pernah nak kenyit mata dengannya. 

Port aku sentiasa duduk sememangnya jelas dan memudahkan untuk aku skodeng 'burung bertengek'.  Tapi kadang-kadang terkantoi jugak bila aku asyik merenung dia tiba-tiba dia perasan, aku cepat-cepat hidupkan Malboro Light dan memberi isyarat air kosong segelas. Tidak perlu tunggu lama burung bertengek yang ku beri nama terus menghantar ke meja aku dengan senyuman yang cukup manis. 

Malam ini tidak seperti malam-malam sebelum ini. Malam ini cuaca sedikit sejuk dek angin bayu yang menghembus perlahan. Awan di langit turut berarak perlahan. Bintang dilangit boleh dikira tidak banyak malam ini. Meja pada malam ini banyak yang kosong mungkin mereka ingat hari nak hujan barangkali. Aku seperti biasa parking di meja kegemaran ku. Dan televisyen di atas tetap setiap dengan rancangan wrestling. Emm apa la yang best sangat gusti ni. Macam tipu pun ada. 

BB : "Abangg.. Air abang ni". 

Suara yang sememangnya aku kenal memberhentikan lamunan aku terhadap siaran gusti di kaca televisyen. 

Aku : "Eh .. Abang tak order lagi, macam mana boleh hantar dah ni?", tanya aku.
BB : "Ala abang tu memang tak ada air lain dah, kopi o kopi o, itu jerlah airnya," ramah pulak burung bertengek aku malam ini.
Aku : "Erkkk terima kasih ... Mmm" aku sedikit tergagap.
BB : "Ecah, Nurul Aisyah binti Seleman" burung bertengek memperkenalkan dirinya.
Aku : "ohhh Ecah. Nama abang, Ecah boleh panggil..."
BB : "Haikal kan" sambil melontarkan senyuman semanis air kopi o yang dibuat olehnya.
Aku : "Eh macam mana Ecah tau? Sedangkan kita tak pernah berbual" Aku sedikit terpingga.
BB : "Apalah abang ni kan kadang-kadang kawan abang pun lepak sini, jadi Ecah ada dengarlah yang mereka panggil nama abang," jelas Ecah dengan panjang lebar.

Daripada dalam keadaan aku sedang duduk di bangku manakala sang burung bertengek berdiri, kini kedua-duanya duduk bersama sambil bergelak ketawa. Kadang-kadang bila ada pelanggan datang barulah sang burung bertengek aku ini bangun dan menyediakan minuman yang dipesan. Apabila selesai dia kembali semula ke meja ku.

Semenjak hari pertama sang burung bertengek duduk semeja dengan aku sehinggalah hari-hari berikutnya. Pak Seleman pula bagaikan memberi lampu hijau kepada kami. Tapi aku masih waras, aku tetap menjaga penampilan dan tatasusila di meja makan. Walaupun dalam hati aku ini geram-geram nak terkam si burung tengek yang putih melepak ni. Hari ini aku sengaja tidak ke kedai Pak Seleman. Begitu juga dengan jari berikutnya. Dan aku juga tidak pernah bertukar-tukar nombor telefon. Kenapa? Sebab aku sengaja supaya perasaan rindu itu akan membuak-buak di dalam hati.

Kringggg !!! Kringg !!!! Berkelip-kelip lampu di Iphone 6 yang baru ku beli kelmarin. Tertera nama Sang Abi Salam.

Aku : "halu halu halu boleh saya bantu?" Aku keluarkan suara daripada perut.
Abi : "Wei mana ko menghilang? Ada orang rindu tu".
Aku : "Pohhh telefon aku tak beri salam  tiba-tiba cakap ada orang rindu, nombor berapa rindu ni".
Abi : "kehkehkeh bangsat aok Kal, si burung tengek aok tu rindu tanya aku mana aok menghilang", jelas sang Abi.
Aku : "Lor ko jumpa dia ker atau macm mana?" Aku sedikit kehairanan.
Abi : "Semalam aku mengeteh kat kedai Pak Seleman, dia nampak jer aku terus dia terpandang-pandang lepas tu tanya aku mana aok".
Aku : "Oh .... Aku saje jer Abi emm jom malam ni mengeteh".
Abi : "Em malam ni aku game la weh lain kali lah".
Aku : "La ye ker ok beres lain kali".

Malam ini aku keluar tidak seperti biasa . Jam di dinding sudah menunjukkan jam 12.00 tengah malam. Suasana di kedai Pak Seleman sudah suram tapi seperti biasa peneman sejati sentiasa bermain di kaca televisyen Pak Seleman. Belum sempat aku turun sari keretaku sang burung bertengek bergegas berlari ke arahku. 

BB : "Abanggg!!! Kenapa tak datang dah 4 hari?" Tanya Ecah sambil memuncungkan mulutnya. 

Saat itu geram aku nak gigit bibir muncung sang burung bertengek ni. 

Aku : "Ala sorry la abang sibuk sikit lately ni", jelas aku sambil mencubit pipinga yang gebu itu. 
BB : "Abang jom pegi jalan-jalan nak?" Ujar Ecah.
Aku : "Eh kedai tak tutup lagi kang kena kejar dengan parang abang karang".
BB : "Ecah dah siap mengemas la abang dah pukul 2 pagi la abang" sambil menunjukkan jam di tangannya.

Aduhhh wangi sungguh tangan burung bertengek ni. Putih lain macam pulak tu. Kalau buat love bite ni mau merah semerah merahnya. 

Aku : "Lor kalau gitu jam dinding rumah abang salah la ye hehehe", aku ketawa sendirian.
BB : "So abang nak keluar dengan Ecah tak ni?" Tanya burung bertengek beriya-iya.
Aku : "Ok ok pergi bagi tau ayah dulu", pesan aku.
BB : "Ecah dah mintak kebenaran dah tadi, bila nampak je kereta abang terus Ecah bagi tau ayah".

Tanpa menunggu jawapan daripada aku sang burung bertengek pujaan aku terus membuka pintu kereta dan melabuhkan punggungnya ke tempat duduk sebelah. Ku pulas kunci keretaku dan ku tekan pedal minyak, lalu ku pulas stereng kereta dan menuju ke arah jalan raya tanpa hala tuju. Haruman yang dipakai pada malam ini lain daripada sebelum ini. Betul-betul membuatkan aku ghairah. Ditambah pula dengan kemanjaan yang lahir dari dirinya membuatkan nafsu aku semakin tidak tentu arah. 

