Monday, April 28, 2014

Kekalahan kedua

Pasukan hoki Malaysia di Kejohanan Cabaran 1 2014 masih buntu mencari kemenangan. Setelah tewas kepada France pada malam semalam, malam ini mereka tewas lagi kepada pasukan Korea dengan keputusan 1-3. 

Kelihatan seperti segelintir pemain tidak dapat menyesuaikan diri dengan permainan kali ini. Mereka sering kali melakukan kesilapan-kesilapan mudah sehinggakan pasukan lawan dengan senang memasuki kawasan D dan menjaringkan gol. 

Walau apa pun peluang Malaysia masih ada kita nantikan perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada hari Selasa ini jam 9 malam di Stadium Hoki Wisma Belia Kuantan, Pahang. 



Sunday, April 27, 2014

Rentak Lesu

Hari ini secara rasminya bermula Kejohanan Cabaran 1 tahun 2014 yang berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Kuantan, Pahang. 8 pasukan telah mengambil bahagian dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada pasukan New Zealand, Ireland, Poland dan Jepun. Manakala bagi kumpulan B tuan rumah Malaysia, France, Korea dan Canada. 

Bagi hari pertama ini Malaysia bertemu dengan France pada jam 9.30 malam di padang B. Keputusan penuh kejohanan membabitkan perlawanan antara Malaysia dan France adalah berpihak kepada pasukan France dengan jaringan 3-2. 

Permainan pasukan Malaysia pada mulanya amat memberangsangkan dengan serangan yang bertali arus ke gawang France. Tetapi walau bagaimanapun keputusan separuh masa pertama France mendahului dengan 1 jaringan Olivier Sanchez pada minit 34. 

Permainan pada separuh masa kedua pula sekali lagi Malaysia banyak mengadak ke kubu lawan. Akhirnya pada minit ke 41 Tengku Ahmad Tajuddin menceriakan warga Kuantan dengan jaringan padang. Sejurus selepas itu 9 minit kemudian giliran Faizal Shaari pula mengegarkan gawang lawan. 

Keputusan Malaysia mendahului France 2-1 itu tidak kekal lama kerana pada minit 53 Victor Charlet menyamakan kedudukan. Seterusnya pada minit 64 Hugo Genestet mengukuhkan kedudukan France mendahului 3-2 dan mengalahkan Malaysia pada game ke 4 Kejohanan Cabaran 1 tahun 2014 edisi kali ini. 

Malam esok Malaysia akan turun sekali lagi dan akan menentang Korea. Oleh yang demikian perlawanan kedua nanti adakah merupakan perlawanan wajib menang sekiranya ingin bersaing untuk melangkah ke peringkat seterusnya.


Monday, April 21, 2014

Kerja Lama Kembali

Hari ni aku kembali teringat ketika aku di Jabatan Perangkaan Malaysia dulu. Mana tak nya walaupun hari ini aku bertugas di Unit Kaunseling LPPKN Negeri Pahang tapi aku dapat tugasan baru daripada pengarah aku. Bak kata di dalam sistem SKT menjalankan tugas-tugas lain dari masa ke semasa.

Tugasan aku kali ini yang aku kata sama dengan tugasan aku dahulu adalah pergi membanci. Bancian Isi Rumah Miskin Malaysia atau lebih dikenali sebagai E-Kasih. Boleh tahan gak soalan-soalan yang nak kena settlekan tu. Kes mungkin tak banyak hanya 30 kes sahaja tapi seluruh Pahang. Bila bercakap seluruh Pahang tu lah yang masalah sikit nak mencari rumah, nak menempuh jalan berliku dan pelbagai lagi.

Segala kenangan masa aku di Jabatan Perangkaan kembali melintas di minda aku. Di antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah dikejar dengan parang oleh lelaki India di Benta Kuala Lipis dan di serang oleh sekumpulan kera di Mela juga di Kuala Lipis. 

Harap-harap kali ini tak adalah perkara-perkara yang pelik-pelik berlaku lagi. 

Longkang

Kringggg kringggg aduh ingat nak bangun awal di pagi hari Sabtu untuk menyiapkan kerja-kerja yang tergendala tapi inilah padahnya kalau tidur selepas Solat Subuh.

