Kadang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Seringkali tertanya-tanya mengapa keletihan itu hadir di dalam kehidupan? Adakah kerana tiada kepuasan mahupun tiada keredhaan.
Apabila minda keletihan mulalah dihantui dengan kesuraman. Apabila badan terasa kelesuan mulalah dihantui dengan kesedihan. Apabila langkah mulai perlahan mulalah nafas tidak keruan.
Mungkin ada sesuatu yang tidak kesampaian atau mungkin susunan usaha yang tidak bertepatan. Emmmm…. Hanya itu yang termampu diungkapkan sebagai tanda merelakan setiap kejadian semoga ada sinar dihari hadapan.