****************


Tuesday, May 19, 2015

Ramadhan Kian Menjelma

Pejam celik pejam celik dah tak lama lagi kita akan menyambut bulan yang penuh kerahmatan dan penuh pahala iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sememangnya aku rindukan bulan tersebut. Tapi pada hakikatnya apabila tiba bulan yang penuh kerahmatan itu terasa beban untuk melaksanakan segala suruhan yang wajib dan yang sunat tetapi apabila apabila bulan tersebut berlalu pergi kerinduan dan penyesalan akan terasa. 


Korang tau tak kenapa aku berkata sedemikian rupa?. Secara jujurnya apabila bulan Al-Mubarak itu tiba pada minggu pertama pastinya puasa yang dilaksanakan penuh dengan kesetiaan yang dituntut oleh Islam. Tetapi apabila sudah menjangkau minggu kedua, ketiga dan seterusnya minggu terakhir perasaan malas untuk berpuasa dan melaksanakan segala suruhan kian terabai. Itulah aku yang sentiasa lupa dan mungkin juga mereka-mereka di luar sana. 

Tapi adakah Ramadhan kali ini akan mengubah segala-galanya? Adakah bulan yang penuh barakah tahun ini akan mengubah hidup aku dan seterusnya keimanan aku? Niat akan kupasang dari sekarang dan kekuatan keimanan akan ku semat mulai saat ini.  

Sunday, May 17, 2015

Air Mata Yang Mengalir

Tangisan yang mengalir kerana dua perkara. Pertama kerana kejayaan yang dicapai dan yang kedua adalah kerana kegagalan yang menimpa. Itulah yang tersurat disegenap lapisan penyokong Tok Gajah yang hadir ke Stadium Sultan Muhammad Ke-4 Kota Bharu Kelantan. Kehadiran mereka dengan kekuatan 22 biji bas dan diikuti dengan konvoi kereta serta van. Tidak ketinggalan dengan warga Pahang yang berada di Kota Cik Siti Wan Kembang. Bagi mereka awaydays kali ini adalah yang terbaik dan yang paling menyentuh perasaan. Walaupun dikelilingi oleh berbelas ribu penyokong tuan rumah tetapi kepaduan suara serta keseragaman pergerakkan mengatasi segalanya. Kesepakatan yang ditunjukkan oleh para penyokong dengan hadir berpakaian hitam atau jersi away sebagai menyaksikan mereka sehati sejiwa turun ke stadium. 


Walaubagaimanapun sorakkan daripada pemain ke-12 di tempat duduk penyokong tidak mampu direalisasikan oleh pemain-pemain pujaan mereka di atas padang. Kekalahan 1-3 ke atas Kelantan sungguh memeritkan. Tetapi mereka akur dengan apa yang berlaku. Pasukan Pahang yang menempuh Liga Malaysia dan AFC 2015 dengan jadual yang padat serta perjalanan yang jauh mungkin menjadi faktor utama kepada kegagalan pada malam ini. 

Nampaknya pihak kejurulatihan serta pengurusan perlu lebih efektif selepas ini untuk memastikan para pemain sentiasa lebih berstamina dan fokus dengan setiap perlawanan. Pemain di bangku simpanan masih ada dan sebenarnya mereka juga mampu untuk mengalas tanggungjawab sekiranya diberi peluang. Gunakanlah mereka. 

Jelas kelihatan di wajah-wajah para penyokong yang terlalu kecewa dan sedih dengan keputusan serta permainan hari ini. Sebelah kaki sebenarnya telah berjaya melangkah ke pentas perlawanan akhir tetapi terpaksa di angkat semula ke belakang dan melangkah ke tangga bas menuju pulang dengan kehampaan. Selamat tinggal pentas perlawanan akhir Piala FA 2015. Fokus kepada Liga Super sebagai tiket untuk ke AFC 2016 serta menambah koleksi piala bagi tahun ini. 


Kita sudah kehilangan Piala FA tapi kita   masih ada Liga Super serta Piala Malaysia. Teruskan sokongan kepada pasukan kesayangan kita. Teruskan perjuangan yang masih belum selesai. Tanpa pemain ke-12 tiada ertilah permainan bola sukan yang paling diminati masa kini dahulu dan selamanya. 

Thursday, May 14, 2015

Suatu Petang

Deruan ombak yang memukul pantai membuatkan jiwa aku tenang. Diselang-selikan dengan kicauan burung dan angin yang bersepoi-sepoi bahasa menyapa badanku. Nun jauh di sana kelihatan anak-anak kecil yang bergelak ketawa bermain air sambil membina istana pasir. Sang ayah dan ibu mereka turut bersama-sama sang anak bergelak ketawa riang. Secara automatik terukir senyuman di wajah aku melihat kebahagian yang ditunjukkan oleh mereka. 

100 plus yang sudah tidak sejuk ku capai lalu ku teguk. Hilang rasa dahaga di tekakku. Ku lihat jam di tangan masih awal, baru jam 6.00 petang. Langit di angkasa masih belum menunjukkan warna-warna kemerahan atau keorenan akan keluar, tetapi corak awan yang sedikit unik mencorakkan suasana petang yang damai. 

Sedikit demi sedikit langit yang putih kebiruan bertukar warna menjadi oren kemerahan. Terselit jua warna ungu kebiruan. Manakala awan yang putih bagaikan sisek di angkasa. Ya Allah cantik sungguh ciptaan yang maha esa. Tripod berkaki tiga ku pacakkan dan kamera kesayangan ku pahatkan di atas. Ditambahkan dengan beberapa aksesori tambahan kulengkapkan pada kameraku lalu ku mula merakamkan suasana keindahan alam ciptaan yang maha esa. 


Kisah siang akan berlalu pergi sebagai kenangan dan kisah malam akan membuka lembaran baru. Siang yang diceritakan dengan pelbagai kisah pahit manis akan digantikan dengan malam yang dikatakan sedikit seram atau suasana ketakutan. Itulah lumrah kehidupan. Tetapi pada hari ini ianya telah bertukar di mana siang adalah cerita yang bertopengkan kehidupan tetapi malam adalah kisah realiti duniawi. 

Sayup sayup kedengaran alunan dari kitab suci Al-Quran dari masjid yang berdekatan. Ku simpan kameraku dan ku bersihkan tripod usangku. Keindahan yang cantik saujana mata memandang sebentar tadi kini bertukar menjadi kelam hanya lampu-lampu neon di sepanjang pantai mewarnai keindahan. 


