Wednesday, January 13, 2016

Jom Buka Akaun Contributor Shutterstock

Sebelum ini kita ambil gambar kita tampal di Mukabuku, kita tampal di Instagram dan laman-laman sosial yang lain. Maka apabila kawan-kawan mukabuku kita tengok yang tersembur dari mulut mereka..."wahhh lawanya"... "cantiknya".... "Thumb up bro" ..... "Outing tak ajak"... dan banyak lagi. Tapi sekarang aku dah tak rasa feel seperti kat atas tu sebab aku dah jarang sangat kot nak tampal di mukabuku atau di laman-laman sosial. 

Aku dah main mukabuku ni dah 10 tahun dah aku tambah gambar, gambar yang lama akan terperuk kat bawah. Meh aku nak ajak korang tampal gambar-gambar korang kat tempat lain yang korang tampal kachinggg (istilah baru), makin banyak korang tampal maka berkaching kaching lah.

Salah satu cara untuk buat duit dari fotografi ialah dengan menjual gambar anda melalui microstock agency. Jurufoto akan dibayar sejumlah komisen dari setiap keping gambar yang dijual. Gambar-gambar ini biasanya ialah gambar-gambar yang mempunyai nilai komersial bagi digunakan di laman web, buku, majalah, poster, billboard dan sebagainya

Microstock agency adalah sebuah agensi yang bertindak memasarkan dan ‘menjual’ gambar-gambar jurufoto yang berdaftar dengan mereka. Pelanggan yang ‘membeli’ gambar dari microstock agency biasanya terdiri dari individu yang terlibat di dalam bidang pengiklanan, penerbitan dan sebagainya. Golongan ini ‘membeli’ foto dari microstock agency kerana harga foto yang dijual adalah jauh lebih rendah berbanding jika mereka mengupah jurufoto untuk merakam gambar yang tertentu.

Untuk memudahkan cerita, aku nak korang pilih satu dulu agensi iaitu pilihan ramai Shutterstock.com. Kenapa aku katakan pilihan ramai? Kerana kalau kita buka Google Search, sure gambar pertama yang akan keluar adalah gambar yang mempunyai watermark Shutterstock.com. Kaedah pasaran terbesar di dalam dunia internet. Walaupun banyak lagi agensi lain tapi kita settlekan satu persatu dahulu ye. 

3 langkah mudah yang perlu diselesaikan oleh sesiapa yang berminat :

  1. BUAT AKAUN KITA SENDIRI  
  2. DAFTAR ID / BUAT PASSPORT
  3. SUDMIT 10 KEPING GAMBAR 

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DI TURUTI :

1. BUAT AKAUN KITA SENDIRI 
    Sebelum apa-apa korang kenalah daftar akaun korang sendiri. Kat mana nak daftar? nak     isi maklumat? Korang KLIK imej banner yang aku tampal kat bawah ni dan korang follow     jer arahan yang diberi dengan lengkap, jangan silap-silap kita nak bermain dengan USD       ni beribu-ribu ni. Kalau korang was-was atau tak paham boleh jer wasap-wasap atau             calling aku. Jangan malu bertanya nanti sesat cari jalan pulang kata XPDC. 




2. DAFTAR ID / BUAT PASSPORT
  Nak buat apa pulak dengan passport ni? BUkan apa bos-bos kat Shutterstock tu nak             confrimkan korang ni betul ker Ahmad bin Damha kang tipu pulak, dunia ni kan macam-       macam bolehjadi. Jadinya korang start lah enjin kereta ker motor ker ambik la nombor           giliran kat Imigresen tu kat UTC dari jam 8.00 pagi sampai jam 10.00 malam bukak. Tak       payah tunggu lama-lama dah sekarang nak buat passport, sejam jer dah memadai.  Nak       seribu daya tak nak seribu dalih ... cewah. Setakat  RM200 untuk 5 tahun korang buat           gambar 50 keping pun dah mampu nak balik modal buat passport, jangan runsing lah.         Sebab nak tan nak korang kena ada passport juga baru boleh hantar gambar seberapa         banyak yang korang suka.
   
