Wednesday, July 23, 2014

Fujifilem 200 | OM-1


My Hero

Pintu rumah telah ku kunci. Aku lihat jam di dinding. Jarum pendek di nombor 3 manakala jarum panjang di nombor 10. Kain pelekat hijau yang tersangkut aku capai lalu ku pakai. 

Ya Allah!!! Terkejut aku dibuatnya. Sang kecik tiba-tiba muncul di hadapan pintu bilik tengah. 

"Ayah pegi mana?", sambil mengesat mata yang masih tertutup.
"Ayah pegi minum dengan kawan ayah", jawab aku sambil mencium dahinya.
"Kenapa ayah tinggalkan Afi", tanya sang kecik lagi.
"Ala sorry lah Afi kena tidur esok nak pegi sekolah kan", pujuk aku.
"Afi tidur dengan ayah kat luar ye", sambil menarik tangan aku ke hadapan televisyen. 
"Ok. Afi tidur dulu ayah nak basuh muka dan makan ubat ek", sambil aku usap kepala dengan penuh kasih sayang. 
"Ayah...! Nak sayang", sambil mendepakan tangan menyuruh aku peluk.

Tak jadi aku nak mengadap komputer edit apa yang patut. Tapi tak pe lah sebab masa ni lah nak bermanja dengan sang kecik walaupun dia dah mula menutup mata untuk sambung tidurnya. 


Tuesday, July 22, 2014

Personaliti Unggul (Bahagian 1)

Semua orang nak jadi seorang individu yang mempunyai personaliti unggul. Terutamanya seorang yang bergelar pelajar. Tetapi persoalannya bagaimana kita nak mendidik diri kita untuk memiliki personaliti yang unggul. 

Bila bercakap tentang unggul pastinya seseorang itu perlulah tahu apa maknanya unggul. Apa yang dimaksudkan dengan personaliti? Personaliti mengikut kamus dewan adalah ciri-ciri tingkah laku seseorang atau keperibadian di dalam diri manusia. Manakala unggul pulak membawa maksud manusia yang mempunyai sifat keperibadian yang tinggi, berhemah tinggi dan sifat tingkah laku yang hebat dan baik. 

Bercakap tentang personaliti unggul ianya boleh dibahagikan kepada 3 bahagian besar dahulu iaitu Unggul Fizikal, Unggul Sosial dan Unggul Spritual. 

1. Unggul Fizikal.
Untuk menjadi seorang yang unggul perkara yang paling utama untuk kita ketahui adalah diri kita sendiri. Kita hendaklah tahu dan kenal apa kelebihan dan kekurangan di dalam diri kita. 

Aspek pertama ini adalah fizikal diri kita. Cuba kita cermin-cerminkan diri kita dari luaran. Apa yang kita nampak di dalam cermin tersebut. Ini tidak kadang-kadang remaja atau individu hari ini berdiri lama di hadapan cermin hanya untuk melihat rambut yang disikat rapi, tudung yang dipakai cantik, bedak yang diisi tidak bertompok dan sebagainya. Tapi pernahkah kita cermin-cerminkan diri kita tentang kelebihan yang ada pada fizikal kita dan tak lupa juga pada kelemahan fizikal kita. 

Kita kenali diri kita melalui cermin di hadapan kita dengan melihat sebenarnya  ciptaan kita sangat cantik dan cukup pancainderanya. Dari itu sudah terbukti di mana aspek yang pertama ini telah membuktikan bahawasanya kita telah memiliki personaliti yang unggul. Tetapi tidak dapat dinafikan tidak semua ciptaan  itu sempurna. Tetapi itu bukan ukuran untuk menidakkan bahawa kita tidak unggul. 

Sebagai contoh seorang pelajar yang yang mempunyai kekurangan di mana kedua tangannya dilahirkan cacat. Tetapi dengan berkat kesabaran dan usaha yang ada pelajar itu mampu untuk menulis menggunakan jari jemari kaki yang masih ada. Kekurangan pada mulanya menghadkan perbuatan dan tingkah laku pelajar itu dapat diatasi dengan berkat kesungguhan untuk mengatasi kekurangan diri untuk menjadi seorang pelajar yang unggul daripada kalangan pelajar lain yang cukup sifatnya.

Bersambung ..... 