Tuesday, May 12, 2015

Propaganda Bertopeng

Jam di Astro menunjukkan pukul 4.00 pagi hari Selasa 12 Mei 2015. Di saat aku ingin melelapkan mata yang keletihan tergerak hatiku untuk membuka laman facebook tetapi tiada apa yang menarik, mungkin semua sedang nyenyak tidur dibuai mimpi malam. 

Jari jemari ku laju scroll wall di facebook. Sehinggalah aku berhenti di timeline yang dihasilkan oleh Unit Media EA. Gambar party pyro semasa perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA 2015 di antara Pahang VS Kelantan di Stadium Darul Makmur.  Ada 120 komen yang dipatuk menggunakan jari jemari mereka. Aku baca dari komen yang pertama hinggalah komen yang terakhir sambil tersenyum simpul. Di dalam hatiku ini lah realiti dunia tanpa sepadan di alam maya. 


Ranking isu yang pertama adalah membazir kerana di denda disebabkan pembakaran suar dan bom asap oleh musibat EA. Kedua, bila didenda gaji pemain tak dapat dibayar. Ketiga, isu untuk mengharamkan EA masuk stadium, keempat,disebabkan asyik didenda maka stadium tak ada duit untuk tingkatkan kemudahan. Dan ada lagi lah isu-isu yang lain.

Baiklah hadirin dan hadirat sekalian. Aku OFF topik pembakaran suar dan bom asap dari musibat EA buat sementara waktu tapi aku ON isu-isu yang dilemparkan. Tapi ini adalah daripada penulisan SangSperma. 


Sememangnya tidak dapat disangkal lagi jika didenda persatuan akan membayar denda tersebut kepada FAM Bangsat. Katung FAM Bangsat akan penuh. Tapi pernah tak korang baca atau ambik tahu kalau kita bakar semasa perlawanan skuad kebangsaan sapa yang akan didenda? Pernah tak dengar FAM bayar denda? Itu untuk skop yang lebih besarlah cukup untuk skop yang kecil iaitu persatuan bola sepak negeri sendiri, sebenarnya diaorang pejam mata je menyelesaikan masalah tersebut dek duit tepi hasil daripada jualan tiket yang berlebihan pada perlawanan-perlawanan yang dianggap besar. Maka sudah mencukupi untuk membayar denda-denda tersebut. 


Apa? Bila di denda duit persatuan habis? Tidak boleh bayar pemain?. Cuba kita fikirkan lah secara minda yang waras. Seorang pemain perlu dibayar mungkin dengan gaji RM40K ada 28 orang pemain kalau tak silap dan termasuk pengurusan untuk dibayar gaji mereka setiap bulan. Bulan ini stadium penuh dapatlah bayar gaji mereka ya? Kalau bulan depan stadium tak ramai macam mana pulak nak bayar gaji mereka? Sebab itulah pengurusan perlu lebih peka tentang pemilihan sponsor. Mereka itulah yang akan membayar gaji-gaji pemain ni. Genting Highlands satu nama yang gah bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia, kenapa hanya ada di jersi away sahaja? Kenapa tidak ada di jersi home? Suatu masa dahulu di zaman kejatuhan Pahang ada juga gaji yang tidak dibayar dan masa itu belum timbul lagi masalah suar dan bom asap ni. Adakah persatuan kena denda sebab tak capai SOP tugas mereka sampai gaji pemain tidak dapat dibayar? Bagi SangSperma masalah membayar denda bukanlah penyebab kepada pemain tidak dapat gaji tetapi amanah dan tanggungjawab persatuan yang tidak prihatin mungkin menjadi faktor utama. 

Bab mengharamkan musibat berbaju hitam ini aku anggap satu perkara yang sangat kelakar. Setahu akulah EA ni bukan organisasi dan kita tak kenal pun sapa EA sapa penyokong biasa sebenarnya. Diaorang nak haramkan macam mana? Pernah suatu ketika dahulu Pahang VS Terengganu (away) musibat ini boikot tidak mahu turun dan Pahang VS Negeri Sembilan musibat ini 'silent mode'. Aku pernah terdengarlah bisikan-bisikan asmara dari orang, "kenapa EA senyap? Tak best la", "ayah suruhlah EA nyanyi tak syok lah", "aduh buat letih jer bawak anak bini sekali EA senyap jer", "ala abang saya datang bukan nak tengok bola sangat tapi nak tengok EA kenapa diaorang senyap?", "nyanyilah EA player tak semangat langsung tu". Beberapa ayat yang sempat aku sematkan di dalam mindaku. Tepuk dada tanya selera. 


Asyik kena denda kemudahan di stadium tidak dapat dinaik taraf? Salah sebab didenda lagi?. Warga laman sosial yan dihormati sekalian. Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian untuk menaik taraf stadium bukan pada persatuan tetapi pada Perbadanan Stadium Darul Makmur itu sendiri. Cuba kalian tanya pengurusan stadium berapa yang diaorang dapat dari setiap perlawanan? Hanya duit sewa stadium sahaja yang mereka perolehi. Pada mulanya aku terperanjat juga, yelah mesti ada percent untuk pihak stadium dari setiap perlawanan tetapi semuanya hanya bayangan. Perbadanan stadium itu sendiri miskin bukan disebabkan kena denda atau bebudak EA buat hal tetapi perjanjian atau kontrak yang yelah dipersetujui dari kedua-dua belah pihak. (Cukuplah nanti panjang-panjang tak senang duduk pulak)

Janganlah kita hanya menunding jari di atas kesalahan musibat berbaju hitam. Itu cara mereka kerana kata mereka We Are Ultras. Sebenarnya mereka tidak goyang pun kalau penyokong setempat sendiri membenci mereka sebab mereka hanya ada satu matlamat iaitu menyokong pasukan kesayangan mereka dan merogol persatuan sekiranya perlu. Cuba kita buka minda kita dengan lebih luas dan positif iaitu perkara yang lebih penting kita hai hai bye bye kan ia tetapi yang remeh temeh ini digembar gemburkan. 


Seperkara lagi tahun ini sahaja boleh dikatakan kesemua Ultras negeri-negeri dah menjalankan tugas mereka dan jadi diri mereka sendiri. Tidak pernah pulak aku tengok nak kecoh-kecoh. Media pun tak ada pulak nak heboh-hebohkan di muka depan atau muka belakang surat khabar masing-masing. Kalau dengan sang Elephant Army dan dirgahayu Negeri Pahang laju jer terpampang di dada-dada akhbar. Bukan dengki tetapi terasa sedikit di hati kecilku ini untuk meluahkan. 

