Friday, June 17, 2016

Kanan Kiri Ada Fungsinya


Mendidik anak bangsa bukanlah satu pekerjaan yang mudah dan boleh dipandang remeh. Generasi sekarang berbeza dengan generasi dahulu kala. Gen X kian meningkat dewasa dan kini gen Y mengambil alih dengan penuh riang ria kegembiraan.

Bukan hanya institusi kekeluargaan sahaja yang menjadi medan pendidikan di dalam membentuk sahsiah dan jati diri remaja hari ini. Tapi bukan juga institusi pendidikan sahaja yang di kerahkan untuk mencantikkan suasana alam keremajaan mereka, malah institusi kemasyarakatan lain juga main peranan dalam mencantikkan seterusnya mengharumkan tumbesaran keremajaan gen Y yang kini mengorak langkah menuju ke alam dunia tanpa sempadan. 


Kesemuanya memainkan peranan yang penting. Keluarga + Pendidikan + Kemasyarakatan - keangkuhan = kecemerlangan kehidupan. Tanpa keluarga tiada siapa yang boleh membimbing mereka dari jam 5 petang hingga 7 pgi esoknya. Tanpa institusi pendidikan dari jam 7 pagi hingga 5 petang siapa yang akan meninjau-ninjau mereka saat itu. Selebihnya jam-jam yang percuma itu tanpa institusi kemasyarakatan tidak mampu kita dapat mewarnakan dunia keremajaan menjadi cantik seantero dunia. 

Ini lah aku mengambil sedikit jam-jam yang ada untuk bersama mereka berkongsi cerita dan pengalaman dalam usaha untuk menyisip keris di pinggang sebagai panduan, menghembus aura bagi memastikan pencak tari mereka di atas muka bumi Allah ini teratur dan tersusun. Kerana itulah aku sering memberi perumpamaan, manusia mempunyai pilihan yang pasti iaitu tangan kanan dan kiri. Cacat tangan kanan maka susahlah untuk kita menyuapkan nasi ke mulut untuk mengenyangkan perut. Tapi manusia masih ada tangan kiri sebagai ganti menyuapkan nasi ke mulut. Begitulah kehidupan ini, jika kita tidak mampu untuk berdiri di kaki sendiri masih ada insan lain yang boleh memberi pertolongan. 

Terbang di Angkasa Raya

Apa yang best naik kapal terbang? Mesti korang cakap naik kapal terbang sebab dapat layanan daripada pramugari dan pramugara yang sentiasa meleparkan senyuman kepada para penumpang. 


Aku tidak lah selalu naik kapal terbang ni sebab aku sebenarnya takut lebih-lebih lagi kisah kapal terbang jatuh dan hilang mula membanjiri dada akhbar dan juga berita-berita utama sebelum ini. Tapi setakat hari ini untuk syarikat-syarikat penerbangan yang biasa-biasa ni dah naik lah. Dan baru-baru ini pertama kali naik Marlindo plak. 

Ramai remaja kat luar ni yang teruja bila ditanya pekerjaan sebagai seorang pramugari dan pramugara. Katanya boleh fly ke merata tempat dan satu pekerjaan yang high level. Bila dah menyarung pakaian kerja mereka dan menarik beg hitam di lapangan terbang bagaikan satu kemegahan yang tidak terhingga.

Tapi kali ni aku conteng dalam blog aku ini adalah kerana dua orang pramugari MAS ni yang sangat peramah dan baik hati. Dan. Sebagai tanda kenalan aktivit terakhir adalah selfie. Dan ada satu perkara lagi iaitu selfie di dalam kokpit yang tak pernah aku berhajat untuk masuk dan lihat sendiri butang-butang yang ada di dalam kokpit tersebut. Secara tidak langsung terlintas di fikiran aku bagaimana seksanha mereka untuk belajar dan memahirkan diri menggunakan semua butang-butang yang ada dan yang paling penting membawa beratus-ratus manusia dengan selamat. 


Tahniah kepada kapten-kapten juruterbang dan anak-anak kapal yang diterima bekerja dengan mana-mana agensi penerbangan. Kalian layak untuk jalan berdabik dada penuh kemegahan dengan apa yang telah kalian belajar dan risiko-risiko yang kian datang. 