   Dah settle bab buat passport, maka dengan ini kalian akan bersedia untuk menjadi                seorang contributor. Kaedahnya mudah sesangat. Korang scan / snap muka hadapan          passport kalian dan upload di ruangan yang diarahkan. Itu sahaja .....


3. VERIFIED PASSPORT 
   Sementara korang nak tunggu passport korang tu di verifiedkan korang select la dulu            gambar-gambar yang korang nak hantar. Korang listkan kategori apa gambar-gambar          korang tu sebab nanti masa nak sudmit gambar dia akan tanya gambar yang kita hantar      ini apa kategorinya. Bila korang dah sudmit passport korang lebih kurang dalam masa 24      jam korang akan terima email seperti di bawah.


4. HANTAR 10 KEPING GAMBAR 
    Dah settle semua perkara di atas maka bersiap sedialah untuk menghantar 10 keping           gambar-gambar yang kalian snap dan ianya perlu lulus hanya 1 keping untuk masa               sekarang. Sesuatu yang baru di mana dahulu perlu lulus 7/10. Gunakanlah kesempatan       yang ada sekarang di mana hanya 1/10 maka kalian sudah mampu untuk berniaga               secara     internasionale. 

    Dulu mula-mula kena lulus 7/10 kalau tak kena tahan, 60 hari lepas tarikh kita hantar tu         baru lah kita boleh sudmit semula. Tapi sekarang tidak dah. Bos-bos kat Shutterstok ni         diaorang lebih suka ramai contributor yang menceburi bidang stock photo ni sebab bila         ramai yang menyertai maka banyaklah idea-idea akan keluar dan mewarnai                           shutterstock.com. 



Tips SangSperma : Hantar gambar-gambar yang berlainan konsep dan genre. Ini kerana            untuk menunjukkan kemahiran kita sebagai contributor. 

5. TAHNIAH 
    Sekiranya korang berjaya dan gambar-gambar korang telah lulus maka teruskan mencari      idea dan sudmit jangan toleh belakang lagi.


Tips SangSperma : Korang cuba disiplinkan diri korang untuk upload gambar contohnya                                       korang letak satu kuantiti berapa sehari korang nak upload. Macam aku                                 dulu, sehari aku disiplinkan diri aku untuk upload 15 keping di mana 10                                   keping berkonsep dan 5 keping editorial. 

Tips SangSperma : Kuatiti tersebut akan bertambah dari masa kesemasa mengikut                                              kemampuan korang semua. Contoh aku sekarang sehari aku sudmit 50                                 keping sehari. 

Bagi yang tidak berjaya atau gambar-gambar korang kena reject, jangan mengalah, jangan kecewa. Selang 2,3 hari korang sudmit semula adalah rezeki tu nanti. 



Thursday, January 7, 2016

Selepas 9 Bulan Aku Kembali


9 bulan telah berlalu kalau dikira tambah, tolak, bahagi dan darab seorang ibu yang sedang mengandung menantikan saat untuk melahirkan cahaya matanya hasil daripada perkongsian hidup bersama sang suami. Ehh aku bukan nak cerita tentang ibu mengandung ni. Tapi aku nak cerita 9 bulan aku gantung kasut bola ku akibat kecederaan yang aku alami semasa mewakili jabatan ku di Kejohanan Sukan Badan Berkanun di Sabah bulan empat dahulu. 

Dalam masa 9 bulan itu aku menghabiskan masa MC aku dengan terlantar dan hanya ke stadium walaupun bertongkat. Apabila tongkat aku sudah aku simpan di bawah katil aku mula perlahan-lahan kembali ke arena badminton setelah sekian lama juga aku tinggalkan. Makan tahun jugalah aku rasa. Apabila memasuki 8 bulan selepas kecederaan aku dahulu aku mula beraksi di padang futsal itu pun terus beraksi di kejohanan futsal di Balok. Hanya sepatah aku tanyakan kepada Saro "Mung percayakan aku ker", tanya aku. Maka jawablah sang Saro dengan ringkas, "Mung main jer", seringkas soalan aku kan?. Alhamdulillah tempat kedua weh kangan tak di sangka. Aduii bukan nak cerita tentang dapat naib johan tapi nak cerita kisah hari Ahad baru ni sebenarnya.