Arghhhhh habis channel aku tekan tapi tidak ada cerita yang menarik untuk aku tonton. Penulisan aku malam ini pun sudah habis rasanya, kalau ada lain Insya Allah di lain masa. Esok aku ada temujanji bersama doktor berkenaan kaki ku ini maka izinkan aku tidur. 

Monday, May 11, 2015

Hero di Mukabuku

Sehari dua ni aku baca jer di laman sesawang mukabuku ni. Aku baca apa bendalah yang korang semua patukkan di papan kekunci korang semua. Pandai berkata-kata dan pandai bermadah. Tapi hanya di laman sesawang mukabuku ini tak kemana pun malah lemparan kata-kata yang dipatuk itu seperti ibu ketam yang hendak mengajar anaknya berjalan pandai. 

Korang tak habis-habis nak memperjuangkan sesi pembakaran suar oleh musibat berbaju hitam mendatangkan masalah kepada pembayaran gaji para pemain. Korang pasti kerana denda yantg terpaksa dibayar akan mengakibatkan gaji pemain tertunggak? Kalau kalian terlalu pasti dengan patukkan jari jemari kalian di papan kekunci seperti yang kalian war-warkan itu aku hadiahkan senyuman sinis buat kalian. 


Aku nak tanya kalian kalau musibat berbaju hitam ini tidak melaksanakan upacara pemujaan api seperti yang kalian gembar-gemburkan adakah gaji pemain cantik pembayarannya? Kalau kalian kata YA! Maknanya kalian semua silap dan kalian semua hanya hebat sebagai seorang pematuk papan kekunci. Sudah beberapa kali dalam tahun ini pembayaran gaji mereka tersangkut bukan kerana duit tiada tetapi duit tidak tahu dimana.

Apabila saat-saat perlawanan yang hebat-hebat yang majoritinya akan mengundang para penyokong memenuhi setiap ruang di dalam stadium, timbul pula tiket simpanan. Kenapa perlu keluarkan tiket simpanan? Tidak cukupkah penjualan tiket yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat perlawanan? Kenapa perlu ada penambahan tiket simpanan? Untuk kaut keuntungan? Untuk buat side income? Kalian cuba buka mata kapasiti Stadium Darul Makmur boleh memuatkan sebanyak 30 ribu orang penyokong sedangkan perlawanan baru-baru ini pengacara majlis mengumumkan seramai 31663 orang penyokong. Tetapi kalian tahu atau buat-buat tidak tahu di luar stadium ada berapa ratus malah ribu orang lagi yang tidak lepas masuk, belum ditambahkan dengan yang duduk bersila di laluan dan di tangga mungkin jumlah sebenar adalah seramai 35 ribu orang. Jom kita main kira-kira jangan hanya mematuk di huruf sahaja kita ke kiri papan kekunci pulak iaitu nombor. Kita ambik tiket paling murah iaitu RM12 X 31,663 = RM379,956. Tetapi dari penggamatan mata yang waras kapasiti di dalam dan di luar lebih kurang 35 ribu. RM 12 X 35,000 = RM 420,00. Wowww kaya tak persatuan keuntungan atas angin sebanyak RM40,044. 

Sebenarnya kalian manusia biasa yang hanya nampak kegagasan dan kelemahan musibat yang nakal ini apabila mereka membuat onar dengan pembakaran suar dan bom asap. Tetapi sekiranya kalau kalian menjadi manusia yang luar biasa kalian akan nampak keseluruhan tentang kelemahan dan kesempatan yang sedang diambil oleh pihak-pihak tertentu. Janji tinggal janji pintu gate perlu dibuka jam 5.30 petang tetapi jam 6 lebih juga baru di buka dan mengakibatkan kesesakan penyokong. Dahulunya tiket yang dibeli dengan wang ringgit oleh penyokong dikoyakkan dengan rakus oleh pihak persatuan tetapi setelah di panaskan sedikit tempat duduk yang berkenaan barulah ada kaedah yang sedikit kreatif. 

Sememangnya lumrah alam bahawasanya kesalahan yang nampak di mata sentiasa akan dikeji dan dimaki. Sedangkan kesalahan yang di belakang dibiarkan kalau nampak hanya menggunakan ekor mata sahaja memandang. Tetapi mungkin selepas ini kita boleh membincangkan tentang artikel 88 daripada FAM (korang tau tak tentang Artikel 88?) berkenaan dengan pembakaran suar atau bom asap di dalam stadium salah atau tidak salah. 


Setiap penulisan perlulah dengan fakta bukannya auta. Setiap apa yang berlaku perlulah dilihat dengan kewarasan bukan kerana hasad dengki mahupun kemarahan di hati. Penulisan di dalam sebuah buku Quranic Law Of Attraction pernah mengungkaikan tentang kuasa tarikan di dalam hukum alam iaitu perilaku yang dilakukan oleh seseorang. 

Kaki Oh Kakiku

Selama aku beraksi di padang bola atau di padang futsal ni aku rasa kecederaan kali ini amat menyakitkan dan menyusahkan. Kecederaan yang sepatutnya boleh dielakkan kalau aku tidak mengada-ngada untuk menyelamatkan pintu gol aku ditembusi sedangkan tendangan dari pihak lawan nun melambung tinggi. Tapi itulah komitmen aku untuk memastikan pintu gol aku tidak ditembusi. 

Pada mulanya aku rasakan seperti hanya terseliuh biasa sahaja. Setelah captain aku berlari ke arah aku dan aku hanya mampu tersenyum lalu aku gagahi untuk bangkit untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Tetapi secara automatik aku kembali jatuh ke tanah kerana kakiku langsung tidak boleh berpijak ke tanah. 


Tatkala itu lah aku lihat captain aku mencekak pinggang dan menoleh ke luar padang melihat siapa yang mampu mengisi kekosongan di gawang gol. Dalam masa yang sama aku hanya mampu merapatkan kedua belah tangan ku memohon kemaafan. Apabila aku telah diusung keluar padang yang bermain difikiran aku adalah apartment aku yang berada di tingkat 5 tanpa lif. 

Kesakitan yang aku rasai teramat sakit. Doktor yang merawat aku di Hospital Likas juga pelik melihat keputusan X-Ray dan buku lali ku yang membengkak besar. Tiada patah tiada kecederaan yang serius hanya tisu yang terkoyak. 


Di Kota Kinabalu ni nak cari tongkat punya la susah. Nak dijadikan cerita hari sudah malam dan esok cuti maka farmasi semua kebanyakkannya telah tutup. Maka berterusanlah seksa aku. Pergi jalan jauh-jauh, bawak 5 roll filem aku hanya terperap tidak boleh berjalan. Kalau ada sang tongkat tahan lah sikit. 

