Wednesday, September 11, 2013

Disebalik kisah Kuala Lipis menjadi ibu negeri 1888



Ringkasan Salasilah
Pada pertengahan kurun ke-19 tanjung disebelah kiri hilir di Sungai Lipis ada sebuah kampung. Ianya dimiliki oleh Haji Wan Daud bin Wan Pahang yang dikenali sebagai Orang Kaya Setia Raja pada 30 Dis 1863.
Kedudukan Orang Kaya Haji di Tanjung Kuala Sungai Lipis mula terancam apabila Inggeris diterima menjalankan pentadbiran negeri Pahang yang bermula pada 1 Julai 1888. Ini adalah kerana tiada beberapa lama selepas J.P.Rodger menjadi Residen Pahang beliau telah mencadangkan hendak memindah pusat pentadbiran dari Pekan ke Kuala Lipis. J.P.Rodger berharap dengan jalan itu maka dapatlah Hulu Pahang yang banyak mengeluarkan emas, dijaga lebih sempurna, lagi pula Kuala Lipis adalah lebih dekat dengan Kuala Lumpur benbanding dengan Pekan.
Cadangan kerajaan hendak memindahkan pusat pentadbiran dari Pekan Ke Kuala Lipis itu amat mendukacita Orang Kaya Haji. Beliau tidak bersetuju sangat kerana beliau tahu apabila pusat pentadbiran dipindahkan ke tempat yang dipilih itu tentu sekali kampungnya akan dimasukan ke dalam rancangan itu. Orang-orang besar Hulu Pahang yang lain tidak juga bersetuju dengan rancangan kerajaan itu. Ini ialah kerana mereka percaya apabila pusat pentadbiran dipindahkan ke Hulu Pahang tentulah susah mereka hendak menjalankan kerja yang biasa mereka lakukan seperti mengutip cukai dan sebagainya.
Walaupun telah diketahuhi bahawa Orang Kaya Haji tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan itu W.C Michell berusaha dan berjaya mendapat persetujuan anak-anak Orang Kaya Haji. Anak-anak orang Kaya Haji yang diketuai oleh Wan Lingga bersetuju menerima bayaran sebanyak $200.00 sebagai harga tanah kepunyaan Orang Kaya Haji. Apa yang dilakukan oleh anak-anaknya itu menambah marahnya Orang Kaya Haji hinggakan dia jadi seolah-olah seperti orang gila.
Disebabkan terjadi perkara yang tidak dingini maka pihak Inggeris telah meminta jasa baik Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai(Tok Raja) dan Orang Kaya Indera Setia Raja Gajah Pahang (Tok Gajah) untuk menyelesaikan perkara itu denga Orang Kaya Haji. Dengan tidak berlengah lagi maka Tok Raja Wan Muhamad menemui Orang Kaya Haji dan bercadangkan supaya diadakan suatu perundingan. Cadangan Tok Raja itu dipersetujui oleh Orang Kaya Haji.
Ia diadakan si sebidang pasir disebelah hulu Kuala Sungai Lipis. Di atas pasir itu Tok Raja telah memakat supaya Orang Kaya Haji bersetuju dengan rancangan kerajaan itu.Tok Raja menjelaskan iaitu Orang Kaya Haji akan diberi tempat lain sebagai ganti tanahnya yang akan diambil oleh kerajaan.
Sungguhpun berbagai hujah dikemukakan oleh Tok Raja dan juga Tok Gajah sebagai memujuk Orang Kaya Haji supaya bersetuju dengan rancangan kerajaan itu akan tetapi beliau (Orang Kaya Haji) masih berkeras. Sesudah Orang Kaya Haji menjelaskan pendirianya dengan berkata “Pantang tarik puntung, sebelum padam nyala”. Dengan kata-kata demikian, maka Orang Kaya Haji pun meninggalkan pakatan tersebut.
Dengan keputusan yang dibuat oleh Orang Kaya Haji itu maka hapuslah segala harapan hendak menyelesaikan masalah tanah di Tanjung Sungai Lipis itu dengan jalan pakat.Perkara itu dimaklumkan oleh Tok Raja kepada pihak yang menyerahkan urusan itu kepadanya.
Pihak Inggeris tidak puas hati dengan perbuatan Orang Kaya Haji itu. Sebab itu pihak Inggeris telah membuat fitnah dengan menyatakan Orang Kaya Haji itu gila.Kesudahanya Orang Kaya Haji ditembak mati dihadapan rumahnya dalam tahun 1889 itu juga. Jenazah Orang Kaya Haji, Haji Wan Daud bin Wan Pahang, di kebumikan di Tanjung Rambai, disebelah kanan hilir Sungai Lipis lebih kurang 2.5 batu dari kawasan rumahnya ditanjung sebelah kiri di Kuala Lipis.
Dengan terbunuhnya Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud bin Wan Pahang(Orang KayaHaji) dalam tahun 1889 itu maka matilah hulubalang Pahang yang pertama menentang campur tangan Inggeris di Pahang. Jang Aisjah Muttalib di dalam bukunya berjudul “Pemberontakan Pahang 1891-1895” 1972 menulis diantara lain seperti berikut:
“Walaupun perlawanan Orang Kaya Haji adalah satu perlawanan seorang gila tetapi perlawanan itu dilakukan terhadap Inggeris yang menceroboh menggangu haknya”
Pembunuhan ke atas Orang Kaya Haji amat mendukacitakan Sultan Ahmad. Berhubung dengan perkara ini W.Linehan didalam sejarah Pahang JMBRAS VOL.XIV,Pt May 1936 menulis seperti berikut.
“The Sultan was deeply distreed at the death of acheif who had bee one of his most staunch adherents in the past and in after –year when it was suggested that the capital of Pahang shouid be changed to a more suitable site, Ahmad declared that he would never agree to the abandoment of Kuala Lipis as the ground had been hallowed by blood-shed”
KOMEN
“Betullah cerita orang tua di Lipis...” : Dataran Lipis, Tapak Rumah Pegawai Daerah Lipis merupakan sebahagian tanah Orang Kaya Haji yang telah diambil oleh Inggeris dengan sungguh ‘tragic’. Wan Jamaludin Wan Bidin dalam tulisannya : Peminggiran sejarah Orang Kaya Haji berlaku apabila Orang Kaya Haji atau lebih tepat pemangku selepasnya serta pengikut-pengikutnya “dianggap” sebagai penentang atau pemberontak kepada Inggeris dan Sultan. Lantaran itu sejarah dan kisah hidupnya dianggap tidak penting lagi. Nama besar Orang Kaya Haji terus dipinggir terutama selepas perlantikan Wan Muhammad sebagai Maharaja Perba Jelai pada 1882.
Rujuk:
Dato Haji Zakaria bin Hitam – Asal Usul Nama Tempat Bersejarah Negeri Pahang