Tabiat Sang Kecik

Cerita-cerita melayu sekarang kalau bab berlawan dah boleh lah setanding dengan filem-filem luar. Walaupun dah banyak kali tayang tapi disebabkan tiada apa nak aku buat cerita yang berzaman lamanya tetap aku layan. 

Tengah syok-syok aku layan ada pulak benda merayap bawah badan aku. Tapi aku tak terkejut sangat lah sebab dah 3 tahun memang itulah aktiviti sang kecik ketika tidur. Mesti nak letak tangan dia bawah badan orang lain yang tidur sebelah dia. Tah apa yang syok sangat tu pun aku sendiri tak tahu. Kadang-kadang risau gak, yelah mana lah tahu tengah aku tidur tu terseliuh tangan lembut sang kecik ni. Kalau dialih lama sikit ada balik tangan dia merayap semula. Selagi tak lepas selagi tu lah dia cuba nak letak bawah badan. 

Mungkin itulah tabiat sang kecik ni jangan sampai bawak ke besar sudah lah hahahahah. Sebab tu kalau sang kecik ni tak de timbul rindu rayapan tangan ke bawah badan aku ni. 

Haa tengok sekali lagi tangan dang kecik merayap bawah badan aku ish ish Afi Darwisy ohhh Afi Darwisy. 

Monday, July 21, 2014

Sebuah Komik

Hikmat Tumbukan Tanpa Bayang dush dush dish ..... Bersambung. Pergh.... Time-time ni lah nak bersambung pandai sungguh Tony Wong ni suruh beli episod akan datang. Itulah ayat yang selalu keluar dari mulut aku bila habis aku baca dan menikmati lukisan-lukisan yang menakjubkan dalam komik Raja Rimba ni. Salah satu komik yang menjadi koleksi di dalam almari baju aku dari keluaran pertama hinggalah yang terakhir. Selain daripada tu ada jugak Dewata Raya (1-akhir), Alam Perwira (1-akhir), Anak-anak Wira (1- tak ingat) dan Pedang Setiawan (1- tak habis). 


Sememangnya stress aku hilang bila aku mentelaah komik-komik ni semula. Tapi sayang seribu kali sayang separuh komik-komik ni dah dibakar oleh Ummi aku. Masa tu perasaan aku tersangatlah kecewa seperti kaca yang jatuh berderai di atas lantai. 


Baru-baru ni masa aku melepak di studio Farouq aku ternampak lebih kurang 10 keluaran Pedang Setiawan di bawah rak dia. Rupanya sang Farouq ni pengumpul Pedang Setiawan. Sehingga keluaran sekarang dia masih beli. Cayalah Farouq. 

Bagi aku pulak selepas kisah sebahagian komik aku dibakar aku dah tak membeli dan melanggan lagi. Tetapi apabila tengok sang Farouq masih membeli aku terangsang untuk kembali mengumpul komik-komik ni tapi tak tahu cerita apa yang aku nak mulakan. Selain tu sekarang ni keluaran dia dah jadi 1 keluaran 1 bulan. Lama tu nak tunggu hahaha. 


Tengok lah nanti kalau terasa nak kembali mengumpul aku kongsi lah kat sini komik apa yang berjaya menambat hati aku yang keras ni. 

Sunday, July 20, 2014

Tandas Moden

Aduh sakit perut plak dah. Time-time nak setup untuk program ni lah dia nak sakit perut. Tandas.... Tandas mana tandas ni. Ohhh rupanya sebelah dewan ni jer. Fuhh  tak ada orang nasib baik. Dah hujung-hujung dah ni. 

"Alamakkkk mana paip jamban ni", jerit aku sambil tercari-cari. "Arghh padah ni nak basuh macam mana ni", gertak hati aku. Aduhh dah nak terkeluar sangat dah ni, macam mana ni.... Aku dah jadi tak keruan. Saat genting untuk menahan azab yang sangat sengsara. 

Jam kat tangan menunjukkan 9.45 pagi. Arghhh harapan hanya di sana. Berlari ibarat Azmi Ibrahim keluar dari hotel tidak berpaip menuju ke Kuantan Medical Centre. Di pintu hadapan KMC perasaan tak sampai hati untuk meneruskan larian ke dalam hospital swasta yang ramai misi-misi cun melecun tu. Aku toleh ke bangunan sebelah. Yes itu lah harapan aku yang terakhir. 

