Wednesday, July 20, 2016

One For All, All For One


Dari Utara ke Selatan, dari Timur ke Barat, dari semenanjung ke Borneo mereka merentasi dengan penuh semangat dan harapan. Pernah suatu masa mereka di beri surat amaran kerana terlalu banyak cuti atau cuti sakit. Pernah suatu masa mereka mengadaikan barangan kesayangan mereka. Pernah suatu masa mereka berhadapan dengan kecelakaan di dalam perjalanan. Pernah suatu masa mereka sugul di pintu rumah kerana kehabisan kesemua pendapatan hanya kerana bola sepak. Mungkin pengorbanan mereka dilihat dari satu sudut yang kecil bukanlah sebesar Stadium Darul Makmur atau sebesar pengorbanan seorang anak menjaga ayahnya yang sedang sakit tenat. 

Tidak ketinggalan para pemain dan kejurulatihan yang bertungkus lumus membanting tulang untuk memberi persembahan yang terbaik. Kadang-kadang tatkala insan lain bergembira bersama keluarga atau dengan aktiviti sendiri mereka terpaksa berjauhan untuk menjadi seorang pemain yang baik. Walaupun sedemikian mereka tetap manusia biasa apabila ditoreh darah merah akan mengalir apabila dicucuk matanya mengalir air yang jernih membasahi pipi. 

Perjuangan masih panjang. Jangan cepat mengalah dan melatah. Perbaiki dari segenap kepincangan. Penyokong, skuad dan pengurusan masing-masing memerlukan antara satu sama lain. 

Sebuah Harapan


Episod kedukaan terus bersambung. Kekalahan dan kemenangan pasti bertuan diantara dua pasukan yang bertemu. Pasukan yang menang disanjung dipuja. Pasukan yang kalah diherdik di maki. Di muka bumi ini, setiap ada pertemuan, pasti ada perpisahan. Jika ada harapan maka pasti jua ada kekecewaan. Dan kalau terdapat kasih sayang pun akan terdetik kebencian. Kalimat-kalimat ini seharusnya yang pertama kali dipelajari oleh setiap orang yang akan, sedang,telah atau berhenti mencintai bola sepak. Agar paham keindahan bola sepak itu tidak semestinya sentiasa berputik mekar. .

Monday, July 18, 2016

Kami Penyokong


Penyokong hadir dari pelbagai latar belakang. Mereka melihat dompet cukup untuk susu anak, bayar bil eletrik dan air maka diasingkan sejumlah kecil kepingan wang di dompet untuk bersama-sama pasukan kesayangan di mana sahaja mereka beraksi. Malah ada yang terpaksa mengasingkan kepingan wang tersebut dengan nilai yang sedikit besar kerana sang anak dan isteri turut menyarung jersi kebanggaan negeri mereka. Justeru itu mereka penyumbang kepada dana bola sepak negeri kesayangan mereka dan penyumbang kepada pembangunan bola sepak negeri. Hadir bukan semata-mata untuk melihat. Hadir bukan semata-mata untuk menyokong. Hadir bukan semata-mata untuk mengeji tetapi hadir untuk bersama-sama mngerakkan fenomena budaya penyokong seantero dunia. Apabila semua seiring dan sejalan maka teguhlah tiang kejayaan. Ayuh sarungkan jersi dengan lencana di dada beserta mafla di bahu dan melangkah bangga walau apa pun yang berlaku. Menang tidak bermegah, kalah tidak mengalah.

Doa Senjata Utama


Penyokong tidak mampu untuk menendang, menanduk, mengelecek bola ke arah gawang gol kerana mereka hanya mengeluarkan duit untuk hadir ke stadium dan menyokong. Sokongan mereka pasti ditagih oleh pemain sebagai penambah semangat untuk mereka bekerja menghadiahkan sebuah kemenangan untuk di bawa pulang melintasi pelbagaj negeri dan daerah. Tidak ketinggalan iringan doa sentiasa diungkapkan dengan penuh tawaduk dan keinsafan. Sesungguhnya kuasa tarikan antara kita sebagai manusia dan maha pencipta "Quranic Law of Attraction". Ayuh penyokong kita satukan hati menadah tangan dan bersama-sama menyokong.

 

Kembalikan


Tidak dapat dinafikan tatkala pasukan berada dipuncak langkah kaki penyokong akan ringan ke stadium tetapi tatkala pasukan tersembam jatuh mereka hadir untuk memenuhi masa terluang mereka. Kembalikan senyuman di wajah para pemain tatkala melangkah masuk ke padang dengan kepadatan penyokong ditambah dengan dentuman drum beserta kemeriahan sokongan kepada perwira yang menyarung lencana di dada. Ianya bukan mustahil kerana bola itu bulat dan mampu bergolek walaupun perlahan melepasi garisan gol.

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...