Wednesday, July 29, 2015

Sejarah tercipta Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat


Bila kita terbaca atau terdengar perkataan dipecat atau dilucutkan jawatan sememangnya ianya adalah suatu perkara yang sangat serius. Lebih-lebih lagi jawatan atau pangkat itu adalah dikalangan golongan orang-orang atasan. 

Hari ini 28 Julai 2015, Malaysia telah digemparkan dengan pemecatan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diganti oleh Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga memegang potfolio Menteri Dalam Negeri. Selain daripada itu Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak juga telah melakukan rombakan kabinet dimana 4 lagi menteri telah digugurkan. 

Dikhabarkan rombakan yang dilakukan ini adalah untuk mengukuhkan lagi pentadbiran negara dan sebagai persediaan untuk pilihanraya akan datang. Walaubagaimanapun terdengar juga dari hujung-hujung telinga tentang isu pertikaian terhadap syarikat perlaburan strategik kerajaan 1MDB yang didakwa berlakunya peryelewengan. Selain daripada itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak memihak dan mempertikaikan kepimpinan Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak. 

Tindakan drastik yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ini telah menjadi bualan semua masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya. Adakah sejarah ini akan tertulis di dalam buku Sejarah anak-anak kita generasi akan datang ini? Sesungguhnya dunia politik hari ini sungguh menakutkan dan sungguh mencabar. 

Selama ini kita hanya memperkatakan tentang politik-politik negara luar seperti Indonesia, Thailand, Israel dan sebagainya. Tapi hari ini politik di Malaysia juga tidak kurang panasnya dan tidak kurang hebatnya. 


Sunday, July 26, 2015

Bunga Api

Ayahhh!!! Nak buanga api!!! Nak bunga api!!! Itulah permintaan sang kecil apabila ternampak bunga api yang dijual di bazar Ramadhan atau pun di mana-mana sahaja. Aku bukan tak nak beli bunga api tu pada sang kecil, tapi aku malas nak main sorang-sorang. 

Sang kecil ni sebenarnya bukan nak main sangat bunga api sebab dia takut nak pegang. Bila aku ajak main dia kata bahaya. Pandai pulak dia kata bahaya. Malam sebelum raya di rumah atuknya puas aku suruh pegang dan main bersama sepupu-sepupunya. Tetap tak nak, yang dia main hanya mercun bawang (pop pop). Kelakar aku melihatnya, badan dah besar tapi main mercun baling meletup, baling meletup. 

Hari raya pertama pada sebelah petang aku dan keluarga balik ke Kuala Lipis. Pada sebelah malam itu, tiba-tiba sang kecil memegang bunga api seperti ingin bermain. Aku ajar bagaimana untuk bermain bunga api dan akhirnya sang kecil memecah rekod dengan bermain bunga api sehingga abis stok yang aku beli dan dapat. 

Afi Darwisy .... Afi Darwisy..... Kau semakin membesar sayang.



Friday, July 24, 2015

#VapeOn

 
Bila bercakap tentang Vepor ni suatu masa dahulu aku sudah memilikinya. Bukan satu tapi tiga jenis dah tak ingat dah aku apa ke benda namanya yang aku ingat hanya Bolt. Beratus aku beli sebagai kaedah untuk aku berhenti rokok  dan kononnya mengikuti trend zaman itu.  Bukan setakat on vepor untuk diri sendiri siap racun orang lain suruh beli. 

Yang bestnya antara orang-orang yang aku racun untuk beli Bro Razak dengan Bro Isa. Dua orang rakan sepejabat aku yang tersangat tegar menghisap rokok. Sorang Dunhill sorang lagi Surya. Last-last sekali mereka berhenti rokok dan berhenti Vepor. Kesnya Bro Razak sebab payah nak cari perisa yang sedak zaman tu, manakala Bro Isa tangki pecah aku malas nak baiki. 

Aku? Hehehe. Bila bercerita tentang Vepor aku agaknya dah jadi debu di pusat pengumpulan sampah atau kena rembat dek imegresen Singapore. Masa tu aku siap bawak ketiga-tiga vepor yang aku ada. Perjalanan ke Singapore adalah untuk menyaksikan perlawanan Pahang bertemu Singapore di Stadium Jalan Besar. 

Dengan slumber aku declare vepor yang aku bawa. Terperanjat imigresen yang checking barang-barang aku. Mungkin sebab bolt aku tu besar dan berat. Tak pasal-pasal aku kena ke dalam kejap. Masa tu debor jangan katalah berdegup laju jantung aku. Duit mana ada bak bayar saman. Last-last nasib baik diberi amaran jer tapi barang kena rampas. Menyumpah seranah aku tak pasal-pasal bebudak lain kena tunggu aku dan kami sampai ke stadium sedikit lewat. 