Thursday, June 16, 2016

Hatrik Pantai Timur JUARA




Hatrik Pantai Timur juara keseluruhan Karnival Sukan 50 Tahun LPPKN yang berlangsung di INSPEN Bangi. Karnival yang berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Jumaat dengan perbarisan dan perarakan kontigen-kontigen seperti HQ A, B, C, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Pantai Timur. Acara-acara awal dimulakan seperti Dart, Ping-pong, Dan Congkak selepas selesai perbarisan semua kontigen. Pada belah malam pula acara bowling diadakan di IOI Putrajaya yang di sertai oleh semua negeri. Bagi Pahang aku, Muhaimin, Puan Z dan Zila memulakan pertandingan di lane 1 dan 2. Lane yang paling aku benci kerana belah kiri terlalu luas. Sememangnya bukan tandingan untuk mengalahkan geng-geng dari ibu pejabat yang rata-rata kesemuanya memiliki markah 150 dan ke atas.


Hari kedua bermula dengan acara-acara yang telah berlangsung pada hari pertama. Manakala acara seperti Bola Jaring dan Futsal bermula serentak di venue yang berlainan. Team futsal Pantai Timur diundi di kumpulan A bersama HQ C dan Selatan. Alhamdulillah Pantai Timur berjaya melangkah ke pusingan seterusnya iaitu separuh akhir setelah mengalahkan kedua-dua pasukan dengan cemerlang.


         Team Dart Hatrik Pantai Timur

Karnival yang julung kalinya dilaksanakan sempena 50 tahun LPPKN boleh ditambah baik dan dijadikan acara tahunan LPPKN. Apabila adanya karnival ini kita dapat melihat ramai bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan untuk mewakili LPPKN pula di peringkatkan Sukan Badan Berkamun mahupun MakSwip. 



Disamping acara-acara sukan yang dipertandingkan, ada juga pertandingan persembahan. Pastinya bagi skuad Pantai Timur Kisah Sewang diketengahkan bagi menunjukkan etnik yang ada di Malaysia dan semakin maju kala hari ini. Dah di katanya persembahan kan jadinya kita buat la persembahan. Siap dengan koreografinya, pakaian, peralatan yang digunakan dan yang paling seronok penglibatan semua atlit tidak kira pangkat dan darjat .... Amboii.


3 hari berkampung di Inspen dan tibalah hari terakhir dan pada hari terakhir ini skuad Pantai Timur memiliki 2 acara di peringkat akhir. Acara nya adalah futsal lelaki dan bola jaring. Tidak ketinggalan juga acara tarik tali. Tapi bayangkan lah skuad Pantai Timur ada ngam ngam jer lelaki dan lelaki-lelaki idaman gadis-gadis jelita ini lah juga yang akan beraksi di pentas akhir futsal selepas selesai acara tarik tali ini. Walau bagaimana pun perjuangan harus diteruskan dan akhirnya hanya tempat ke empat sahaja yang mampu diperolehi. 


Selesai acara tarik tali giliran bola jaring akhir pula yang berlangsung di dalam dewan utama karnival ini sambil di saksikan oleh Ketua Pengarah, timbalan dan jemputan-jemputan. Tapi malangnya skuad bola jaring tewas tipis dan hanya berpuas hati di tempat kedua. Maka tibalah acara terakhir iaitu perlawanan akhir di antara skuad Pantai Timur menentang HQ A. 

Bagi perlawanan akhir ini berlaku detik-detik tegang di mana aku sendiri jadi mental apabila gol mudah dilepaskan dan itulah satu-satunya gol yang berjaya membolosi gawang aku. Eh yang kedua sebab yang pertama bolos dengan jaringan Encik Azlan di perlawanan pertama peringkat kumpulan hari sebelumnya. Aku malas nak komen lebih-lebih tentang aksi tegang tersebut. Yang lebih penting keputusan perlawanan hanya diperolehi selepas tendangan penalti setelah seri 1-1. 

Apa sahaja anggota badan yang aku ada, aku akan gunakan. Itulah yang berlaku selepas aku menidakkan dua tendangan dari pihak lawan menggunakan dada dan muka aku. Pedih jangan ditanya lah pastinya pedih jawapan ikhlas aku tetapi oleh kerana inginkan kemenangan aku serahkan segalanya di atas padang. 

Pantai Timur juara keseluruhan Karnival 50 Tahun LPPKN bagaikan satu mimpi kerana kami tidak lah sehebat mana dan tiada langsung masa untuk kami berlatih bersama. Hanya komitmen dan kesungguhan yang ada julung kalinya piala pusingan dijulang menandakan Kami adalah Juara. 


Setelah berakhirnya penyampaian hadiah tersebut maka berakhirlah Karnival Sukan 50 Tahun LPPKN. Ucapan terima kasih dan syabas kepada urusetia karnival. Sehingga berjumpa lagi. Kalau nak piala besar ni korang kena tewaskan kami Skuad Pangaj Timur - Hatrik 

Hijau Parking Merah Cari Lain


East Cost Mall atau nama barunya Capital Mall yang tersergam megah di tengah-tengah bandar Kuantan menjadi pusat untuk warga Kuantan membeli belah tapi kadang-kadang set-set Ganu pun ramai membanjiri pasaraya terbesar di Kuantan ini. 