Akhirnya aku berjaya mendapatkan tongkat sakti di Farmasi Aslam berdekatan dengan Hospital Likas. Maka boleh lah aku berjalan-jalan menghabiskan satu roll daripada 5 roll yang aku bawa. 


Sekarang aku telah berada di semenanjung dan aku kembali mendapatkan rawatan di hospital. Setiap seminggu aku kena datang untuk mendapatkan rawatan. Keadaan kaki ku sekarang masih sakit dan membengkak. 

Nampak gayanya lama jugaklah aku kena berehat. Bola apatah lagi memang tidak boleh sentuh. Badminton? Pun sama. Nak menjalankan tugas pun susah dan untuk berkhidmat untuk Dhedaun Picture pun terbengkalai. Tapi ke stadium tidak dilupakan. 


Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah segala urusanku. Berikanlah kesejahteraan kepadaku. Sihatkanlah tubuh badanku. Sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lahi maha penyayang.

Sunday, May 10, 2015

Sejahat-jahat musibat hitam

Sesungguhnya penyokong bola sepak ni sama seperti pemain bola sepak sebenarnya. Kenapa aku kata sedemikian rupa ianya adalah kerana pemain bola sepak kalau memberikan kemenangan kepada peminatnya mereka akan memperoleh pujian, diagung-agungkan dan malah pantang terjumpa pasti akan berselfie sepuas-puasnya. 

Sama jugak lah dengan penyokong sebenarnya. Kalau kita sering memenuhi kehendak penyokong-penyokong lain mereka akan komen bagus, mantap, hebat, paling terbaik dari yang terbaik dan sebagainya. Tetapi apabila ada penyokong yang bertindak sedikit agresif mereka mula akan mengeji, memaki, membodohkan dan sebagainya. 

Mungkin kalian sudah lupa atau sememangnya tidak tahu menahu tentang apa itu Ultras. Aku pernah menconteng tentang tajuk Ultras suatu masa dahulu. Kalau korang nak baca lebih lanjut kena carilah mana duduknya. Sepatah aku katakan apa itu Ultras. Ultras ni sekumpulan musibat yang menyokong pasukan bola sepak kesayangan mereka dengan agresif atau setapak lebih (fanatik).

Contengan ini aku mulakan adalah kerana kejadian malam tadi dimana laman sosial Elephant Army iaitu Ultras Pahang telah diserang dengan patukan jari jemari di papan kekunci dengan hebat dan rakus. Hanya kerana 15 batang flare atau suar dan 4 biji 'smoke bomb'. 


Tidak dapat dinafikan bahawasanya sang Ultras ini tidak akan lari dari beberapa perkara. Ini kerana mereka melaksanakan dengan penuh perancangan dan teratur. Itu cara mereka untuk bergembira di dalam curva mereka dan pastinya pemegang-pemegang suar dan bom asap ini tidak akan bertindak melulu atau sesuka hati. 

Berbalik pada kejadian semalam, selama ini mereka rehat mereka relax mereka layan kemeriahan yang biasa-biasa di dalam stadium. Dalam masa yang sama ultras negeri-negeri lain bersukaria menghidupkan lampu atau asap yang dibenci oleh penyokong biasa.  

Saat ini yang jahat semuanya Ultras, yang bangang semua Ultras, yang degil semua Ultras dan sebagainya tapi yang baik semua penyokong biasa, yang baik semua FA dan yang baik semua FAM.


Buruk-buruk Ultras ni diaorang bakar suar dalam 3 saat dan lebih kurang asap berkeliaran dalam masa 10 minit jadinya total 10 minit 3 saat. Selebihnya mereka mengeluarkan kederat mereka selama 94 minit, mengeluarkan wang ringgit mereka untuk bersama pasukan, membuang masa mereka untuk pergerakkan dan sebagainya. Tapi sedar tak kalian semua di mana penyokong biasa buruk mereka 90 minit atau sampai 2-3 hari habis game kalau kalah. Mereka akan maki mereka akan keji mereka akan membangsatkan. Bagaimana pula dengan FA? Seperti semalam mereka buat semula perangai lama dengan mengeluarkan sebanyak 5 ribu tiket tambahan dan mengumumkan hanya seramai 31 ribu yang hadir sedangkan setiap tempat duduk dipenuhi hinggalah dilaluan dan tangga dah sah-sah memaksimumkan kuantiti penonton mungkin seramai 38 ribu orang. Tidak cukup dengan itu di dalam mesyuarat perlawanan pintu gate akan dibuka pada jam 5.30 petang tetapi jam 6.00 petang baru hendak dibuka. 

Itu cerita tentang penyokong biasa dan FA bagaimana pula dengan FAM? Rasanya tidak sesuai kalau nak campur adukkan contengan ini dengan FAM sebab kalau contengan FAM kena tajuk khas. Cukup lah dengan poster dibawah sebagai info.


Justeru itu kalau kalian semua mematuk di papan kekunci dengan kelajuan super sonik buat letih jari jemari kalian yang lembut itu sahaja. Musibat berbaju hitam ini dengan cara mereka. Taiplah Mr Google untuk menambah pengetahuan apa itu Ultras apa itu Flare dan apa itu Pyro.

Aku menulis bukan kerana aku sebahagian daripada mereka, aku menulis bukan kerana aku menyokong mereka tetapi aku menulis kerana itulah realitinya seorang Ultras. Tiada penyokong setia seperti kalian tiada lah Ultras, tiada Ultras tiadalah kemeriahan. Saling bantu membantu, tolong menolong demi satu tujuan iaitu demi lencana di dada. Demi mencapai kemeriahan di alaf baru dan demi satu kejayaan.

Thursday, May 7, 2015

Selamat Tinggal Kota Kinabalu

3 Mei 2015 (Ahad)
Hari Ke Tujuh

Perasaan untuk pulang membuak-buak. Perasaan untuk kembali ke pangkuan anak isteri semakin meninggi. Perasaan untuk berehat di kamar dan di rumahku syurgaku semakin menguasai diri. Jam 9.00 pagi kami telah bertolak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu 2. 



Untuk perjalanan pulang tiada apa yang hendak aku kongsi. Cuma bagi pendapat aku UiTM Sabah tidak bersedia untuk mengadakan sukan yang boleh dikatakan terbesar ini. Sebanyak 20 aduan telah dibuat di pelbagai venue menunjukkan mereka hanya melepaskan batuk ditangga. Promosi juga sangat kurang hinggakan ketika aku di hospital menerima rawatan kakitangan di sana tidak tahu ada Sukanun. Tidak seperti kejohanan sebelum-sebelum ini. 