Sejak peristiwa kena rampas tu aku tak beli yang baru dan lama jugak lah aku tak berasp baik rokok atau vape on member. Sehinggalah satu saat tu aku kembali merokok tapi tukar jenis. Pada mulanya Malboro Light bertukar kepada Sallem menthol soft pack. 

Kini penjualan vepor semakin berleluasa. Merata-rata diaorang bukak kedai untuk memenuhi permintaan geng-geng vepor yang semakin ramai. Aku sendiri dah tak tahu nak bervep semula ke tak. Tapi bila difikirkan tentang harga Salem Methol Soft Pack dan kekerapan aku membeli membuatkan aku seperti untuk memiliki vepor kembali. 


Monday, July 13, 2015

Plaza Low Yatt Bermandi Darah

Sekarang kecoh satu Malaysia tentang seorang pembeli Melayu dikatanya menjadi mangsa penipuan barangan telefon bimbit di Plaza Low Yatt. Bermula dengan pergaduhan di antara Melayu dan Cina akibat ketidakpuasan hati kerana didakwa ditipu barangan buatan China bukannya barangan original. 

Setelah dipukul oleh sekumpulan geng dari pihak penjual, kemudian di hari kedua berkumpulan yang datang untuk 'repeat' kerana ingin menegakkan keadilan. 


Dari satu tempat penjualan barangan yang sangat terkenal kerana pelbagai pilihan dan harga yang berpatutan, hari ini ianya terkenal kerana pertumpahan darah antara dua kaum. 

Pada hakikatnya tidak dapat dinafikan peniaga-peniaga ada yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih maka mereka penjual barangan yang bukan original tetapi mempromosikan seperti ianya adalah barangan original. Baik Cina, Melayu, India semuanya bagi aku sama sahaja. Apabila hati telah dipahat dek ketamakan  dan mengejar keuntungan yang berlipat kali ganda, maka sifat hormat-menghormati dan tatasusila masyarakat Malaysia pupus dan hilang begitu sahaja. 

Tidak dapat dinafikan juga apabila satu pihak inginkan keadilan tentang barangan  yang dibeli hasil duit titik peluh mereka serta satu pihak lagi mempertahankan perniagaan mereka. Tapi satu aku harapkan tiada perkataan anti perkauman yang akan timbul. Cukuplah peristiwa 13 Mei 1969 menjadi sejarah hitam dalam kamus Malaysia. Sekarang kita dibawah satu bumbung iaitu Malaysia, yang berbilang kaum, berbilang etnik dan berbilang bangsa. Tidak salah untuk memperjuangkan nasib mereka yang ditindas malah ianya menjadi lumrah kehidupan. 

Mungkin hari ini kita menang dek kerana segerombolan yang datang menyerang dengan dendam yang terpalit di dalam hati mereka tetapi pernah tak kita fikirkan jangka masa akan datang di mana urusan jual beli ini sentiasa akan menjadi keperluan di dalam kehidupan kita. 

Sebab itu aku hanya beli barangan yang mahal harganya di kedai-kedai yang kita kenal dan sudah biasa dengan aktiviti penjualanya. Atau sebelum membeli sesuatu barang kita telah kaji sekurang-kurangnya untuk mendapatkan sedikit ilmu supaya kita tidak ditipu. 


Aku menconteng bukan untuk menyembelahi mana-mana pihak, tetapi aku menconteng kerana aku sayangkan tanahairku Malaysia yang dikenali sebagi negara yang aman makmur dalam pelbagai aspek. 


Sunday, July 12, 2015

Jangan Terlalu Angkuh


Lama aku tak ada idea untuk menconteng di sini. Hari ini aku tak ada idea jugak tapi aku buat-buat rajin untuk mengisi tarikh hari ini untuk aku menconteng. 

Bangun sahaja aku dari tidur aku capai telefon canggih dan mahal aku. Semua laman sosial aku bukak. Ramai yang post tentang Afrika, long ball, perancangan 5 tahun, juara Piala Malaysia. Boleh dikatakan bila scroll sahaja semua laman sosial ni semuanya bercakap tentang 4 perkara tersebut. Ohhh sesungguhnya aku tersangatlah ketinggalan zaman. Di dalam kesibukkan aku tak sempat untuk mengetahui kisah yang dicipta untuk menambahkan kebencian terhadap mereka. 

Mengapa perlu seorang yang mempunyai status tersangatlah tinggi jika ingin dibandingkan dengan orang lain mengeluarkan ayat-ayat yang membolehkan perkataan bodoh dilemparkan kepadanya dan menambahkan kebencian terhadapnya. Cukup-cukuplah selama ini perbuatan beliau sudah membuatkan mana-mana individu mengutuk dan mengeji beliau. Apa yang beliau cari sebenarnya? Kedudukan? Ternyata sudah tidak boleh disangkal lagi kerana ternyata darjatnya sangat tinggi jika ingin dibandingkan dengan aku yang kerdil ini. Populariti? Sudah pasti beliau tersangat popular dari mana-mana pucuk pimpinan yang ada di dalam dunia bola sepak hari ini. Kepuasan? Tidak cukup puaskah beliau dengan apa yang telah beliau miliki hari ini? 