Sembang kedai kopi

Hari ni 11 September 2013, hari Rabu bersamaan 5 Zulkaedah 1434 hijrah. Hari ni jugak kawan ditugaskan di UTC Pahang Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (LPPKN). Dan seperti biasa kawan akan melepak sebentar di Terminal Tomyam utk bersarapan pagi. Hari ini ditemani dengan sahabat kaunter JKM. Setelah berborak panjang sampai ke satu isu yang mengejutkan pankreas kawan.

Sahabat : "Kawe sebelom ni di RKK Kuantan", ujar beliau untuk memulakan isu 
Kawan  : "ohhh kawan dok leh la kerja situ sedih seh mengadap ke bebudak yang kecik lagi takdok                             ibubapa ni", ujar kawan sambil mengelengkan kepala.
Sahabat : "Kawe pun dok leh gok sebab tu kawan ditempatkan di unit asrama, dok mengadap lah bayi-bayi                  ni", balas member kawan ni.
Kawan  : "Dulu masa buat program kat sana kawan masuk sekejap jer, dok leh lama-lama", balas kawan
Sahabat : "Cuba aok fikir Roll (nama panggilan kawan dibibir beliau) ada sesetengah surat beranok diaorang                  ni, kat hagian tempat lahir tu ditulis dimana diaorang dijumpai", maklum beliau
Kawan  : "Eh guane tu,? Dok paham kawan?", sambil membetulkan kedudukan punggungku
Sahabat : "Contoh dok kalau anak tu jumpa kat ladang kelapa sawit, so nanti dekat surat beranak dia akan                    tertulis tempat lahir anak ni ladang kelapa sawit", ujar beliau
Kawan  : "peh biar betul weh?", kawan sekali lagi membetulkan punggungku
Sahabat : "Yolo, sungguhni kawan tengok sendiri kat sijil lahir bebudok ni", sambung beliau dengan serius

