Thursday, July 18, 2013

Sejarah Holligan

Kononnya, dalam dunia sepak bola tidak dikenal latar belakang sosial. Di dalam bola sepak hanya ada satu agama, budaya, suku, dan ras. Akan tetapi, tidak selamanya bola sepak berhasil menyatukan para penggemarnya. Fanatisme berlebihan yang ditunjukkan para penyokongnya membuat wajah bola sepak  menjadi garang dan sangat mengerikan. Dari fanatisme kemudian lahir bibit-bibit hooligan, iaitu manusia-manusia yang agresif dan brutal bila pasukan kesayangan yang diagung-agungkan untuk menang akhirnya kalah.

Bagi penggila bola sepak , istilah hooligan bukanlah sesuatu yang asing lagi. Sebutan hooligan merujuk pada fans fanatik Inggris yang hampir di setiap pertandingan membuat onar, riuh dan merusuh. Di dalam satu situasi, saat Inggeris mengalami kekalahan dalam pertandingan away mahupun di home sendiri, hooligan kerap berurusan dengan pihak polis karena tidak menunjukkan perilaku positif.

Jika melihat ketrampilan para hooligan, dalam keadaan biasa, memang lucu kelihatannya. Namun, begitu mereka beraksi, tak ada lagi yang patut ditertawakan. Mereka suka mabuk-mabukan, muntah, dan kencing sembarangan. Berkelahi dengan siapa saja yang dijumpainya, terutama terhadap penyokong dari pihak lawan. Pihak berkuasa pun tidak segan untuk mereka langgar.

Penyakit hooliganisme tersebut kini menular ke seluruh penjuru dunia, mulai dari daratan Eropah, ujung Afrika, pedalaman Cina hingga pelosok Indonesia. Bahkan, hooliganisme di negeri ini selain mendorong anarkisme di dalam stadium dan juga di luar stadium.

Kisah kekerasan suporter bola, termasuk di Indonesia, melahirkan tanda tanya besar di benak kita: ada apa dengan bola sepak dan penyokongnya? Sejak bilakah hooligan muncul dalam dunia bola sepak? Buku The Land of Hooligans ini secara luas mengisahkan sejarah para perusuh bola sepak di berbagai negara. Penulis juga berusaha mengurai variabel sosial yang melingkari selok-belok hooliganisme.

Ini hanya satu di antara puluhan buku, atau bahkan ratusan buku, yang pernah ditulis mengenai kekerasan penyokong bola sepak. Tapi, buku ini punya keistimewaan sebab mencatat kronologi sejarah secara detail dan mengungkap sisi-sisi terdalam yang tidak pernah ditulis sebelumnya.


Istilah hooliganisme muncul sejak akhir abad ke 19, tepatnya pada 1898 di bumi Inggeris. Tak heran jika Inggeris adalah gudang penghasil hooligan yang paling padat. Sementara mempelajari mengenai penyokong bola sepak dimulai akhir 1960-an. Sejak itu pula, ada campur tangan pihak polis, sosial, dan media yang besar terhadap hooliganisme bola sepak Inggeris.




Puncak aksi hooliganisme terjadi pada 29 Mei 1985 ketika penyokong Liverpool menyerang penyokong Juventus dalam final Champions Cup di Stadion Heysel, Brussel, Belgia. Peristiwa ini bermula dari kedua-dua belah pihak penyokong masing-masing kelab yang saling mengejek dan melecehkan. Kemudian, para penyokong Juventus mulai membakar api kemarahan  ke arah penyokong Liverpool. Huru-hara pun mula berlaku. Akibat peristiwa itu, 39 orang tewas mengenaskan.

Kisah-kisah kekerasan hooligan terus mewarnai dunia bola sepak, termasuk dalam pertandingan Derby. Di Skotlandia, yang paling sering terjadi adalah perang antar-suporter Glasgow Celtic dan Glasgow Rangers. Celtic adalah kelab yang dianggap mewakili agama Katolik, sedangkan Rangers mewakili Protestan.

Masing-masing hooligan siap bertaruh nyawa. Penyokong Rangers sering menamakan diri Billy Boys, yakni geng yang menghabisi umat Katolik Glasgow semasa Perang Dunia I dan II. Akibatnya, derby kedua kelab ini selalu panas. Penyokong kedua kelab pun sering terlibat memberontak sebab setiap Celtic dan Rangers bertanding, olok-olokan penyokong saling menyerang identiti keagamaan kedua pihak.