Yang tak bestnya pasaraya hak milik Singapore ni jalan masuknya hanya ada satu sahaja dan jalan masuk itu pula adalah jalan utama untuk Hotel Zenith. Sememangnya kesesakan lalu lintas yang sangat sesak akan berlaku di pasaraya smyang telah dimembuat beberapa penambahbaikan. 

Sebenarnya bukan nak cerita tentang kesesakan lalu lintas di ECM ni tapi nak cerita sistem parking yang telah diterapkan oleh pihak pengurusan. Walaupun aku membenci tandas ECM ni sebab tak ada paip yang ada hanya tiub kecil yang bila air dipasang terus tepat ke lubang ...... Hahahahaha. 

Sekarang parking di ECM pihak pengurusan sudah menggunakan lampu hijau merah. Ianya amat bagus untuk para pengguna yang hadir ke pasaraya ini. Ada kereta merahlah ia tapi jika kosong maka hijau lah ia.

Di harap semua pasaraya buatlah macam ni tidak lah pengguna berpusing-pusing mencari parking kereta. 

Monday, June 6, 2016

Ritz Garden Hotel Manjung ... Hotel Pilihan Anda

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 5 hingga 6 jam dari Kuantan ke Manjung Perak betul-betul buat aku keletihan. Kalau ditanya tahap ngantuk aku sememangnya tersangat lah mengantuk. Nasib baik lah Sang Shark ada sebelah boleh tahan gak mata mamat ni tak tidur-tidur meneman aku memandu.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal perjalanan aku atau Sang Shark ni tapi nak cerita kan tentang sebuah hotel yang luarannya seperti sebuah hotel biasa ditambah pula bersambung dengan Pasaraya Billion tetapi apabila tetamu sudah membuat bayaran lebih kurang RM170.00 aku percaya tetamu-tetamu yang hadir akan tersangat berpuas hati.

Penyambut tetamu di kuanter pun boleh tahan cantiknya ditambah pula dengan kemesraan yang ditunjukkan. Jumlah bilik di Hotel Ritz Garden, Manjung ni boleh tahan banyaknya dan seperti biasa ada dua kategori bilik iaitu merokok dan tidak merokok. 


Apabila pintu dibuka aku terpegun seperti ada housekeeping bertuala mandi sahaja di dalam bilik. Pada hakikatnya aku terpegun adalah kerana kecantikkan suasana dan susun atur Ritz Garden Hotel, Manjung. Kalau dah susun aturnya lawa sesangat tilamnya pasti lembut seperti pipi bayi. 





Bilik air yang serba moden dan kelengkapan dan rancangan tv yang semuanya menarik. Sememangnya kalau ada sesiapa yang nak ke Manjung dan nak check in hotel boleh la search Ritz Garden Hotel pastinya kalian tidak menyesal. 


Hari pertama Afi Darwisy Berpuasa


Alhamdulillah .... Tahun ni masuk tahun ke enam aku berpuasa bersama anak dan isteri. Dan hari ini adalah sejarah bagi sang kecik iaitu Afi Darwisy di mana beliau berjaya menghabiskan puasa dengan jayanya. Walaupun baru berusia 6 tahun tetapi sang kecik berjaya menjadi seorang hamba Allah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. 

Seawal pagi jam 4.30 sang kecil bangun terus ke bilik di mana ibunya sedang nyenyak tidur. 

"Ibu bangun sahur", ujar sang kecil.

Dengan berlaukkan daging masak kicap sang kecil penuh berselera menyuapkan nasi ke mulut sebagai persediaan untuk berpuasa di hari pertama Ramadhan 1437H. 

Seharian sang kecil bersama dengan aku di pejabat kerana mamanya tiada balik kampung selama 3 hari. Tidak langsung merengek kelaparan atau dahaga. Hinggalah di saat-saat akhir berpuasa lebih kurang jam 6.50 petang.

"Ayahhh ... Afi lapar", muka comelnya mengerut menahan lapar.
"Sbar ye Afi Darwisy lagi sikit jer lagi nak berbuka", ujar aku sambil mencium dahi si kecil.
 
Sang kecil kembali ke hadapan televisyen menyambung melayan kartun Mr. Bean di channel 611. 

Allah Akbar Allah Akbar ....

Kedengaran azan berkumandang dan kami tiga beranak menandah tangan mensyukuri nikmat Tuhan. 

Tahniah Afi Darwisy Insya Allah boleh penuh tahun ni Afi Darwisy berpuasa.

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...