Perbualan terhenti setelah jam menunjukkan tepat jam 10.00 pagi. Kami kembali ke tingkat 3 setengah untung menyambung tugasan kami. Tetapi sepanjang perjalanan di fikiran kawan hanyalah kisah di kedai kopi tadi. 

..."kalau jumpa anak yang tidak mempunyai dokumen kat ladang kelapa sawit maka di surat beranak anak tersebut akan tertulis ladang kelapa sawit. Nanti bila si anak ni dah besar tengok surat beranak dia ...Tempat lahir ... Ladang Kelapa Sawit, apakah perasaan anak kecil ini? Emmm kalau ladang kelapa sawit ok lagi la kot tapi kalau terjumpa bayi di tepi tandas, dalam longkang atau di mana sahaja tempat yang tak logik ditinggalkan adakah pihak pendaftran akan tulis di bahagian tempat lahir anak tersebut, tepi tandas atau dalam longkang atau sebagainya???..." (betul-betul menghantui diri kawan ni)

Peh bayangkan bila anak tersebut dah besar nak mintak belajar ker nak mintak kerja ke atau apa jua kegunaan surat beranak tersebut, mau terjuling mata orang yang melihat tempat lahir dalam longkang.... Perasaan anak tersebut apa tah lagi kompom tangkap leleh dan besar kemaluannya (eh jangan fikir lain ye).

Justeru itu kawan berharap sangat lah ye pada manusia-manusia kat luar sana jangan lah hampiri zina dan jangan lah buang anak tersebut merata-rata. Kalau dah terbuat dan tak nak sangat anak tu letak la tempat yang sepatutnya contohnya di Istana Budaya ker, UTC Pahang ker, Pantai Teluk Cempedak ker atau tempat-tempat yang sedap ditulis oleh pendaftaran di bahagian tempat lahir tu. 

Anak anugerah dari Allah maka sayangilah dia. 

Monday, September 9, 2013

Pestabola Merdeka 2013


Pestabola Merdeka suatu ketika dahulu merupakan acara tahunan kalendar bolasepak negara yang berprestij dan mendapat perhatian dan pasukan dari negara yang kuat untuk menyertainya.

Antara pasukan yang pernah menyertai Pestabola Merdeka sejak dianjurkan pada 1957 adalah Korea Selatan, Indonesia, Myanmar, Algeria, Pakistan, Ghana, India, Taiwan, Jepun, Maghribi, Iraq, Uzbekistan, New Zealand, Bosnia Herzegovina, dan beberapa kelab dari Brazil dan Argentina.

Justeru itu, Pertandingan bola sepak yang berprestij ini kembali dihidupkan selepas hampir 5 tahun tidak diadakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kini Pahang Darul Makmur menjadi tuan rumah untuk menerima kunjungan pasukan - pasukan yang bertanding.

Bagi Pesta Bola Merdeka 2013, akan disertai 3 pasukan antaranya Thailand, Singapura dan Myanmar serta Malaysia yang akan diwakili oleh skuad Harimau Muda A.

Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee akan membawa cabaran negara berikutan skuad kebangsaan kendalian K.Rajagobal akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang China pada September ini.

Pada 2008, iaitu tahun terakhir Pesta Bola Merdeka dianjurkan, skuad Bawah 23 Vietnam muncul juara selepas menewaskan skuad negara yang ketika itu dibimbing B. Sathianathan melalui sepakan penalti 6-5 apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Kali terakhir skuad kebangsaan menjadi juara Pestabola Merdeka adalah pada tahun 2007 menewaskan Myanmar 3-1 di final.