Dengan slow and steady aku turun dari katil Jepun ku mencapai tuala yang tergantung lalu ke bilik air. Aktiviti pertama di dalam kedinginan bilik air ku adalah termenung melihat air yang keluar dari paip memenuhi baldi sebagai sumber untuk aku basahkan diri aku seperti biasa. 

Kesegaran mula dirasai pabila selesai. Kelihatan sang isteri dan sang anak masih nyenyak mungkin di buai mimpi di pagi Sabtu. Sebuah ciuman ku hadiahkan kepada isteri tercinta dan anak tersayang. Ku petik suiz komputer sambil Salem Menthol di jari kiri. Lalu aku mengadap folder pertama yang perlu aku bereskan pada waktu ini. Bukan nya senang untuk menyiapkan sebuah album yang diamanahkan oleh pelanggan kepada Dhedaun Picture. Cabaran itulah yang harus aku tempuhi pada pagi hari minggu tatkala orang lain beseronok bersama keluarga, kekasih dan rakan-rakan. 

Timetable aku hari Sabtu ini amat padat. Masa terlalu mencemburui aku. Album yang sedang aku hadap ini perlu dibereskan sebelum jam 12.00 tengah hari. Aku dah berjanji dengan sang isteri dan Afi Darwisy nak lunch di Jhonny's. Kata sang isteri nak makan lauk sahaja tak nak nasi. Tapi dalam masa yang sama aku perlu bergegas ke Kedai Siong untuk hantar gambar-gambar yang telah aku edit. Aku kena makan sebelum jam 2.00 petang kerana ada petang Sabtu ni aku akan turun beraksi bersama Team Tekat FC menentang Team Veteren Pandan di Padang Airport. Pada sebelah malam pula aku akan bergegas ke Stadium Darul Makmur untuk menjalankan tugas sebagai media rasmi Gawang.My perlawanan antara Pahang menentang Sime Darby FC.

Yesss .... Album telah siap, cepat-cepat aku tutup suiz komputer lalu mengarahkan sang kecil untuk bersiap menuju ke kereta yang aku parking di luar. Honda hitam yang gagah ditepi pagar rumah ku buka lalu menghidupkan enjin untuk dipanaskan. Saat inilah kedebuk !!!! Aduhhhh !!!!! 

Afi Darwisy tercegang tanpa perasaan diwajahnya.

"Ayah!! Kenapa duduk dalam longkang tu", ujar sang kecik sambil beg merah di tangannya.

Aku tak berkata apa. Yang aku tahu kepala ku sakit terhantuk ke birai longkang. Pinggangku sakit terkena longkang yang sedikit dalam. Kaki ku tersadai di permukaan longkang. Terus aku bangun dan masuk ke dalam rumah. 

"Ibu!! Ayah duduk dalam longkang", ujar sang kecik kepada ibunya yang masih lagi sedang make-up.

Sang ibu ketawa di ikuti sang anak. Sang ayah terduduk kesakitan. 

Justeru itu, sesungguhnya masa yang dikejar kadang-kadang boleh mendatangkan kecelakaan kepada kita. Berhati-hatilah walau di mana kita berada. Berhati-hatilah di mana sahaja kita meletakkan kaki kita di muka bumi Allah ini. 

Di saat aku mencoretkan Cerita Sang Sperma ini, muka ku herot berot menahan kesakitan dan bahagian belakang badanku terutamanya dipinggang kanan ku. 


Sunday, April 20, 2014

Mencuba dan terus mencuba


Erti putus asa tiada dalam kamus hidup aku. Begitu lah juga apabila mula bermain dengan kamera filem. Kali ini cubaan kali ketiga menggunakan Olympus OM-1 berkodak kan Kodak Ultramax 400. Bagi penilaian diri aku yang masih kerdil ini ada sedikit peningkatan berbanding dengan sebelum-sebelum ini.

Pahang Gayat Di Persada Liga

Pasukan Pahang masih terus menguasai Liga Super dengan menduduki tangga pertama setelah tamat perlawanan malam semalam. Kekalahan di tangan Lion XI pada minggu sebelumnya tidak dihiraukan oleh anak buah Zainal Abidin Hassan.