Pada petang Ahad baru ni aku sengaja menghalakan sang hitam aku ke Polisas bersama isteri dan Afi Darwisy puteraku. Kononnya untuk memberi sokongan dan meluangkan masa menyaksikan team Elephant Army friendly dengan team campuran Balok. Maka dengan berbekalkan Kopi Bancuh seorang satu aku lepak di bahagian atas pentas utama padang Polisas. Tapi betullah kata orang tua-tua, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Eh kena ker pepatah tu ek.... Hehehehe....  Tak sampai 10 minit set ni beraksi, kaki aku dah mengeletek hendak menendang. Tanpa buang masa, hanya sepatah yang aku ungkapkan kepada sang isteri, "tak leh tahan abang sayang, nak main gok lah", ujar aku sambil berlari ke bonet sang hitam untuk mengambil kasut bola ku yang sudah 9 bulan di dalam beg. 

Maka turunlah aku ke padang. Tetapi aku tidak beraksi di posisi sebenar aku iaitu penjaga gol tetapi aku beraksi di bahagian tengah. Korang bayangkan lah, 9 bulan aku tidak berlari tiba-tiba aku memilih untuk bermain di bahagian yang memerlukan aku sentiasa berlari mencari bola dan melorongkan bola. By the way,not bad la ehh speking pulak heheheh .... Aku mampu untuk menghabiskan permainan sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil. Pada mulanya oklah tak lah rasa apa-apa, aku boleh ke pejabat di hari pertama selepas bercuti panjang akhir tahun baru ni. Tetapi segala-galanya bermula pada hari kedua iaitu hari Selasa, habis satu badan jadi kekejangan dan aku mula terasa bagaikan nak demam. Sehinggalah ke hari ini kesakitan masih dirasai. Itulah penangan apabila setelah lama berhenti tiba-tiba turun beraksi bagaikan sebiji bom di dalam badan tunggu masa untuk diletupkan. 

Sunday, January 3, 2016

Pemain Muda Taruhan Pasukan Pahang FC


Tajuk lagu Siti Nurhaliza 'Biarlah Rahsia' menjadi tag line bagi pasukan Pahang sebelum ini. Dah mengalahkan Akademik Fantasia dia punya kejutan. Hingga lah pada 1 Januari 2016 pasukan Pahang memperkenalkan logo baru seiring dengan misi mereka untuk diswastakan pada tahun 2018 nanti. Dan pada hari ini kejutan tentang barisan pemain-pemain pasukan Pahang. Walaupun pada permulaannya perancangan pihak pengurusan untuk nampak lebih dramatik dengan memperkenalkan pemain menggunakan laman sosial dan hanya memperkenalkan 5 orang sahaja untuk tarikh 3 Januari 2015. Dan selebihnya akan diumumkan pada setiap hari pada jam 12.00 tengah hari sehingga lah cukup 26 orang pemain. Walaubagaimanapun masa ada rahsia di situ dimana masih ada 2 kekosongan 1 pemain kelahiran Bosnia yang dikhabarkan dihantar berlatih ke satu tempat yang tidak diberitahu dan seorang lagi tidak diketahui. 


Atas desakan para penyokong Pahang yang sememangnya tidak berpuas hati dengan cara pihak pengurusan, termasuklah aku akhirnya pihak pengurusan mengeluarkan senarai lengkap 26 pemain yang akan menyarung jersi Pahang bagi musim 2016 ini. Barisan pemain yang sememangnya memeranjatkan semua penyokong Pahang khasnya dan peminat-peminat bola sepak amnya. Purata para pemain Pahang pada kali ini berumur 23 tahun kesemuanya. 

Kalau ditanya kepada aku tentang senarai pemain 2016 ini, secara jujurnya aku memang berminat. Kita tidak memerlukan pemain-pemain ternama tetapi kita yang akan cipta mereka menjadi pemain ternama. Pemain-pemain import juga dipilih lingkungan purata umur tersebut dan ini menunjukkan pihak pengurusan sememangnya mempunyai matlamat yang jauh. Dengan mengikat kontrak yang lama sehingga 3 tahun maka Pahang sekali lagi akan menjadi pesaing sengit kepada pasukan-pasukan di Liga Super dan Liga Malaysia 2016 yang akan memulakan sepak mula pada pertengahan Februari nanti. 

