Wednesday, October 16, 2013

Malaysia VS Bahrin

15 Oktober, hari ni adalah Hari Raya Aidiladha. Hari ini jugak perlawanan kelayakan Piala Asia anatar Malaysia vs Bahrin. Tapi kali ini kawan tonton di kaca TV sahaja di kampung. Dan kali ini jugak kawan tonton dalam keadaan yang tiada nafsu.

Boleh dikatakan kesemua pemain lemau. Kecuali Aidil dan Taj. Selebihnya tiada hala tuju. Adakah kerana makan lemang banyak? Pastinya Rajagopal tak bagi dah makan. Di atas kertas Malaysia ada peluang untuk menang tepai di atas padang sapa kan tahu.

Yang pasti bahagian tengah Malaysia sememangnya satu masalah besar. Sedangkan di liga Malaysia, ramai pemain-pemain yang boleh mengemudi di bahagian tengah. Nama-nama besar seperti Nazmi Faiz, Badri Razi, Junior dan sebagainya tetapi mereka tak berpeluang untuk beraksi.

Bahagian tengah Malaysia sememangnya tiada fungsi. Bila kita tidak dapat gol kita akan tunding jari kepada penyerang yang tidak boleh menjaringkan gol. Sedangkan kalau pemain tengah tidak mampu merancanakan peluang kepada penyerang manakan dapat gol yang di idamkan. 

Kita terlalu kurang pemain tengah yang mampu berfikir secara segera. Kurang pemain tengah yang boleh pegang bola. Dan yang pasti kita kurang pemain tengah yang mencari bola dan serahkan kepada penyerang. Pertingkatkan lah mutu permainan skuad kebanggaan  wahai ketua jurulatih Datuk K Rajagopal 

Kisah sebelum AidilAdha

Tepat jam 12.00 tengah malam sedang aku nyenyak tido di atas kerusi sofa dirumah mertuaku.
Sang isteri, "bang!" Sambil menghulurkan tepon bimbit kepadaku.
Lalu aku membaca mesej daripada adik perempuanku yang berada di Sungai Petani, Kedah.
"Abah masuk hospital"
Lantas aku terus mendail nombornya dan ....
Perbualan antara aku dan adikku berlarutan dengan pelnagai soalan yang diajukan dan dengan penuh kesetiaan adikku menjawab dengan nada yang sedih.

Ayahku diserang stroke (minor) tekanan darahnya 270/170. Tekanan yang cukup tinggi bagi seorang ayah yang berumur 50-an. Tangan kirinya tidak bermaya lemah. Manakala kaki nya lemah tidak mampu untuk berjalan. 

Hari ini adalah Hari Raya Aidiladha. Ayahku dibenarkan pulang ke rumah kerana tekana darah beliau kembali normal. Tetapi keadaan tangan dan kaki beliau masih lemah. Segera aku berpesan kepada adik-adikku supaya cari orang yang pandai berurut kerana penyakit ayahku di peringkat awal. 

Selama ini ayahku tidak pernah jatuh sakit. Demam sikit-sikit tu dah lumrah kita manusia biasa. Mungkin selepas beliau pencen, beliau tidak melakukan apa-apa aktiviti. Ayahku ni sinonim dengan seorang manusia yang pantang duduk sahaja. Ada jer perkara yang nak dilakukan. Menurut adikku juga 2 3 hari sebelum tu ayah aku ni bersungguh-sungguh makan sup tulang. Em tu pun satu lagi faktor penyakit ini boleh berlaku. 

Walauapapun aku berdoa kepadamu Ya Allah Ya Tuhanku, sembuhkanlah penyakit ayahku. Berikanlah kesejahteraan kehidupan kepadanya. Lindungilah keluarga ku daripada sebarang penyakit yang merbahaya mahupun tidak merbahaya. Sesungguhnya engkaulah maha mengetahui. Amin.

Friday, October 11, 2013

Asam garam kehidupan kita

Di dlm kehidupan kita pernah tak kita tanya kedua ibubapa kita dari mana kita dilahirkan? Bagaimana kita dilahirkan? Bagaimana kehidupan kita selepas hari ini? Itu lah yang sering kawan persoalkan kepada anak-anak permata kasih atau anak-anak di dalam program kawan. Kita sering kali alpa dengan kehidupan kita hinggakan kita sering lupa asal usul kita.

Nescaya kita tidak pernah tahu bagaimana kehidupan kita di alam rahim ibu kita. Tatkala masa itu adalah hasil percintaan antara sang ayah dan sang ibu hasil di dalam satu ikatan yang sah iaitu ikatan perkahwinan mereka. Daripada berjuta-juta sperma yang dirembes kan sang ayah, hanya satu yang berjaya menembusi dinding ovum sang ibu. Satu itu adalah kita. Maka kita adalah tergolong di dalam golongan yang sangat hebat. 

Setelah itu kita berenang ke satu lagi alam iaitu alam di mana kehidupan kita berada di dalam kandungan perut ibu kita. Dari cecair yang sangat kotor menjadi segumpal darah dan menjadi tulang bendulang. Kita ditiupkan roh, dan kita mula membesar di dalam kandungan ibunda kita yang tercinta. Mata kian terbentuk, sepasang telinga, mulut, jari jemari yang cukup sifatnya, kaki tangan yang cukup pancainderanya. Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Genap 9 bulan 10 hari kita berenang di dalam kandungan perut ibu kita. Kita menendang-nendang, menumbuk-numbuk perut nipis ibu kita, maka kita akan dilahirkan ke dunia yang nyata melalui perut atau faraj ibu kita. Saat ini lah ibu tersayang bertarung dengan nywanya. Sang ayah resah gelisah menantikannya. 

Kini kita di zaman kanak-kanak, bergelak ketawa, bersuka ria bermain ke sana ke sini. Tidak menghiraukan panas dan hujan siang dan malam hanya keseronokan di benak fikiran mereka. Tahun semakin menggorak langkah menuju ke alam remaja kita. Di zaman ini sang ibu dan ayah kembali stress dengan pembesaran sang anak. Risaukan sisoal mereka. Risaukan petumbuhan fizikal mereka. Dan risaukan spritual mereka. Sang ibu dan ayah membanting tulang mengerakkan tulang empat kerat mencari rezeki hanya untuk memenuhi permintaan dan membesarkan kita. Sedangkan kita selalu lupakan mereka. Kita bebas berpeleseran ke sana ke sini. Kita sering memintanapa saja sedangkan kita tahu sang ayah dan ibu tidak mampu untuk merealisasikan permintaan kita. 

Pabila umur menjangkaui usia kini kita telah semakin membesar menjadi dewasa. Mempunyai pekerjaan yang hebat. Mempunyai rumah, kereta dankeluarga sendiri. Pernah tak kita kenang jasa sang ayah dan ibu yang membesarkan kita. Maaf di pohon hanya di hari raya. Ciuman diterima hanya di kala kerinduan yang sementara. 

Dan tiba masanya kita sampai di saat kematian kita. Di saat ini kesalahan-kesalahan kita akan terpapar di ingatan kita. Di saat ini tanpa keampunan di atas segala kesalahan dan kesilapan kita nescaya di alam barzakh nanti kita akan terseksa. Justeru itu jadilah insan yang berjuang untuk ketaatan seorang hamba agar mati kita tidak sia-sia di tanah jua kita kembali menuju Syurga.

Konseptual : Rasukan jiwa














Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...