Wednesday, September 19, 2018

Aidilfitri Sang Kecil


Setiap kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang baru di dalam kehidupan mereka. Terutama peluang berkenaan dengan adat atau realiti kehidupan tatkala usia kita sama dengan mereka suatu masa dahulu. Walaubagaimanapun peluang yang diberi itu hendaklah disajikan oleh kedua Ibubapa mereka barulah realiti kehidupan itu menjadi pengalaman baru buat mereka.

Afi Darwisy tidak ketinggalan untuk menikmati sesuatu yang baru di dalam kehidupan beliau. Mungkin ianya adalah sesuatu yang remeh iaitu membuat kuih raya tetapi adakah di zaman hari ini suasana membuat kuih raya menjadi tradisi dari hari ke hari?. So ibu sememangnya suka memasak jadi aku mengambil kesempatan itu untuk memberi pengalaman yang baru buat Afi Darwisy dengan suasana membuat kuih raya.


Ditemani dengan lagu-lagu hari raya kelihatan Afi Darwisy sungguh grmbira dan excited untuk menyiapkan setiap pilihan kuih raya untuk tahun ini. Tetapi di dalam setiap ceritera pasti ada yang membuatkan aku terketawa sendirian. Untuk tahun ini 5 jenis kuih raya telah disediakan oleh Afi Darwisy dan 5 hari jugak lah si kecil ini tidak berpuasa.
"Ayahhh.. Ibu... Sedapnya bau kuih ni" sambil beliau menghidu bau kuih tersebut dalam masa yang sama seketul dah lepas di dalam mulutnya.


Sama seperti hari kedua, "ayah kenapa bau kuih ni sedap sangat ye?". Belum sempat sang ayah menjawab pertanyaan si kecil 2 ketul kuih yang baru di masak selamat di dalam mulutnya. Begitulah ceriteranya di hari ke3 sehinggalah hari ke5.

Pengalaman ini hanya setahun sekali dan kita raikan suasana hari raya tersebut dengan aktiviti yang telah lama kita tinggalkan suatu masa dahulu bersama ayah ibu kita. Mungkin tahun ini kuih raya menjadi tajuk Sang Sperma kali ini. Mana kan tahu untuk tahun hadapan kami boleh membakar lemang atau mengacau dodol.




Tuesday, September 18, 2018

Terbanglah Tinggi



Kehidupan di muka bumi Allah ini hanya lah sementara. Di mana akhirat yang tiada hujungnya. Lantas berikan kasih berikan sayang. Tiada alasan jahil yang diberikan. Belajar semua belajar semula erti kehidupan yang sempurna. Kesempurnaan yang dicari mengajar kita erti penat lelah. 

Kini aku menjejakkan kaki lagi di Kota Kinabalu, Sabah. Negeri di bawah Bayu sinonim dengan nama panggilan ku. Kali ini aku jejaki ke bumi yang kaya dengan khazanah alamnya yang tersendiri. Kaya dengan budi bahasa percakapannya dan kaya dengan kemanisan senyumannya.

Kali ini sungguh berbeza kehadiran ku, di mana hanya bertemankan sebuah beg galas yang hanya mengandungi pakaian untuk 3 hari 2 malam. Tiada lagi deruan roda dari beg merah ku.  Kali ini amat berbeza di mana aku gagahi ke bumi  yang memiliki gunung yang tertinggi  di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu ini dengan wang tunai dari poket sendiri. Terima kasih kepada Bro Joe kerana mendahulukan dahulu pembelian tiket Air Asia AK 5140.

Tatkala mendapat tahu dimana aku berdua sang Afro tidak tersenarai di dalam kesebelasan utama bagi perlawanan terakhir Kumpulan D Unifi Piala Malaysia 2018, aku mengambil keputusan untuk berehat bersama keluarga, tetapi jauh di sudut hatiku untuk turut bersama walaupun sekadar menjadi penonton yang setia bersama. Jari jemariku berlari laju bergandingan dengan kornea mata hitam ku mengintai jika ada harga yang mampu untuk aku keluarkan dari Bank Islam ku. Tapi sayang, seribu kali sayang tiada satu penerbangan pun yang mampu untuk aku gagahi.