Perghhh lega rasanya. Sambil kaki aku melangkah puas hahahaha. Kejadian ini berlaku lagi. Tengah syok mencari baju raya dan sang isteri membelek beg Bonia  merah yang sememangnya memang cantik dan kini telah menjadi hak milik beliau. 

Perasaan telur di hujung-hujung tanduk kian terasa semula. Arghhh aku dah tak boleh nak fokus untuk baju raya yang masih belum dijumpai. 

"Sayang tengok lah dulu ek tak tahan dah ni", sambil menepuk perut yang semakin kian tak boleh aku tahan. 

Kali ini aku terpaksa menerima kenyataan bahawasanya tandas di pasaraya ini sememangnya tak ada paip atau pun baldi. Pehhh hilang kenikmatan apabila berada di dalam jamban sekiranya semua tempat tak ada batang paip. 

Saturday, July 19, 2014

Friday, July 18, 2014

Tragedi MH 17

8 Mac 2014 yang lalu Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH 370 dan sehingga kini masih tiada sebarang berita dan petunjuk.

Lewat tengah malam tadi pula bersamaan 17 Julai 2014 sekali lagi Malaysia digemparkan dengan nahas pesawat MAS MH 17 yang membawa seramai 295 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan terbang daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dijangka akan tiba pada jam 6.10 pagi ini. Nahas kali ini diberitakan terhempas kerana ditembak oleh peluru permukaan udara (SAM) yang canggih. Ini adalah kerana MH 17 adalah kapal terbang komersial yang pada ketika itu sedang terbang setinggi 30 ribu kaki dari paras laut. 

MH 17 dikatakan terhempas di Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia. Saat ini pihak Ukraine mendakwa bahawa MH17 terhempas akibat ditembak tetapi mereka menafikan ianya dari pihak Ukraine tetapi adalah disebabkan pengganas. 

Ini lah dugaan di saat-saat umat Islam akan menyambut Hari Raya yang tidak lama lagi. Kepada penumpang dan anak kapal yang beragama Islam Al-Fatihah sebagai sedekah meratapi pemergian yang tragis ini dan ucapan takziah kepada mereka yang bukan beragama Islam. 

Wednesday, July 16, 2014

Night Hunter

Pejam celik... Pejam celik dah 15 Ramadhan dah kan kita maknanya dah separuh bulan dah umat Islam berpuasa. Lagi 15 hari dah nak sambut raya. Wow sememangnya masa itu sungguh mencemburui kehidupan kita. Tapi kali ni kawan bukan nak bercakap tentang bulan Ramadhan dan Bulan Syawal. Tapi apa yang kawan nak conteng kat sini adalah perkara yang berlaku di bulan yang mulia ini. 

Sememangnya selepas sahaja terawih kawan seperti biasa akan balik dan bertukar pakaian dan juga mencapai beg kamera untuk digendong mencari port baru. Tak tahu macam mana boleh terfikir untuk tubuhkan geng Nighr Hunter di mana keanggotaannya dibarisi oleh nama-nama besar seperti Shazrul Edwan, Azhar Azmi, Azian Ali, Ardillah, Semut Merah (masa tu lah sekarang dah tukar Mohamad Safwan), Sufee Yusof, Megat dan kadang-kadang dua orang puteri kami Anak pakcik Wahab dan Edayu.

Geng Night Hunter ni spesifik kepada gambar-gambar di waktu malam sahaja. Tiada gambar siang. Kalau masa siang masing-masing bingung nak snap apa hahaha nampak tak punya lah taksub kepada aktiviti di belah malam. Aktiviti pertama yang geng ni pergi serbu adalah di Taman Gelora. Rupanya port Taman Gelora ni semangnya best. Cukup sifat untuk bernight hunter. Reflection ada, leading line cukup sifat dan banyak lagi.

Dah settle dekat Taman Gelora port biasa di bawah Jambatan Tanjung Lumpur. Kat sini boleh la rakamkan gambar benteng. 

Dah settle modal dekat bawah jambatan set ni panjang langkah pulak ke belah-brlah Gebeng. Bangunan-bangunan kilang plak jadi mangsa geng tak tahu nak tidur malam ni. 