Berkenaan barisan kejurulatihan pula ianya bagaikan sinonim dengan pemilihan Coach Azaruddin Aziz yang sudah terkenal dalam membawa pemain-pemain muda di pentas Piala Presiden sebelum ini. Digandingkan dengan Coach Shah yang selama ini hanya memegang jawatan sebagai penolong jurulatih bagi pasukan Pahang. 

Hanya satu saja yang aku inginkan dengan barisan pemain dan kejurulatihan pasukan Pahang ini. Taktikal yang berlainan perlu diterapkan. Kita mempunyai pemain-pemain muda yang pada hakikat sebenarnya mempunyai kepantasan dan tubuh badan yang sihat ditambah dengan bimbingan daripada beberapa pemain-pemain senior. Pelbagaikan taktikal ketika dalam permainan seperti mana yang pernah dicipta oleh Coach Dollah Salleh dahulu. Apabila memasukkan Amirul Hadi, tiba-tiba gameplay menjadi lain bukan sahaja menggunakan pemain sayap kiri dan kanan.

Bermainlah demi lencana di dada, lebih-lebih lagi lencana di dada itu adalah lencana baru dan kalian merupakan pemain pertama yang menyarungnya. Perlu diingat berjuta mata memandang ke pasukan Pahang ini sebenarnya. Kerana apa? Kerana kita mengilap kembali sinar pemain yang pernah malah cahaya mereka seperti Razman, Azidan, Poyeng dan Hafiz Kamal. Pahang juga yang melahirkan pemain yang berpotensi besar menjadi pemain yang disegani seperti Azam, Matt Davies dan Yan. Kini giliran 26 pemain yang telah menandatangi kontrak bersama pasukan yang digelar Tok Gajah ini. 

Saturday, January 2, 2016

Pahang FC Berwajah Baru

Tepat jam 12.00 tengah malam 1 Januari 2016 logo yang sering terpampang di dada apabila kita mengenakan jersi pasukan Pahang telah bertukar mejadi sebuah logo yang ke arah lebih kemodenan. Logo lama yang terpampang warna biru sebagai latar belakang dan kuning sebagai penambah perisa manakala tulisan jawi yang menunjukkan nama persatuan yang sinonim dengan darah kemelayuan dan tradisional kini tinggal sebagai kenangan. 


Kini simbolik gambar haiwan yang paling diagungkan di Negeri Pahang iaitu gajah telah menambat hati pereka logo pasukan Pahang yang sekarang sedang melangkah untuk ke arah peswastaan. Tidak cukup dengan itu penggunaan dua warna sahaja menambah ramuan yang menunjukkan logo ini gah dan mampu terpahat disanubari setiap orang yang melihatnya. 

Hari tu Persatuan Jurufoto Negeri Pahang buat pertandingan mencipta logo dan dimenangi oleh bradar syahirul dari Air Putih. Kenapa Persatuan yang kecil seperti fotografer tu boleh bukak kepada orang ramai untuk mencipta logo? Kerana nak bagi peluang dan dekat dengn masyarakat.

Untuk penjenamaan semula sesuatu syarikat atau persatuan tu bukan semata-mata mencari pereka cipta dan bagikan arahan untuk sesuatu tugasan, tetapi kena cari konsultan. Sebagai contoh Qu Puteh Qu Puteh Baru Lah Puteh .... Hahahahah dikatakan menelan belanja 1 juta untuk menghasilkan tagline dan promo produk tersebut. 

Logo biar tak cantik, biar hodoh tapi yang penting keaslian logo tersebut. Suci murni. Tapi tak pe lah pasti mereka-mereka ada alasan yang tertentu dan perancangan yang positif untuk pasukan mereka, kita ini hanya penyokong yang tahu memaki dan memuji. Cuma yang aku tak leh terima bila pandang logo Pahang FC yang baru ni sebiji dah macam logo Liverpool FC eeeee benci aku heheheh nak letak logo MU ada setan pulak kahkahkahkah.

Selamat maju jaya Pahang FC. Setiap gol penuh bermakna. Setiap perjuangan diabadikan bersama.

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...