Aku positif di mana aku lihat ada musibat-musibat yang cuba gagahi untuk menakluki sebuah negeri yang dikatakan sungguh indah perairannya. Ada yang menjual barangan basikal kesayangan mereka. Ada yang menjual barangan peribadi mereka malah ada yang sanggup menjual air di tepi jalan untuk membawa diri semangat setia bersama ke negeri ini.
Aku bangga dengan mereka. Saat ini terdetik dari hati kecil ku.

"Rezeki Allah itu luas. Jika niat kita baik Insya Allah akan dipermudahkan segalanya", bisik hati ku.

Sesungguhnya bukan alasan yang dicari tetapi kaedah penyelesaian yang ditagih bagi merealisasikan impian yang diidamkan. Alhamdulillah apabila mendapat persetujuan dengan sang rambut Afro dengan di bantu oleh Bro Joe jari jemari ku akhirnya terhenti di masa 1355 pada 15 September 2018 dan 1025 pada 17 September 2018. Nama dan pengenalan diri di isi begitu juga sang afro. Ianya tidak terhenti begitu sahaja sang afro dengan tegas memberi amaran kepada ku. Amaran apa tidak. Perlu lah aku jelaskan di lebaran ini kerana bimbang menjadi bahan viral mengalahkan viral Bobo Di Mana. 

Tiba dihari yang dijanjikan berbelas panggilan tidak ku jawab heheheh jangan marah saudara-saudara aku tidak sedar. 4 biji tayar bergolek deras merentasi Lebuhraya Pantai Timur. Segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan sehinggalah pesawat yang gagah membawa ratusan pelancong menjatuhkan tayarnya ke landasan. Alhamdulillah sekali lagi semuanya berjalan seperti yang dirancang kerana Bro Mahapson juga telah sampai untuk menculik kami berlima selama 3 hari 2 malam di tanah tumpah darah beliau.

Aktiviti telah di atur, niat telah di pasang. Strategi telah direncanakan. Tunggu masa dan ketikanya sahaja. Kunci bilik telah selamat di dalam beg. Perut telah di isi dengan makanan seafood Sabahan.  Badan perlu dicas semula kerana hari esok pasti peluh-peluh jantan ku akan merembes keluar.

Jam 6.00 pagi di Kota Kinabalu bagaikan jam 10 pagi di semenanjung membuatkan aku terjaga dengan sendirinya. Persiapkan diri kerana sepanjang hari ini pasti kesibukan melanda. Lokasi pertama adalah di Shangri-La Hotel menghantar barang yang di pesan oleh seseorang. Maka bermula liku-liku perjalanan di negeri yang sungguh asing di dalam kehidupan ku.

"Haaa Korang datang hari ni kenapa..? Game esok", tiba-tiba terpacul dari mulut Pablo yang sedang menikmati keindahan di ruang legar hotel.
Ku sangka kan gurauan tetapi rupanya ianya adalah kenyataan.
"kemungkinan besar game malam ni tunda esok", di perjelaskan lagi oleh Pablo.

Tersentap 6 musibat yang hadir dengan niat kali ini untuk memberi sokongan. Untuk menikmati keindahan rentak tari di padang nan hijau. Tetapi tahap positif di minda kami mengatakan kerja gila untuk tunda maka perjalanan diteruskan dengan satu perasaan yang bercampur baur. Telefon bimbit sentiasa di tangan bukan untuk live IG tetapi untuk mendapatkan info terkini tunda atau tidak.