Tak cukup dengan apa yang dapat (biasalah kan gelojoh). Geng ni panjang kan langkah lagi. Kali ni atas sedikit jer. Tak lain tak bukan Cherating. Kalau tgk sepintas lalu tak ada apa pun yang nak dipacakkan tripod. Tetapi sangkaan kawan melesit. Rupa-rupanya lawa jugak view di waktu malam. 


Dah settle belah Cherating, geng ni buat hal pulak. Start enjin terus menghala ke Kemaman. Taman nyamuk menjadi destinasi geng ni. 

Dan langkah menjadi lebih panjang keesokkan nya apabila kemasik menjadi sasaran untuk mencari 3-4 keping gambar. 


Aktiviti ni berlarutan lah hingga ke hari ini cuma hari ini tidak seadvance dahulu. Sekarang pun geng Night Hunter ni dah ada members dekat KL. Musibat belah KL menjadi-jadilah sebab di sana tak dapat pantai untuk reflection diaorang ada bangunan-bangunan pencakar langit boleh ber cityscape. Apa-apa pun kawan rindukan saat itu hehehhe. Jumpa lagi.

Monday, July 14, 2014

Surat Cinta

Ketika aku kecil dan dibangku sekolah rendah surat cinta aku saat itu relax jer. Dah siap tulis letak bedak pastu buat cop  ibu jari tepek kat bawah isi surat. Melangkah ke alam sekolah menengah aku semakin advance. Surat-surat dah x main dah kasi rakam dalam tape pulak. Mesti korang tak terfikirkan kaedah yang aku gunakan betul tak? Tapi bila masa-masa lapang dengar balik perghhh tangkap leleh siot baru betul surat cinta hehehehe. Bukan setakat sekali di baca dan didengar malah berkali-kali diulang ibarat tiada aktiviti lain yang perlu dilaksanakan.

Walauapapun kaedahnya surat atau pun tape pastinya akan menimbulkan suatu perasaan sayang dan rindu yang lahir dari hati yang ikhlas. Malah kadang-kadang mungkin akan menimbulkan perasaan nafsu yang membuak-buak. 

Tetapi ada satu lagi surat cinta yang kita tak pernah nak baca secara berulang atau mengingati apa yg terkandung di dalam nya. Surat cinta yang dimaksudkan juga mempunyai pelbagai kaedah seperti bahan cetakan, tape dan sebagainya. Tetapi jarang pada hari ini kita akan mengulangi apanyang terkandung dari surat cinta yang dimaksudkan, malah kadang-kadang kita juga jarang untuk membuka surat cinta tersebut. 

Surat cinta yang dimaksudkan adalah Al-Quran. Hari ini berapa kali kita buka surat cinta dari Allah ini berbanding surat cinta sesama manusia? Hari ini berapa kali kita ulang surat cinta dari Allah ini berbanding surat cinta sesama manusia? Hari ini berapa kali kita cium surat cinta dari Allah  ini berbanding surat cinta sesama manusia ini.? Dan hari ini berapa kali kita peluk surat cinta dari Allah ini berbanding surat cinta sesama manusia ini.

Tepuk dada tanyalah jiwa. Sesungguhnya surat cinta dari Allah S.W.T. Adalah segala-galanyanberbanding surat cinta kita seeama manusia.

Sofa Berhantu

Kesejukkan suasana di bilik tingkat bawah ini membuatkan sesiapa sahaja yang berada di dalam bilik ini akan kesejukkan. Tapi aku steady jer mencabut baju kemeja ungu yang digosok oleh sang isteri pagi tadi dan disangkut di kerusi. Bukan apa kalau aku landing kat sofa ni kang kedut plak baju kerja aku tu. 

Sesungguhnya sofa di bilik pilot opis aku ni memang berhantu, pantang aku melabuhkan kepala aku ni kompom tertidur punya. Tapi saat ini bukan kerana aura hantu sofa tersebut tetapi sememangnya aku sangat-sangat mengantuk akibat perlawanan terakhir Piala Dunia 2014 awal pagi tadi. 

Walaupun Argentina kalah tapi tak kisah lah sebab selepas ini Piala Malaysia 2014 pulak yang akan menjadi tontonan peminat-peminat bola sepak tapi tidak lah seantero dunia kot hahahah.