2 tahun lagi Sukanun akan kembali tapi kali ini UKM Bangi akan menjadi tuan rumah. Dekat jerlah dan pasti banyak jabatan akan menyertai dan banyak sukan akan dipertandingkan. Selamat tinggal UiTM Kota Kinabalu. Selamat Tinggal Sukanun 2015 Sabah. 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang berada di negeri di bawah bayu yang audi bawak kawan jalan-jalan, bawak kawan cari tongkat, bawak kawan berhibur, bawak kawan menghabiskan satu roll filem yang aku bawa. Sebenarnya aku bawak 5 roll tapi dengan keadaan kaki aku sebegini rupa puas nak habiskan 1 roll. Tapi yang pasti sunset dan sunrise di Kota Kinabalu tersangat osem alangkah bestnya kalau aku bawak sang canon dan berkesempatan pacak tripod untuk diabadikan suasana ciptaan Allah S.W.T. 

Aku tiba di KLIA 2 pada jam 3 petang dan aku kembali juga ke pangkuan keluarga aku pada hari itu juga dengan bantuan Abang Berahim memandu keretaku. Kalau tak ada Abang Berahim memikir juga macam mana aku nak balik. 


Terima kasih pihak pengurusan LPPKN, terima kasih rakan sepasukan, terima kasih ketua kontigen, terima kasih semua, tahniah semua, cuba lagi di lain masa. Majulah sukan untuk LPPKN.

Masa Untuk Berjalan

2 Mei 2015 (Sabtu) 
Hari Ke Enam

Tinggal lagi 2 hari kami di bumi Kota Kinabalu. Hari ni planning masing-masing untuk berjalan ke Kundasang. Tapi kena gerak awal pagi kalau hendak menikmati keindahan Gunung Kinabalu. Van aku gerak dulu sebab van kitaorang tidak power seperti van yang dipegang oleh Bro Usop. 

Perjalanan yang memakan masa 1 jam setengah dimulakan. Kedudukan geografi yang berbukit bukau dan bersimpang siur membuatkan perjalanan tersangat mencabar. Di hadapan aku sekarang adalah Gunung Kinabalu dan aku tersenyum sendiri. Bilakah aku berpeluang untuk mendaki gunung yang banyak kisahnya ini. 



Seperti biasa untuk memasuki kawasan-kawasan macam ni kena lah berbayar RM3.00 sekepala. Tinjauan kami ke sana hanya sebentar kerana banyak lagi tempat untuk dikunjungi. Keadaan kaki aku ketika itu semakin sakit. Tanpa tongkat aku gagahi memijak bumi Allah ini. Selepas selesai berhenti makan kami meneruskan perjalanan ke Cow Farm. Tempat lembu-lembu seperti di New Zealand menjadi pilihan set ni untuk dilawati. Sekali lagi kami dikehendaki untuk membeli tiket RM5.00 sekepala. Setelah sampai ke destinasi aku kekal di dalam van kerana jalan yang tidak rata menghalang untuk aku bersiar-siar bersama teman-teman yang lain. 


Selesai di ladang lembu kami meneruskan perjalanan ke Ladang Teh dan Kolam Ikan. Seperti biasa aku terperuk di dalam van kerana tidak mampu untuk berjalan di atas jalan yang berbatu-batu. Kawan hanya mampu melihat gambar-gambar yang mereka hantar di group wasap. 

Suasana di Kundasang ni lain sikit. Walaupun panas tapi udaranya sejuk dan pada belah petang hujan akan turun maka lagi lah sejuk. Kami terpaksa pulang awal kerana nak uruskan pula urusan tiket untuk pulang dan mengambil jersi di dobi. Maka tak dapatlah nak singgah di rumah terbalik.  Tapi kalau singgah kena keluar duit lagi RM10.60. Sekali ada 60 sen daaa GST kot. 

Pada sebelah malam aku meneruskan sedikit pembelian buah tangan untuk di bawa pulang di Kampung Air. Pakaian semua telah aku kemas. Perasaan untuk pulang ke sisi keluarga semakin membuak-buak. 



Wednesday, May 6, 2015

Berakhirnya Perjuangan Team LPPKN

1 Mei 2015 (Jumaat)
Hari Kelima 

Seawal jam 5 pagi perwira-perwira pasukan bola sepak LPPKN telah bersiap sedia untuk berjuang sehingga titisan peluh yang terakhir. Hari ini mereka akan bermain dengan hanya mempunyai seorang simpanan sahaja. Pasukan yang akan dihadapi adalah UMS yang juga tuan rumah kejohanan kali ini. Keupayaan mereka berlari ke atas ke bawah kiri dan ke kanan mungkin akan memberi mereka sedikit kelebihan. 


Tepat jam 8.30 pagi perlawanan dimulakan. Coach Bro Ajis mengambil inisiatif untuk terus bertahan tetapi sekali sekala melancarkan serangan balas. Begitulah pada minit yang keberapa entah captain Pek berjaya melarikan bola dari tengah hingga ke pintu gol UMS tetapi sayang tendang daripada beliau melambung tinggi. 


Cabaran semakin meninggi kerana walaupun bermain awal pagi tetapi panasnya seperti bermain dibelah tengah hari. Tatkala barisan pertahanan mempertahankan pintu gol, Sang Mokhtar berlanggar dengan penyerang pasukan lawan. Saat ini aku terus memandang ke arah Coach Bro Ajis dan pada masa yang sama memandang ke bangku simpanan yanh kosong. Alhamdulillah tiada apa yang dirisaukan setelah Mokhtar kembali bangkit meneruskan perjuangan. 

Setelah sekian lama bertahan, akhirnya pintu gol yang dikawal oleh Mokhtar ditembusi jua. Pasukan aku terpaksa menerima kekalahan ditangan UMS. Maka berakhirlah perjuangan team LPPKN ke Sukan Badan Berkanun 2015 di Sabah ini. Tetapi keputusan yang diterima amat membanggakan. Kedua-dua bahagian yang disertai berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan. 

Masih ada 2 hari di bumi Kota Kinabalu ini. Yang pastinya keesokkan paginya trip ke Kundasang seawal pagi. Nantikan ceritera Mendaki Kundasang di posting akan datang. 

Beruniform VS Berjersi

Mereka berjuang kerana lencana di dada mereka. Tidak kira negeri yang diwakilinya bukan lah negeri kelahiran mereka. Tetapi sifat mulia yang ada pada mereka membuatkan semua penyokong tersentuh hati, jiwa dan perasaan mereka. 