Laluan Jambatan Tamparuli kami lalui ditemani dengan nyanyian yang sungguh indah. Pendakian kian bermula menuju ke kaki Gunung Kinabalu. Pemanduan berhemah daripada Bro Mahapson memberi kami masa untuk menikmati keindahan ciptaan yang maha esa. Ixora hitam bertayar 4 berhenti di Nabalu memberi sedikit buah tangan untuk di bawa pulang ke semanjung sambil di hiasi senyuman menawan Sumandak Susu Kurma.



RM3 sekepala di kira bagi memasuki kawasan Pendakian Gunung Kinabalu setelah selesai di Nabalu. Di sini segalanya terjawab. Di sini hancur hati yang Lara. Di sini berkecai cita-cita. Secara rasmi perlawanan yang di jadual kan pada malam ini diantara Sabah FA menentang Pahang FA di tunda kepada 17 September 2018 iaitu Isnin. Tatkala berita ini diterima saat itu juga 14 musibat hitam baru touchdown ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Apa perasaan mereka? Suatu perasaan yang bagaikan dihiris sembilukisan.

Telefon di sambar lalu aku menelefon rakan di bahagian yang sepatutnya. Maka jawapan yang aku terima adalah masih tengah berbincang. Apabila melibatkan Kerajaan negeri maka perbincangan yang dahulunya bagaikan mengunyah kuaci stadium kini menjadi setegang zakar sebelum berasmara dana. Segala perancangan ku batalkan sambil aku menjeling ke arah Bro Joe, Amir Gbone, Ustaz Chenko, Bro Mahapson dan Sang Goku. Ikatan persahabatan dan respect each others membuatkan aku membuat keputusan untuk setia bersama mereka di lapangan latihan skuad bimbingan Ketua Jurulatih Pablo setelah dipersetujui bersama Dato SA sebagai pengubat kekecewaan mereka hadir tetapi perlawanan di tunda.

Terasa kosong di minda, terasa pedih di jiwa, terasa sakit di hati. Malam yang sepatutnya kami bermandi peluh dan kehilangan suara menjadi malam yang membuatkan kami tersadai di dalam bilik. Keindahan waterfront dan Dataran Todak menjadi pengubat kedukaan tetapi hakikat sebenarnya tidak sedikit pun mengurangkan peratusan kesedihan kami.


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku percaya sememangnya Pahang tidak pernah memilih jalan mudah untuk bergelar juara. Likuan perjalanan membuktikan komitmen yang jitu beserta ketabahan hati mereka di dalam mengharungi suka duka kancah Liga Malaysia.
Aku memandang tinggi kepada musibat dan penyokong yang terbang ke Stadium Likas. Aku berbangga kerana ada di kalangan sahabat aku yang sanggup merempuh onak duri. Aku tabik melantun-lantun kesungguhan mereka. Biarpun dikatakan hanya liga kampung. Hanya Liga sarkas. Hanya hebat di tempat sendiri. Hanya pelengkap jadual yang di raikan. Tetapi mereka hadir kerana SETIA BERSAMA mereka kepada pasukan kesayangan mereka. Mereka berhak untuk lantang bersuara biarpun hanya kepada pasukan negeri bukan negara. Mereka wajib mempersembahkan rentak tari yang songsang kepada badan induk yang merencanakan permainan ini. Dengan satu harapan untuk memberitahu mereka bahawasanya suara penyokong itu patut didengari bukan sekadar mengaut keuntungan dari poket mereka yang semakin menipis.


Terbang lah tinggi ke angkasa... 
Tunjukkan pada semua pada dunia....

Wednesday, September 5, 2018

Kembalikan Idea Ku

25 Disember 2017 hari terakhir aku main conteng-conteng di laman digital ini. Selepas itu aku ketandusan idea untuk menconteng dan juga untuk berkarya. Kini tiba masa untuk aku kembali menjadikan hamparan digital putih ini sebagai medan untuk aku bercerita, meluangkan, memberi tahu dan sebagainya. Salam kenal kepada semua.


Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...