Di radio lagu raya dah dimainkan. Aircond semakin sejuk berbanding tadi. Mata dah semakin berat manakala kepala dah ting tong jadinya sebelum aku menlucah di sini hai hai bye bye untuk semua. Ariyos amigos 

Sunday, July 13, 2014

Wayang.. Aku.. Dia dan Afi Darwisy

4 tahun dahulu penuh tiket wayang di almari baju kawan. Nak cakap semua filem di pawagam kawan tengok tidak lah jugak tetapi 90% filem yang ditayangkan menjadi aktiviti kawan bersama orang rumah kawan untuk menonton. 

Tetapi selepas kawan mendapat perkabaran bahawasanya sang isteri telah mengandung maka aktiviti menonton wayang diberhentikan. Kononnya masa itu kami inginkan yang terbaik pada anak yang dikandungkan. Hinggalah sang isteri selamat melahirkan putera yang comel aktiviti menonton wayang tidak juga kami sambung. 

Apa? Menonton tanpa sang isteri? Setahu kawan dalam hidup kawan, kawan tak pernah tengok wayang tanpa sang isteri. Pastinya kawan akan menonton bersama-sama. Hari semakin hari sang anak semakin membesar ingin juga rasa di hati untuk membawa sang anak menonton televisyen besar beserta sound sistem yang tidak diperolehi di rumah. Tetapi masih tidak kesampaian.

Hinggalah hari ini Transformers 4 menjadi saksi kami kembali ke pawagam di mana dahulu hanya kami berdua dan kadang-kadang bersama-sama teman-teman kami maka malam ini kami bertiga melangkah ke pawagam berbekalkan pop corn. Nak dijadikan cerita juga dari semalam kawan cuba untuk membeli tiket secara online tapi tak lepas-lepas. Hinggalah petang tadi masih tidak berjaya. Tetapi oleh kerana ingin juga merealisasikan impian sang ibu untuk membawa sang anak menonton cerita robot katanya kawan menghubungi Mus untuk bantu menyelesaikan masalah kawan ni. 

Akhirnya menggunakan aplikasi yang telah di muat turun oleh Mus di Iphone dia maka kawan berjaya memperolehi tiket Transformers 4. Selepas berbuka ketidaksabaran teruji maka kami sekeluarga bergegas bersiap untuk ke East Cost Mall walaupun tayangan lambat lagi. Pop Corn + Coke + mineral + wipe potato telah berada di tangan maka kami melangkah ke bilik tayangan bernombor 5 dan mencari G5-G7 tempat duduk kami. 

Saat apabila tayangan iklan dipamerkan mulut sang anak tidak reti untuk diam. Ada sahaja persoalan dan pertanyaan diajukan. Tetapi seperti biasalah kawan menjawab dengan penuh kasih sayang dan tidak lupa untuk menyuruh sang anak supaya bercakap slow-slow. Apabila tayangan telah dimainkan kawan dapat melihat keterujaan sang anak dengan cerita robot yang disebut-sebut. Tetapi kecelotehan mulut sang anak tidak sampai ke penghujung cerita kerana di pertengahan jalan cerita kawan lihat sang anak telah mula tidur sambil terduduk. Emm Afi Darwisy .... Afi Darwisy sebab tu ayah suruh tidur dulu lepas berbuka tadi sebab hari ini seharian dia tidak tidur langsung, maka dengan pastinya dengan suasana yang sejuk dan gelap dia akan terlelap walaupun bunyi-bunyian yang bising bagaikan tidak menghalang dia untuk terus tidur hinggalah ke akhir tayangan. 

Walaubagaimana pun kesimpulan yang kawan dapat simpulkan bahawasanya selepas ini kami boleh bawa Afi Darwisy menonton lagi kata nya nak tengok cerita monyet plak (Planet Of The Aps). 

Transfomers 4 ni memang best dan membuatkan jiwa kawan menjadi membuak-buak dengan elemen-elemen yang dimasukkan ke dalam cerita yang mungkin tiada kehabisan ini. Selepas ini pasti ada Transfomers 5 sebab Megatron hidup lagi. Apa-apa pun thanks Mus sebab ajar macam mana nak guna e-payment dan bakor kawan tentang Transfomers 4 ni. 