Tetapi mengapa? Kenapa? Mereka yang bertugas dek pangkat di bahu tidak mampu untuk respect kepada bendera negeri yang memberi mereka kesempurnaan di dalam kehidupan mereka. 

Pada mulanya di satu kawasan yang meriah dek chant-chant untuk pemain di padang tiada seorang pun anggota keselamatan yang berdiri. Kalau ada pun abang-abang dan akak-akak polis yang memakai vest kuning sememangnya itulah tugas mereka. Tetapi diakhir-akhir separuh masa kedua kelihatan segerombolan sahabat-sahabat beruniform yang memakai helmet di dalam stadium berdiri tegak di hadapan mereka. Tidak cukup dengan itu dilarangnya musibat berbaju hitam untuk melipat bendera pahang yang bersaiz gergasi di atas trek cukup hanya 3 orang sahaja. Kata nya atas arahan orang atasan. Apa kata kalau abang yang berpangkat di bahu lipat sendiri bawak 2 orang lagi yang berpangkat dibahu lipat. 


Ehhhh ada lagi rupanya. Dibuangnya bendera kebanggaan rakyat negeri Pahang ke dalam longkang? Patutkah atau tidak patutkah? Jijik sungguh perangai abang yang berpaku di bahu itu. Nasib baik ada dua orang insan yang masih keletihan beraksi 94 minit di atas padang datang membantu menyelesaikan masalah bendera gergasi negeri Pahang. Tidak terasa malukan abang-abang yang segak bergaya dengan uniform yang bergosok rapi? 

Bagi aku mengangkat tangan ke dahi tanda hormat patut diberi kepada 2 orang insan yang masih berpeluh dengan jersi kuning bukannya pada abang yang kononnya berpaku-paku di bahu. Secara tidak langsung membuatkan tautan kasih sayang kami kepada mereka yang bermain demi lencana di dada semakin menebal tetapi tautan kebencian kepada abang-abang yang poyo bergaya dengan paku-paku dibahu dan dilengan semakin meninggi. 


Bukalah mata wahai abang-abang beruniform sekalian mungkin anda semua terpaksa dek tugas yang diberi tetapi berfikirlah dengan kewarasan yang sejati. Jangan terlalu menjual nama orang atasan kalau hanya nak tunjuk hero di Stadium Darul Makmur kerana sekali suara penyokong berkumandang pastinya haru biru sekalian alam. 




Tuesday, May 5, 2015

Kemenangan Yang Mahal Harganya

30 April 2015 (Khamis)
Hari Keempat

Seawal pagi kami bangun dengan penuh semangat kerana kami inginkan kemenangan. Kerana dengan kemenangan ini akan memberi tiket kepada team bola sepak LPPKN melangkah ke pusingan kedua. 


Pertemuan dengan Universiti Malaysia Kelantan  (UMK) sememangnya dinantikan kerana kami pernah ditewaskan 1-2 oleh mereka semasa Sukanun 2013 di Unimap dahulu. Justeru itu pertemuan pagi ini adalah edisi membalas dendam. 

Goooolllll Team LPPKN berjaya melangkah ke pusingan kedua di Sukanun 2015 setelah berjaya menewaskan UMK dengan jaringan 2-0. Pertemuan pusingan kedua akan diadakan pd sebelah petang iaitu jam 3.30 petang menentang ISN di padang yang sama.

Perkabaran gembira juga diterima daripada team dart LPPKN dimana mereka telah berjaya melangkah ke suku akhir. Maka sasaran mereka telah tercapai. Setelah dapat tahu team dart berjaya mencapai sasaran bebudak bola semakin bersemangat untuk meneruskan cabaran di Sukanun 2015 Sabah ini. 

Permainan pada sebelah petang ditemani dek hujan renyai-renyai dan angin yang kuat tetapi hanya sementara. Kalau dibuatnya panas terik aduh macam mana lah keadaannya. Di separuh masa pertama tamparan hebat diterima oleh team LPPKN di mana kereta kebal kita orang dilanda kecederaan dan tidak mampu untuk meneruskan perlawanan. Sememangnya kecederaan yang dialami oleh Sang Firdaus telah lama dan kali ini untuk kembali cergas mungkin akan makan masa. 

Perjuangan kami diteruskan di separuh masa kedua dengan kedua-dua pasukan masih belum menjaringkan gol. Tetapi tidak lama selepas wisel separuh masa kedua ditiup, pasukan lawan berjaya memperolehi sepakan percuma. Aku bersedia diposisi setelah mengarahkan benteng dibuat. Akhirnya tendangan dari ketua pasukan ISN melambung tinggi melepasi palang gol aku tetapi aku tetap bergerak seperti ingin menyelamatkan keadaan. Tetapi malang tidak berbau aku tersalah landing lalu kaki aku terseliuh dan tersangkut di jaring gol. Ketika itu kurasakan seperti biasa sahaja, hinggalah aku cuba untuk bangun bagi meneruskan perjuangan tetapi aku tidak berdaya. Kaki aku langsung tidak boleh pijak ke tanah. 

Untuk kejohanan kali ini team bola LPPKN hanya bawa seorang sahaja penjaga gol maka tiada pilihan lagi Sang Mokhtar yang pada awalnya adalah posisi penyerang terpaksa mengisi kekosongan yang aku tinggalkan di posisi penjaga gol. Kini team LPPKN hanya ada seorang sahaja pemain simpanan jika ada apa-apa lagi yang berlaku pastinya Manager Ajis tepuk dahi. 

Kesakitan yang aku alami tersangatlah sakit. Sebelum ini aku pernah juga mengalami kecederaan di bahagian ankle tetapi kali ini semakin teruk mungkin kerana dah banyak kali aku terkena di tempat yang sama. Preettt prettttttttt pengadil perlawanan meniupkan wisel perlawanan. Penalti!! Perghhh bagaikan tidak percaya rakan-rakan sepasukan berjaya mengheret pasukan ISN yang serba lengkap hingga ke tendangan penalti. Saat yang mendebarkan kian terasa. Golll ... Menang? Kita menang? Sang Mokhtar yang menjadi bidan terjun berjaya menyelamatkan 2 tendangan pasukan lawan tq mokhtar tq sholin soccer.

Akhirnya kami berjaya melangkah ke peringkat suku akhir dengan serba kekurangan. Terima kasih rakan sepasukan, terutama sang Mokhtar kerana mengisi kekosongan yang aku tinggalkan hasil tindakan kurang bijak aku.

