Thursday, September 14, 2017

Fenomena Yang Hilang


Di sebuah lapangan dinding batu yang di bina tinggi dan besar, di hiasi rumput yang menghijau menjadi medan pertempuran mencari sebuah kemenangan. Tersergam indah menanti kehadiran para tetamu untuk mengisi setiap kekosongan ruangan yang ada. Berbekalkan beberapa keping kertas yang pelbagai warna dikeluarkan dari dompet, diberikan kepada sang penjaga untuk menanti balasan dengan sekeping kertas jua sebagai modal untuk melangkah mengisi kekosongan yang ada. 


Setelah lama berehat. Setelah lama sunyi tanpa kedengaran laungan semangat dan tidak tercicir hemburan makian, kini tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk mengembalikan kegilaan diruangan yang telah disediakan asalkan sekeping kertas tadi merupakan modal untuk kembali melangkah dengan penuh semangat.



Kalau sebelum ini tiada ruang sehingga melimpah ruah kenapa tidak hari ini. Kalau sebelum ini berlingkar barisan untuk memasuki dinding batu ini tapi hari ini sambil bersiul dan berpegangan tangan bersama kekasih melangkah masuk. Kemana hilangnya fenomena yang dahulu. 


Perlawanan masih panjang dan pasukan berada di landasan yang tepat untuk menjulang piala danmemberi mata berharga sebagai pencabar. Jadual telah dikeluarkan atau asingkan terus kepingan modal yang hendak digunakan supaya tidak terganggu emosi tatkala insan lain bersuka ria bersama meraikan kejayaan. 



Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...