Tuesday, February 5, 2013

Light Painting

Bercakap tentang Light Painting (LP), lama sungguh kawan tidak turun ke padang untuk menghasilkan gambar-gambar baru. Peralatan yang dalam box di dalam bonet keretaku tu pun mungkin dah banyak yang kena baiki.

Emmm... apa pun nak gak lah berkongsi dengan kawan-kawan semua. Apa itu light painting? Beikut sedikit penjelasannya.Light painting atau Light grafitti adalah sebuah teknik fotografi dimana pengambilan gambarnya dilakukan lebih sering pada malam hari atau pada sebuah ruangan gelap menggunakan hand-held light atau memegang sumber cahaya atau dengan kamera yang digerakkan. 





Bagaimana untuk menghasilkan Light Painting ( Kawan gunakan istilah paling senang)



Peralatan yg perlu untuk menghasilkan light painting:
1. Kamera DSLR
2. Tripod
3. Lampu suluh
4. Kawasan yg gelap (atau kurang cahaya)
5. Remote shutter (klu takde, guna self timer je mcm percubaan aku di atas)



Teknik menghasilkan light painting:
1. Setkan kamera anda pada mode M (manual)
2. Pilih shutter speed sekurang-kurangnya 10 saat
3. Setkan bukaan aperture pada bukaan yg terbesar mungkin pada kamera   anda (cth: f/3.5)
4. Pilih ISO yg terendah sekali (ISO 100)
5. White balance pula disetkan pada daylight
6. Setkan self timer (kerana anda tidak akan menyentuh butang shutter utk mengelakkan kamera goyang)
7. Tekan shutter dan terus ke hadapan kamera dan memulakan light painting mengikut kesukaan anda (pastikan anda ON lampu suluh anda utk light painting dan OFF utk mendapatkan space)
8. Setelah selesai, tunggu sehingga shutter tertutup dan kemudian lihatlah   hasilnya..




selamat mencuba...









Walau apa pun di dalam genre (LP) ini di galakkan supaya keluar beramai-ramai bukan apa duduk tempat gelap dengan peralatan yang mahal-mahal kena sergah dek orang nanti naya je kan ... Sama-sama kita majukan diri dalam dunia ini. (^_^)

Saturday, February 2, 2013

31/365 Hari Bersama Foto


Keluasan tempat yang dipanggil Neraka!!!



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam itu.'

Jawabnya: 'Ya... Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya karena panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, niscaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur karena sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi SAW bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (artinya: yaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah SAW: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibril:
'Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa AS. serta keluarga Fir'aun namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang Musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang Shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibril diam sejenak... Segan pada Rasulullah SAW, sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka Nabi SAW jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, yaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar, kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah (dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai').

Dari Hadits Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan, hal ini dapat menimbulkan keinsyafan kepada kita semua... Wallahu a'lam.

Al-Qur'an Surat Al-Baqarah Ayat 159 :

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Friday, February 1, 2013

30/365 Hari Bersama Foto


p/s : gambar ini telah di up mengikut syarat Foto 365  di FB

29/365 Hari Bersama Foto



p/s : gambar ini telah di up mengikut syarat Foto 365  di FB

28/365 Hari Bersama Foto


p/s : gambar ini telah di up mengikut syarat Foto 365  di FB

27/365 Hari Bersama Foto


Didik lah anak-anak kita ketika mereka masih kecil lagi. Ini kerana ahli psikologi ada mengatakan. Kanak-kanak kecil mempunyai hati yang bersih (tidak terganggu dengan perkara lkain lagi) sedangkan kanak-kanak yang telah dewasa mempunyai pelbagai alasan dan tindak balas.

p/s : gambar ini telah di up mengikut syarat Foto 365  di FB

26/365 Hari Bersama Foto


Shadow in the house.

p/s : gambar ini telah di up mengikut syarat Foto 365  di FB

25/365 Hari Bersama Foto


Negara menuju ke era modenisasi. Di dalam kesibukkan kita bercakap tentang globalisasi. Anak-anak kita semakin jauh kehadapan mengorak langkah mencapai wawasan 2020. Kita sebagai ibubapa jangan ketinggalan, hendaklah seirinf dengan kemajuan dunia dan anak-anak kita.

p/s : gambar ini telah di up mengikut syarat Foto 365  di FB

8 Tip Kebahagian di Dalam Rumahtangga


1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain      dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal dan juga selamat mencuba. Insya Allah.



Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...