Walau pun kejohanan ini merupakan kejohanan yg berprestij tetapi ianya hanya berprestij pada nama. Dahulu penyertaan sangat mengalakkan, tetapi kini hanya beberapa negara malah pemilihan pemain hanya sekadar kadar sahaja.

Sahabat kawan ada memberi pendapat mengenai Pestabola Merdeka ini kenapa tidak dapat sambutan. Dahulu Korea, Jepun dan negara-negara lain mempunyai keinginan yang tinggi untuk bermain dengan pasukan Malaysia. Tetapi kini taraf mereka jauh dihadapan meninggalkan kita di belakang. Malahan mereka tidak langsung toleh kebelakang. Begitu juga dengan promosi dan harga tiket yang tidak kosisten penjualannya dan hebahannya. 

Walaubagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat dan cintakan bola sepak tanah air, ayuh kita penuhkan stadium demi Malaysia Tanahair tercinta.

Sunday, September 1, 2013

Permata hati ku .... Sang Anak

Anak, satu anugerah yang tidak ternilai buat semua yang bergelar seorang ibu dan bapa. Bohonglah kalau tiada seorang pun yang tidak inginkan anak. Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka.

Melihatkan pada senario yang berlaku pada waktu sekarang, apakah ini yang dinamakan manusia? Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita penemuan bayi yang dibuang oleh orang yang bergelar manusia. Layakkah dia digelar Manusia?? Anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini ditinggal, dibuang, dibunuh, dicampak oleh mereka yang bergelar Manusia!! kemana pergi naluri seorang ibu dan bapa?! Mendengar berita penemuan mayat bayi yang dibuang, cukup untuk membuat aku mengalirkan airmata. Kenapa? kerana aku merasakan mereka merupakan insan yang bertuah dikurniakan cahaya mata, bukan seperti aku atau pasangan lain yang masih belum menimang cahaya mata sendiri. 

Bagi mereka yang mempunyai anak, ingatlah seorang anak mempunyai isi hati yang mana kadang-kadang mereka sendiri tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata apakah maksud luahan hatinya itu. Mahu tidak mahu kita perlu memahami isi hatinya supaya dapat membentuk anak-anak kita dengan acuan yang benar-benar kita inginkan. Sikap anak-anak tidak sama. Namun isi hati mereka mungkin tidak jauh berbeza. 

Ada sebuah kisah dan tauladan di mana perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya  dengan Allah S.W.T.  

Bayi tu bertanya kepada Tuhan : "Para malaikai disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia. Tetapi bagaimana cara saya hidup disana? Saya begitu kecil dan lemah."
Tuhan menjawab: " Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.  
Bayi bertanya lagi: " Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa. Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia" 
Tuhan menjawab:" Malaikatmu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia disana". 
Bayi bertanya lagi: " Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?"
Tuhan menjawab: "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata".  
Bayi bertanya lagi: " Apakkah yang boleh saya lakukan ketika ingin berbicara kepadaMu?"
Tuhan menjawab: ''Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu." 
Bayi bertanya lagi: " Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?".
Tuhan menjawab: " Malaikatmu lah yang akn melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.". 
Bayi bertanya lagi: " Tapi saya akan merasa sedih kerana tidak dapat melihatMu lagi".  
Tuhan menjawab: "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu,walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu." Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran. 
Dan Sang bayi bertanya perlahan: " Tuhan , jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang kamu maksudkan itu?''.
Tuhan menjawab:  "kamu akan memanggil malaikat sebagai 'IBU'. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan Ibumu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa . Dialah satu satunya hartamu yang tiada galang gantinya , didunia mahupun di akhirat. Akhir sekali kepada Ibu ibu termasuk diri saya sendiri , Ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anakmu yang sedang membesar . Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kakimu.






Sebuah Kemerdekaan

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara. 

Menjadi tanggungjawab masyarakat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.
Masyarakat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh. 

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh masyarakat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE - 56 




Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...