Bagu aku sebenarnya aku hanya berbangga dan hormat beliau kerana perubahan yang telah beliau laksanakan untuk peminat bola sepak, iaitu kecanggihan dan kehebatan stadium yang tidak ada pada mana-mana stadium di Malaysia. Tapi itu sahaja lah selebihnya dalam 97% lagi, aku langsung tidak menghormati beliau. Walaubagaimanapun aku akur dengan setiap perbualan dan bual bicara beliau. Darah muda yang mengalir di dalam diri beliau dan mungkin baru mengenal apa itu bola sepak membuatkan beliau sentiasa ingin tampil dengan komen-komen serta penjelasan yang serba sedikit terkena pada batang hidung beliau sendiri. 

Jagalah tepi seluar sendiri dan bangunkanlah apa yang dipegang dengan sikap yang lebih rasional dan merendah diri, tidak perlu untuk mencanang dan memperli insan lain. Betul lah hastag yang digunakan sekarang ini, #BilaHatiSudahHitam. 

Pasukan sendiri terumbang ambing, malah ingin mencari 3 mata pun susah ada hati ingin menjaja periuk nasi orang lain. Aku perhatikan sahaja isu-isu yang selalu timbul takkala hari ini. Separuh dari apa yang diperkatakan itu kadang-kadang memakan diri sendiri. Aku tepuk tangan jerlah kerana air yang diludah pelepet terkena batang hidung sendiri. 

Petang tadi aku sempat bertanya kepada mamat Afrika sorang ni bahawasnya ada insan tertinggi darjatnya tidak menyukai beliau. Jawapan yang dijawab hanya 3 patah perkataan sahaja iaitu "I Dont Care" steady steady mamat Afrika. 

Pesanan aku cukup-cukuplah buat perkara bodoh atau pandir. Carilah perpaduan dikalangan peminat bola sepak tanah air. Jangan terlalu angkuh atau menunjuk-nunjuk kerana perbezaan darjat yang kau miliki hari ini. 

Wednesday, July 8, 2015

Selamat Tinggal Teman


"Woiiii !!!! Padam api tu", kedengaran suara yang datang dari arah trek stadium. Kelihatan kelibat seorang yang bertubuh sasa dan besar berlari ke arah teres atas lalu memegang leher Boy (bukan nama sebenar) yang ketika itu sedang asyik membakar suar selepas tamat perlawanan. Itulah pertama kalinya seorang musibat Elephant Army ditangkap dek kerana membakar suar. 

Tetapi selepas kejadian tersebut beliau banyak membantu musibat-musibat berbaju hitam ini dari pelbagai aspek kecuali penyeludupan barang-barang terlarang. Beliau banyak memudahkan setiap pergerakkan musibat berbaju hitam di luar stadium mahupun di dalam curva. Beliau juga adalah sebagai perantaraan di antara musibat berbaju hitam dengan pihak pengurusan Stadium Darul Makmur sekiranya ada masalah-masalah yang perlu diselesaikan. 

Kalau dikira memang tiada siapa yang mengenali beliau di Stadium Darul Makmur tersebut, tetapi bagi musibat berbaju hitam beliau adalah insan yang paling banyak membantu. Siapakah yang aku maksudkan? Beliau ialah Ahmad Zamani Ariffin a.k.a. Bob/John Pembantu Am di Perbandanan Stadium Darul Makmur yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir minggu lepas akibat jangkitan kuman di dalam badan. Di bulan yang baik dan penuh barakah ini beliau meninggalkan kesemuanya hanya amalan yang dibawa.

Perginya beliau sangat dirasai oleh musibat berbaju hitam. Rasa seperti baru semalam mereka saling kenal mengenali diantara satu sama lain. Arwah yang berasal dari Batu 3 Kuantan Pahang, tidak pernah sombong dengan sesiapa malah dalam  menjalankan tugas di dalam stadium beliau sering mengeluarkan perkataan maaf sekiranya terpaksa bertindak kasar dan keras ke atas musibat berbaju hitam.

Sesungguhnya Allah S.W.T. lebih menyanyangi beliau. Selamat jalan wahai sahabat, selamat jalan wahai teman. Semoga setiap amalan baik kamu akan memelihara kehidupan baru kamu di sana nanti. Setiap kenangan yang dicipta bersama akan menjadi perantara kepada ayat suci Al-Quran sebagai tanda ingatan kepada kamu wahai sahabat. 

Al-Fatihah

 

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...