Wednesday, February 25, 2015

Aku Kembali ke Gelanggang


Aaaacummmm !!!! Banyak betul habuk kat sangsperma ni. Debu tambah sampah tambah sarang labah-labah memenuhi setuap ruang. 

Hari ni baru bersih sikit sangsperma.com dari habuk dan kotoran-kotoran yang melekat dan cerita pertama kawan adalah raket yang lama tergantung telah diasap kemenyankan semula untuk turun beraksi. 

Sememangnya sudah lama aku tidak beraksi di gelanggang badminton. Seingat aku last aku main masa isteri aku sudah mula mengandungkan sang Afi Darwisy. Selepas itu aku tidak pernah turun sehinggalah awal tahun ini aku kembali. Terima kasih lah kepada Azmaidi kerana ajak aku bermain bersama rakan-rakan fotografer yang lain. Dan kini aku mengajak kembali sang isteri untuk bermain tetapi pada hari Selasa bersama-sama rakan-rakan sepejabat dia. Alhamdulillah ada kembali aktiviti bersama keluarga. Ohhh tidak ketinggalan juga sang kecik Afi Darwisy turut bersama -sama turun bermain walaupun gaya seperti seorang pemain tenis. 

Nasib baik kedua-dua raket ku masih kuat tetapi baru-baru ini kawan berpeluang memiliki raket yang berharga RM800. Ehhh bukan kawan keluarkan duit RM800, tetapi hanya RM300 sahaja kerana kedai tu bagi promosi raket L-ning. Ada 3 batang sahaja aku memandang sang isteri dan sang isteri hanya tersenyum. Dengan senyuman sang isteri tersebut aku terus mengatakan ya kepada raket tersebut.


Friday, February 6, 2015

Kerja Sekolah Oh Kerja Sekolah

Kini kehidupan sang kecil telah berubah. Bukan sang kecil sahaja yang terasa perubahan tersebut malah sang ayah dan sang ibu turut akan meada perbezaannya.

Kini sang kecil mula pandai dan tahu apa itu kerja sekolah. Walaupun sang kecil baru 5 tahun (tahun ini) tetapi setiap hari cikgu tadikanya akan bekalkan kerja sekolah pada setiap hari. 

Hari ini turut tidak ketinggalan, di mana sang kecil terpaksa menyiapkan kerja sekolahnya. Tapi hari ini lambat pulak sang kecil menyiapkan kerja sekolahnya. Nak tak nak sang kecil perlu juga menyelesaikan kerja-kerja sekolahnya. 

Untuk memastikan kerja sekolahnya dilaksanakan dengan betul dan kemas, aku terpaksa ada bersamanya sebagai peneman. Pandai Afi Darwisy... Itulah perkataan dan ayat yang sering aku lontarkan kepada sang kecil sebagai motivasi kepadanya.

Kesabaran yang tinggi juga perlu ada di dalam setiap diri seorang ayah dan ibu. Jangan terlalu berkeras ketika sang anak sedang menyiapkan kerja sekolahnya. Cukuplah sekali kita ingatkan kepada sang kecil tentang denda dirotan sekiranya tidak menyiapkan kerja sekolah atau malas untuk menyiapkannya. 

Sesungguhnya anak-anak zaman sekarang akal fikiran mereka lain tidak sama dengan kita suatu masa dahulu. 


Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...