Thursday, July 10, 2014

Anugerah Sang Anak

Anak-anak merupakan anugerah dari Allah  s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan  sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya. 

Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t. Maka,  Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Rasullah pernah bersabda : “Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”. Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap  ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.
Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul.

Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak.
Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudut Ibadah.
Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan  jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa. Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. 

Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak.
Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar Nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. 

Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal.
Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan  makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang tidak berkat, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.
Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sihat. Dan akhirnya mendorong seseorang ke arah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat.

Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya. Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna.

Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina  insane yang sempurna dan merupakan modal insane yang akan memainkan peranan untuk membangun masyarakat dan Negara yang maju mengikut acuan kita sendiri menjelang tahun 2020 akan datang.



Monday, July 7, 2014

My Son | Afi Darwisy


Assalamualaikum ... rupanya masih ada beberapa gambar hasil daripada Olympus OM-1 kawan ni yang tak di upload lagi di mana-mana laman sosial. Em nampak sangat sekarang stok gambar dah tak de. Ayooo .... tak leh jadi ni kamera digendong kehulu ke hilir tapi gambar boleh tak de ish ish ish ......




Thursday, July 3, 2014

Ohh LPPKN

Selesai claim kawan bulan ni yeehaaa RM980.00. Sambil mata menjeling pada BP yang masih belum diusik. Itu lah tugas kawan pagi-pagi sebelum keluar merayap menyelesaikan BP2 yang bertimbun. Minggu ni kawan just berada di area Bentong sahaja.

Kring kring nokia 5510 kawan berbunyi. 
Tertera Mak Ngahku di paparan hand phone tersayang.
"Azwar pegi ke LPPKN Bentong kat dalam hospital bentong tu jumpa dengan Kak Rakma ambik borang kerja kosong", pesan Mak Ngah Leha.

"Ala ... Kena ker? Macam malas jer", jawab kawan selambur.

"Pegi jerlah cuba isi hantar kat situ jugak, kerja tetap tu", paksa Mak ngah ku.

"Ok ok kang Azwar pegi," jawab ku dengan cebikan di bibir.

Kawan kemas apa yang patut selepas punch card untuk kerja keluar kawan terus menuju ke ABQ 4675 kawan RXZ kepala kuning heheehhe. Trotle di pulas menuju ke Hospital Bentong lalu borang kerja kosong di LPPKN kawan ambil lalu kawan isi dengan selumber ya ya. Isi borang kerja bukan nya susah sebab dah banyak kali isi borang dan macam-macam interview kawan pergi tapi masuh belum ada rezeki. 

Seminggu kemudian kawan dapat panggilan telefon supaya kawan hadir untuk temuduga di LPPKN Kuantan. Alamak dah la bulan puasa interview nak drive ke Kuantan lah pulak kang tak pasal-pasal jadi musafir kang makan KFC salam kereta. Apa-apa pun untung sabut timbul untung kawan sapa yang tahu kan , jadi berbekalkan dengan semangat dan kepercayaan kata hati kawan hadiri interview tersebut.

Kini sudah 9 tahun kawan berada di Unit Kaunseling LPPKN Negeri Pahang. Sebenarnya masa depan kawan di unit ini tak boleh nak pergi jauh sangat kalau boleh pun mungkin usia kawan masa tu dah 43 ker atau 45 tahun. Tetapi sebenarnya yang bestnya LPPKN Pahang ni kawan tidak terlalu terikat dengan sesuatu. Contoh, kalau kawan duduk di pentadbiran kawan kena duduk jer tempat duduk kawan dan buat kerja yang sama sampai lah kawan pencen. Tapi di unit kawan ni tak semua kawan boleh buat dan kawan ada peluang pulak untuk menjelajah satu Pahang, walaupun masa kaqan kat Perangkaan dulu dah abis kawan jelajah. 

Walaupun kadang-kadang kawan ada jugak perasaan untuk tukar ke jabatan lain tetapi mana nak dapat kerja macam LPPKN Pahang ni yang serba serbi sporting. Tetapi baru-baru ini keindahan dan kenikmatan bekerja di sini telah dirampas dan dirosakkan serba sedikit. 4 tempat kawan kerja dengan pelbagai jawatan daripada seorang kuli hingga lah sebagai seorang pegawai. Satu perkara yang kawan pegang, tanpa rakan sekerja yang lain sesuatu kerja tersebut tidak akan berjaya. 