Pada malam semalam Pahang mendudukkan Sime Darby FC dengan keputusan 4-1 di Stadium Darul Makmur. Jaringan-jaringan pasukan Pahang dijaringkan oleh 18' R Surendren, 35' Matias Ruben Conti, 45' (P) Matias Ruben Conti dan 66' Dickson Nwakaeme. Manakala jaringan tunggal pasukan pelawat adalah daripada Dilshod Sharofetdinov pada minit ke 71.






Saturday, April 19, 2014

Cubaan Kali ke-2


Kali ini cubaan kali ke-2 Ilford 400 | B&W dengan menggunakan Olympus OM-1 28mm 2.8.

Saturday, April 12, 2014

Sang 'Stress'

Lama tak mengarang kat sini di masa yang berkelapangan ni curi lah seminit dua untuk coretan yang terlintas di benak fikiran kawan yang waras ni.

Apa yang dimaksudkan dengan 'Stress'

'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.


Robbins, 1993, menerangkannya sebagai:
“Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”.

Secara keseluruhannya 'stress' adalah:
  • Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran
  • Gangguan fungsi kehidupan
  • Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup
  • Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif
  • Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu
  • Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh
  • Hakikatnya 'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.
# Jangan takut dengan 'stress' tetapi cari penyelesaian dan juga cara menangganinya. 

Wednesday, April 9, 2014

Kisah tentang bahaya FITNAH

Kisah ini berlaku ke atas seorang yang bernama Abu Nawas. Dia telah didatangi oleh seorang pemuda yang ingin memohon maaf kepada beliau tentang fitnah yang telah disebarkannya ke atas Abu Nawas. Lalu Abu Nawas menyuruh pemuda itu pergi dari tempat tersebut tanpa menghiraukan perkara2 fitnah yang telah di lakukan oleh pemuda itu terhadap Abu Nawas. Namun pemuda tersebut enggan beredar sebelum Abu Nawas memaafkan dosanya yg memfitnah Abu Nawas. 

Abu Nawas lalu memaafkan pemuda tersebut tetapi dengan beberapa syarat yang mesti pemuda itu penuhi. Abu Nawas pun memberikan dua syarat kepada pemuda tersebut, syarat yang pertama ialah pemuda itu mestilah mengoyakkan bantal yang akan diberikan kepadanya. Setelah pemuda itu mengoyakkan bantal tersebut, dia kembali kepada Abu Nawas untuk mendengar syarat yang kedua. Utk syarat yg kedua pula, Abu Nawas menyuruh pemuda itu mengutip kembali semua isi bantal yg telah berterbangan setelah dikoyakkan supaya memasukkan isinya kembali dan dibentukkan semula menjadi sebuah bantal sepertimana asalnya.

Ketika ini pemuda itu mengadu yang dia tidak mampu menyempurnakan hajat Abu Nawas. Lalu Abu Nawas memberi pesanan kepada pemuda itu dengan pesanan yang cukup memberi kesan kepada sesiapa yang mendengar.

“Sekiranya kamu telah menfitnah aku dan orang yang telah mendengar berita fitnah kamu ke atas aku terus menyebarkan fitnah dan keburukan aku, apakah kamu mampu mengembalikan maruah aku seperti sediakala ketika sebelum aku difitnah? Nescaya kamu tidak akan mampu melakukan itu semula bukan? Maruah aku juga sama sekali tidak akan kembali seperti asal. Sebagaimana kekabu itu berterbangan, begitu juga fitnah tentang aku akan tersebar dan tidak dapat dibendung walau seribu kali aku memaafkan kamu”.. pemuda tersebut pergi dari tempat tersebut dengan seribu penyesalan.

Dosa memfitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Jika semua tuduhan2 yang dilemparkan itu benar2 fitnah, apakah mungkin kita dapat bertemu dengan orang yang kita fitnah itu untuk memohon maaf?

Sanggupkah kita menjadi orang yang muflis di akhirat nanti bilamana semua pahala amalan kita seperti solat, puasa, zikir, serta sedekah kita diberikan kepada orang yang kita fitnah. 
1001 Sirah Nabi Muhammad S.A.W.

Wednesday, April 2, 2014

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...