Aku mendapat rawatan di Hospital Besar Likas dan alhamdulillah telah membuat sinaran X doktor mengesahkan hanya tisu sahaja yang koyak. Misi aku selepas itu adalah mencari tongkat untuk memudahkan aku bergerak. Bayangkanlah aku terpaksa memanjat tingkat 5 untuk sampai ke kediaman aku. Tetapi semuanya hampa kerana semua farmasi telah tutup dan cuti sempena Hari Pekerja. 





Cerita hari keempat aku tamatkan dahulu untuk memberi ruang cerita hari ke lima di pusingan suku akhir.

Today Is Matchday

29 April 2015 (Rabu)
Hari Ketiga

Today is match day. Tapi sebelum itu team bola LPPKN menyerang dewan dart di mana team dart LPPKN akan memulakan perlawanan pertama mereka menentang Pelabuhan Labuan.    


Perlawanan pertama menentang UiTM di Padang Sukma Likas. Seperti biasa perlawanan pertama kami menerima kekalahan pertama. Ternyata UiTM lebih bersedia untuk kejohanan kali ini dengan mengalahkan kami 0-2.  


Walaupun kami kalah tapi kami masih ada peluang untuk melangkah ke pusingan seterusnya janji mesti mencapai kemenangan. 

Oleh kerana kekalahan yang kami alami tadi maka kami dikuarantin tidak boleh keluar pada sebelah malam. Dan yang pasti perlawanan kami keesokkan harinya disebelah pagi. 

Sukanun 2015 Sabah game ON

28 April 2015 (Selasa)
Hari Kedua

Bangunnn bangun suara Abang Ajis dah berkumandang. Apa la Abang Ajis ni kalau azan tak pe jugak ni tidak menjerit suruh bangun. Aku terkejut bila tengok jam saat itu. Pukul 5.00 pagi? Biar betul kejut kitaorang jam 5.00 pagi. Sambil-sambil mengaru kepala aku menoleh ke luar. Eh dah nak cerah? Bisik hati aku. Tanpa buang masa aku mencapai tuala dan perkakas untuk mandi. Sekali lagi aku terkejut bila keluar dari bilik air. Ku lihat hari sudah cerah sedangkan jam ditangan baru menunjukkan pukul 6.15 pagi. Waktu kerja di sini sama di semenanjung 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Ini bermakna kehidupan di sini masa riadah petang singkat dan pasti berbuka puasa di dalam kenderaan jika jem.


Hari ini tiada apa program yang menarik cuma di sebelah pagi latihan dan pada sebelah malam adalah acara pembukaan Sukanun 2015 Sabah. Untuk edisi kali ini semua kontigen purata dengan kekuatan yang biasa sahaja di antara 30 - 100 orang melainkan DBKL yang menghantar atlet seramai 268 orang. 

Di hari kedua ni set-set ni sudah mula membeli belah terutamanya memborong mutiara. Aku turut tidak ketinggalan sebab malas nak serabut hari-hari terakhir nanti. Lagipun aku tak ada apa nak dibeli sangat kerana kegawatan ekonomi hanya bergantung kepada elaun yang diberi sahaja. 


Cerita di hari kedua berakhir dengan bungkusan-bungkusan mutiara untuk anak isteri tercinta. 
 

Misi di Sukanun 2015

27 April 2015 (Isnin)
Hari pertama

Akhirnya aku menjejakkan juga kaki ke negeri di bawah bayu iaitu Sabah. Maka lengkaplah semua negeri dalam Malaysia telah aku jejaki. Kedatangan aku di bumi Sabah ini, bukanlah kedatangan untuk bercuti, tetapi ada misi yang aku dukung di bahu ku ini. 

Kontigen LPPKN yang terdiri seramai 25 orang atlet dan 3 orang pegawai akan berjuang ke Sukan Badan Berkanun 2015 yang diadakan di Negeri Sabah. Untuk edisi kali ini hanya 2 permainan yang disertai iaitu bola sepak senior dan dart.  



Pelepasan kontigen LPPKN disempurnakan oleh Yang berbahagia Ketua Pengarah LPPKN, Dato' Dr. Siti Norsilah di Ibu Pejabat LPPKN Kuala Lumpur tepat jam 10.00 pagi. 


Setiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kami terus ke UiTM KK untuk pendaftaran masuk ke perkampungan sukan. Aku menjadi kejutan budaya di Kota Sabah ini. Jam di tangan baru menunjukkan jam 6.00 petang tetapi cuaca bagaikan jam 7.30 malam ni semenanjung. Selain daripada itu keadaan lalulintas di jalanraya Kota Kinabalu ini tersangatlah jemnya. Dan aku perhatikan pengguna-pengguna motor amat kurang. Tidak seperti di bandar-bandar semenanjung dimana motosikal adalah pengangkutan paling penting untuk mengelakkan jem. 



Bayangkan perjalanan yang hanya memakan masa 20-30 minit berlarutan hingga 1 jam setengah ke 2 jam untuk sampai ke UiTM KK. Apabila pendaftaran selesai dibuat kami bergerak ke kolej kediaman. Nah sekali aku terkejut kerana penginapan kami adalah di tingkat 5. Lif tiada yang ada hanyalah anak tangga. Memang fit la aku turun naik turun naik.

Cerita hari pertama tidak habis di sini. Kelaparan mula melanda perut masing-masing, lalu jam 9.00 malam kami semua keluar untuk mencari makan malam. (Jam 9.00 bagaikan jam 11.00 malam di semenanjung).

Kami memilih untuk mengisi perut di area tepi laut di tengah-tengah Kota Kinabalu. Pelbagai jenis ikan, sotong, udang, ketam dan bermacam-macam lagi makanan laut terhidang dengan pelbagai saiz. Aku menjadi geram melihat makanan-makanan yang sememangnya menjadi kegemaran aku, tetapi aku teringat anak isteri di semenanjung. Lalu aku mengambil keputusan untuk memilih makanan yang biasa-biasa sahaja. Selesai makan tibalah masa untuk bayar dan saat inilah aku bersyukur sangat kerana memilih makanan yang sederhana sahaja. Bayangkan kalau aku pilih air buah yang harganya RM8.00 segelas. Sedangkan aku minum kopi O ais sahaja dah RM3.00. Nak buat macam mana kan saat-saat ni lah semua peniaga akan mengambil peluang kerana ramai orang luar datang. 

Selesailah hari pertama aku di bumi Sabah. Untuk cerita hari kedua kita sambung kemudian. Panjanglah kisah kali ni sebab aku berada di Sabah selama seminggu. 

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...