Di Italia, pertandingan derby Inter Milan versus AC Milan disebut-sebut sebagai perang kaum miskin (Milan) melawan kaum kaya (Inter). Konteks yang sama terjadi pula di Turki. "Derby Istanbul" yang memertemukan Fenerbahce versus Galatasaray adalah pertandingan yang dianggap sebagai perang kaum miskin (Fenerbahce) versus aristokrat (Galatasaray).

Secara sosiologis, populariti  bola sepak menunjukan permainan kelas bawah. Maklum, media massa sebelum era 1995-an masih senang mencemuh bola sepak milik kelas proletar di Eropah, milik masyarakat Dunia Ketiga di Asia dan Amerika Latin, dan milik penduduk terbelakang di Benua Afrika.

Sebagaimana ditulis Jim White dalam buku Manchester United; The Biography (edisi 2009), bola sepak memang tidak boleh dipisahkan dari persoalan sosial. Apa yang terjadi di antara penyokong  itu adalah fenomena sosial yang kompleks. Menurut survey pada 1960 terhadap 520 perusuh Inggeris yang ditahan polis menunjukkan, kelompok terbesar dari mereka adalah buruh kasar (68,1%).

Kaum buruh menyukainya karena bola sepak adalah orahraga yang agak kasar. Kenyataan menegaskan, sebahagian besar pemain bola sepak,  sekarang sudah menjadi jutawan, berasal dari lingkungan buruh. Dengan sendirinya bola sepak menemukan akar yang kuat di dalam bidang kerja buruh.

Sosiolog John William dari Leicester University yang memimpin penelitian tentang kekerasan dalam bola sepak menemukan fakta lain. Kini, muncul kesadaran baru di kalangan buruh, iaitu bangga pada kulturnya yang kasar. Alasannya, tidak berubahnya status mereka dalam jangka waktu yang panjang membuat kelompok ini patah semangat untuk mengubah keadaanya. Kompetisi dalam bola sepak dianggap relevan sebagai sikap pelarian.

Frustasi dalam hidup bermasyarakat kerap dijadikan alasan melancarkan agensi dan tidak banyak saranan untuk menyalurkannya. Dalam hal ini, pertandingan bola sepak yang didapati ribuan penonton 'dibajak' sebagai saranan pelampiasan. Justeru itu, sesungguhnya ada mata rantai antara kekerasan dalam bola sepak dan agensi sosial tersebut.

Salah satu pihak yang turut bertanggungjawab mematahkan mata rantai itu adalah pemain. Pemain sejatinya menampilkan permainan yang menarik tanpa kekerasan. Begitu memeragakan kekerasan, dia wajib dihukum seberat-beratnya sehingga dapat meredakan emosi penyokong dan permainan  berjalan lebih positif.

Itulah bola sepak yang memiliki kisahnya sendiri. Apa yang ingin ditegaskan Hari Wahyudi dalam buku ini, senyatanya pertandingan bola sepak akan berlangsung secara hebatnya jika pemain masing-masing kesebelasan dapat menampilkan skil permainan yang berkelas, permainan boleh menjamin keamanan penonton, penyokong boleh mati-matian menyokong pasukan kesayangannnya tanpa harus melecehkan pihak lawan, juga segenap pengurus pasukan maupun yang ada di pusat mampu mengelola pertandingan secara dewasa dan profesional.


Sumber : The Land of Hooligans

Friday, July 12, 2013

Bulan Ramadhan Kian Menjelang



Selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga ramadhan kali ini membawa seribu erti di dalam kehidupan kita. Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ‘ bersenang-senang atau duduk istirehat ‘. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ‘ Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu ‘.


Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya: ‘Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya’ .

Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab ‘orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.
Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan ‘mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu ‘.
Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.
Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
Malam ketujuh
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.
Malam kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.
Malam kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
Malam kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam kesebelas
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.
Malam kedua belas
Muka bercahaya di hari Kiamat.
Malam ketiga belas
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.
Malam keempat belas
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
Malam kelima belas
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.
Malam keenam belas
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
Malam ketujuh belas
Diberi pahala seperti pahala para nabi.
Malam kelapan belas
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.
Malam kesembilan belas
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
Malam kedua puluh
Diberi pahala para syuhada dan solihin.
Malam dua puluh satu
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.
Malam kedua puluh dua
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
Malam kedua puluh tiga
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.
Malam kedua puluh empat
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.
Malam kedua puluh lima
Dihapuskan dari seksa kubur.
Malam kedua puluh enam
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.
Malam kedua puluh tujuh
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.
Malam kedua puluh lapan
Allah mengangkat dengan seribu darjat.
Malam kedua puluh sembilan
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.
Malam ketiga puluh
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...