Di LPPKN Pahang ni dah 4 orang bos dah kawan berkhidmat dan sekarang dah masuk yang kelima. Masing-masing ada peel mereka tersendiri. Tetapi tak pernah pulak kawan jumpa sehingga mencari kesalahan yang dah lepas ybg dah tutup fail dan dihukum pada hari ini. Memang kelakar kalau difikirkan. Kadang-kadang kawan terfikir perubahan yabg cuba kawan bina di dalam kehidupan untuk memperbaiki kesilapan kawan sia-sia, serius kawan cakap. 

Kini perasaan minat, keseronokkan dan semangat untuk menabur bakti tidak lagi ada di dalam kamus pekerjaan ku. Lebih baik kawan hanya laksanakan kerja-kerja hakiki kawan sahaja tidak perlu nak masuk campur dengn urusan orang lain. Kalau bahasa sedikit kasar, kau kau, aku aku, beres. Semoga kawan dikuatkan iman dan semangat untuk terus berkhidmat demi keluarga ku dan masa depan ku.

Air Paip

Cuaca tersangat lah panas, dugaan di Bulan Ramadhan amat dirasai kalau cuaca panas-panas kering tekak. Saat ini air tebu, tembikai, oren, sirap malah air sejuk kosong pun sangat nikmat kalau dapat mengalir ke kerongkong jantan kawan ni.

Seperti biasa balik rumah sememangnya tak ada orang. Mak Ngah jam 4.30 petang karang baru balik dari kerja. Dan yang pasti rumah kawan ni memang kawan berdua jer bersama ibu saudaraku tercinta.

Kalau korang bak tahu walaupun cuaca kat luar tersangat lah panas nya tetapi air paip umah kawan ni boleh tahan sejuknya. Apa lagi yang ditunggu baju seluar dah masuk mesin berbogel lah kawan masuk bilik mandi dan busshhhh busshhhh busssss. Sambil bersila kawan biarkan air dari paip jatuh ke kepala dan badan kawan. 

Haaa .... Saat ini air paip yang mengalir tu seperti air tebu yang dikisar dan seperti air tembikai yang dicurah ke dalam cawan. Hehehehehehe .... Tanpa berfikir panjang kawan buka mulut ku untuk menikmati kesejukkan air paip. Pada mulanya ingat nak biarkan jer air tu mengalir keluar dari mulut kawan tapi lama kelamaan kawan telan seteguk... 2 teguk ... 3 teguk .... Dan terus mulut besar kawan di kepala paip yang semakin laju air mengalir. 

Pehhh sungguh nyaman .... Sungguh sedap .... Sungguh melazatkan wahai air paip. Sehingga kembung perut kawan. Tersandar kawan di dalam bilik air sambil tersengih-sengih dan bermain dengan buih-buih sabun. 

Selesai sahaja mandi dengan pantas kawan bukak peti ais, tetapi sayang seribu kali sayang kerana tiada apa yang boleh kawan makan. Sekali lagi air paip sejuk menjadi santapan tetapi kali ini air paip yang sudah dimasak terlebih dahulu.

Jam di dinding menunjukkan jam 4 petang, lagi 30 minit mak ngah balik. Kawan akan pastikan tiada sebarang tanda ditinggalkan di dapur. Yelah mana lah tahu kalau2 ada air tumpah ker atau sebagainya. 

Ketika berbuka Mak Ngah kawan bising sebab air dalam peti kurang.

Mak ngah, "pandai minum jer nak tambah tak pandai", bebel mak ngah.

Dalam hati kawan setba salah macam terkantoi jer.

Mak ngah, "cuba lah rajin-rajin sikit lepas sahur tu isi air dalam bekas ni, bukan orang lain jugak nak minum aok gak", ulasan yang terperinci.

Oh rupanya mak ngah kawan ingat air tu kurang sebab masa sahur kawan tak tambah heheheheh padahal petang tadi dari sepenuh-penuh air dalam bekas tu tinggal separuh ditelannya dek kawan. 

Kadang-kadang kelakar pun ada jam 2 petang kawan berbuka hanya dengan air paip jer hehehhe kalau ada nasi ayam ker  air oren ker berbaloi lah jugak ponteng puasa. Ohhh .... Air paip 

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...