Wednesday, June 12, 2013

Tragedi 28 Mei 2013



Jam 5.30 petang seperti biasa kawan park kereta kat Gate 13 di mana port untuk set2 ni berkumpul sebelum bergerak ke port untuk 'corteo'. Masa tu keadaan di Stadium Darul Makmur telah ramai orang, jalanraya pun jem awal padahal hari tersebut adalah hari Selasa. Kelihatan bas2 yang membawa penyokong-penyokong JDT berbaris panjang. Terdetik di hati kecilku, ramainya set dia datang sedangkan tiket hanya 300 keping. Baru kawan teringat sepotong SMS dari orang PBNJ yang pada mulanya memohon pertolongan untuk menambahkan bilangan tiket tapi kawan jawab maaf tak dapat tolong. Lalu ayat yang sepotong itulah membuatkan kawan tersenyum sinis. 

"Tak pe lah kalau tak leh tolong atas dasar sahabat, kami ada cara kami sendiri", petikan SMS beliau.

Pada hari tersebut tugasan untuk "Crew Curva" (CC) agak ringan sebab sebahagian persiapan telah dilaksanakan pada sebelah tengah hari tersebut, cuma kalau ada sikit2 je la touch up touch up. Cadangan asal untuk "corteo" daripada UTC Pahang terpaksa dibatalkan kerana pada hari tersebut keadaan di Darul Makmur amat berlainan, para penyokong kedua-dua belah pihak memasuki stadium lebih awal dari biasa. Dan seperti biasa Gate 11 menjadi sasaran penyokong setia Tok Gajah untuk bersama-sama Elephant Army bersorak melompat 90 minit. Justeru itu, capo mengarahkan supaya komrad masuk menggunakan Gate 13 dan corteo dari belah dalam ke Gate 11. 

Malam itu juga surau, tandas dan segalanya full house. Justeru itu kelihatan mereka tetap menjalankan tanggungjawab mereka kepada Allah S.W.T. dengan bersolat di kawasan lapang di bahagian atas stadium. Pada malam itu sememangnya satu fenomena di Darul Makmur dengan susunan Komrad Elephant Army memenuhi ruangan Gate 11 ditambah dengan penyokong Pahang yang turut serta chant dan melompat bersama tidak kira usia dan jantina mereka bersatu hati satu jiwa bersama.

Jam 8.30 pm,  Walaubagaimana pun semuanya bertukar menjadi kesuraman apabila "Free Zone" (pembahagi antara penyokong JDT dan Pahang) dibuka sedikit demi sedikit oleh pihak berkuasa tempatan. Angka yang pada mulanya hanya dibenarkan 300 keping tiket, kini di dalam Darul Makmur untuk tempat duduk penyokong pelawat telah mencecah 2800 orang kesemuanya. Kemarahan penyokong Pahang kian bermula apabila free zone dibuka oleh PDRM untuk penyokong JDT sedangkan penyokong pahang semakin sesak tiada tempat untuk duduk mahupun berdiri. Keadaan semakin tidak terkawal apabila pihak PDRM telah membuka pagar stadium lalu penyokong Pahang yang berhimpit tersebut meluru keluar ke trek untuk duduk di tepi padang. Pada saat itu Lagu Kebangsaaan "Negaraku" berkumandang di Darul Makmur di ikuti dengan Lagu Negeri Pahang pertama kalinya dimainkan oleh pihak stadium. 

Jam 9.00 pm pengadil bertugas tidak lagi meniupkan wisel untuk memulakan perlawanan, ini adalah kerana penyokong memenuhi trek tepi padang kerana limpahan penyokong yang hadir pada malam tersebut. Pada masa yang sama pihak JDT membuat aduan bahwasanya mereka tidak akan bermain selagi penyokong memenuhi tepi padang. Pihak berkuasa memohon supaya penyokong supaya kembali ke bahagian tempat duduk penonton. 

9.15 pm dimaklumkan pemain JDT telah meninggalkan Stadium Darul Makmur tanpa pengetahuan sesiapa. Sedangkan pada ketika itu Sultan Pahang merangkap Presiden FAM sudah meumumkan supaya perlawanan di mulakan. 

9.30 pm Komrad Elephant Army membuat pengorbanan terbesar mereka iaitu meninggalkan curva keramat mereka untuk memberi laluan kepada penyokong-penyokong Pahang yang lain mengambil tempat di tempat duduk penonton. Lalu berkumpul di hadapan pintu masuk utama stadium lalu chant beramai-ramai bagi meredakan rasa kekesalan mereka. 

9.45 pm, oleh kerana ingin tahu apa yang sedang berlaku di dalam stadium komrad Elephant Army berjalan ala-ala corteo ke Kedai Mamak yang berdekatan sambil chant melalui pintu penyokong pelawat. Maka bermula la kisah baling-membaling keropok, sos, batu, air dan sebagainya. Satu pihak menuduh mereka yang mulakan, satu pihak menuduh pihak satu lagi yang mulakan. Ianya tiada kesudahan sehinggalah pihak FRU datang meleraikan pertelingkahan.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila penyokong pelawat pula meluru ke padang dengan alasan mereka di baling dengan batu oleh orang daripada luar. Dan pada saat itulah pengumuman perlawanan akan ditunda. Maka tercetuslah kemarahan oleh semua penyokong Pahang yang telah berada di dalam tempat duduk penyokong untuk bersedia menyaksikan perlawanan, dan pada saat itu mereka juga meluru keluar berlari ke padang. Dan dengan segera pihak berkuasa mengarahkan supaya penyokong Pahang beredar meninggalkan stadium Darul Makmur. 

Di luar stadium keadaan tidak berubah. Ada yang menunggu penyokong JDT dengan perasaan tidak puas hati. Ada yang block jalan supaya bas yang membawa penyokong JDT tidak boleh lalu. Ada yang merosakkan harta benda dan kenderaan pelawat dan sebagainya. Ada diantara penyokong yang ditahan kerana menimbulkan kekecohan. Kawan sendiri telah diekori oleh beberapa penyokong Pahang kerana cuba membawa keluar sahabat kawan dari dalam stadium ke kereta beliau. Sehinggalah kawan terpaksa sound pakcik tersebut supaya jangan nak masuk campur. 

Jam ditangan menunjukkan 2.00 am, keadaan telah sedikit terkawal. Bas-bas yang membawa penyokong JDT telah mula mengambil penumpang dan meninggalkan Negeri Pahang Darul Makmur. Manakala penyokong2 JDT yang tinggal di sekitar Kuantan mereka diiringi oleh pihak berkuasa pulang ke kawasan mereka. 

Persoalan nya di sini, salah siapakah semua ini?. Provokasi... baling batu....maki hamun... telah sinonim dengan bola sepak tidak dapat dielakkan lagi. Tetapi adakah perkara ini terjadi disebabkan kerana kelemahan pihak berkuasa? Kelemahan pihak Pahnag FA? Kelemahan perjualan tiket? Atau nak tonjolkan siapa yang berkuasa? Renung-renungkan lah .... Kita semua bersaudara .. Kawan salute Elephant Army kerana mereka berkorban demi penyokong mereka... Kawan salute BOS kerana bersama-sama mendirikan wall sebagai benteng kepada penyokong mereka. Buang yang keruh ambil yang jernih. 

No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...