Monday, March 23, 2015

Usiaku semangkin bertambah


Alhamdulillah di saat ini aku masih lagi berpeluang untuk menghirup udara yang Allah S.W.T. berikan. Di saat ini aku masih lagi dapat melaksanakan semua suruhan yang telah tertulis di dalam Al-Quran. Di saat ini aku masih lagi berkesempatan untuk bersama keluargaku yang tercinta, saudara-saudaraku, rakan-rakanku dan semua kehidupan di muka bumi Allah ini.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan hari lahir kepadaku. Walaupun mereka bukannya mengingati tarikh lahirku tetapi dengan adanya laman sosial mereka menzahirkan ucapan hari lahir kepadaku, terima kasih mukabuku. 

Tetapi hari lahirku kali ini ada sedikit kelainan di mana angkara Sang Aleh telah membuat onar di curva semasa perlawanan Piala FA Pahang menentang MISC-MIFA. Musibat berbaju hitam sudi untuk chant birthday kepada ku. Saat itu terasa bapokkk punya malu. Mana taknya nyayian lagu hari lahir berkumandang di Stadium Darul Makmur . Cepat-cepat aku melarikan diri kerana malu. Tapi itulah pengalaman pertama aku di hari lahirku. Terima kasih Aleh dan terima kasih kepada musibat berbaju hitam di curva Elephant Army.

Kini aku mesti meneruskan kehidupan aku sepertimana azam yang telah aku tanam dan sematkan di dalam diriku. Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah aku dan peliharakanlah azam aku sesungguhnya engkaulah yang maha pemurah lagi maha mengetahui. Amin.

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...